You are on page 1of 3

Laporan Akhir Perkhemahan Unit Beruniform

Pada 10 September 2019 hingga 13 September 2019, ahli-ahli KRS telah terlibat dengan
perkhemahan di dalam IPG kampus Batu Lintang. Perkhemahan ini turut melibatkan unit-
unit beruniform yang lain seperti Persatuan Bulan Sabit Merah dan Pengakap.
Perkhemahan ini adalah diwajibkan bagi setiap guru pelatih Semester 3 bagi memenuhi
keperluan kursus unit uniform masing-masing.

Sebelum pergi ke perkhemahan, pembentukan Jawatankuasa diadakan untuk


menggerakkan sesuatu aktiviti perkhemahan supaya program dapat dirancang dengan baik
dan teratur. Setiap ahli jawatankuasa mempunyai tugas masing-masing. Saya juga
membayar wang kepada bendahari KRS untuk memastikan persiapan yang dibuat boleh
menampung segala keperluan selama tempoh perkhemahan. Saya bersama ahli KRS lain
juga menyediakan dan memeriksa Alatan untuk perkhemahan seperti alat memasak,
khemah supaya tidak kelam kabut semasa perkhemahan dijalankan. Kami juga telah
menjalankan latihan masakan rimba.

Pada hari pertama iaitu, 10 September 2019 bersamaan hari Selasa, ahli-ahli KRS
telah berkumpul di foyer blok pentadbiran. Semua ahli KRS berjaya menghadirkan diri
dengan awal dan selepas itu kami diberi taklimat oleh Encik Ahmadi. Seterusnya, kami
bekerjasama memunggah barang-barang yang ingin dibawa untuk perkhemahan ke tapak
perkhemahan. Setiap platun dikehendaki menjalankan tugas masing-masing yang sudah
diagihkan oleh pengerusi KRS seperti mendirikan khemah dan mendirikan gajet yang
bersesuaian berdekatan khemah seperti pintu gerbang, pagar, khemah memasak, rak kasut,
ampaian dan lain-lain. Pada petang itu, kami dinilai oleh jurulatih tentang ikatan dan
simpulan tali. Saya telah mengulang kaji pengetahuan tersebut sebelum penilaian bersama
rakan KRS. Malam itu, ahli KRS berkumpul di Dewan Brooke untuk mempersembahkan lagu
patriotik. Platun saya iaitu platun 4 mempersembahkan sehati sejiwa dan juga “standing in
the eyes of the world”. Saya berasa bangga terhadap platun saya kerana bekerjasama
mempersembahkan lagu.

Pada hari kedua iaitu, 11 September 2019, platun saya bertanggungjawab untuk
menyediakan sarapan pada pukul 4.30 pagi. Saya dan ahli platun bekerjasama
mengagihkan tugas dan menjalankan tugas dengan baik. Selepas siap makan sarapan,
kami pun membersihkan tempat memakan dan kuali-kuali. Selepas itu, kami bergerak ke
Dewan Brooke. Semua ahli KRS dibahagikan kepada dua kumpulan untuk menjalankan
ujian kawad kaki dan saya diuji oleh Mejar Mahadi di depan Dewan Brooke. Perkara yang
diuji ialah kawad statik serta hukuman untuk berpusing ke kanan, kiri dan belakang. Selepas
ujian, saya juga diberi ajaran tentang membentuk barisan mengikut paras dan memberi
hormat. Setelah makan tengah hari, ujian penilaian pertolongan cemas tentang balutan
anduh dijalankan dan saya bersama 3 orang ahli KRS menjadi satu kumpulan diuji oleh
Mejar Zailani. Situasi yang diberi ialah seorang ahli KRS patah tangan semasa melakukan
gajet. Jadi, kami perlu memilih jenis balutan anduh yang sesuai dan mengaplikasikannya.
Pada petang hari tersebut, kami berlari mengelilingi padang IPG sepanjang 2.4 km tidak
melebihi 20 minit untuk pelaksanaan ujian penilaian pentauliahan kenaikan pangkat. Ujian
tekan tubi dan bangkit tubi dilakukan sebanyak 30 kali dalam masa 60 saat dan angkat
beban juga dijalankan dengan mengangkat beban yang seberat dengan keberatan sendiri.
Malam itu pula, kami menjalankan latihan malam kebudayaan dan platun saya bergabung
dengan platun 3 untuk mempersembahkan nyanyian lagu Sarawak dan Sabah.

Pada hari ketiga iaitu 12 September 2019, kami menjalankan aktiviti pengembaraan
di dalam kawasan IPG. Taklimat disampaikan oleh Tuan Ahmadi di foyer blok pendtadbiran
kepada semua unit beruniform tentang peraturan dan arahan menjalankan kembara rimba.
Saya dibahagi ke kumpulan 3 dan bergabung bersama BSMM. Kami segera mengambil
barang masakan untuk masakan rimba setelah taklimat. Selepas itu, kami berkumpul di
hadapan Auditorium TAZA untuk medapatkan petunjuk pertama daripada Tuan Ahmadi.
Kami mengelilingi kawasan IPG untuk mendapatkan petunjuk yang seterusnya berdasarkan
bearing yang diberi dan memandu arah dengan menggunakan kompas. Tempat pertama
untuk kumpulan kami ialah rumah warden, kedua ialah tiang bendera dan akhirnya di tempat
letak bus. Setelah menjumpai tempat memasak, kami pun memulakan masakan rimba
dengan bahan mentah yang dibekalkan. Kami bekerjasama untuk memasak, mencuci bahan
mentah, menghidupkan api dan membuat perhiasan. Setelah makanan siap, kami
kemaskan tempat memasak dan cikgu Intan menilai masakan kumpulan saya. Petang itu,
kami menjalankan lagi latihan malam kebudayaan dan berjaya mempersembahkan dengan
baik pada malam hari itu.

Pada hari keempat iaitu 13 September 2019, saya menyertai perhimpunan pagi yang
diketuai oleh pengerusi, Muhammad Yusuf. Seterusnya, saya menikmati sarapan lalu
berkumpul di TAZA untuk menghadiri majilis penutupan bagi kem unit beruniform. Video-
video tentang kem unit beruniform telah ditayangkan sebagai kenangan manis untuk semua
orang. Hadiah juga disampaikan kepada unit beruniform yang berkenaan.

Selepas kem unit beruniform, kami bekerjasama untuk membersihkan tapak


perkhemahan, memulangkan peralatan-peralatan yang dipinjam dan memindahkan semua
khemah ke dalam stor. Kami juga memastikan agar tidak meninggalkan sampah di kawasan
tapak perkhemahan. Saya juga membuat refleksi terhadap pengetahuan baharu yang saya
dapat melalui kem ini. Walaupun letih, saya tetap berasa gembira kerana berpeluang
menyertai kem ini dan mendapat banyak faedah.

Disediakan oleh,

_______________

(DAPHNE SII WAN YIN)

PISMP BC SJKC JUN 2018

You might also like