You are on page 1of 1

Siti Sarah binti Ab Rahman

Tugasan Penterjemahan Teks Undang-Undang 17102019

Kecukupan Pampasan Yang Akan Ditentukan Oleh Hakim

Peguam bagi responden merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan di mana ia


berpendapat bahawa membataskan budi bicara seorang hakim Mahkamah Tinggin yang
mendengar rujukan tanah terhadap pendapat para penilai yang dilantik untuk
membantunya, tidak melanggar Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Namun, pada pandangan kami (Hakim Mahkamah Persekutuan), Seksyen 40D(1) dan
(2) daripada Akta adalah bahawa pengapit yang berkuatkuasa mengambil alih kuasa
kehakiman Mahkamah yang termaktub di bawah Perkara 121(1) Perlembagaan Persekutuan
dalam menentukan jumlah yang munasabah bagi pampasan dalam perkara rujukan tanah.
Kuasa kehakiman bagi menganugerahkan pampasan telah ditolak oleh Hakim Mahkamah
Tinggi kepada penilai yang melanggar Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan.

Peguam bagi responden merujuk kepada perbahasan parlimen Akta A999 dan
menegaskan bahawa pengenaan kepada Seksyen 40D oleh Akta A999 adalah sejajar dengan
salah satu objektif dalam Akta A999, contohnya bagi mempunyai asas yang kuat dalam
penilaian kepada pampasan yang perlu dibayar kepada pemilik tanah. Oleh itu, pelantikan
penilai yangn dilantik oleh Mahkamah pada asasnya adalah untuk memastikan bahawa
pampasan dibuat dengan tepat, cepat dan cekap serta adil bagi menunjukkan nilai sebenar
tanah yang diperolehi.

Walaupun niat dan maksud peruntukan di atas dapat diterima, perkara utama dalam
hal ini terletak di dalam implikasi Seksyen 40D yang bertentangan dengan Perkara 121
Perlembagaan Persekutuan.

You might also like