You are on page 1of 16

PANDANGAN GURU MENGENAI KEBERKESANAN PELAKSANAAN RPI

DI BEBERAPA BUAH SEKOLAH TERPILIH DI WILAYAH


PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN SELANGOR

Zainal Abidin bin Nasir


Jabatan Pendidikan Khas
Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman
06000 Jitra Kedah

PENGENALAN

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu instrumen yang sangat penting
dalam merancang aktiviti pengajaran di Program Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran. Ia adalah satu garis panduan atau alat pengurusan yang dibina bagi
memastikan pelajar-pelajar berkeperluan khas menerima pendidikan khas dan
perkhidmatan-perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan mereka (Smith &
Luckasson, 1995). RPI ini berasal dari Amerika Syarikat yang terhasil daripada satu
perundangan, iaitu ‘Public Law 94-142’ yang telah diluluskan oleh Kongres
Amerika Syarikat pada tahun 1975 (Mohd. Siraj, 1995) dan telah terbukti memberi
banyak manafaat di samping memberi perlindungan kepada pihak-pihak tertentu
khususnya pelajar-pelajar khas yang memerlukan perkhidmatan pendidikan yang
bercorak individu (Mohd. Siraj, 1995). Namun begitu tidak seperti di Amerika
Syarikat yang mempunyai peruntukan perundangan bagi mewajibkan pelaksanaan
RPI iaitu ‘Public Law 94-142’, negara kita masih lagi tiada perundangan yang
khusus mengenai keperluan pelaksanaan RPI ini (Abdul Rahim, 2000).

Sejak bermulanya pelaksanaan RPI di negara kita sehingga kini tidak


terdapat banyak maklumat yang diperolehi mengenai tahap keberkesanan dan juga
masalah-masalah yang dihadapinya. Namun melalui kajian-kajian yang telah
dijalankan di Amerika Syarikat di dapati RPI ini mempunyai beberapa masalah
ketika perlaksanaannya termasuklah masalah penilaian (pentadbiran ujian,
pemarkahan dan intrepretasi), beban kerja guru yang bertambah, terlalu banyak
dokumentasi dan kekurangan latihan bagi guru (Smith, 1990). Selain itu RPI hanya
dilihat sebagai hanya satu bentuk penulisan yang tidak mempunyai peranan yang
mendalam di dalam bilik darjah, menyisihkan kurikulum am dan dilihat hanya
sebagai satu syarat yang mesti dipenuhi walaupun tidak memberi sebarang makna
(Gallaher & Desimone di dalam Kirk et. al, 1997).

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini adalah bertujuan bagi membuat tinjauan mengenai pandangan guru-guru
pendidikan khas terhadap pelaksanaan dan juga keberkesanan RPI yang telah
dijalankan diProgram Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di
beberapa buah sekolah menengah di sekitar Kuala Lumpur dan juga Selangor.
PERSOALAN KAJIAN

Persoalan-persoalan yang ingin dikupas dalam kajian ini adalah seperti berikut:
i) Adakah guru-guru yang terlibat bagi pembinaan RPI mendapat latihan
dan pendedahan yang mencukupi dan bersesuaian?
ii) Adakah terdapatnya penglibatan Ahli Jawatan Kuasa RPI dan juga
kumpulan sokongan lain di dalam proses pembinaan RPI ?
iii) Adakah proses pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar khas adalah
berpandukan kepada RPI yang telah dibina?
iv) Adakah pelaksanaan RPI di sekolah dipantau dengan secara berkesan
oleh pihak pentadbiran sekolah, jabatan atau kementerian?
v) Adakah terdapatnya peningkatan dalam pencapaian pelajar melalui
pelaksanaan RPI ?

SAMPEL KAJIAN

Sampel kajian ini dari dua kumpulan. Kumpulan pertama adalah seramai tiga orang
guru pendidikan khas yang dipilih berdasarkan pengalaman mereka yang luas di
dalam bidang pendidikan khas bermasalah pembelajaran dan latar belakang Bahasa
Malaysia yang memuaskan. Sampel-sampel ini terlibat kajian rintis.

Kumpulan kedua terdiri daripada empat puluh orang guru pendidikan khas di
Program Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran dari lima buah sekolah menengah
terpilih di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor yang akan terlibat
dalam kajian sebenar. Pemilihan sampel ini dibuat kerana guru-guru khas ini terlibat
secara langsung di dalam proses pembinaan, pelaksanaan dan penilaian RPI di
peringkat sekolah menengah.

REKABENTUK KAJIAN

Kajian ini adalah berbentuk satu tinjauan dan secara ringkasnya terbahagi kepada
lima aspek iaitu sudut pandangan guru mengenai latihan yang telah mereka terima
dalam membina RPI, proses pembinaan RPI, proses pelaksanaan RPI, penilaian dan
pemantauan RPI dan juga pandangan guru daripada sudut keberkesanan pelaksanaan
RPI.
Kajian ini menggunakan dua kaedah iaitu kaedah kuantitatif yang berbentuk
kajian deskriptif sebagai kaedah utama. Kaedah ini digunakan kerana dapat
menjawab persoalan berkenaan status semasa subjek kajian di samping menentu dan
melaporkan sesuatu perkara itu mengikut keadaan sebenarnya (Gay, 1996). Selain
itu, kaedah kualitatif juga digunakan sebagai kaedah sokongan untuk mengumpul
maklumat tambahan. Kaedah ini dipilih kerana dapat memberi lebih kefahaman
tentang bagaimana dan mengapa manusia berkelakuan sedemikian rupa (Gay, 1996)

2
INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen bagi kajian ini ialah borang Soal Selidik Kajian Keberkesanan
Pelaksanaan RPI Di Program Khas Bermasalah Pembelajaran Di Sekolah Menengah
yang mengandungi 35 soalan dan terbahagi kepada 6 bahagian. Dalam setiap
bahagian juga disediakan ruangan bagi sampel untuk memberi ulasan dan juga
cadangan.

DAPATAN KAJIAN

Latar Belakang Sampel Soal Selidik

i. Pengalaman Mengajar
Jumlah sampel paling ramai adalah yang berpengalaman di antara 2 hingga 4 tahun
iaitu 16 orang mewakili 40 peratus daripada sampel. Ini diikuti oleh pengalaman 1
hingga 2 tahun, 5 hingga 6 tahun dan 7 hingga 8 tahun yang mana masing-masing
mewakili 7 orang sampel atau 17.5 peratus. Kumpulan yang terkecil ialah
pengalaman di antara 10 hingga 12 tahun yang hanya mewakili 2.5 peratus iaitu
hanya seorang sampel.

ii. Latihan RPI sampel

Jadual 1:Latihan RPI


Latihan Bilangan Sampel Peratus
Di IPT 27 67.5
Di Maktab Perguruan 15 37.5
Anjuran Jabatan / 18 45.0
Kementerian
Kursus Dalaman PPKI 20 50.0
Tiada Latihan 3 7.5

Terdapat sampel yang tiada sebarang latihan dalam pembinaan RPI iaitu 3 orang
(7.5 peratus). Ketiga-tiga sampel ini bukan berlatarbelakangkan pendidikan khas
dan telah berkhidmat di kelas khas kurang daripada tiga tahun. Sampel memberi
maklumat bahawa mereka membina RPI dengan cara merujuk kepada guru-guru
yang lain di samping melihat contoh-contoh RPI yang lalu.

Pandangan Terhadap Latihan Yang Diterima

Bagi tujuan pengukuran tahap ukuran persetujuan sampel kiraan adalah dibuat
mengikut kiraan min skala Likert lima mata yang terdapat di dalam borang soal
selidik. Tahap persetujuan ini dijelaskan dengan lebih lanjut di dalam jadual 2.

Jadual 2: Ukuran Tahap Persetujuan Mengikut Kiraan Min Skala


Nilai Min Skala Tahap (Persetujuan)
3
1.00 hingga 1.80 Amat rendah
1.81 hingga 2.60 Rendah
2.61 hingga 3.40 Sederhana
3.41 hingga 4.20 Tinggi
4.21 hingga 5.00 Amat tinggi

Dalam erti kata lain, semakin tinggi nilai min yang diperolehi maka semakin
positif pandangan sampel-sampel kajian terhadap keberkesanan sesuatu item yang
dikaji dan begitu juga sebaliknya.

Jadual 3: Pandangan terhadap latihan yang diterima.


Item Kandungan soalan STS TS TT S SS Min
(%) (%) (%) (%) (%) Skala
B1 Latihan diterima bersesuaian 2.5 37.5 17.5 42.5 0.0 3.00
B2 Latihan diterima mencukupi 7.5 40.0 20.0 32.5 0.0 2.78
B3 Mendapat latihan secara amali 17.5 27.5 12.5 42.5 0.0 2.80
B4 Terdapat bahan rujukan dan 7.5 47.25 22.5 22.5 0.0 2.60
mencukupi
B5 Benar-benar mahir dalam 7.5 37.5 35.00 17.5 2.5 2.70
membina RPI
Purata keseluruhan 2.78
* STS = Sangat tidak bersetuju TS = Tidak bersetuju TT = Tidak tahu
S = Setuju SS = Sangat Setuju

Beberapa cadangan yang dikemukakan oleh sampel adalah supaya


diperbanyakkan lagi kursus-kursus terutama kursus dalaman bagi membantu
memahirkan guru-guru yang terlibat dalam pembinaan RPI ini di samping
memperbanyakkan lagi bahan-bahan rujukan bagi membina RPI. Sampel juga
menyatakan kebanyakkan latihan RPI yang diadakan pada masa kini adalah lebih
berbentuk teori sahaja dan kurang berkesan dan mencadangkan supaya pada masa
akan datang latihan-latihan RPI mestilah berbentuk bengkel dan mempunyai amali
supaya lebih mudah untuk difahami oleh guru.

Pandangan Mengenai Proses Pembinaan Rpi

Jadual 4: Pandangan Mengenai Proses Pembinaan RPI


Item Kandungan soalan STS TS TT S SS Purata
(%) (%) (%) (%) (%) Skala
C1 Terdapat jawatankuasa khas 20.0 30.0 12.5 35.0 2.5 2.70
bagi membina RPI
C2 Mesyuarat Jawatankuasa RPI 20.0 30.0 20.0 30.0 0.0 2.60
diadakan sebelum membina
RPI
C3 Pihak pentadbir sekolah terlibat 40.0 35.0 15.0 7.5 2.5 1.98
4
dalam mesyuarat RPI
C4 Ibu bapa dijemput menghadiri 37.5 20.0 27.5 15.0 0.0 2.20
mesyuarat RPI
C5 Pelajar (bersesuaian) dijemput 30.0 42.5 17.5 10.0 0.0 2.08
bersama dalam mesyuarat RPI
C6 Ahli kumpulan sokongan lain 50.0 32.5 12.5 5.0 0.0 1.73
terlibat dalam mesyuarat RPI
C7 Ibu bapa diberi peluang 20.0 22.5 15.0 35.0 7.5 2.88
memberi cadangan dalam
mesyuarat RPI
C8 Ujian diagnostik dijalankan 17.5 10.0 5.0 52.5 15.0 3.38
sebelum pembinaan RPI
C9 Penilaian menyeluruh 7.5 42.5 5.0 40.0 5.0 2.93
dijalankan bagi mendapatkan
maklumat pelajar yang tepat
dan lengkap
C 10 RPI dibina bersesuaian dengan 7.5 32.5 17.5 35.0 7.5 3.03
tahap dan keperluan pelajar
Purata Keseluruhan 2.55

Ulasan dan cadangan yang dikemukakan oleh sampel adalah perlunya


keseragaman di semua peringkat daerah dan negeri dari segi format dan pelaksanaan
RPI di samping pihak pentadbiran sekolah mestilah didedahkan mengenai tujuan
dan juga kepentingan RPI supaya dapat meningkatkan penglibatan mereka. Selain
itu proses pembinaan RPI yang dipraktikkan pada masa kini kurang berkesan kerana
ketiadaan sokongan daripada kumpulan pelbagai disiplin dan juga penglibatan ibu
bapa yang kurang mengalakkan.

Pandangan Terhadap Proses Pelaksanaan Rpi

Jadual 5: Pandangan Terhadap Proses Pelaksanaan RPI


Item Kandungan soalan STS TS TT S SS Purata
(%) (%) (%) (%) (%) Skala
D1 RPI dirujuk secara berterusan 7.5 27.5 12.5 50.0 2.5 3.13
dalam proses pengajaran dan
pembelajaran
D2 Penglibatan ibu bapa dalam 10.0 37.5 20.0 30.0 2.5 2.78
RPI adalah secara berterusan
D3 Penilaian RPI adalah secara 12.5 32.5 5.0 45.0 5.0 2.98
sistematik dan berterusan
D4 Penilaian RPI dijalankan 10.0 20.0 15.0 52.5 2.5 3.18
mengikut jangka masa yang
ditetapkan
D5 Keputusan penilaian RPI 7.5 22.5 12.5 47.5 10.0 3.30

5
disalurkan kepada ibu bapa
Purata Keseluruhan 3.07

Maklum balas sampel menyatakan RPI dibina dan dilaksanakan sepenuhnya


oleh sampel sahaja tanpa sebarang bantuan atau penglibatan daripada pihak lain.
Selain itu, terdapat juga komen yang menyatakan bahawa penglibatan ibu bapa
hanyalah sekadar untuk menandatangani borang RPI di awal dan akhir tahun sahaja
dan tiada penglibatan yang sebenar berlaku. Sampel juga menyatakan bahawa
terdapat guru yang mengajar tanpa mengikut RPI yang telah dirancang sebelumnya
kerana RPI yang dibina didapati tidak bersesuaian dengan keperluan pelajar
tersebut. Masalah ini berpunca daripada pembinaan RPI yang lemah dan kurang
lengkap. Sampel mencadangkan supaya guru-guru lebih berhati-hati dalam membina
RPI terutama dalam membina matlamat dan juga objektif pengajaran.

Pandangan Mengenai Pemantauan Pelaksanaan Rpi

Jadual 6: Pandangan Mengenai Pemantauan Pelaksanaan RPI


Item Kandungan soalan STS TS TT S SS Min
(%) (%) (%) (%) (%) Skala
E1 Penyelaras memastikan semua 0.0 17.5 15.0 62.5 5.0 3.56
pelajar mempunyai borang RPI
yang lengkap bagi setiap mata
pelajaran
E2 Penyelaras menyemak isi 10.0 15.0 17.5 47.5 10.0 3.33
kandungan RPI dengan teliti
E3 Pengetua dan guru-guru kanan 42.5 35.0 7.5 15.0 0.0 1.96
sekolah terlibat dalam
pemantauan RPI
E4 Pegawai dari Jabatan, 35.0 22.5 22.5 20.0 0.0 2.28
Kementerian atau Nazir
memantau RPI
E5 Ibu bapa mempunyai hak 2.5 5.0 7.5 75.0 10.0 3.86
menyemak perkembangan anak
mereka pada bila-bila masa.
Purata Keseluruhan 3.00

Terdapat maklumbalas menyatakan penyelaras yang tidak pernah menyemak


borang RPI pelajar dan sangat kurang pemantauan yang dijalankan oleh pihak
jabatan dan juga kementerian. Selain itu, terdapat juga komen yang menyatakan
pemantauan oleh penyelaras hanya dijalankan setahun sekali iaitu pada awal tahun
sahaja. Sistem pemantauan sedia ada dikatakan kurang berkesan kerana pihak yang
bertanggung jawab melakukan pemantauan termasuk para penyelaras, pegawai dari
jabatan dan kementerian mempunyai beban kerja lain yang amat berat.

Pandangan Mengenai Keberkesanan Pelaksanaan Rpi


6
Jadual 7: Pandangan Mengenai Keberkesanan Pelaksanaan RPI Di Sekolah
Item Kandungan Soalan Tidak (%) Ya (%)
F1 Format dan prosedur sedia ada bersesuaian, 72.5 27.5
lengkap dan berkesan
F2 Pelaksanaan RPI dapat menjadikan proses 12.5 87.5
pengajaran dan pembelajaran lebih teratur dan
sistematik
F3 Pelaksanaan RPI dapat membantu 25.0 75.0
meningkatkan pencapaian pelajar
F4 Pencapaian keseluruhan pelajar adalah lebih 22.5 77.5
baik dengan pelaksanaan RPI jika dibandingkan
tanpa RPI
Peratus keseluruhan 33.1 66.9

Antara maklum balas yang didapati ialah melalui pelaksanaan RPI,


perkembangan pelajar dapat diperhatikan dan kelemahan pelajar akan dapat
diperbaiki dari masa ke semasa. Selain itu, RPI juga dapat mengesan kemajuan dan
tahap pencapaian pelajar. Walau bagaimanapun ada komen yang menyatakan
pelaksanaan RPI berkesan hanya jika dilaksanakan dengan perancangan yang rapi
dan komitmen yang tinggi daripada pihak guru. Terdapat juga pandangan
menyatakan format sedia ada adalah kurang bersesuaian kerana memerlukan terlalu
banyak masa dan seharusnya dibuat dalam senarai semak sahaja bagi memudahkan
guru mengisinya.

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Latihan Guru
Secara keseluruhannya, bilangan guru yang telah mendapat latihan bagi membina
RPI adalah agak memuaskan, iaitu sebanyak 93 peratus telah menjalani latihan
sekurang-kurangnya sekali dan 75 peratus telah menjalani latihan tersebut sebanyak
dua kali atau lebih dari institusi yang berlainan. Namun begitu, terdapat juga tiga
orang yang tidak menjalani sebarang latihan RPI. Walaupun bilangan ini agak kecil,
namun perkara ini haruslah diambil berat kerana hal ini akan memberi implikasi
yang besar terhadap mutu dan juga keberkesanan pelaksanaan RPI di samping mutu
pengajaran dan pembelajaran pelajar. Ini kerana menurut Johns et. al (2002), RPI
yang tidak dibina dengan baik tidak akan dapat dijalankan dengan berkesan dan guru
perlu mengikuti latihan yang berterusan bagi membina RPI yang berkesan.

Selain itu, satu lagi perkara yang agak membimbangkan ialah cuma 50
peratus daripada sampel mendapat latihan melalui kursus-kursus dalaman di kelas
khas masing-masing dan cuma 45 peratus mendapat latihan anjuran dari jabatan
pendidikan mahupun Kementerian Pelajaran. Seharusnya kedua-dua badan ini
memainkan peranan yang aktif dan lebih bertanggungjawab dalam memberi latihan
kepada guru-guru khas kerana dapatan kajian menunjukkan guru-guru baru dan juga
7
guru-guru yang bukan berlatarbelakangkan pendidikan khas mempunyai kemahiran
yang rendah dalam membina RPI. Antara implikasi kekurangan kursus-kursus
seperti ini, seramai enam sampel tidak sedar tentang kewujudan format RPI yang
seragam Bahagian Pendidikan Khas telah pun mengeluarkan format RPI yang
seragam melalui Buku Panduan Rancangan Pendidikan Individu Murid-Murid
Berkeperluan Khas yang diterbitkan pada tahun 2000.

Mutu latihan RPI yang diperolehi sampel juga mempunyai banyak ruang
untuk diperbaiki. Hanya 43 peratus sampel bersetuju latihan yang mereka terima
bersesuaian dan 33 peratus sahaja bersetuju bahawa latihan yang mereka terima
mencukupi. Fakta ini menunjukkan sesuatu perlu dilakukan oleh semua pihak yang
terlibat dalam bidang latihan guru khas seperti pihak universiti, IPG, Jabatan
Pendidikan Negeri, Kementerian Pelajaran dan juga program-program khas itu
sendiri dalam meningkatkan kualiti selain kuantiti latihan RPI. Di samping itu,
jumlah bahan rujukan bagi membina RPI juga adalah agak kurang memuaskan.
Hanya 23 peratus sampel sahaja yang berpendapat terdapatnya bahan rujukan yang
mencukupi bagi membantu mereka membina RPI sedangkan bahan-bahan ini amat
perlu bagi membantu guru membina RPI yang menepati kriteria yang dikehendaki.

Proses Pembinaan Rpi


Melalui data-data yang diperolehi adalah sangat jelas bahawa proses pembinaan RPI
di sekolah-sekolah sampel belum mencapai satu tahap yang boleh dibanggakan.
Tahap penglibatan ibu bapa, pelajar, pentadbir sekolah dan juga kumpulan sokongan
adalah amat tidak memuaskan. Di samping itu, proses pengumpulan maklumat
pelajar juga masih belum mantap dan perlu diperbaiki.

i. Penglibatan Ibu Bapa


Dapatan kajian menunjukkan hanya 15 peratus sampel bersetuju bahawa ibu bapa
dijemput menghadiri mesyuarat RPI dan 43 peratus sama ada bersetuju atau sangat
bersetuju bahawa ibu bapa diberi peluang untuk memberi cadangan dalam
mesyuarat tersebut. Peratusan ini amat membimbangkan kerana ibu bapa
mempunyai maklumat yang penting mengenai sejarah perubatan, rutin seharian,
tingkah laku, kesukaan dan kebencian, keperluan keluarga (Lytle & Bordin, 2001)
selain daripada menjadi jurubela kepada anak mereka (Daniels & Wolery di dalam
Mercer, 2000). Ketiadaan penglibatan daripada pihak ibu bapa ini, maka pelajar
akan kehilangan hak pembelaan yang sepatutnya dan dikhuatiri tidak mendapat
keadilan di dalam pembinaan RPI mereka. Selain itu, banyak maklumat penting
mengenai pelajar tidak dapat disalurkan bagi membantu membina RPI.

Dapatan kajian menunjukkan antara sebab kekurangan penglibatan ibu bapa


adalah kerana sesi pertemuan ibu bapa dengan pihak sekolah diadakan pada waktu
bekerja, kurang pendedahan kepada ibu bapa mengenai hak-hak mereka selain
daripada sikap tidak ambil tahu ibu bapa itu sendiri. Situasi ini harus diperbaiki di
mana pihak guru dan sekolah terutamanya haruslah bersikap proaktif bagi membina
rangkaian perhubungan yang lebih efektif dengan ibu bapa di samping memberi
8
kesedaran kepada ibu bapa tentang hak mereka dan juga tujuan dan kepentingan
pembinaan RPI terhadap proses pendidikan anak mereka. Ibu bapa seharusnya
menjadi anggota yang paling penting di dalam mesyuarat RPI dengan membuat
keputusan berkenaan bentuk pengajaran dan juga sebagai jurubela bagi anak mereka
(Welch & Sheridan, 1995) dan bukannya sebagai pemerhati sahaja.

ii. Penglibatan Pelajar


Penglibatan pelajar adalah pada tahap yang amat rendah di mana cuma 10 peratus
sampel bersetuju bahawa pelajar yang bersesuaian dijemput bersama bagi
menghadiri mesyuarat RPI dirinya. Dapatan kajian menunjukkan kurangnya
penglibatan pelajar adalah kerana pihak guru dan ibu bapa berpendapat pelajar
tersebut tidak mampu untuk memberikan sumbangan yang berkesan dan hanya akan
mengganggu perbincangan mereka. Hal ini juga berlaku kerana tiada pernyataan di
dalam garis panduan pembinaan RPI yang dikeluarkan Bahagian Pendidikan Khas
bahawa pelajar perlu dilibatkan dalam mesyuarat RPI.

Penglibatan pelajar di dalam proses pembinaan RPI amat penting kerana


pelajar yang terlibat secara aktif di dalam pembinaan RPInya akan lebih
berpengetahuan mengenai ketidakupayaan dirinya, haknya sebagai pelajar dari segi
perundangan (Mason et. al, 2004), berkomunikasi dengan lebih baik mengenai
kekuatan, keperluan, matlamat dan kemajuan mereka (Battle et. al di dalam
Torgesen et. al, 2004). Selain itu, hal ini memberi peluang kepada pelajar bagi
melakukan pembelaan kendiri (Snyder, 2002). Sehubungan dengan itu, seharusnya
pelajar khas ini diberi peluang untuk memainkan peranan yang lebih aktif di dalam
proses pembinaan RPI dan segala pandangan dan kehendak mereka haruslah diberi
perhatian yang sewajarnya. Peluang penyertaan ini amat penting kerana pelajar khas
juga mempunyai hak dalam menentukan arah tuju pendidikan mereka.

iii. Penglibatan Ahli Kumpulan Sokongan


Pada dasarnya RPI hendaklah dibina dengan penglibatan daripada ahli kumpulan
sokongan termasuklah kumpulan pelbagai disiplin dan juga ahli jawatankuasa
mesyuarat RPI. Ini kerana menurut Smith (1990) pendekatan berpasukan ini
menghasilkan kombinasi pelbagai kepakaran dan menjadikan RPI lebih efektif.
Seramai 38 peratus sampel bersetuju bahawa terdapatnya jawatankuasa khas bagi
membina RPI tetapi hanya 5 peratus sampel bersetuju bahawa ahli kumpulan
sokongan lain terlibat dalam proses ini. Hasil daripada temu bual didapati
penglibatan tersebut pada kebiasaannya hanyalah seorang pakar perubatan bagi
menilai sama ada seseorang pelajar itu mengalami sebarang ketidakupayaan bagi
tujuan penempatan di kelas-kelas khas dan hanya dilakukan sekali sahaja bagi
keseluruhan sesi persekolahan pelajar tersebut. Peratusan yang rendah ini amat
membimbangkan kerana ahli kumpulan pelbagai disiplin dan juga jawatankuasa RPI
adalah individu-individu yang sangat penting bagi membina RPI yang mantap. Satu
pasukan yang mantap mesti menyokong di antara satu sama lain bagi membina dan
mencapai matlamat yang telah dipersetujui (Lytle & Bordin, 2001). Kepakaran
9
setiap ahli kumpulan yang terlibat seperti ahli patologi bahasa dan pertuturan, pakar
bacaan, ahli terapi cara kerja dan ahli terapi fizikal adalah amat penting bagi
membentuk RPI yang benar-benar bersesuaian mengikut keperluan dan
ketidakupayaan pelajar. Perkara ini seharusnya dipandang serius dan Kementerian
Pelajaran seharusnya menyediakan khidmat-khidmat ahli kumpulan sokongan ini
dan salah satu caranya adalah bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan juga
IPT yang mempunyai kepakaran berkaitan.
iv. Penglibatan Pentadbir Sekolah
Penglibatan pihak pentadbiran sekolah adalah pada tahap yang minimum kerana
pada keseluruhan hanya 10 peratus sampel yang bersetuju pihak pentadbiran sekolah
terlibat dalam pembinaan RPI. Ini kerana kebanyakan pihak pentadbir sekolah
menyerahkan keseluruhan tangungjawab pembinaan RPI ini kepada penyelaras kelas
khas. Perkara ini membawa kesan yang negatif kerana tanpa campur tangan secara
langsung daripada pihak pentadbiran sekolah, maka komitmen terutama daripada
guru-guru dan ibu bapa akan berkurangan. Ini disebabkan penyelaras kelas khas
mempunyai kuasa dan pengaruh yang terhad di samping guru-guru dan ibu bapa
lebih menghormati dan mematuhi pihak pentadbiran sekolah terutamanya pengetua.

v. Pengumpulan Maklumat Pelajar


Keseluruhannya seramai 45 peratus sampel bersetuju bahawa penilaian yang
menyeluruh telah dijalankan bagi mendapatkan maklumat pelajar yang tepat dan
lengkap. Ketidaktepatan maklumat terutamanya maklumat perkembangan dan
pencapaian semasa pelajar akan memberikan implikasi yang negatif terhadap buruk
proses pembentukan matlamat dan objektif jangka pendek RPI pelajar dan
seterusnya menggagalkan tujuan pembinaan RPI itu sendiri. Walaupun
keseluruhannya terdapat 68 peratus sampel yang bersetuju bahawa ujian diagnostik
dijalankan sebelum pembinaan RPI tetapi ujian ini kebiasaannya dijalankan kepada
pelajar yang baru masuk dan hanya terhad kepada tiga mata pelajaran iaitu Bahasa
Malaysia, Matematik dan Bahasa Inggeris. Hal ini amat bertentangan dengan
keperluan RPI dan seharusnya ujian diagnostik ini dijalankan kepada semua pelajar
setiap tahun, iaitu pada peringkat awal proses pembinaan RPI mereka dan meliputi
pelbagai aspek dan mata pelajaran lain.

Pelaksanaan Rpi.
Secara keseluruhannya proses pelaksanaan RPI ini mendapat persetujuan pada tahap
sederhana sahaja dari sudut pandangan sampel di mana masih terdapat banyak
kelemahan yang perlu diperbaiki.

i. RPI Dirujuk Secara Berterusan


Hanya 53 peratus sampel bersetuju bahawa RPI dirujuk secara berterusan di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Ini membawa maksud terdapat ramai guru
guru yang tidak merujuk kepada RPI secara berterusan dan ini amat
membimbangkan kerana arah tuju dan matlamat pendidikan pelajar tersebut akan
terpesong daripada perancangan yang telah dibuat dan menyebabkan proses
pengajaran dan pembelajaran pelajar akan menjadi kurang berkesan. Sebab utama
10
RPI ini tidak dirujuk adalah kerana objektif jangka pendek yang dibina adalah tidak
tepat dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran pelajar, selain bilangan
objektif yang dibina adalah terhad dan dapat dilaksanakan dalam masa kurang dari
tiga bulan sedangkan proses pembinaan objektif jangka pendek adalah tiga bulan
sekali. Terdapat juga guru yang berubah kepada objektif pengajaran yang tidak
terdapat di dalam RPI kerana bosan setelah dalam jangka masa yang lama tidak
mencapai objektif sasaran yang terkandung dalam RPI. Bagi mengatasi masalah ini,
pembinaan matlamat dan objektif jangka pendek seharusnya dilakukan dengan lebih
teliti supaya menjadi lebih bermakna dan benar-benar bersesuaian dengan tahap dan
keperluan pelajar. Selain itu, guru seharusnya tidak terlalu terikat dengan jangka
masa bagi menilai dan menyemak semula RPI yang telah ditetapkan di mana mereka
boleh melakukannya apabila ada keperluan.

ii. Penilaian RPI


Penilaian RPI yang sistematik dan berterusan adalah amat penting bagi memastikan
perancangan dan strategi pengajaran yang bersesuaian dapat dilaksanakan terhadap
pelajar, tetapi sampel yang bersetuju bahawa penilaian yang berterusan dilaksanakan
adalah hanya 50 peratus manakala 55 peratus pula bersetuju bahawa penilaian RPI
dibuat mengikut jangka masa yang ditetapkan, iaitu sekurangnya sekali bagi tempoh
tiga bulan. Antara beberapa sebab mengapa penilaian yang sistematik dan teratur
tidak dapat dijalankan adalah kerana guru-guru kurang kemahiran untuk melakukan
penilaian yang mantap dan juga sikap ambil mudah guru yang menggunakan
instrumen penilaian yang kurang bersesuaian seperti menggunakan instrumen yang
sama bagi sekumpulan pelajar daripada pelbagai peringkat pencapaian dan bukan
berasaskan RPI masing-masing.

iii. Pemantauan Pelaksanaan Rpi


Tahap pemantauan pelaksanaan RPI ini adalah pada tahap persetujuan sederhana
berkesan sahaja. Secara keseluruhan seramai 68 peratus sampel bersetuju bahawa
penyelaras memastikan semua pelajar mempunyai borang RPI yang lengkap bagi
setiap mata pelajaran dan 58 peratus pula bersetuju bahawa penyelaras menyemak
isi kandungan RPI dengan teliti. Secara keseluruhannya jumlah ini adalah agak tidak
memuaskan kerana sebagai pihak yang bertanggungjawab secara langsung terhadap
program RPI ini, para penyelaras seharusnya menunjukkan komitmen yang lebih
tinggi dan sedar betapa pentingnya peranan yang harus mereka mainkan bagi
memastikan pelaksanaan RPI ini dapat dimaksimumkan potensinya.

Selain itu, hanya 15 peratus sampel bersetuju bahawa pengetua dan guru
kanan terlibat dalam pemantauan RPI manakala 20 peratus bersetuju pegawai dari
jabatan, kementerian atau nazir terlibat sama dalam pemantauan ini. Faktor ini
disebabkan tugas pemantauan pelaksanaan RPI ini sebahagian besarnya terletak di
bahu Penyelaras Kelas Khas. Namun begitu, kekurangan pemantauan yang ketara
oleh pegawai-pegawai peringkat atasan ini sebenarnya memberi kesan yang besar
terhadap keberkesanan RPI kerana mereka mempunyai bidang kuasa dan pengaruh

11
yang besar dalam memastikan RPI ini mengikut prosedur pembinaan dan
pelaksanaan yang sepatutnya.

Keberkesanan Pelaksanaan Rpi

Secara keseluruhannya seramai 67 peratus sampel bersetuju bahawa RPI yang


dilaksanakan sekarang ini adalah berkesan. Namun begitu, terdapat pandangan yang
kuat mengatakan format dan prosedur sedia ada perlu diperbaiki.

i. Format dan Prosedur


Hanya 28 peratus sampel bersetuju bahawa format dan prosedur sedia ada
bersesuaian, lengkap dan berkesan. Terdapat maklum balas yang diterima
mengatakan bahawa format sedia ada adalah terlalu panjang dan beberapa sampel
telah mencadangkan supaya RPI ini dibuat dalam bentuk senarai semak sahaja bagi
menjimatkan masa. Namun begitu, ada pula pendapat yang menyatakan format sedia
ada ini terlalu ringkas dan tidak lengkap. Jika dibuat perbandingan di antara format
yang disarankan oleh Jabatan Pendidikan Khas (Jabatan Pendidikan Khas, 2000)
dengan salah satu format yang terdapat di Amerika Syarikat (Smith,1995) didapati
terdapat banyak persamaan. Ini kerana pelaksanaan RPI di negara kita adalah
berasaskan kepada model RPI yang telah dijalankan di Amerika Syarikat (Siraj
Awang, 1995). Namun begitu masih terdapat beberapa kekurangan di dalam format
sedia ada yang disarankan oleh Bahagian Pendidikan Khas, iaitu ketiadaan
maklumat daripada mesyuarat kumpulan pelbagai disiplin dan juga program transisi.
Program transisi ialah satu set aktiviti yang berbentuk khusus bagi meransang
peralihan pelajar dari zaman persekolahan ke aktiviti-aktiviti selepas zaman
persekolahan (Bateman di dalam Johns et. al, 2002).

ii. Keberkesanan Pelaksanaan RPI


Seramai 88 peratus sampel menyatakan proses pengajaran dan pembelajaran pelajar
akan menjadi lebih teratur dan sistematik dengan pelaksanaan RPI sementara 75
peratus pula bersetuju RPI dapat membantu meningkatkan pencapaian pelajar jika
dibandingkan tanpa penggunaan RPI. Komen-komen yang terdapat di dalam borang
soal selidik pula menyatakan bahawa RPI dapat membantu guru mengikuti
perkembangan pencapaian pelajar dengan sistematik selain membantu guru
membuat perancangan pendidikan yang bersesuaian dengan keperluan pelajar.
Selain itu, RPI dapat digunakan sebagai satu instrumen bagi menyatukan pelbagai
sumber terutama guru dan ibu bapa bagi kepentingan pendidikan pelajar.
Berdasarkan pendapat dan pandangan di atas menunjukkan dengan jelas persetujuan
sampel bahawa pelaksanaan RPI ini sememangnya banyak membawa kesan positif
kepada proses pendidikan pelajar khas kerana dapat dijadikan satu instrumen bagi
merancang, menilai dan memantau perkembangan pendidikan pelajar.

CADANGAN

12
Setelah melihat terdapatnya beberapa kelemahan yang ketara dari sudut pandangan
sampel terhadap keberkesanan pelaksanaan RPI ini, maka beberapa langkah
haruslah diambil bagi meningkatkan lagi mutu pelaksanaannya. Berikut adalah di
antara beberapa cadangan yang difikirkan sesuai dilaksanakan oleh beberapa pihak
bagi tujuan tersebut.

Cadangan Untuk Bahagian Pendidikan Khas di Kementerian dan Unit


Pendidikan Khas Negeri
1. Memasukkan program transisi di dalam RPI pelajar terutama bagi pelajar
yang berumur 16 tahun ke atas, iaitu sebagai persediaan bagi pelajar yang
akan meninggalkan zaman persekolahan.
2. Mewujudkan kumpulan-kumpulan pelbagai disiplin supaya penilaian
pelbagai disiplin dapat dilakukan ke atas pelajar.
3. Mengadakan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan, universiti-
universiti tempatan dan juga pihak-pihak lain yang mempunyai
kepakaran berkaitan sekiranya kepakaran tersebut tiada di Kementerian
Pendidikan.
4. Menganjurkan bengkel dan kursus intensif RPI pada setiap awal tahun
terutamanya kepada guru-guru yang baru mengajar di program-program
khas bermasalah pembelajaran.
5. Melakukan pemantauan ke atas pelaksanaan RPI di peringkat sekolah
dengan lebih kerap dan efektif.

Cadangan Untuk Program Khas Bermasalah Pembelajaran


1. Mengadakan bengkel dan kursus RPI pada peringkat dalaman bagi
meningkatkan kemahiran guru. Bengkel dan kursus ini semestinya
berbentuk amali supaya guru-guru dapat pengalaman sebenar dalam
membina RPI dan bukan sekadar teori sahaja.
2. Melibatkan pelajar di dalam mesyuarat RPI dan jika bersesuaian memberi
peluang kepada pelajar untuk mengetuai mesyuarat RPI mereka sendiri.
3. Penyelaras mestilah melakukan pemantauan ke atas pelaksanaan RPI di
peringkat sekolah dengan lebih kerap dan berkesan.
4. Melibatkan pihak pentadbiran sekolah dalam proses pembinaan,
pelaksanaan dan pemantauan RPI. Pengaruh dan bidang kuasa mereka
akan dapat meningkatkan komitmen guru dan juga peningkatan
penglibatan dari pihak ibu bapa.
5. Menyediakan bahan rujukan yang mencukupi sebagai panduan guru
membina RPI.
6. Meningkatkan penglibatan ibu bapa dengan mengadakan pelbagai aktiviti
seperti Hari Terbuka RPI, sesi-sesi ceramah mengenai RPI dan
kepentingan penglibatan ibu bapa dalam pembinaannya. Aktiviti-aktiviti
sebegini seharusnya diadakan pada hari cuti bagi memberi peluang kepada
semua ibu bapa untuk hadir.
13
Cadangan Untuk Guru Pendidikan Khas
1. Memahirkan diri dengan mengikuti kursus-kursus pembinaan RPI dan
membaca bahan-bahan rujukan.
2. Membina RPI dengan teliti dan terutama dari segi matlamat dan objektif
pengajaran yang bersesuaian dan lengkap supaya RPI pelajar menjadi lebih
bermakna.

3. Membina hubungan yang baik dengan pihak ibu bapa, pihak kumpulan
sokongan dan juga pentadbir sekolah bagi melicinkan proses pembinaan dan
pelaksanaan RPI.

Cadangan Untuk Ibu Bapa


1. Melibatkan diri dengan aktif di dalam mesyuarat RPI dengan membuat
keputusan berkenaan bentuk pengajaran dan juga sebagai jurubela bagi anak
mereka.
2. Meningkatkan pengetahuan mengenai hak mereka dan anak mereka serta
peranan yang perlu mereka mainkan dalam proses pembinaan dan
pelaksanaan RPI.

Cadangan Untuk Pelajar


1. Melibatkan diri dalam mesyuarat RPI dengan aktif sekiranya mampu dan
menjadi jurubela kepada diri sendiri kerana penglibatan pelajar yang aktif
akan memberi peluang kepada mereka untuk belajar tentang keperluan dan
hak mereka.

PENUTUP
Pada keseluruhannya didapati pelaksanaan RPI yang telah dijalankan di negara kita
ini masih belum benar-benar mantap sedangkan RPI adalah satu-satunya
perancangan pengajaran dan pembelajaran bertulis yang menjurus kepada keperluan
individu pelajar khas yang mana berbeza dengan Rancangan Pengajaran Harian
yang lebih menjurus kepada perancangan berbentuk kelas seperti yang diamalkan
pada masa kini. Aspek-aspek seperti latihan guru, penglibatan ibu bapa, penglibatan
pelajar dan sistem pemantauan yang berkesan haruslah dipertingkatkan lagi supaya
program RPI ini tidak dilaksanakan umpama melepaskan batuk di tangga sahaja.
Bagi memastikan keberkesanan RPI ini, semua pihak yang terlibat harus sedar
tangungjawab mereka di samping memberi komitmen yang tinggi kerana RPI tidak
akan berjaya tanpa penglibatan semua pihak.

14
RUJUKAN

Abdul Rahim Abdul Rahman (2000). Rancangan pendidikan individu. Jurnal


Tempawan, 18, 1-6.

Gay, L. R. (1996). Educational research: Competencies for analysis and


application. Ed. ke 3. New Jersey: Prentice Hall.

Jabatan Perndidikan Khas (2000). Buku panduan rancangan pendidikan individu


(RPI)murid-murid bekeperluan khas. Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan
Khas.

Johns, B. H., Crowley P. C. & Guetzloe E. (2002). Plannning the IEP for students
with emotional and behavioral disorders. Januari 11, 2004 di laman web:
http://proquest.umi.com/pqdweb?
index=38&sid=2&srchmode=1&vinst=PROD&fmt=3&star...

Kirk, S. A., Gallagher, J. J. & Anastasiow, N. J. (1997). Educating exceptional


children. Ed. ke 8. Boston: Houghton Mifflin Company.

Lytle R. K. & Bordin J. (2001). Enhancing the IEP team: Strategies for parents and
professionals. Januari 11, di laman web: http://proquest.umi.com/pqdweb?
index=72&sid=2&srchmode=1&vinst=PROD&fmt=3&star...

Mason, C. Y., McGahee-Kovac, M. & Johnson, L. (2004). How to help students


lead their IEP meetings. Januari 11, di laman web: http://proquest.umi.com/
pqdweb? index =6&sid=1&srchmode=1&vinst=PROD&fmt=3&start...

Mercer, C. D. (1997). Students with learning disabilities. Ed. ke 5. New Jersey:


Prentice Hall.

Mohd Siraj Awang (1995). Rancangan pendidikan individu: Satu garis panduan
perancangan mendidik kanak-kanak berkeperluan khas. Jurnal Tempawan, 3,
9-13.

15
Smith, S. W. (1990). Individualized education programs (IEPs) in special education
– From intent to acquiescence. Exceptional Children, 57, 6-14.

Smith, D D & Luckasson, R. (1995). Introduction to special education: teaching in


an age of challenge. Ed. ke 2. Massachusetts: Allyn and Bacon.

Snyder, E. P. (2002). Teaching students with combined behavioral disorders and


mental retardation to lead their own IEP meetings. Januari 11, 2004 di
laman web: http://proquest.umi.com/pqdweb?index=29&sid=2&srchmode=
1&vinst=PROD &fmt=3& star...

Torgerson, C. W., Miner, C. A. & Sen, H. (2004). Developing student competence


in self-directed IEPs. Januari 11, 2004 di laman web : http://proquest.umi.
com/pqdweb? index=3&sid=1&srchmode=1&vinst=PROD&fmt=3&start....

Welch, M. & Sheridan, S. M. (1995). Educational partnership: Serving students at


risk. Texas: Harcourt Brace

16

You might also like