You are on page 1of 2

Tutorial 24 Mac 2020

Soalan: Bincangkan langkah-langkah aktiviti yang boleh anda laksanakan dalam


meningkatkan kemahiran asas membaca dalam kalangan murid Tahap 1.

Menurut Liew Phaik Guat Selina (1998), membaca bermaksud satu bentuk aktiviti mentafsir
simbol atau huruf ke dalam bentuk perkataan dan ayat yang memberi makna kepada
seseorang individu. Kemahiran membaca merupakan salah satu kemahiran bahasa yang
penting dalam mempelajari suatu bahasa. Untuk menguasai kemahiran ini bagi murid tahap
1, murid perlulah berupaya untuk mengecam dan mengenal huruf huruf vokal, konsonan,
diftong, digrapf dan suku kata.

Oleh itu, terdapat beberapa cara untuk meningkatkan kemahiran asas membaca murid
tahap 1. Antaranya, ialah kaedah pandang sebut. Guru memperkenalkan perkataan-
perkataan yang selalu digunakan oleh murid-murid dalam kehidupan seharian. Guru boleh
menggunakan gambar yang berkaitan dengan perkataan tersebut untuk mengajar murid, hal
ini dapat mengukuhkan kefahaman murid terhadap maksud perkataan itu. Sekiranya murid
tidak dapat menyebut perkataan tertentu, guru menggunakan fonik atau bunyi huruf, iaitu
menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi untuk membantu pelajar menyebut
perkataan tersebut. Misalnya bagi perkataan rumah, guru boleh membantu murid dengan
menyebut bunyi huruf r iaitu [r] dan kalau perlu membunyikan suku kata [ru]. Secara ringkas,
kaedah pandang sebut ini dapat membantu murid dalam mengukuhkan asas bacaan
berdasarkan skema bahasa sedia ada mereka.

Menurut Abd. Aziz Abd. Talib (2000), kaedah fonetik mensyaratkan murid mengenal dan
mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa mengingat nama huruf. Kaedah ini adalah
berasaskan teori bahawa belajar membaca melibatkan kebolehan mengenal kod (lambang),
hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat. Kaedah ini menekankan kepada setiap
bunyi-bunyi abjad yang terdapat dalam bahasa. Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi
tertentu dan ada juga abjad yang mempunyai lebih daripada satu bunyi terutama dalam
bahasa Inggeris. Kaedah ini boleh dimulakan dengan pengenalan bunyi huruf-huruf vokal
dan konsonan. Bunyi-bunyi tersebut kemudian digabungkan untuk membentuk suku kata,
dan seterusnya kepada pembentukan perkataan yang bermakna. Guru-guru boleh
menggunakan gambar-gambar ilustrasi untuk menarik minat murid-murid sebagai sokongan.
Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf, sebaliknya diajar bunyi-bunyi huruf. Setelah
mereka tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, sukukata pula boleh dibina,
kemudian baru digabungkan suku kata-suku kata ini menjadi perkataan-perkataan.
Seterusnya murid-murid diberi latihan membaca ayat-ayat mudah yang menggunakan
perkataan-perkataan yang telah dipelajari.
https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/04/kaedah-pengajaran-kemahiran-membaca.html

You might also like