You are on page 1of 5

SAINS TINGKATAN 2 BAB 1 – BIODIVERSITI

Biodiversiti – Pelbagai jenis organisma di Bumi


 Semua benda hidup dikenali sebagai organisma
 Terdapat 10 hingga 100 juta organisma di Bumi
 Wujud disebabkan pelbagai jenis iklim dan habitat

Habitat Biodiversiti
Tasil / Kolam Ikan, Ameba, Udang
Tanah Cacing tanah, Semut, Kala jengking
Gurun Unta, Kaktus, cicak
Hutan Harimau, Monyet, Rafflesia

Pengelasan Tumbuhan
1.Tumbuhan boleh dikelaskan kepada tumbuhan berbunga dan tumbuhan tidak
berbunga.

2.Tumbuhan berbuga boleh dibahagikan kepada dua kumpulan


---tumbuhan monokotiledon
---tumbuhan dikotiledon

3.Ciri-ciri tumbuhan monocotiledon adalah:


---menghasilkan biji benih dengan satu kotiledon
---daun dengan urat selari
---akar serabut
---batang tidak berkayu

4.Contoh tumbuhan monokotiledon seperti:


---jagung
---tebu
---padi
---pisang
---kelapa
---kelapa sawit
 ---orkid
5.Ciri-ciri tumbuhan dikotiledon adalah:
---menghasilkan biji benih dengan dua kotiledon
---daun dengan urat jejala
---akar tunjang
---batang berkayu
6.Contoh tumbuhan dikotiledon seperti:
---ros
---bunga raya
---bunga matahari
---durian
---getah
---rambutan

7.Tumbuhan tidak berbunga boleh dibahagikan kepada empat kumpulan


---lumut
---alga
---paku-pakis
---konifer

8.Ciri-ciri lumut adalah:


---boleh didapati di darat di tempat-tempat yang lembap dan teduh.
---mempunyai batang tetapi tiada akar
---daun kecil dan berwarna hijau
---membiak melalui spora
---mempunyai klorofil

9.Ciri-ciri alga adalah:


---boleh didapati di dalam air dan di tempat-tempat yang lembap.
---tiada batang,daun dan akar betul.
---mempunyai klorofil

10.Ciri-ciri paku pakis adalah:


---boleh didapati di darat di tempat-tempat yang lembap dan teduh.
---mempunyai batang,daun dan akar.
---membiak melalui spora
---mempunyai klorofil

11.Ciri-ciri konifer adalah:


---hidup di darat
---mempunyai batang,daun seperti jarum dan akar
---membiak melalui kon
---mempunyai klorofil
Pengelasan Haiwan
1. Haiwan boleh dikelaskan kepada dua jenis:
(i) Vertebrata
(ii) Invertebrata 
2. Ciri-ciri sepunya antara vertebrata dengan invertebrate
Aspek Vertebrata Invertebrata
Tulang belakang Mempunyai tulang Tidak mempunyai tulang
belakang. belakang.
Sokongan badan menggunakan tulang mempunyai rangka luar
belakang untuk yang keras atau bendalir
menyokong badan. badan untuk menyokong
badan.

Vertebrata
1.Vertebrata boleh dikelaskan kepada lima kumpulan .
---Mamalia
---Reptilia
---Amfibia
---Burung
---Ikan
2.Vertebrata mempunyai tulang belakang dan tengkorak yang melindungi otak .
Invertebrata
1.Invertebrata ialah kumpulan haiwan yang tidak mempunyai tulang belakang.

2.Invertebrata membentuk kumpulan haiwan yang paling banyak bilangannya di


dunia .

3.Kumpulan haiwan ini termasuk serangga, labah-labah,siput,cacing,lipan,udang dan


banyak lagi.

4.Invertebrata boleh dibahagikan kepada dua kumpulan,iaitu mempunyai kaki dan


tanpa kaki.
5.Invertebrata yang berkaki mempunyai
---badan bersegmen
---kulit keras atau rangka luar
---bilangan kaki sama ada 3 pasang,4pasang atau lebih daripada 4 pasang kaki.

6.Contoh invertebrata yang berkaki seperti:


---3 pasang kaki(lipas,belalang,rama-rama,semut)
---4 pasang kaki(labah-labah,kala jengking,kutu)
---banyak pasang kaki(lipan,ulat gonggok,udang)

7.Invertebrata tanpa kaki mempunyai


---badan lembut seperti cacing atau bercangkerang.
---badan bersegmen atau tanpa segmen.

8.Contoh invertebrata tanpa kaki seperti:


---bercangkerang(kerang,tiram,siput)
---tiada cangkerang(cacing,pacat,lintah)

You might also like