You are on page 1of 6

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL PJJUUM

+
PENGAJIAN JARAK JAUH
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
SEMESTER OKTOBER 2019/2020
PENSYARAH: DR ZAINUDIN BIN OMAR
KURSUS : PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL
KOD KURSUS : SSZK 2003
HARI/MASA :

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini membincangkan mengenai falsafah dan konsep asas penyelidikan dalam
bidang Sains Sosial. Tujuannya agar pelajar memahami dan boleh mengaplikasikan
prinsip-prinsip penyelidikan dalam menghasilkan penyelidikan ilmiah yang berkualiti
dan memenuhi kriteria dalam sesebuah penyelidikan. Melalui kursus ini mereka turut
didedahkan dengan kaedah penyelidikan asas yang memenuhi syarat asas sesebuah
penyelidikan sains sosial. Dalam pada itu, mereka juga dilatih dalam menulis
proposal kajian yang berkualiti yang mana boleh memudahkan mereka
mengaplikasikannya dalam sesebuah penyelidikan sebenar. Metodologi kajian,
meliputi kualitatif dan kuantitatif turut diajarkan. Selain itu, analisa kajian serta
bagaimana menulis laporan berdasarkan alat analisa ujian yang dipilih termasuk asas
SSPS.

OBJEKTIF KURSUS

Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:

1.1 Mengetahui asas penyelidikan dalam bidang Sains Sosial.


1.2 Memahami kaedah menulis proposal yang berkualiti sebagai sebahagian
proses penyelidikan.
1.3 Mengetahui kaedah menjalankan sesebuah kajian termasuk analisis data.
1.4 Mengetahui kaedah menulis laporan akhir kajian serta boleh menggunakan
dalam latihan ilmiah masing-masing.

PENGENDALIAN KURSUS

Kursus ini dikendalikan secara pembelajaran kendiri (self-learning approach). Modul


kursus yang diberikan perlu digunakan sebagai rujukan utama. Modul yang dibekalkan
kepada pelajar lengkap dengan soalan-soalan latihan bertujuan menguji kefahaman
pelajar. Pelajar adalah dinasihatkan supaya merujuk bahan-bahan bacaan tambahan bagi
meningkatkan kefahaman kandungan pelajaran. Soalan-soalan dari buku rujukan
tambahan juga boleh dicuba bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pelajar.

1
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL PJJUUM

Bagi membantu pelajar memahami kandungan modul, terdapat empat (4) fasa pertemuan
bersemuka di antara pelajar dan tenaga pengajar telah ditetapkan. Pertemuan kelima
adalah untuk tujuan peperiksaan akhir. Pelajar dinasihatkan supaya membaca terlebih
dahulu modul yang diberikan sebelum menghadiri kuliah atau pertemuan bersemuka.

Jadual sesi pertemuan dilampirkan dalam bahagian seterusnya. Namun begitu, jadual
tersebut adalah tertakluk kepada sebarang pindaan dan pelajar dinasihatkan agar sentiasa
berhubung dengan PACE dan penyelia pusat pembelajaran untuk mendapatkan maklumat
terkini.

PENILAIAN KURSUS

Penilaian akan diadakan berdasarkan tugasan individu, peperiksaan pertengahan semester


dan peperiksaan akhir semester. Ketiga-tiga komponen penilaian ini akan dijelaskan
dengan lebih lanjut dalam bahagian seterusnya. Agihan markah adala seperti berikut:

Tugasan Individu 30 %
Tugasan Kumpulan 20 %
Kuiz 10%
Peperiksaan akhir 40 %

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER

Peperiksaan akhir akan diadakan pada pertemuan kelima yang mana tarikh, masa dan
tempat sebenar akan diberitahu kelak. Peperiksaan ini adalah komprehensif, yakni
merangkumi keseluruhan modul kursus. Masa yang diperuntukan adalah 2 jam 30 minit.
.

RUJUKAN

Mohd Najib Marzuki.(2010). Modul SSZK 2003 Penyelidikan Sains Sosial , Universiti
Utara Malaysia: Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan.

Newman, W.L. (1997). Social Research Methods : Qualitative and Quantitative


Approaches. Boston: Allyn & Bacon.

Rohana Yusoff. (2004). Penyelidikan Sains Sosial. Kuala Lumpur. PTS Publication and
Distributors Sdn. Bhd.

Sabitha Marican. (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Petaling Jaya : Prentice Hall.

2
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL PJJUUM

Sekaran, U. (2000). Research Methods for Business : A Skill Building. New York : John
Wiley.

TENAGA PENGAJAR

Nama Pensyarah No. Telefon E-mel


Dr Zainudin Omar 017 2588702 znudin@uum.edu.my

JADUAL SESI PERTEMUAN, PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER,


DAN PEPERIKSAAN AKHIR

Pertemuan Modul Tempoh

Pertemuan  Penerangan kursus 4 jam


1  Perbincangan Bab 1 dan 2.

Pertemuan  Perbincangan Bab 3, 4 ,5 4 jam


2

Pertemuan  Pep Pertengahan Semester (Bab 1, 2, 1 jam 30 minit


3 3,4 dan 5)
 Perbincangan Bab 6 dan 7 2 jam 30 minit

Pertemuan  Perbincangan Bab 8, 9 dan 10 4 jam


4  Serahan tugasan.

PEPERIKSAAN AKHIR 2 jam 30 minit


(meliputi keseluruhan modul)

3
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL PJJUUM

SOALAN TUGASAN INDIVIDU (30 MARKAH)

Proposal kajian merupakan satu dokumen asas di mana pihak pemberi geran penyelidikan
akan menilai kesesuaian sesebuah cadangan penyelidikan yang dihantar oleh seseorang
individu mahu pun satu kumpulan penyelidikan. Anda diminta menyediakan satu
proposal kajian yang mengandungi perkara-perkara asas dalam sesebuah kajian seperti
tajuk kajian, hipotesis kajian, jangka masa kajian dijalankan serta perancangan kajian
kepada sebuah institusi yang berkaitan dengan tugas seharian anda. Kesemua perkara
tersebut perlu dinyatakan dengan jelas beserta justifikasinya perlu diberikan. Anda perlu
menyertakan rujukan yang perlu ditulis menggunakan format APA dan akan diambil kira
bagi pemarkahan.

LAMPIRAN:
Contoh Tugasan Kumpulan
SSZK 2003 Semester Oktober 2019/20
Kumpulan A (UUM Sintok)
u.p- Pengajar boleh ubahsuai tugasan sesuai dengan bilangan dan style pengajaran
masing-masing.

Kumpulan 1
Dalam menyiapkan sesebuah proposal kajian terdapat beberapa perkara penting
yang perlu diberikan perhatian. Berikan penjelasan kepada perkara –perkara
berikut yang berkaitan dengan proposal kajian. Sertakan contoh yang sesuai.
a. Tajuk Kajian
b. Pernyataan masalah kajian
c. Persoalan kajian
d. Objektif kajian
e. Kepentingan Kajian

Kumpulan 2
Tugasan: Dalam menyiapkan sesebuah proposal kajian terdapat beberapa
perkara penting yang perlu diberikan perhatian. Berikan penjelasan kepada
perkara –perkara berikut yang berkaitan dengan proposal kajian. Berikan contoh
yang berkaitan.
a. Pembinaan hipotesis kajian
b. Kajian Literatur (Literature Review)
c. Kajian Lepas

4
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL PJJUUM

d. Bagaimana mencari bahan rujukan yang berkaitan dengan sesebuah


proposal
e. Bagaimana menulis rujukan mengikut system APA?

Kumpulan 3
Tugasan: Jelaskan jenis penyelidikan di bawah. Berikan contoh-contoh yang
sesuai.
a. Penyelidikan asas
b. Penyelidikan gunaan
c. Penyelidikan penilaian
d. Kajian/penyelidikan tindakan

Kumpulan 4
Tugasan: Jelaskan susun atur dalam menjalankan penyelidikan jenis kuantitatif
bermula dari proses asas sehingga tamat kajian. Antara perkara yang terlibat
adalah:
a. menyelidik kumpulan populasi
b. mengenalpasti responden
c. menyediakan soal selidik
d. pengedaran soal selidik
e. mendapatkan data kajian
f. menganalisis data

Kumpulan 5
Tugasan: Jelaskan tatacara menjalankan kajian menggunakan kaedah
penyelidikan kualitatif yang melibatkan perkara berikut:
a. mengenalpasti kumpulan responden
b. menemubual responden
c. transkripsi hasil temubual
d. menganalisis temubual berasaskan transkripsi
e. merumuskan data kualitatif – analisis tema

Kumpulan 6

5
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL PJJUUM

Tugasan : Jelaskan perkara-perkara di bawah yang berkait rapat dengan


mendapatkan data secara temubual:
a. temubual berstruktur
b. temubual semi struktur
c. temubual tidak berstruktur
d. Penyediaan garis panduan temubual berstruktur/semi struktur

Kumpulan 7
Tugasan: Jelaskan secara mendalam perkara yang berkaitan dengan ETIKA
yang perlu dipatuhi seseorang penyelidik dalam menjalankan sesebuah
penyelidikan. Penerangan tersebut hendak lah meliputi etika sebagai ahli
penyelidikan dan juga etika penyelidik terhadap responden.

Kumpulan 8
Tugasan: Terdapat dua penyelidikan utama iaitu kaedah kuantitatif dan
kualitatif.
a. Jelaskan kedua-dua kaedah tersebut.
b. Bandingkan kekuatan dan kelemahan bagi kedua-dua kaedah
penyelidikan tersebut.

You might also like