You are on page 1of 13

PERINGATAN:

CONTOH PENULISAN TINJAUAN LITERATUR


(RUJUK SAHAJA, BUKAN SEMUA BETUL, BUKAN
SEMUA SESUAI)

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran yang telah dinyatakan sebelum ini, pengkaji
dapati murid lemah dalam penggunaan kata ganti nama diri. Berdasarkan pengajaran lepas,
pengkaji telah menggunakan beberapa jenis bahan bantu mengajar (BBM). Penggunaan ini
didapati sangat memberi kesan kepada murid dalam menerima ilmu yang diberi. Penggunaan
BBM sememangnya amat membantu guru dalam nenyampaikan pengetahuan dan kefahaman
kepada murid. BBM dapat

merangsang murid untuk berfikir dengan lebih mendalam. Penggunaan bahan yang berwarna-
warni mampu menarik minat murid seterusnya membuatkan mereka lebih fokus kepada sesi
PdP. BBM merupakan segala kelengkapan atau peralatan yang digunakan oleh guru untuk
membantu menyampaikan dan melancarkan proses PdP. Kelebihan menggunakan BBM adalah
untuk memperjelaskan lagi maklumat yang tidak terbatas kepada aspek verbal sahaja. Selain
itu, BBM juga membantu mengatasi masalah murid yang pasif dan merangsang minda mereka.
Murid dilatih untuk berfikir dan meneroka ruang baharu dalam proses pembelajaran mereka.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pengkaji menggunakan pendekatan


bermain dengan BBM. Main biasanya dianggap sebagai aktiviti yang tidak berfaedah, tetapi
sebenarnya melalui bermain, murid belaiar pelbagai perkara. Pembelajaran berlaku
secarabitidaVi pengetahuan yang bermain. Menurut Noriati, B6ri§trtjktivisme. Konstruktivisme
ialah teori dalam berjtuft yang diperkenalkan oleh Jean Piaget dan Lev Vygotsky yang melihat
murid sebagai pembina pengetahuan, bukannya sebagai penerima pengetahuan. Mereka
membina pengetahuan tentang topik yang dipelajari dengan cara mengaitkannya dengan
pengetahuan atau pengalaman sedia ada masing-masing, bukannya menerima bulat-bulat
pengetahuan yang disampaikan. Pengetahuan yang diterima secara begitu sahaja tidak akan
lekat dengan baik di dalam ingatan dan kefahaman murid.

Balang ABC merupakan sebuah bahan bantu mengajar yang berbentuk balang yang
terdiri daripada 3 balang dilabelkan A, B dan C. Balang ABC terdiri daripada Balang A yang
mengandungi kata ganti nama

5
Pengkaji telah memilih model Stephen Kemmis dalam melakukan penyelidikan. Pengkaji akan
menggunakan model ini iaitu action research cycle yang merupakan model yang biasanya
digunakan dalam menjalankan kajian tindakan. Menurut Stephen Kemmis, terdapat empat
elemen utama dalam penyelidikan Model Reka Bentuk Kajian oleh Stephen Kemmis (1983) dan
Mc Taggart (1988), iaitu merancang (plan), tindakan (action), pemerhatian (observe) dan refleksi
{reflect).

Bahagian-bahagian ini kemudian diulang dengan perancangan hasil ulangkaji dan tindakan yang
seterusnya.

Proses kajian bermula dengan pengkaji menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu
pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Pengkaji perlu menyediakan pelan dan
melaksanakan pelan tersebut dalam tiga intervensi pengajaran dan pembelajaran untuk mengatasi
masalah yang dihadapinya. Dalam proses pelaksanaannya pengkaji perlu membuat pemerhatian
kemudian mengutip data bertujuan untuk membuat diagnosis. Dengan merujuk kepada hasil
analisis tersebut, pengkaji dapat membuat tafsiran untuk melihat sejauhmanakah tindakan itu
beijaya menyelesaikan masalah kajian yang telah dikenal pasti. Keseluruhan pelaksanaan itu
disifatkan sebagai Gelung Pertama dan sekiranya masalah itu tidak dapat diatasi, maka pengkaji
boleh memulakan proses semula ke Gelung Kedua sehinggalah masalah ini selesai.

Pada Gelungan Kedua pula pengkaji perlu membuat refleksi dan adaptasi tcrhadap kajian
yang berjaya. Model Kemmis dan Mac Taggart ini mempunyai kelemahan kitarannya kerana
kajiannya sentiasa berlanjutan dan tanpa titik nokhtahnya. Pengkaji perlu peka dan memastikan
kajian tindakan yang dibuat perlu selaras dengan perkembangan kurikulum. Pengkaji telah
menjalankan gelung kedua kajian tindakan menulis ayat menggunakan gambar setelah berjaya
mengatasi masalah dengan membina ayat menggunakan ayat tunggal sahaja. Pada gelung kedua
pengkaji telah menggunakan gambar bersiri pula.

zA.3 Teori dan Prinsip

Kajian ini, pengkaji telah bersandarkan kepada teori behaviouris. Ivan Pavlo berpendapat
bahawa pembelajaran berlaku akibat daripada rangsangan yang telah diterima oleh seseorang.
Setiap rangsangan yang diterima pula akan menimbulkan suatu gerak balas. Daripada teori ini,
rangsangan dan gerak balas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari. Kaitan
antara rangsangan dengan gerak balas boleh diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap
rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu.
Sebagai contoh, apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid membuat hasil
kerja yang baik (gerak balas), maka gerak balas tersebut (hasil kerja yang baik) akan dapat
diteruskan walaupun tiada pujian daripada guru. Oleh itu,guru perlu kerap memberikan
rangsangan untuk memperkukuhkan gerak balas terlazim. Guru juga boleh memotivasikan
muridnya dengan ganjaran yang sesuai supaya dapat mengawal tingkah laku yang dikehendaki
dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Apabila pengkaji selesai mengajar, pengkaji
mengajukan soalan dan menjanjikan hadiah atau ungkapan lisan yang positif melalui soal jawab
berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Peneguhan terbahagi kepada dua
iaitu peneguhan positif dan negatif. Dalam penggunaan Balang ABC ini, guru boleh
memberikan peneguhan positif dengan memberi ganjaran dan ungkapan lisan yang positif
supaya menggalakkan murid fokus dan memahami apa yang diajar. Peneguhan ini merupakan
satu proses pembelajaran. Peneguhan yang berlaku itu diulang dengan ganjaran atau
ungkapan positif. Maka ganjaran

zA.3 Teori dan Prinsip

Kajian ini, pengkaji telah bersandarkan kepada teori behaviouris. Ivan Pavlov berpendapat
bahawa pembelajaran berlaku akibat daripada rangsangan yang telah diterima oleh seseorang.
Setiap rangsangan yang diterima pula akan menimbulkan suatu gerak balas. Daripada teori ini,
rangsangan dan gerak balas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari. Kaitan
antara rangsangan dengan gerak balas boleh diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap
rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu.
Sebagai contoh, apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid membuat hasil
kerja yang baik (gerak balas), maka gerak balas tersebut (hasil kerja yang baik) akan dapat
diteruskan walaupun tiada pujian daripada guru. Oleh itu,guru perlu kerap memberikan
rangsangan untuk memperkukuhkan gerak balas terlazim. Guru juga boleh memotivasikan
muridnya dengan ganjaran yang sesuai supaya dapat mengawal tingkah laku yang dikehendaki
dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Apabila pengkaji selesai mengajar, pengkaji
mengajukan soalan dan menjanjikan hadiah atau ungkapan lisan yang positif melalui soal jawab
berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Peneguhan terbahagi kepada dua
iaitu peneguhan positif dan negatif. Dalam penggunaan Balang ABC ini, guru boleh
memberikan peneguhan positif dengan memberi ganjaran dan ungkapan lisan yang positif
supaya menggalakkan murid fokus dan memahami apa yang diajar. Peneguhan ini merupakan
satu proses pembelajaran. Peneguhan yang berlaku itu diulang dengan ganjaran atau
ungkapan positif. Maka ganjaran

peranan penting untuk merancang aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat
memenuhi keperluan kecerdasan iaitu yang terdiri daripada sembilan kecerdasan yang
diperkenalkan oleh Gardner. Oleh itu, diharapkan melalui teori-teori penyelidikan tindakan dan
teori pembelajaran yang dikukuhkan dalam penyelidikan tindakan ini, diharapkan ia dapat
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang akan pengkaji laksanakan menjadi lebih
berkesan dan dapat menarik murid agar fokus sehinggakan mereka faham apa yang
dipelajarinya.

Selain itu, pengkaji menggunakan kaedah pengulangan iaitu melakukan latihan


berulang-ulang. Latihan akan diberi berulang-ulang dan gerak balas yang salah pada mulanya
akan semakin berkurangan maka perhubungan diantara rangsangan dengan gerak balas akan
bertambah kukuh. Maka perhubungan di antara gerak balas dengan rangsangan sebenarnya
mewakili proses pembelajaran. Perhubungan ini berlaku berdasarkan bilangan kali latihan,
keadaan kesediaan individu dan keberkesanan latihan penyelidikan ini juga diharapkan dapat
membuktikan bahawa penggunaan Balang ABC sememangnya merupakan teknik yang
berkesan dan menarik untuk digunakan oleh guru dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa
Melayu.

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

Pendidikan di Malaysia melibatkan lima tunjang utama yang perlu dilengkapi iaitu jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial. Kelima-lima tunjang ini saling bergantung antara satu sama lain untuk melahirkan
murid-murid yang berkualiti kelak Melalui Pengajaran dan Pembelajaran yang telah dijalankan, pengkaji
mendapati murid-murid masih kurang mahir dalam membina ayat tunggal yang betul mengikut konteks.
Disebabkan masalah ini, markah yang diperoleh dalam latihan yang diberi adalah rendah. Murid juga
bermasalah dalam menjawab soalan pemahaman mengikut skima yang ditetapkan

Melihatkan tingkah laku murid yang kurang memberi tumpuan, membuat bising, menunjukkan
wajah bosan dan kurang bersemangat semasa belajar, telah menjelaskan bahawa faktor sikap amat
mempengaruhi pembelajaran murid. Menurut ahli psikologi sosial, sikap merangkumi tiga komponen
utama, iaitu afektif, perilaku dan kognisi. Komponen afektif merangkumi emosi positif dan negatif individu
terhadap sesuatu. Komponen perilaku pula terdiri daripada kecenderungan atau tujuan untuk bertindak

lebih merujuk kepada kepercayaan dan pemikiran yang dipegang oleh individu terhadap
sesuatu atau objek. Ketiga-tiga komponen dalam sikap ini saling berhubungan dan berperanan
dalam pembentukan dan pemantapan sikap individu. Sering didengari guru mengaitkan
kegagalan murid adalah disebabkan sikap negatif yang ada pada murid itu sendiri. Justeru itu,
kajian ini telah dijalankan bagi melihat sikap murid terhadap pelajaran Bahasa Melayu
khususnya yang berkaitan masalah dalam membina ayat tunggal.
Terdapat pelbagai teori pembelajaran bermula daripada teori behaviorisme kepada teori
pemprosesan maklumat atau kognitif dan seterusnya kepada teori faham binaan iaitu
konstruktivisme dan teori neurosains.

Teori behaviorisme mengkaji perubahan tingkah laku individu dalam pembelajaran iaitu
daripada tidak dapat melakukan sesuatu kepada dapat melakukannya. Pembelajaran dikatakan
sebagai hasil daripada pengalaman atau interaksi dengan persekitaran dalam menyediakan
individu untuk mengharungi kehidupan. Teori behaviorisme juga merupakan antara teori tertua
dalam dunia pendidikan.

Menurut pakar psikologi seperti Skinner, Pavlov, Watson, Thorndike dan Bandura,
pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan tingkah laku dalam diri individu. Perubahan
tingkah laku yang dimaksudkan ialah perubahan tingkah laku murid iaitu daripada tidak \ahu
membina ayat tungal kepada dapat membina ayat tunggal dengan betul Pesnjagumaariteori ini
iaih kebolehan murid bermula daripada membina ayat peringkat asas hingga kepada
pembangunan ke peringkat kemahiran membina ayat pelahiran.

Teori kognitif pula membincangkan pembelajaran yang melibatkan aktiviti minda individu
memproses dalam menerima maklumat seperti

menterjemah, mengembang dan mengguna semula maklumat yang diperolehi secara


berkesan.

Menurut Tuan Jah Tuan Yusof (2011) dalam "Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah" mengatakan:

"...Teori kognitif menekankan kefahaman struktur bahasa yang dipelajari kerana yakin bahawa pengetahuan
memudahkan penguasaan bahasa itu."

Pengkaji telah mengenal pasti teori dan pendekatan yang berkaitan dengan kajian, iaitu Teori
Kognitif oleh Jean Piaget seperti dalam Mok Soon Sang (2008) mengatakan:

" Dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran yang dijalankan, pelbagai kaedah, alat bantu mengajar serta teori
telah diutarakan bagi memastikan proses penulisan ayat menjadi lebih berkesan kepada murid-murid."

Proses pembelajaran tidak boleh dipisahkan daripada aktiviti pembelajaran dan konteks dengan
aktiviti kehidupan seharian. Ini menjelasKair Dahawer teori kognitif telah berkembang kepada
teori konstruktivisme apabila suasana pembelajaran dan isu persekitaran turut diambil kira
dengan lebih mendalam. Teori ini menitikberatkan proses dan kaedah pembelajaran
berinteraksi melalui aktiviti yang berlaku dalam minda individu. Konsep teori pemprosesan
maklumat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu ingatan jangka masa panjang, ingatan jangka
masa pendek dan ingatan deria.

Ketiga-tiga bahagian ini dipraktikkan dalam minda murid semasa proses membina ayat.
Ingatan jangka masa panjang digunakan untuk proses memahami perkataan dan kosa kata.
Ingatan jangka masa pendek digunakan untuk memproses perkataan dan kosa kata sebelum
diolah menjadi ayat dan ingatan deria digunakan untuk menerima segala input dari mata dan
otak.

Pengkaji juga telah menggunakan teknik lakonan dan ditambah baik


dengan pendekatan menggunakan jadual asas membina ayat supaya ayat yang dihasilkan lebih terkawal
dan mengikut struktur yang betul. Menurut Juriah Long et al. (1992) mengatakan:

"...pendekatan terkawal telah digunakan pada tahun 50-an dan 60-an,

iaitu pada zaman pendekatan audio-lingual yang mengutamakan ketepatan murid-murid menggunakan unsur-unsur
bahasa dan sintaksis. Pendekatan Terkawal memulakan proses pengajaran daripada mudah kepada perkara yang
lebih sukar, iaitu daripada konkrit kepada abstrak. Aktiviti pengajaran mestilah mudah dan sesuai untuk murid belajar,
tidak mematahkan semangat mereka,

malah dapat menjana kemahiran berfikir dan kemahiran berbahasa dalam satu masa yang merupakan proses utama
dalam membina ayat."

Secara keseluruhannya, bahagian ini menjelaskan pengenalan kepada kajian penyelidikan tindakan ini,
iaitu penembahbaikan amalan Pengajaran dan Pembelajaran membina ayat tunggal bahasa Melayu
Tahun 4 dengan menggunakan teknik lakonan; refleksi Pengajaran dan Pembelajaran; serta refleksi nilai
pendidikan.

mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

13 Refleksi Nilai Pendidikan

Masalah murid dalam penguasaan kata adjektif bentuk semakin menonjol dalam kalangan
murid di sekolah. Sekiranya masalah ini tidak diatasi, ianya akan mendatangkan masalah
kepada gum dalam mencapai objektif PdP kemahiran bahasa dan juga mendatangkan masalah
kepada murid untuk menggunakan kata adjektif bentuk dengan tepat semasa berkomunikasi.
Oleh itu, ramai pengkaji telah membincangkan masalah ini.

Mohamad Khair Johari, Noraini Abdullah Hee dan Zubaidah Zainal Abidin (2012), dalam
kajian mereka yang bertajuk 'Meningkatkan Penguasaan Penggunaan Kata Adjektif Melalui
Pembelajaran Berdasarkan Pengalaman', mendapati pembelajaran berdasarkan pengalaman
konkrit, dan membuat pemerhatian serta renungan tentang pengalaman dapat memperkaya
dan meningkatkan penguasaan menggunakan kata adjektif dalam kalangan murid.

Hairani Sani, Siti Nurashikin Ajmain, dan Siti Suhaida Surir (2011), pula telah
menjalankan kajian ke atas 34 orang murid tahun 5 di Sekolah Rendah Woodlands tentang
pembelajaran kosa kata melalui 'Visual Cues' mendapati peningkatan dalam keputusan ujian
pasca pembelajaran kerana murid lebih yakin membina ayat menggunakan kata adjektif. Hal ini
membuktikan bahawa gambar yang diberikan dapat merangsang minat murid dan
memudahkan mereka membina ayat bagi kata adjektif yang berkaitan.

Kajian Caroline Anak Galin (2010) yang bertajuk 'Kesan Jigsaw Dalam PdP Kata
Adjektif Bahasa Melayu Murid-murid Tahun 4' telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Murni
menggunakan teknik permainan bahasa iaitu

permainan Jigsaw sebagai strategi bagi menyelesaikan masalah dalam aspek kata adjektif.
Peserta kajian ini terdiri daripada 42 orang murid Tahun 4C yang tidak tahu tentang jenis kata
adjektif. Dapatan kajian mendapati teknik permainan bahasa menggunakan permainan Jigsaw
dapat membantu murid-murid Tahun 4C mengetahui jenis-jenis kata adjektif dan menghasilkan
peta konsep berkaitan dengan kata adjektif. Data kemudian disemak melalui triangulasi sumber.
Hasil analisis mendapati Jigsaw membantu murid-murid Tahun 4C mengetahui jenis-jenis kata
adjektif dan menghasilkan peta konsep berkaitan dengan kata adjektif.

Ameelia Nazira & Jafizah (2014) telah menjalankan kajian bagi meningkatkan
penggunaan kata adjektif jenis bentuk dan minat responden melalui teknik imej visual dalam
kalangan murid Tahun 3 di sebuah sekolah yang terletak di Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Dapatan kajian mereka mendapati teknik imej visual yang dilaksanakan telah berjaya
meningkatkan kefahaman murid terhadap maksud kata adjektif jenis bentuk di samping
meningkatkan penggunaan kata adjektif jenis bentuk dalam penulisan ayat tunggal.

Nurul llyani binti Omar (2014), telah mengkaji tentang cara meningkatkan pencapaian
dan minat murid terhadap pembelajaran kata adjektif dengan menggunakan aktiviti 3P. Kajian
ini menggunakan aktiviti 3P sebagai medium pengajaran iaitu pembelajaran berbantukan
komputer, peta minda dan permainan bahasa dalam meningkatkan pencapaian dan minat
murid terhadap pembelajaran kata adjektif. Hasil analisis data mendapati penggunaan aktiviti
3P berjaya dapat meningkatkan pencapaian murid terhadap pembelajaran kata adjektif.

Berdasarkan kajian-kajian tersebut membuktikan bahawa kaedah PdP harus menarik


dan perlu menggunakan pelbagai jenis bahan bantu mengajar,

1.3 Refleksi Nilai Pendididkan

Kemahiran menulis huruf berekor merupakan satu bahagian dalam elemen pengujian bahasa Melayu
penulisan tidak kita pada peringkat rendah mahupun tinggi. Standard pembelajaran 3.2.4 dan 3.2.5 dalam
huraian sukatan pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah menekan kemahiran menulis pelbagai
perkataan dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas. Berdasarkan pengalaman pengajaran dan
pembelajaran, pengkaji mendapati murid-murid tidak dapat menguasai kemahiran menulis huruf berekor
dengan betul dan kemas.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan, pelbagai kaedah, alat bantu
mengajar serta teori yang diutarakan bagi memastikan proses penulisan huruf berekor menjadi lebih
berkesan kepada murid-murid. Oleh itu, pengkaji telah mengenal pasti pendekatan pengajaran yang
berkaitan dengan kajian. iaitu teori Leaning For Mastery oleh Binjamin Boom.

Teori Leaning For Mastery (LFMJ menegaskan bahawa pengajaran dan pembelajaran bahasa
merupakan kemahiran atau ilmu yang ingin disampaikan oleh guru akan dibahagikan beberapa unit yang
kecil dan murid akan mengambil ujian formatif selepas setiap unit pembelajaran untuk mengenla pasti
tahap penguasaan. Teori ini menekankan kefahaman bahawa setiap murid perlu belajar bermula dengan
beberapa unit kecil. Murid-murid akan mudah mengingati sesuatu kemahiran yang diajar jika pengkaji
memulakan pengajaran dengan unit yang kecil terlebih dahulu. Daripada Teori (LFM), pengkaji telah
mendapati bahawa kemahiran menulis huruf berekor perlu dibuat secara beberapa unit kecil dahulu
seperti bermula dengan menulis huruf. Murid perlu kuasai huruf terlebih dahulu sebelum pengkaji
meneruskan kemahiran menulis perkataan dan ayat.

Menurut Kulik et al. (1990) guru memainkan peranan penting dalam pendekataan LFM. Guru
akan memastikan setiap murid belajar dalam mementon yang sama sebelum mempelajari unit yang baru.
Seterusnya, sekiranya terdapat murid yang ketinggalan dalam pengajaran, mereka akan menerima
bimbingan secara individu atau tutorial ^efkumpulan supaya mereka dapat menguasai. Oleh itu, dengan
teknik garis tiga, pengkaji perlu memainkan peranan penting bagi memastikan murid-murid menguasai
semua kemahiran yang dipelajari. Pengkaji perlu memastikan setiap murid dapat menguasai kemahiran
menulis huruf dengan betul dan kemas. Setelah menguasai huruf-huruf barulah pengkaji meneruskan unit
yang lebih komplek seperti menulis perkataan dan ayat yang mengandungi huruf berekor. Pengkaji
memilih pendekatan FLM dalam kajian ini kerana pengkaji membuat pemulihan kepada murid-murid yang
tidak dapat menguasai sesuatu kemahiran. Murid-murid tersebut akan diberi bimbingan secara individu.

Selain itu, kajian tersebut juga mendapati bahawa kumpulan murid yang diajar dengan
pendekatan FLM lebih bermotivasi untuk belajar. Murid akan lebih memahami unit atau topik yang telah
diajar. Hal ini kerana murid lemah akan diberi pemulihan manakala murid yang telah menguasai akan
diberikan aktiviti pengayaan. Pendekatan ini sesuai untuk murid-murid lemah seterusnya dapat memberi
motivasi kedapa mereka agar mereka terus belajar kerana aktiviti yang dirancang sesuai dengan
kemahiran murid-murid.

Pendekatan ini berpegang kepada prinsip bahawa setiap murid diberi peluang untuk belajar
mengikut kadarnya manakala tindakan pengayaan dan pemulihan perlu dijadikan sebahagian daripada
proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui pembelajaran masteri, seseorang pengkajii perlu

menganalisis pencapaian murid dan seterusnya merancang pengajaran yang lebih sesua dengan tahap
murid pada unit yang akan datang (Warren, 2007).

1.3. Refleksi Nilai Pendidikan

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru, pelbagai kaedah, alat bantu mengajar serta
teori digunakan untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan. Oleh itu saya telah
mengenal pasti satu teori pengajaran iaitu Teori Behaviorisme. Teori Behaviourisme menggunakan hubungan
stimulus dan respon yang menghasilkan tingkah laku.

Teori Behaviorisme ini ini juga dikenali sebagai teori tingkah laku. Teori ini mengkaji tingkah laku manusia
kerana tingkah laku manusia boleh dilihat dan diukur. Pada asasnya teori ini melihat tingkah laku manusia sebagai
tindakan

kepada rangsangan (Stimulus to Response). Teori ini juga menekankan tentang pentingnya pengukuhan menerusi
intensif untuk merangsang dan mempengaruhi cara manusia melakukan sesuatu, termasuk bagaimana murid belajar.

Menurut Teori Behaviouristik belajar ialah perubahan tingkah laku sebagai hasil dari pengalaman. Belajar
merupakan akibat adanya interaksi antara stimulus dan respon. Seseorang dianggap telah belajar sesuatu jika dia
dapat menunjukkan perubahan tingkah lakunya.

Antara tokoh-tokoh mazhab behavioris yang terpengaruh dalam pembentukan teori pembelajaran ialah Ivan
P. Pavlov, J.B Watson, Edward L. Thorndike dan B.F. Skinner. Menurut ahli-ahli psikologi Behaviorisme,
pembelajaran adalah perubahan kekal yang berlaku dalam diri seseorang individu disebabkan oleh latihan dan
pengalaman.

Oleh itu saya pilih Teori pembelajaran Klasik untuk diaplikasikan dalam intervensi saya nanti kerana teori
ini membolehkan interaksi berlaku antara guru dan murid, reaksi murid dapat dilihat dengan jelas dan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah lebih menarik dengan adanya kaitan antara rangsangan dan gerak
balas. Sebagai contoh, dalam pengajaran saya nanti saya akan memberi penekanan kepada teknik-teknik yang
merangsang pemikiran murid secara tidak langsung akan menarik minat untuk belajar lebih kepada kekerapan
latihan dan tajuk karangan autobiografi yang akan diajar oleh saya adalah berdasarkan pengalaman dan pengetahuan
sedia ada mereka.

Gerak balas positif murid ketika berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dipupuk melalui
pelaziman klasik. Berdasarkan teori ini,
6

pengetahuan sedia ada murid perlu dicungkil oleh sebagai rangsangan yang digunakan oleh guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Untuk mengaitkan sesuatu rangsangan dengan aktiviti pembelajaran, guru-guru masih
mengaplikasikan di dalam bilik darjah supaya kemahiran dapat dikuasai oleh murid dengan cepat.

Berdasarkan konsep rangsangan dan gerak balas dan Teori Pelaziman Klasik Pavlov, kajian yang
digunakan menggunakan teknik kloz. Teknik kloz merangsang pemikiran murid. Murid-murid terpaksa berfikir
untuk mendapatkan jawapan seterusnya membina ayat daripada mudah kepada yang lebih kompleks. Contohnya
murid diberi penulisan karangan berpandu iaitu mengisi tempat kosong dengan menggunakan teknik kloz.

Maklumat menarik yang diberi guru menimbulkan emosi yang seronok kepada murid, begitu juga
sebaliknya. Jika murid seronok dengan maklumat yang diperoleh semakin mudah maklumat itu diingati dan terakam
dalam ingatan untuk jangka masa yang lama. Oleh itu, teori ini amat berkaitan dengan kajian yang saya lakukan,
maka saya akan mengaplikasikan teori ini semasa menjalankan intervensi nanti.

1.3 Refleksi Nilai Pcndidik

Menulis merupakan satu proses merakam atau menghasilkan bahan berbentuk idea, pendapat,
pengalaman, perasaan, dan maklumat dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau
dengan diri sendiri. Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (1993), di peringkat pengajian tinggi, kemahiran
menulis menjadi amat penting kerana para pelajar perlu menyediakan tugasan dalam bentuk esei, laporan
atau tesis. Penulisan karangan merupakan bahagian yang penting di peringkat rendah, menengah dan
pusat pengajian tinggi. Kegagalan pelajar menghasilkan karangan yang bermutu, sudah pasti akan
menjejaskan prestasi mereka dalam penguasaan kemahiran penulisan bahasa Melayu.

Adrian Stewad Ngau (2010) telah membuat kajian tentang Kesan Rumus Pelaku + Perbuatan +
Huraian Dalam Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Karangan Bahagian A Murid Tahun 4. Pada
pendapat saya rumusan ini tidak sesuai dengan murid pengkaji. Oleh itu pengkaji telah mengubah suai
tentang rumusan ini bersesuaian dengan murid tahun 3.

Hukum Latihan Thondike (1906) ada menyatakan bahawa pertalian antara rangsangan dan gerak
balas akan bertambah kukuh jika latihan, aplikasi serta aktiviti pengukuhan diberikan. Hukum ini
pengkaji akan terapkan dalam penggunaan rumus " WKkPa " secara latih tubi. Selain itu rumus ini
menjadi bahan ransangan pembelajaran.

Mengikut Teori Pembelajaran Gagne (1974) terdapat susunan urutan pelbagai kemahiran
kecerdasan dan tiap-tiap satunya adalah syarat mutlak untuk menguasai sesuatu kemahiran sebelumnya.
Kemahiran kecerdasan

pertama dalam pembelajaran diskriminasi iaitu membezakan simbol-simbol. Setelah menguasai


kemahiran ini, barulah dapat membentuk konsep. Dalam pembelajaran konsep, murid mestilah membuat
diskriminasi antara uftsur, fcetnudian mengelas dan membahagikan unsur itu dalam kumpulan untuk
membentuk hukum. Oleh itu kemahiran kecergasan membolehkan seseorang mengetahui bagaimana
hendak melakukan sesuatu tindakan dan bukan hanya semata-mata mengetahui apa keadaan yang wujud.
Ini bermakna kemahiran kecerdasan meliputi pelbagai unit maklumat berbahasa seperti fakta, tarikh,
simbol, dan huraian serta kebolehan menggunakan maklumat itu. Teori pembelajaran Gagne saya
terapkan dalam menghasilkan rumus WkkPa. Setelah memahami konsep ini ini, barulah murid dapat
mengetahui bagaimana untuk membina ayat menggunakan gambar.
peranan penting untuk merancang aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat
memenuhi keperluan kecerdasan iaitu yang terdiri daripada sembilan kecerdasan yang
diperkenalkan oleh Gardner. Oleh itu, diharapkan melalui teori-teori penyelidikan tindakan dan
teori pembelajaran yang dikukuhkan dalam penyelidikan tindakan ini, diharapkan ia dapat
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang akan pengkaji laksanakan menjadi lebih
berkesan dan dapat menarik murid agar fokus sehinggakan mereka faham apa yang
dipelajarinya.

Selain itu, pengkaji menggunakan kaedah pengulangan iaitu melakukan latihan


berulang-ulang. Latihan akan diberi berulang-ulang dan gerak balas yang salah pada mulanya
akan semakin berkurangan maka perhubungan diantara rangsangan dengan gerak balas akan
bertambah kukuh. Maka perhubungan di antara gerak balas dengan rangsangan sebenarnya
mewakili proses pembelajaran. Perhubungan ini berlaku berdasarkan bilangan kali latihan,
keadaan kesediaan individu dan keberkesanan latihan penyelidikan ini juga diharapkan dapat
membuktikan bahawa penggunaan Balang ABC sememangnya merupakan teknik yang
berkesan dan menarik untuk digunakan oleh guru dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa
Melayu.

CONTOH PENULISAN RUJUKAN

Abdullah Hassan. (2004). Tatabahasa pedagogi untuk sekolah menengah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka

Ameelia Nazira bte Mohd Shafie & Jafizah binti Jaafar. (2014), Meningkatkan penggunaan kata
adjektif jenis bentuk dan minat responden melalui teknik imej visual dalam kalangan responden-
responden Tahun 3. Jurnal Penyelidikan Tindakan Pengajian Melayu. Pulau Pinang : IPG
Kampus Pulau Pinang

Chee Kim Mang. (2013). Kajian tindakan dari proses ke produk. Unit Penyelidikan Pendidikan
Asas (UPPA) Pulau Pinang:Pusat pengajian llmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia

Esah Sulaiman. (2003). Amalan Profesionalisme Perguruan. Universiti Teknologi Malaysia


SkudarftamliTa'zim.

Esah euidiman. (2004). Pengenalan pedagogi. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Hamizah Binti Shamsul. (2010). 3D Model enhances acquistion of concepts in relation to the
topic 'Solar System' among Year 4 Students.Mengkuang Edisi 10.Pulau Pinang: IPG Kampus
Tuanku Bainun.32

Kamarudin Hj.Husin. (1995). Perkaedahan mengajar bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan


Budiman Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Draf, Kurikulum Standard Sekolah Rendah:
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan. Kuala
Lumpur: Bahagian Pembangunan Kurikulum (Tahun 4)

Mohd Khalil Bin Mohd Yusoff. (2012).Komunikasi interpersonal guru ciri-ciri guru yang tidak
disukai oleh pelajar sekolah.Jurnal Pradigma.Pulau Pinang: IPG Kampus Tuanku Bainun.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2008).

Tatabahasa dewan. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, & Abdul Hamid Mahmood. (201 §);

Tatabahasa dewan golongan kata. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, & Abdul Hamid Mahmood. (2016).

Tatabahasa dewan Morfologi Golongan Kata. Edisi Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Abdul Aziz Abdul Talib (1993). Langkah-langkah Permulan Dalam Mengajar Kanak-kanak
Kemahiran Menulis Karangan.Satu Pendekatan dalam Pengajaran dan Pengujian Bahasa.
Kuala Lumpur: Nurin Enterprise

Juriah Long, Raminah, HHj. c$abran & Sofiah Hamid (1992).Pengkaedahan


PengaiarcanTlahasa MelayuKua\a Lumpur: Fajar Bakti.

'Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997). Penguasaan Kemahiran
Menulis.Subang Jaya, Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Marohaini Yusoff (2001),Penyelidikan Kualitatif : Pengalaman Kerja Lapangan Kajian


(Qualitataif Research : Fieldwork Research Experience), Kuala Lumpur: Universiti Malaya
Press.

Mok Soon Sang (2008) Alam Belajar. Puchong: Penerbitan

MultimediaSdfY §TO.

Siti Hajar Abdul Aziz (2009).Bahasa Melayu II Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Tuan Jah Tuan Yusof (201 "\).Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Selangor.Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Internet
Abdul Rashid Jamian (t.t) Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu
Murid-murid Sekolah Rendah di Luar Bandar di http://www.ukum.mv/ipbm/pdf/1-12 Rashid
UPM.pdf pada 17 Julai 2015

Aplikasi Teknik Pembelajaran Pantas Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran 8a/?


asa>A/,ab.http://worldconfrences.net/iouinals/qse/paperqse/gse2014%20n 2/APLIKASI
%20TEKNlK°/n7QPRMBELAJARAN%20PANTAS%20DALAM%2 0PENGAJARAN%20DAN
%20PFMBELAJARAN%20BAHASA%20ARAB.pdf pada 21 April 2015

Azani Ismail @ Yaakub, Azman Che Mat & Mat Taib Pa (2012) Membina Kemahiran Pertuturan
Menerusi Aktiviti Lakonan Dalam Pengajaran Bahasa Arab.https:// journalarticle.
ukm.my/3278/1/pp_325_337.pdf pada 4 April 2015

Azriana Abdul Manan & Yahida Yahya (2013), Pengajaran Berdasarkan Aktiviti Drama dalam
meningkatkan Pencapaian dan motivasi Pelajar Berasaskan Teaching For Real www. Malay
language centre, moe.edu.sg/imaqes/Ddf/19 pada 25 Mac 2015

Buku

Abdul Latib b Abd Rahman & Nor Azam b Ariffin. (2015). Panduan Penulisan Laporan penyelidikan
Tindakan. Pulau Pinang: Jabatan Pengajian Melayu.

Khairuddin Mohamad, Ibrahim Yusof & Zaridah Ramli. (2014). Penyelidikan Dalam Pendidikan Bahasa
Melayu. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Pasukan Penyelidik. (2013). Panduan Penulisan Laporan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Rosinah Edinin. (2011). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur: Freemind
Horizons Sdn. Bhd.

Internet

Anisah AnudF @ Yong Hui Ming Buku Koleksi PT BM 2010. Diperolehi 9 Oktober iWtp://^ww.ipbl.edu.my/

Che Zanariah Che Hassan &Fadzilah Abd Rahman. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Diperolehi 9
Oktober 2015 daripada http://www.slideshare.net

Cikgusue. Penilaian Pemerhatian.Diperohi 30 Ogos 2015 daripada http://cikgupUKU

Abdul Aziz Abdul Talib (1993). Langkah-langkah Permulan Dalam Mengajar Kanak-kanak Kemahiran
Menulis Karangan.Satu Pendekatan dalam Pengajaran dan Penqujian Baftasa. Kuala Lumpur: Nurin
Enterprise.

Juriah Long, Raminah Hj. Sabran & Sofiah Hamid (1992). Pengkaedahan Pengajaran Bahasa
Melayu.Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997). Penguasaan Kemahiran Menulis.Subang Jaya
Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
ire : i tuvyjrk

Marohaini Yusoff (2001),Penyelidikan Kualitatif : Pengalaman Kerja Lapangan Kajian (Qualitataif


Research : Fieldwork Research Experience), Kuala Lumpur: Universiti Malaya Press.

Mok Soon Sang (2008). Murid dan Alam Belajar. Puchong: Penerbitan MultimediaSdn. Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz (2009).Bahasa Melayu II Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Tuan Jah Tuan Yusof (2011).Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Selangor. Penerbitan
Multimedia Sdn.Bhd.

Internet

Abdul Rashid Jamian (t.t) Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu Murid-murid
Sekolah Rendah di Luar Bandar di http://www.ukum.mv/iDbm/pdf/1-12 Rashid UPM.pdf pada 17 Julai
2015

Aplikasi Teknik Pembelajaran Pantas Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran


8a^asa>Arad.http://worldconfrences.net/ioumals/qse/paperqse/gse2014%20n 2/APLIKASI%20TEKNIK
%20PEMBELAJARAN%20PANTAS%20DALAM%2 0PENGAJARAN%2QDAN%20PEMBELAJARAN
%20BAHASA%20ARAB.pdf pada 21 April 2015

Azani Ismail @ Yaakub, Azman Che Mat & Mat Taib Pa (2012) Membina Kemahiran Pertuturan Menerusi
Aktiviti Lakonan Dalam Pengajaran Bahasa Arab.https:// journalarticle. ukm.my/3278/i/pp_3?5 337 pdf
pada 4 April 2015

Azriana Abdul Manan & Yahida Yahya (2013). Pengajaran Berdasarkan Aktiviti Drama dalam
meningkatkan Pencapaian dan motivasi Pelajar Berasaskan Teaching For Real. www. Malay language
centre.moe.edu.sg/images/pdf/19 pada 25 Mac 2015

suepkhas.blogspot.com/2012/07/penilaian-pemerhatian.html

You might also like