You are on page 1of 50

HUBUNGAN DI ANTARA KESUNYIAN DENGAN KETAGIHAN INTERNET

DALAM KALANGAN MAHASISWA UNIVERSITI


KEBANGSAAN MALAYSIA

SITI NUR ADIBAH BINTI MOHD SAWI

LATIHAN ILMIAH YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMPEROLEHI


IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SOSIAL DAN KEPUJIAAN
(PSIKOLOGI)

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI

2013
PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

28 Jun 2013 SITI NUR ADIBAH BINTI MOHD SAWI


A 135295
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya


memberikan saya kesihatan yang baik, masa dan kematangan fikiran untuk menghasilkan
kajian ini dalam bentuk sebegini rupa. Terlebih dahulu saya inginkan merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada
penyelia latihan ilmiah ini iaitu Cik Wan Azreena binti Wan Jaafar di atas bantuan,
bimbingan, teguran, nasihat dan kritikan yang begitu berguna di sepanjang penulisan
latihan ilmiah ini. Tidak dilupakan juga buat sahabat baik saya Nurshuhada binti Mohd
Sabri kerana sudi memberikan bimbingan dan pandangan secara sukarela dalam
menganalisis data kajian ini. Sekalung penghargaan diberikan kepada semua pensyarah di
Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia
terutamanya Dr Suzana binti Mohd Hoesni, En Norahim dan juga pensyarah- pensyarah
lain yang telah mengajar dan membimbing saya sejak dari tahun pertama saya di sini.

Ribuan terima kasih juga ditujukan kepada kedua ibu bapa saya iaitu Hj Mohd
Sawi bin Ya dan Hjh Zabidah binti Husain serta adik beradik saya kerana memahami dan
tidak jemu memberikan dorongan di dalam usaha menyiapkan latihan ilmiah ini. Setinggi
penghargaan juga diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan Persatuan Ikatan Studi
Islam Malaysia (ISIUKM), Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia
(PMUKM), sahabat- sahabat L26 dan i10 kerana banyak memberi bantuan, sokongan dan
memahami kekangan saya untuk membahagikan masa antara kerja- kerja persatuan dan
akademik. Tidak dilupakan juga rakan- rakan terdekat, Ani Raihana Rosli, Halimatus
Sa’diah Yusoff, Hamiza Hani Omar, Siti Hajar Hassim, Nurul Hidayah Mohd Saad,
Muhammad Nuruddin Ghazalli, dan rakan-rakan sekelas Psikologi di UKM yang banyak
membantu secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penulisan ini.
Sekali lagi saya memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, agar segala usaha yang dilakukan
diberkati oleh Allah S.W.T di dunia dan akhirat.

Sekian, terima kasih.


ABSTRAK

Kajian ini mengkaji hubungan di antara kesunyian dengan ketagihan internet dalam
kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian ini melibatkan seramai 100
orang responden yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan dari pelbagai bangsa.
Kajian ini berbentuk deskriptif dan menggunakan instrumen soal selidik yang terdiri
daripada 3 bahagian iaitu Bahagian A, maklumat demografi responden, Bahagian B, soal
selidik iaitu Skala kesunyian (UCLA Loneliness Scale) dan Bahagian C, soal selidik Ujian
ketagihan internet- Internet Addiction Test (IAT). Data-data yang diperolehi diproses
dengan menggunakan perisian SPSS 19.0 (Statistical Package for the Social Sciences).
Statistik deskriptif, Crosstabs, korelasi Pearson dan ujian-t digunakan dalam menganalisa
hubungan di antara kesunyian dengan ketagihan internet. Analisis dijalankan pada aras
kesignifikan 0.05. Hasil analisis korelasi menunjukkan terdapat perhubungan positif yang
signifikan di antara kesunyian dengan ketagihan internet. Selain itu juga, terdapat
hubungan positif yang tidak signifikan di antara kesunyian dengan pencapaian akademik
dalam kalangan mahasiswa. Manakala ujian-t mendapati tidak terdapat perbezaan yang
signifikan bagi kesunyian di antara subjek lelaki dan perempuan dan terdapat perbezaan
yang signifikan bagi ketagihan internet di antara subjek lelaki dan perempuan.
ABSTRACT

This study aims to identify the significance between loneliness and internet addiction
among students in UKM. The sample of the study consists of 100 respondents, namely
female and male students from various races. This study has been conducted in a form of
description and questionnaires has been used as one of the instruments. The
questionnaires are divided into three sections which are section A, the demography of the
respondents, section B. questionnaire using Loneliness Scale, and section C, which is on
internet-Addiction Test. The data retrieved has been collected using SPSS 19.0
(Statistical Package for the Social Sciences). Description statistic, Crosstabs, Pearson
Coleration and T- Test also have been used in analyzing the data collected to measure the
significance between loneliness and internet-addiction, and the scale of significance is
0.05. The result of coleration analysis shows that there is a positive significance between
loneliness and internet addiction. Moreover, there is also a positive significance between
loneliness and academic achievement among students. Whereas T-Test shows that there is
no significant distinction for the loneliness between male and female subjects.
Nevertheless, the significant distinction emerges in terms of internet addiction between
male and female subjects.
KANDUNGAN

Halaman
PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
KANDUNGAN vi
SENARAI JADUAL x

BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1
1.2 Permasalahan Kajian 4
1.3 Persoalan Kajian 7
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Kesignifikanan Kajian 8
1.6 Definisi Konsep dan Operasi 9
1.6.1 Kesunyian 9
1.6.2 Ketagihan Internet 12
1.6.3 Pencapaian Akademik 13
1.7 Kerangka Teoritikal 15
1.7.1 Teori Pembelajaran Behaviorisme 15
1.7.2 Kriteria Diagnosis Ketagihan Internet 16
1.8 Kerangka Kajian 18
1.9 Penutup 19

BAB II ULASAN LITERATUR


2.1 Pengenalan 20
2.2 Kajian Lepas 20
2.2.1 Hubungan Di Antara Kesunyian Dengan Ketagihan
20
Internet
2.2.2 Perbezaan Di Antara Jantina Dengan Kesunyian 23
Dan Ketagihan Internet
2.2.3 Hubungan Di Antara Tahap Pencapaian Akademik 25
Dengan Kesunyian Dan Pencapaian Akademik Dengan
Ketagihan Internet.
2.3 Hipotesis Kajian 26
2.4 Penutup 27

BAB III KAEDAH KAJIAN


3.1 Pengenalan 28
3.2 Rekabentuk Kajian 28
3.3 Responden Kajian 29
3.4 Alat Kajian 29
3.4.1 Bahagian A: Maklumat Demografi 30
3.4.2 Bahagian B: Skala Kesunyian (UCLA Loneliness Scale) 30
3.4.3 Bahagian C: Ujian ketagihan internet -Internet Addiction 32
Test (IAT)
3.5 Kebolehkepercayaan Alat Kajian
35
3.6 Prosedur Kajian 36
3.7 Kaedah Analisis Data 37
3.8 Penutup 37

BAB IV DAPATAN KAJIAN


4.1 Pengenalan 38
4.2 Keputusan Deskriptif 38
4.3 Bahagian A: Maklumat Demografi Responden
4.3.1 Jantina 39
4.3.2 Agama 39
4.3.3 Bangsa 40
4.3.4 Umur 40
4.3.5 Fakulti 41
4.3.6 Pencapaian Akademik 42
4.3.7 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Tahap 42
Kesunyian Responden Mengikut Jantina
Menggunakan Analisis Crosstabs
4.3.8 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Tahap Ketagihan 43
internet Responden Mengikut Jantina Menggunakan
Analisis Crosstabs
4.3.9 Perbezaan Antara Pencapaian Akademik Dengan Tahap
44 Kesunyian Menggunakan Analisis Crosstab
4.3.10 Perbezaan Antara Pencapaian Akademik Dengan Tahap 45
Ketagihan Terhadap Internet Menggunakan Analisis
Crosstabs

4.4 Analisis Inferensi 46


4.4.1 Terdapat Perhubungan Yang Signifikan Di Antara 46
Kesunyian Dengan Ketagihan Internet
4.4.2 Terdapat Perbezaan Di Antara Jantina Dengan Kesunyian 47

4.4.3 Terdapat Perbezaan Di Antara Jantina Dengan Ketagihan 47


Internet

4.4.4 Terdapat Perhubungan Yang Signifikan Di Antara 48


Pencapaian Akademik Dengan Kesunyian

4.4.5 Terdapat Perbezaan Di Antara Pencapaian Akademik 48

Dengan Ketagihan Internet


4.5 Penutup 49
BAB V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 50
5.2 Perbincangan Kajian 50
5.2.1 Keseluruhan Aspek Demografi Responden 50
5.2.2 Terdapat Hubungan di Antara Kesunyian Dengan 51
Ketagihan Internet
5.2.3 Terdapat Perbezaan Di Antara Jantina Dengan Kesunyian 52
5.2.4 Terdapat Perbezaan di Antara Jantina Dengan 53
Ketagihan Internet
5.2.5 Terdapat Perhubungan Di Antara Pencapaian Akademik 55
Dengan Kesunyian
5.2.6 Terdapat Perhubungan Di Antara Pencapaian Akademik 56
Dengan Ketagihan Internet
5.3 Limitasi dan batasan Kajian 56
5.4 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 58
5.5 Kesimpulan 59

RUJUKAN 61

LAMPIRAN
A Borang Soal Selidik 75
A1 Bahagian A: Maklumat Demografi Responden 77

A2 Bahagian B : Ujian Ketagihan Internet- Internet Addiction Test 78


(IAT)

A3 Bahagian C: Ujian Kesepian (UCLA Loneliness Scale) 80

B Syntax 82
SENARAI JADUAL

No. Jadual Halaman

1.1 Hubungan di Antara Kesunyian dengan Ketagihan Internet 18


dalam Kalangan Mahasiswa Universiti Kebangsaan

Malaysia.
3.1 Kandungan Soal selidik Kajian 29
3.2 Jadual Tahap Pencapaian Akademik 30
3.3 Pembahagian Item Positif Dan Item Negatif 31
3.4 Kaedah Pemarkatan 31
3.5 Kategori Kesunyian 31
3.6 Pemarkatan Skala 32
3.7 Interpretasi Julat Skor 33
3.8 Pembahagian Faktor Analisis 34
4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Jantina 39
4.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Agama 39
4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa 40
4.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Umur 40
4.5 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Fakulti 41
4.6 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut 42
Pencapaian Akademik (CGPA)
4.7 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Tahap Kesunyian 42
Responden Mengikut Jantina
4.8 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Tahap Ketagihan 43
Internet Responden Mengikut Jantina
4.9 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Pencapaian Akademik 44
Dengan Tahap Kesunyian
4.10 Perbezaan Taburan Kekerapan Dan Peratusan Tahap Pencapaian 45
Akademik Dengan Tahap Ketagihan Terhadap Internet
4.11 Hubungan Di Antara Kesunyian Dengan Ketagihan Internet 46
4.12 Perbezaan Di Antara Jantina Dengan Kesunyian 47
4.13 Perbezaan Di Antara Jantina Dengan Ketagihan Internet 47
4.14 Hubungan Di Antara Pencapaian Akademik Dengan Kesunyian 48
4.15 Hubungan Di Antara Pencapaian Akademik Dengan 48
Ketagihan Internet
BAB 1

PENDAHULUAN

Bab ini akan membincangkan perkara-perkara asas yang berkait dengan kajian yang
meliputi pengenalan, permasalahan kajian, persoalan kajian, objektif kajian,
kesignifikasian kajian, definisi konsep dan operasi, kerangka teoritikal, kerangka kajian,
dan rumusan bab ini.

1.1 PENGENALAN

Dahulu, penggunaan internet hanya bergantung kepada sebuah komputer sahaja. Namun
kini, internet juga mampu diakses dengan menggunakan telefon bimbit yang mempunyai
perisian perkhidmatan internet tanpa wayar (wireless) dengan pelbagai aplikasi android
seumpamanya. Memandangkan pentingnya internet di dalam kehidupan kontemporari
hari ini, mereka yang tidak biasa selalunya dianggap sebagai buta IT (Information
Technology) (Huerta & Sandoval-Almazan, 2007). Walau bagaimanapun, bilangan
individu yang cenderung menggunakan internet secara berlebihan adalah signifikan
(Block, 2008).

Merujuk kepada nama dan kategori diagnosis yang telah dikenalpasti, fenomena
ini telah menimbulkan kontroversi terhadap penggunaan nama tersebut. Pelbagai nama
telah dicadangkan, seperti “Problematic Internet Use” (Davis dan rakan-rakan, 2002),
“Cyberspace Addiction” (Hur, 2006) dan “Internet Addiction” (Young, 1998).
Sementara itu, ketiga- tiga kategori diagnosis ini, iaitu Addictions (Young, 1998),
Impulse Control Disorders (Shapira dan rakan-rakan, 2003) dan Impulsive-Compulsive
Disorders (Block, 2008) telah didakwa berlaku pertindihan nama diantara satu sama lain.
Dalam kajian ini, pengkaji telah mengambil takrif Internet Addiction Test (IAT) dan
instrumen yang telah diuji oleh Young (1998). Hal ini disebabkan oleh pengkaji
meramalkan bahawa faktor kesunyian dalam kalangan mahasiswa yang membawa
kepada ketagihan terhadap internet ini berlaku.

Statistik menunjukkan jumlah pengguna internet di Malaysia pada tahun 2010


mencecah 16.9 juta orang daripada 1,802,330,457 orang jumlah pengguna internet
seluruh dunia mengikut Internet World Stats, berdasarkan statistik Majlis Teknologi
Maklumat Kebangsaan (NITC). Melihat kepada statistik ini, ia menunjukkan penggunaan
internet di Malaysia bertambah dengan kadar yang amat pantas. Internet World Stats
mencatatkan terdapat 764.4 juta pengguna internet di Asia. Jumlah ini lebih tinggi
daripada pengguna internet di Eropah (425.8 juta pengguna) dan Amerika Syarikat (259.6
juta pengguna) pada 2010. Di Malaysia, antara rangkaian sosial yang paling popular
adalah laman sosial Facebook dengan catatan kira-kira 6.2 juta pengunjung (Irfan Khairi,
2010).

Mazlan Osman dan Amri Abdul Rahman (2009) di dalam Konferen Penyelidikan
Saintifik dan Sosial (CSSR 08’09) menyatakan bahawa, di Malaysia, sebarang percetakan
yang disebarkan kepada orang awam memerlukan permit yang sah. Undang -undang
yang sedia ada telah memperuntukkan akta seperti Akta Percetakan, Akhbar dan
Penerbitan 1984, Akta Penyiaran 1988, Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972
telah membataskan maklumat-maklumat yang boleh dicetak dan diedarkan kepada orang
ramai. Kesemua faktor ini membataskan penyebaran maklumat dan pada masa yang sama
memudahkan pengawalan maklumat dilakukan.

Namun begitu, tidak dinafikan bahawa ledakan informasi teknologi maklumat


atau secara ringkasnya ICT (Information Communication Technology), membawa kepada
perubahan yang besar dalam kehidupan kita pada hari ini. Hal ini disebabkan internet
merupakan saluran maklumat dan komunikasi yang digunakan secara meluas abad ini.
Tambahan pula, perkhidmatan internet tanpa wayar yang terdapat di mana-mana sahaja
seperti di restoran, pusat membeli belah, hotel, kafeteria, dan lapangan terbang
membolehkan pengguna mengakses internet tanpa caj. Lantaran itu, wujudnya syarikat
yang menyediakan perkhidmatan internet tanpa wayar dan jalur lebar dengan harga yang
begitu murah seperti syarikat Digi, Yess, Celcom dan Maxis. Perkara ini merupakan
salah satu faktor meningkatnya jumlah pelayar siber abad ini (Johari Hassan & Raja
Shahrina, 2012).

Menurut Hurlock (1990), manusia di dunia ini tidak hidup bersendirian, sentiasa
ada orang lain bersama dan berinteraksi dengan orang lain. Manusia dianggap sebagai
makhluk sosial yang dalam kehidupan sehariannya didampingi oleh orang lain di
sekeliling mereka. Oleh yang demikian, mereka akan mengalami perkembangan secara
berperingkat, bermula dari tempoh pranatal hingga tempoh lanjut usia. Kesemua individu
akan mengikuti pola perkembangan dengan betul dan boleh diramal akan perubahannya.
Sehubungan dengan itu, setiap masa yang dilalui merupakan tahap-tahap yang saling
berkait dan tidak dapat diulang kembali (Nina Rahayu, 2008). Menurut Hurlock (1990)
kejadian-kejadian yang berlaku pada masa awal perkembangan individu akan memberi
pengaruh terhadap tahap-tahap perkembangan yang selanjutnya. Salah satu tahap yang
akan dilalui oleh individu adalah tahap dewasa awal.

Hal ini adalah signifikan kerana menurut Ames dan rakan-rakan (2011)
kebanyakan pelajar akan mengalami peralihan zaman dari alam persekolahan ke alam
universiti. Fasa ini merupakan fasa peralihan hidup yang utama di masa dewasa awal,
yang di dalamnya meliputi pelbagai perubahan dan cabaran. Rentetan daripada itu,
kesunyian menjadi suatu fenomena biasa berkait rapat dengan beberapa faktor termasuk
faktor lari dari rumah, mememutuskan perhubungan sosial sedia ada serta membina
perhubungan sosial yang baru. Dalam tempoh peralihan ini, tekanan akan bermula di
sekolah baru, tempat tinggal baru dengan persekitaran yang baru, ketiadaan sistem
sokongan sosial seperti sebelumnya, dan mungkin disebabkan oleh kebanyakannya jauh
dari rumah dan keluarga yang turut menyebabkan kesunyian dalam kalangan pelajar
universiti.
Erikson (1963) menjelaskan bahawa, keintiman merupakan salah satu krisis
dalam hidup, iaitu keintiman berlawanan dengan pengasingan yang dikembangkan pada
usia dewasa awal. Apabila individu dewasa awal dapat membentuk perhubungan yang
sihat dan intim dengan individu lain, maka intimasi akan tercapai. Namun, jika individu
gagal mengembangkan keintimannya, maka individu tersebut akan mengalami isolasi,
merasakan kesunyian dan krisis keterasingan. Individu tersebut akan menarik diri dari
berbagai aktiviti sosial dan hanya memiliki sedikit atau tidak ada sama sekali
perhubungan dengan individu sesama jenis atau berlainan jenis (Orlofsky et al., 1973
dalam Santrock, 2011).

Ketika menghadapi kesunyian, individu akan merasa dissatisfied (ketidak


puasan), deprived (kekurangan), dan distressed (menderita). Hal ini tidak bermakna
bahawa kesunyian tersebut adalah sama sahaja pada setiap masa. Individu yang berlainan
boleh mempunyai perasaan kesunyian yang berbeza pada situasi yang berlainan. Pada
saat ini, internet telah memberi kemudahan yang lebih luas sehingga orang lain dapat
saling berkenalan dan menjalinkan perhubungan melalui jaringan secara atas talian, e-
mail, chat room, dan new group (Weiten & Llyod, 2006). Maka kesunyian tersebut telah
terisi dengan cara menghabiskan masa berinteraksi di alam maya dan seterusnya
membawa kepada ketagihan internet.

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Pada umumnya, manusia akan membentuk perhubungan sosial. Kewujudan kemudahan


rangkaian sosial dan mengakses internet tanpa sempadan telah membantu mahasiswa
yang dalam keadaan kesunyian membina perhubungan dengan sesiapa sahaja di alam
maya. Hal ini bertujuan untuk menambah bilangan rakan siber yang dimilikinya, tanpa
perlu berhadapan secara langsung. Rentetan daripada itu, pelbagai jenis akaun
persendirian seperti facebook, twitter, weChat, whatsApp, yahoo messenger, skype dan
lain-lain aplikasi lagi diwujudkan bagi memudahkan jalinan komunikasi berlaku.
Menurut Mohd Azis (2010), berdasarkan kajian Norton Online Living Report
(NOLR) di Malaysia yang dikendalikan oleh Saffron Hill bagi pihak Symantec, mengenai
tabiat penggunaan internet mendapati golongan remaja menghabiskan masa selama 16
jam seminggu bagi melayari internet. Jumlah itu sebenarnya 6 jam lebih banyak daripada
masa purata NOLR peringkat global berdasarkan kepada kajian yang dijalankan ke atas
12 buah negara utama dunia, dan ia juga 4 jam lebih banyak daripada ibu bapa mereka.

Di dalam buku Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorder-Fourth


Edition Text Revision-DSM IVTR (APA, 2000), ketagihan internet belum dikenalpasti
sebagai salah satu daripada penyakit yang boleh dikategorikan sebagai kecelaruan
mental. Ianya juga belum lagi dikenalpasti sebagai satu penyakit, tetapi ia telah
menimbulkan kontroversi disebabkan oleh gangguan mental yang biasa didefinisikan
sebagai ketagihan internet (Zboralski et al., 2009). Bagi komuniti, sakit mental
dikategorikan sebagai abnormal yang merujuk kepada tingkah laku bilazim dalam
sesebuah komuniti dan bakal memberikan satu tamparan hebat kepada masyarakat dunia
bahawa penyakit ini semakin merebak dari setahun ke setahun dan bakal menghancurkan
komuniti di sesebuah negara (Amran et al., 2012).

Menurut Noradilah dan Mansor (2009) untuk mengelak daripada unsur-unsur


sebegini berlaku secara berterusan, proses rawatan secepat yang mungkin adalah perlu
dilakukan. Namun demikian, pada hakikatnya menunjukkan bahawa, keadaan kesihatan
mental komuniti kita tidak berada dalam tahap kenormalan. Menjelang tahun 2020,
penyakit mental dijangkakan berada pada kedudukan kedua penyakit tertinggi di dunia.
Keadaan ini bakal memberi impak yang besar kepada masyarakat dunia bahawa penyakit
ini semakin merebak saban tahun.

Santrock (2010) menjelaskan dalam kitaran hidup keluarga seseorang individu


akan mengalami keadaan yang berubah dari satu tahap ke satu tahap mengikut usia.
Bermula seawal pertengahan usia, individu akan mengalami „empty nest‟. Situasi ini
mulai wujud apabila anak-anak semakin dewasa dan telah berdikari, serta berhijrah
dengan cara tinggal berjauhan dari keluarga asal bagi tujuan melanjutkan pelajaran atau
mendapat peluang pekerjaan.

Sememangnya tidak dinafikan, Institusi pengajian tinggi (IPT) merupakan gedung


ilmu yang membantu para pelajar dalam memperoleh ilmu dalam bidang pengajian
masing-masing serta menyediakan diri dalam persediaan ke alam pekerjaan. Pencapaian
akademik semata-mata bukanlah penjamin kepada memperoleh pekerjaan selepas mereka
menamatkan pengajian kelak (Mohd Majid & Zakaria, 2007; Salleh & Zuria, 2007).

Oleh yang demikian, permasalahan yang berlaku ini mendorong pengkaji untuk
membuat kajian mengenai kesunyian dengan ketagihan terhadap internet memberi impak
negatif kepada pencapaian akademik mahasiswa, seterusnya pencapaian mahasiswa
dalam kemahiran generik khususnya. Namun begitu, ketegasan diri merupakan sesuatu
yang penting dalam membantu seseorang pelajar untuk menjadi lebih berkeyakinan serta
dapat membina hubungan yang baik semasa mereka menuntut di universiti.

Kebiasaannya, individu yang tidak tegas akan menjadi individu yang pasif dan
sudah tentunya akan mengalami kesukaran untuk memasuki alam pekerjaan yang
sebenar. Hal ini kerana, ketidakupayaan seseorang calon untuk berkomunikasi dengan
berkesan adalah penyebab utama para graduan tidak mendapat pekerjaan dewasa ini.
Oleh itu, ketegasan diri penting untuk setiap individu terutamanya golongan pelajar di
IPT (Salleh, 2007). Ironinya, perkara ini dibimbangi disebabkan ramai pelajar
menghabiskan masa berkomunikasi di alam maya berbanding berkomunikasi secara terus
di alam realiti. Situasi ini membawa kepada suatu kebimbangan bagi pengkaji jika
permasalahan ini terus dipandang enteng oleh para mahasiswa khususnya.
1.3 PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan permasalahan yang diutarakan, persoalan yang dibangkitkan adalah:

1. Adakah terdapat perhubungan yang signifikan di antara kesunyian dengan


ketagihan internet dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia?

2. Adakah terdapat perbezaan di antara jantina dengan kesunyian dalam kalangan


mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia?

3. Adakah terdapat perbezaan di antara jantina dengan ketagihan internet dalam


kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia?

4. Adakah terdapat perhubungan yang signifikan di antara tahap pencapaian


akademik dengan kesunyian dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan
Malaysia?

5. Adakah terdapat perhubungan yang signifikan di antara tahap pencapaian


akademik dengan ketagihan internet dalam kalangan mahasiswa Universiti
Kebangsaan Malaysia?

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif utama dalam kajian ini adalah untuk:

1. Mengetahui sama ada terdapat perhubungan yang signifikan di antara kesunyian


dengan ketagihan internet dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan
Malaysia.
2. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan di antara jantina dengan kesunyian
dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.
3. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan di antara jantina dengan ketagihan
internet dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.
4. Mengetahui sama ada terdapat perhubungan yang signifikan di antara tahap
pencapaian akademik dengan kesunyian dalam kalangan mahasiswa Universiti
Kebangsaan Malaysia.
5. Mengetahui sama ada terdapat perhubungan yang signifikan di antara tahap
pencapaian akademik dengan ketagihan internet dalam kalangan mahasiswa
Universiti Kebangsaan Malaysia.

1.5 KESIGNIFIKANAN KAJIAN

Dari tinjauan karya yang telah dibuat setakat ini, didapati bahawa tidak banyak kajian
yang dijalankan di Malaysia khususnya kajian tempatan yang pernah dijalankan ke atas
subjek di Universiti Kebangsaan Malaysia mengenai kesunyian dengan ketagihan
internet. Justeru, kajian ini adalah penting untuk mengisi lompang ilmu dalam bidang ini.
Kajian ini merupakan satu kajian awal untuk meninjau hubungan di antara kesunyian
dengan ketagihan internet dalam kalangan mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pengkaji juga berminat untuk mengetahui sama ada terdapat perbezaan di antara
jantina dengan kesunyian dan perbezaan di antara jantina dengan ketagihan internet
dalam kalangan mahasiswa UKM. Seterusnya, pengkaji turut ingin mengetahui hubungan
di antara tahap pencapaian akademik dengan kesunyian dan tahap pencapaian akademik
dengan tahap ketagihan internet dalam kalangan mahasiswa UKM. Justeru itu, adalah
diharapkan bahawa kajian ini akan memberi pemahaman tentang kejadian kesunyian
dengan tahap ketagihan internet dalam kalangan mahasiswa di Universiti Kebangsaan
Malaysia.

1.6 DEFINISI KONSEP DAN OPERASI

Bahagian ini akan membincangkan definisi konsep bagi beberapa pembolehubah yang
bersandarkan kepada sesuatu teori atau diperkukuhkan dengan kajian-kajian lepas. Selain
itu, perbincangan juga akan meliputi definisi operasi iaitu definisi yang akan digunakan
bagi menjelaskan pembolehubah yang diuji.
1.6.1 KESUNYIAN (PEMBOLEHUBAH BEBAS)

Manusia itu adalah bersifat sosial. Mereka ingin membentuk dan mengekalkan
perhubungan positif dan perhubungan di antara orang-orang penting dalam hidupnya.
Kesunyian mungkin menjejaskan suasana, kemahiran sosial dan juga keramahan mereka
(Jones et al., 1981; Karaoglu et al., 2009). Semua manusia akan berasa kesunyian pada
sesuatu masa dalam hayat mereka (Demir & Fisiloglu, 1999). Walaupun penyelidikan
tentang kesunyian telah bertambah dalam beberapa tahun kebelakangan ini, namun tiada
maksud khusus yang telah dicapai berkenaan konsep kesunyian (Medora & Woodward,
1986), tetapi pelbagai takrif telah timbul.

Menurut Seligman (1983), beliau mendefinisikan kesunyian sebagai satu


fenomena psikologikal yang paling kurang difahami. DeJong-Gierveld (1988) pula
berpendapat bahawa kesunyian adalah multidimensi dan mengatakannya sebagai “suatu
yang tidak berpeluang untuk menjalinkan perhubungan dengan orang lain pada tahap
yang rapat”. Menurut Jones dan rakan-rakan (1981), kesunyian adalah pernyataan emosi
yang melibatkan ketidakupayaan untuk mewujudkan perhubungan yang mesra dan rapat
dengan individu lain. Ianya merupakan perasaan tidak selesa yang menunjukkan
seseorang individu itu tidak dapat membina hubungan sosial dengan berkesan.

Manakala Peplau dan Perlman (1982) mentafsirkan kesunyian sebagai suatu


perasaan psikologikal yang wujud akibat ketidakseimbangan di antara perhubungan yang
ingin dicapai dengan perhubungan yang diingini oleh seseorang. Kesunyian juga adalah
sebagai sesuatu yang bersifat subjektif, merangkumi pengalaman negatif yang
menyukarkan, dan terjadi dalam perhubungan sosial yang menjadikannya terkeluar dari
perhubungan dengan manusia dan menuntut individu kepada sebuah keselamatan dari
segi psikologi. Kesepian atau kesunyian ini terjadi akibat daripada pengalaman peribadi
individu yang memeritkan pada masa lampau.

Weiss (1973) pula mentafsirkan kesunyian atau kesepian bukanlah disebabkan


oleh keseorangan, tetapi sesetengah orang pasti memerlukan kepada sesebuah
perhubungan sama ada seorang ataupun ramai. Mengikut (DeJong Gierveld dan rakan-
rakan, 2009) terdapat dua jenis kesunyian, iaitu yang pertama dari segi emosi dan yang
kedua dari segi perhubungan sosial. Kesunyian yang bercorak emosi ini biasanya terjadi
apabila seseorang kehilangan orang yang disayangi seperti pasangan hidup. Kesunyian
yang bersifat perhubungan sosial pula sering kali terjadi apabila timbul pemisahan yang
dirasakan wujud hasil dari tiada pertalian sosial. Juga suatu faktor motivasi semulajadi
yang wujud dalam diri manusia. Kesunyian juga boleh mendorong dan menggerakkan
seseorang untuk menjalinkan interaksi sosial.

Kesunyian juga merupakan satu bentuk pengalaman emosional dan psikologikal


sejagat yang mungkin dialami oleh setiap orang. Kesunyian turut dilihat sebagai satu
pengalaman biasa yang mendahului individu mencapai kesedaran diri lebih mendalam,
menjadi kreatif dalam mencipta khayalan diri, dan satu peluang mencapai pencapaian
kendiri serta meneroka makna hidup (Bozgeyikli, 2002). Kesunyian adalah satu keadaan
dalam kehidupan manusia, yang berbentuk pengalaman memanusiakan bagi
membolehkan seseorang itu bertahan, memperluaskan dan memahami lebih dalam
mengenai masyarakat di sekelilingnya (Moustakas, 1961).

Kesunyian sentiasa wujud sebagai satu respon kepada ketiadaan beberapa


peruntukan perhubungan tertentu, seperti defisit di dalam perhubungan yang terlibat
dalam sokongan sosial (DiTomasso et al., 2003; Ozdemir & Tuncay, 2008). Walau
bagaimanapun, pengalaman kesunyian ini adalah sesuatu yang menyedihkan dan tidak
menenangkan. Kesunyian juga mungkin mendahului seseorang untuk mereka menyelami
kehidupan mereka di dalam sesebuah perhubungan, serta menjadikan orang lain contoh
dalam kehidupan dan berusaha mendapatkan kedudukan mereka yang sebenar (Peplau,
1982).

Menjalankan aktiviti seperti membaca, menonton TV, melayari internet,


bersosial, menghadiri parti, mengambil minuman keras, dan juga menyalahgunakan
dadah bukan sahaja memberi isyarat kepada kesunyian, tetapi ia juga mungkin adalah
merupakan beberapa strategi pertahanan adaptif atau salah satu penyesuaian yang
digunakan oleh pelajar universiti untuk mengatasi pengalaman yang menyedihkan dan
tidak menyenangkan iaitu kesunyian (Ozdemir & Tuncay, 2008).

Di dalam satu kajian longitudinal baru-baru ini, Kraut dan rakan-rakan, (2002)
membuat pemerhatian dan mendapati tahap pengunaan internet yang tinggi dikaitkan
dengan penolakan dalam komunikasi bersama ahli keluarga, mengurangkan saiz
perhubungan sosial dan peningkatan kesunyian bagi seseorang individu. Kesunyian juga
dikaitkan dengan beberapa perasaan negatif dan kelakuan destruktif (Jones dan rakan-
rakan, 1990; McWhirter, 1990) dan mempunyai perkaitan antara kesunyian dengan
kemurungan, kebimbangan, dan permusuhan dengan orang perseorangan. Juga
melibatkan penyalahgunaan dadah, bunuh diri, dan mempunyai masalah kesihatan lemah.
Memandangkan kelaziman seseorang yang mengalami perkara tersebut dikaitkan dengan
kesunyian, pengkaji dan klinis mungkin boleh dipanggil untuk memberi khidmat bagi
mengenal pasti faktor peribadi yang meningkatkan risiko permulaan seterusnya akan
memberi kesan yang lebih buruk lagi (Jackson et al., 2000).

Walaupun tiada kenyataan asas di dalam mentakrifkan kesunyian, ia boleh


didefinisikan sebagai satu emosi yang timbul apabila kedua-dua perhubungan sosial
seseorang individu sangat kurang secara kualitatif dan kuantitatif (Deniz et al., 2005;
Peplau & Perlman, 1982). Kesunyian ialah perasaan negatif yang diubah seperti
kerisauan dan juga kebimbangan (Russell et al., 1980).

Weiss (1973) menyatakan wujudnya hubungan antara teori perapatan (attachment


teory) dengan kesunyian. Beliau menjelaskan kesunyian sebagai suatu keadaan
kebimbangan yang timbul apabila individu dipisahkan dari luncur perapatan mereka
(attachment figure).

1.6.2 KETAGIHAN INTERNET (PEMBOLEHUBAH TERIKAT)

Suler (1999) menunjukkan bahawa ketagihan sebenarnya tidak didefinisikan dengan jelas.
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, definisi sebenar ketagihan ialah meliputi keadaan
atau rasa ketagih akan sesuatu, serta perasaan terlalu sukar untuk mengatasinya.
Manakala menurut Ivan (2007) ketagihan merupakan suatu hubungan emosional dengan
suatu objek atau kejadian, yang mana individu yang mengalaminya akan merasai
kesukaran untuk menjauhinya. Ketagihan (pada peringkat yang paling awal) adalah suatu
usaha untuk mengawal dan memenuhi keinginan untuk mendapatkan keseronokan.

Tidak dinafikan bahawa internet ialah satu alat baru yang berkembang di dalam
kehidupan seharian bagi semua pengguna di seluruh dunia (Nalwa & Anand, 2003) dan
penggunaannya meningkat terutama dalam kalangan orang muda. Walaupun teknologi ini
diterima luas, ahli-ahli psikologi dan pengajar telah menyedari akan impak negatif yang
timbul melalui penggunaan internet ini, terutamanya penyalahgunaan yang berkait dengan
fizikal dan masalah psikologikal (Greenfield, 2000).

Ketagihan internet lazimnya berunsur kepada kekacauan psikomotor,


kebimbangan, keinginan (Ferraro dan rakan-rakan, 2007), kemurungan, dan permusuhan
(Ko, Yen Chen dan rakan-rakan, 2006), keasyikan, hilang kawalan, kerosakan fungsi,
mengurangkan keupayaan membuat keputusan (Ko, Yen Chen dan rakan-rakan, 2005),
dan sentiasa melayari internet walaupun kesan negatif ke atas kehidupan sosial dan
kesihatan psikologikal (Shaw & Black, 2008; Tao et al., 2010).

Ferris (2002) pula mengatakan bahawa seperti ketagihan yang lain, ketagihan
internet dapat didefinisikan sebagai suatu gangguan fisiologikal yang meliputi tolerance
(penggunaan dalam jumlah yang sama akan menimbulkan respon minimum, jumlah
harus ditambah agar dapat membangkitkan kesenangan dalam jumlah yang sama),
simptom penarikan (withdrawal symptom), gangguan afeksi (kemurungan, sukar
menyesuaikan diri), dan terganggunya hubungan sosial (menurun atau hilang sama sekali,
baik dari segi kualiti mahupun kuantiti).

Ketagihan internet menurut Young (1998) ialah sesuatu sindrom yang dimulai
dengan menghabiskan sejumlah waktu yang sangat banyak dalam penggunaan internet
dan tidak mampu mengawal penggunaannya semasa atas talian (dalam Weiten & Llyod,
2006). Orang-orang yang mempunyai sindrom ini akan merasa cemas, kemurungan, atau
kecewa jika tidak online di internet (Weiten & Llyod, 2006). Berdasarkan pengertian-
pengertian di atas, maka dapat disimpulkan bahawa ketagihan internet adalah merupakan
penggunaan internet yang bersifat patologi, yang dimulai dengan ketidakmampuan
individu untuk mengawal waktu penggunaan internet, merasa dunia maya lebih menarik
jika dibandingkan dengan kehidupan nyata, dan mengalami gangguan dalam
perhubungan sosialnya.

1.6.3 PENCAPAIAN AKADEMIK (PEMBOLEHUBAH TERIKAT)

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pencapaian membawa maksud apa yang telah
dicapai (dihasilkan atau diperoleh). Manakala akademik pula berkaitan dengan akademi
(pusat pengajian tinggi) dan bersifat atau mengandungi ilmu pengetahuan (yang tinggi
atau mendalam). Boleh dikatakan pencapaian akademik lebih berfokus kepada gred yang
diperolehi oleh seseorang pelajar dalam peperiksaan yang diduduki. Sekiranya seseorang
pelajar itu mencapai gred yang baik bermakna mereka mencapai kecemerlangan dalam
bidang akademik dan begitu juga sebaliknya.

Menurut Zubaidah (2007), dalam konteks kajian ini, pencapaian akademik


merujuk kepada keputusan CGPA (Purata Himpunan Nilai Mata) pelajar di semua fakulti
dalam Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain itu, pencapaian akademik ini juga
merujuk kepada keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang merangkumi
matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan,
Sains, Kimia dan Fizik.

Sementara itu, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Purata Himpunan Nilai
Mata (PNGK) ialah nilai gred kumulatif, iaitu sistem pengiraan himpunan markah pelajar
di institusi pengajian tinggi tertentu.
Di Malaysia, pencapaian akademik dinilai melalui empat kelayakan akademik
utama iaitu melalui sijil peperiksaan yang utama di negara Malaysia contohnya UPSR,
PMR, SPM, STPM, Matrikulasi, dan sebagainya. Dalam konteks kajian ini, pencapaian
akademik merujuk kepada keputusan CGPA (Purata Himpunan Nilai Mata) pelajar.
CGPA adalah jumlah mata timbunan yang diperolehi setiap semester, dibahagi dengan
jumlah kredit timbunan iaitu seperti di dalam jadual di bawah (Zubaidah, 2007).

Jadual 1.1 Pengkelasan Nilai CGPA (Purata Himpunan Nilai Mata) Mengikut
Gred
Nilai CGPA Gred
4.00 A
3.67 hingga 4.00 A-
3.34 hingga 3.66 B+
3.01 hingga 3.33 B
2.67 hingga 3.00 B-
2.33 hingga 2.66 C+
2.00 hingga 2.32 C
1.67 hingga 1.99 C-
1.33 hingga 1.66 D+
1.00 hingga 1.32 D
0.00 hingga 0.99 E

Manakala menurut Bahagian Pengurusan Akademik UKM (2012) nilai CGPA


yang ditetapkan dikelaskan seperti berikut:

Jadual 1.2 Nilai CGPA Mengikut Pengkelasan Taraf Akademik


Nilai CGPA Pengkelasan
3.67 hingga 4.00 Taraf cemerlang
3.00 hingga 3.66 Taraf kepujian
1.67 hingga 2.99 Taraf lulus
0.00 hingga 1.66 Gagal

Menurut Hafzan (2005), pencapaian akademik seseorang pelajar universiti dinilai


melalui keputusan yang diperolehi bagi setiap semester pengajian yang dipanggil PNGK.
Sebagai syarat keperluan pengijazahan pelajar, PNGK adalah menjadi nilai ukuran untuk
menentukan Pencapaian Taraf Akademik pelajar sepanjang pengajian, dari semester
pertama sehingga semester terkini.

1.7 KERANGKA TEORITIKAL

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan pendekatan teori dan kajian lepas bagi
menerangkan skop kajian. Skop kajian yang terlibat adalah kesunyian, ketagihan internet
dan tahap pencapaian akademik mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.

1.7.1 TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME

Pendekatan teori ketagihan internet adalah menggunakan teori pembelajaran


Behaviorisme. Sebelum merujuk kepada definisi pembelajaran kognitif, Williams dan
Anandam (1973) mendefinisikan pembelajaran sebagai:
“Perubahan tingkah laku kekal yang dihasilkan daripada pengalaman atau
latihan”.

Menurut Ee, Ah Meng (2001), pendekatan behaviorisme dipelopori oleh John B.


Watson. Pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku dalam diri seseorang individu
yang disebabkan oleh pengalaman mereka menurut ahli- ahli psikologi behavioral. Hal
ini bererti, segala pengalaman yang dilalui oleh seseorang akan mempengaruhi tingkah
laku mereka pada masa akan datang. Teori pembelajaran behaviorisme adalah tertumpu
kepada tingkah laku dan persekitaran, dimana mereka menumpukan pemerhatian kepada
tingkah laku manusia yang boleh dilihat dan diukur. Menurut Khadijah Rohani dan
rakan-rakan (2006), ahli- ahli psikologi behavioris berpendapat bahawa, kita tidak dapat
melihat pemikiran, tetapi dapat membuat pemerhatian terhadap perlakuan manusia untuk
membuat kesimpulan mengenai apa yang sedang difikirkan oleh seseorang.

Teori behaviorisme terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu teori pelaziman
klasik dan teori pelaziman operan. Dalam teori pelaziman klasik, terdapat dua pengasas
utama iaitu John B. Watson yang mengasaskan teori Pelaziman Klasik Watson dan Ivan
Petrovich Pavlov yang mengasaskan teori Pelaziman Klasik Pavlov.

Ferris (2002) menyatakan beberapa sebab seseorang itu mengalami ketagihan


internet, iaitu:

i. Pandangan Behaviorisme/ Perlakuan


Menurut pandangan Behaviorisme, ketagihan internet didasari oleh teori B. F
Skinner mengenai pelaziman operan (operant conditioning). Individu
mendapatkan ganjaran (reward) positif, negatif, atau hukuman atas apa yang
dilakukan oleh mereka.

ii. Pandangan Psikodinamik dan Keperibadian


Pandangan ini mengatakan bahawa ketagihan adalah berkaitan di antara
individu dengan pengalamannya. Pengalaman ini bergantung kepada kejadian
pada zaman kanak-kanak yang dirasai oleh individu tersebut dan
kepribadiannya terus berkembang. Perkara ini juga mempengaruhi
perkembangan sesuatu perilaku ketagihan, ataupun sebaliknya.

iii. Pandangan Sosio Budaya


Pandangan sosio budaya menunjukkan bahawa, ketergantungan ini
bergantung kepada bangsa, jantina, umur, status ekonomi, agama, dan negara.

iv. Pandangan Biomedik


Pandangan ini menekankan kepada adanya faktor keturunan dan kesesuaian,
antara keseimbangan kimia di bahagian otak dan neurotrasmiter.

1.7.2 KRITERIA DIAGNOSIS KETAGIHAN INTERNET

Diagnosis untuk ketagihan internet sehingga kini belum lagi ada dalam Diagnostic and
Statistical Manual of Mental Disorder-Fourth Edition Text Revision-DSM IVTR (APA,
2000). Berdasarkan kepada semua diagnosis yang ada di dalam DSM IV-TR,
pathological gambling dilihat paling dekat dengan penggunaan internet. Menggunakan
pathological gambling sebagai model, ketagihan internet dapat didefinisikan sebagai
suatu gangguan pengawalan yang bersifat impulsif, tidak termasuk dalam intoxicant
(Young, 2004).

Young (2004) mengembangkan lapan item soal selidik yang disebut sebagai
Diagnostic Questionnaire (DQ) yang merupakan modifikasi kriteria untuk pathological
gambling sebagai alat ukur dalam mengenalpasti penggunaan internet yang menyebabkan
ketagihan iaitu:

i. Terleka dengan internet (memikirkan tentang kegiatan dalam talian yang


sebelumnya atau mengharapkan akan online lagi).
ii. Keperluan untuk menggunakan internet dengan jumlah masa bertambah supaya
mencapai kepuasan.
iii. Gagal berusaha dalam mengawal, mengurangi, atau menghentikan penggunaan
internet.
iv. Perasaan gelisah, muram, tertekan, atau cepat marah apabila cuba
mengurangkan atau berhenti penggunaan Internet.
v. Kekal dalam talian lebih lama daripada yang dirancang.
vi. Berisiko timbul bahaya atau kehilangan sesebuah perhubungan, pekerjaan,
pendidikan atau kerjaya yang signifikan kerana penggunaan internet.
vii. Menipu ahli keluarga, terapi, atau orang lain mengenai tahap kebergantungan
sebenar terhadap internet.
viii. Menggunakan Internet sebagai satu cara melepaskan diri dari masalah atau
melegakan sesuatu perasaan dysphoric (misalnya, perasaan ketidakupayaan,
perasaan bersalah, kebimbangan, kemurungan).

Mungkin terdapat aspek kandungan tertentu dalam penggunaan internet yang


mana lebih ketagih daripada yang lain. Sebagai contoh, penggunaan internet dengan cara
berkomunikasi melalui aplikasi internet seperti chat room didapati boleh menjadi
semakin ketagih berbanding mengahantar e-mail (Kubey et al., 2001). Beberapa orang
penyelidik telah mencadangkan sebanyak sepuluh jenis masalah dalam penggunaan
internet (Christopherson, 2008).

1.8 KERANGKA KAJIAN

Jadual 1.3 Hubungan di Antara Kesunyian dengan Ketagihan Internet dalam


Kalangan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pemboleh ubah terikat

Pemboleh ubah bebas

Kesunyian

Faktor demografi :

1. Jantina

2. Pencapaian
akademik (PNGK)
Ketagihan internet
1.9 PENUTUP

Dalam bab ini membincangkan keseluruhan tentang kesunyian dan ketagihan internet
yang di dalamnya mengandungi aspek-aspek ketagihan internet, kesunyian dan
pencapaian akademik. Bab ini juga membincangkan permasalahan kajian, persoalan
kajian, dan objektif yang dibuat daripada kajian. Selain itu, definisi operasi serta definisi
konsep kesunyian dan ketagihan internet yang dikaji dalam kajian ini turut dibincangkan.
BAB II

ULASAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Bab ini akan membincangkan tentang model dan teori yang digunakan, sorotan kajian
lepas yang berkaitan dengan hubungan kesunyian dengan tahap ketagihan internet,
hubungan kesunyian dan ketagihan internet dengan jantina, hubungan kesunyian dan
tahap ketagihan internet dengan tahap pencapaian akademik, serta rumusan bab.

2.2 KAJIAN LEPAS

2.2.1 Hubungan Di Antara Kesunyian Dengan Ketagihan Internet

Terdapat beberapa kajian lepas yang telah menjalankan kajian mengenai kesunyian dan
juga ketagihan internet. Dalam kajian The Model Explaining and Predicting Loneliness
Level and the Problematic Internet Use of Turkish Computer Education and Instructional
Technologies (CEIT) Students yang dijalankan oleh Unal (2013) mendapati masalah
penggunaan internet dalam kalangan pelajar-pelajar CEIT adalah berada di tahap yang
sederhana. Penemuan ini menyimpulkan bahawa tahap kesunyian pelajar CEIT adalah
berada pada tahap yang tinggi dan menunjukkan masalah penggunaan internet juga
meningkat dengan kadar yang sama banyak. Bagi model ini, hasil kajian mendapati tahap
kesunyian pelajar-pelajar CEIT ialah sebagai penanda aras signifikan kepada masalah
penggunaan internet. Oleh yang demikian, ia menerangkan dan meramalkan 22 peratus
daripada varians adalah berpunca daripada masalah penggunaan internet dalam kalangan
pelajar- pelajar CEIT.

Selain itu, kajian oleh Ahmet Akin dan Murat Iskender (2011) di dalam kajian
Ketagihan internet dan kemurungan, kebimbangan dan tekanan menunjukkan ketagihan
internet adalah berhubung secara positif dengan kemurungan, kebimbangan, dan tekanan.
Kajian tersebut adalah bertujuan untuk mengkaji perhubungan di antara ketagihan internet
dan kemurungan, kebimbangan, dan tekanan. Jumlah responden ialah seramai 300 orang
pelajar universiti yang didaftarkan di Turki. Kajian yang dilakukan itu menggunakan
skala Online Cognition Scale dan Depression Anxiety Stress Scale.

Selari dengan itu, Santrock (2011) di dalam bukunya Life- Span Development
menyatakan jumlah penggunaan internet bagi belia di seluruh dunia semakin meningkat,
walaupun negara-negara lain menggunakan penggunaan variasi yang cukup besar di
seluruh dunia serta di dalam kumpulan sosioekonomi yang sama (Shek, Tang & Lo,
2008; Subrahmanyan & Greenfield, 2008 dalam Santrock, 2011). Sebagai contoh, satu
kajian baru-baru ini mendedahkan bahawa 17 peratus remaja di Singapore melibatkan diri
dalam penggunaan internet secara berlebihan, iaitu didefinisikan sebagai 5 jam atau lebih
penggunaan dalam sehari (Mythily et al., 2008).

Menurut Kim dan rakan-rakan (2009), individu yang tidak melayari internet tidak
akan mendapat kemahiran sosial berbanding dengan individu yang berinteraksi di dalam
talian. Hasil kajian ini ditemui di dalam kajian Kesunyian sebagai Punca dan Kesan
Ketagihan Internet: Hubungan di antara Penggunaan Internet dan Kesejahteraan
Psikologikal yang telah dijalankan ke atas mahasiswa dari dua buah Universiti di
Midwestern secara atas talian. Seramai 635 orang pelajar yang telah menyertai tinjauan
tersebut, dimana 58% ialah perempuan dan 42% lagi adalah lelaki.

Morahan Martin dan Schumacher (2003) pula mendapati kesunyian dikaitkan


dengan pertambahan masa dalam penggunaan internet. Purata penggunaa masa di dalam
talian bagi orang yang mengalami kesunyian adalah lebih tinggi berbanding orang yang
tidak mengalami kesunyian. Disamping itu, orang yang menghadapi kesunyian akan
menggunakan internet apabila mereka merasakan kesepian, tertekan, atau pun bimbang.
Mereka lebih berkemungkinan akan berinteraksi dengan rakan-rakan dalam talian, dan
menggunakan internet untuk mendapat sokongan emosi.

Kajian lain yang menyokong penemuan ini ialah kajian dalam HomeNet, yang
mendokumentasikan mengenai peningkatan di dalam kesunyian akibat dari penggunaan
internet (Kraut et al., 1998). Kajian ini dijalankan oleh Morahan Martin dan Phyllis
Schumacher (2003) secara percuma untuk mengurangkan kos komputer, latihan, dan
pengaksesan internet selama dua tahun keatas 93 buah keluarga yang melibatkan seramai
169 individu. Kajian ini bertujuan untuk melihat perbezaan di antara orang yang
mengalami kesepian dan yang tidak mengalami kesepian dalam cara bagaimana mereka
menggunakan internet. Tingkah laku sosial individu-individu yang kesepian adalah
konsisten di dalam peningkatkan penggunaan internet di dalam talian. Mereka lebih
berkemungkinan berinteraksi dengan rakan-rakan dalam talian serta untuk mendapatkan
sokongan emosi. Dapatan kajian menjelaskan orang yang mengalami kesunyian akan
melayari internet apabila mereka merasakan kesepian, tertekan atau bimbang.

Manakala dalam kajian yang dijalankan oleh (Kraut dan rakan-rakan, 1998; Lavin
dan rakan-rakan, 1999) iaitu pada awalnya peserta dibenarkan menggunakan internet
untuk dijalankan pemerhatian dan mereka ini akan dibekalkan dengan laporan kendiri
bagi menanda ciri-ciri psikologikal dan sosial mereka sebelum penggunaan internet di
peringkat awal. Mereka kemudian diberi waktu rehat selama 1 tahun selepas mereka mula
menggunakan internet. Di akhir kajian ini didapati peserta melaporkan kesunyian yang
mereka hadapi. Kajian ini dilakukan bukan untuk meramalkan jumlah penggunaan
internet bagi penggunaan berikutnya, tetapi untuk melihat kesan penggunaan internet
dikaitkan dengan peningkatan tahap kesunyian.

2.2.2 Perbezaan Di Antara Jantina Dengan Kesunyian Dan Ketagihan Internet


Kajian Ozben (2013) mendapati tahap kesunyian pelajar lelaki sangat signifikan dan lebih
tinggi daripada pelajar perempuan. Manakala kemahiran sosial dan kepuasan hidup pula
berhubung secara negatif dengan kesunyian, dan kemahiran sosial berhubungkait secara
positif dengan kepuasan hidup. Sementara itu, kepuasan hidup dan kemahiran sosial
diramalkan negatif dengan kesunyian pelajar universiti. Kajian ini dijalankan ke atas 525
orang pelajar Universiti di Turki iaitu mengenai Kemahiran Sosial, Kepuasan Hidup, dan
Kesunyian dalam kalangan pelajar di Turki.

Selain itu, kajian yang dilakukan oleh Bugay (2007) menunjukkan bahawa jantina
menjadi pengaruh kepada tahap kesunyian dan kepuasan hidup pelajar. Hasil kajian
mendapati pelajar lelaki kurang signifikan mengalami kesunyian berbanding pelajar
perempuan. Sebaliknya pelajar perempuan pula didapati mempunyai tahap kepuasan
hidup yang lebih tinggi daripada pelajar lelaki. Kajian ini dijalankan ke atas 214 orang
pelajar iaitu 96 orang lelaki, dan 118 orang perempuan dan bertujuan untuk mengkaji
hubungan di antara kesunyian dengan kepuasan hidup. Dalam kajian ini, data telah
dikumpulkan dengan menggunakan tiga instrumen, iaitu, Revised UCLA Loneliness Scale
(Russell dan rakan-rakan, 1980) dan Satisfaction dengan Life Scale (Diener dan rakan-
rakan, 1985) serta Demographic Information Form.

Tidak dinafikan bahawa pengguna internet di kafe siber adalah dari golongan
muda, dan kebanyakkannya adalah terdiri daripada kaum lelaki dan keseluruhannya
berpendapatan rendah. Pengguna-pengguna muda ini kebanyakan kuat dipengaruhi oleh
rakan-rakan mereka dan sanggup mengorbankan aktiviti rekreasi dan hal-hal peribadi
semata-mata untuk menggunakan internet (Sukunesan Sinnappan, 1999).

Kajian mengenai Ketagihan Internet: Satu Kajian Awal Dalam Kalangan


Pengguna Internet Malaysia ini dijalankan ke atas 136 orang pengguna internet aktif di
siber kafe di Lembah Klang. Hasil kajian turut mendapati corak penggunaan internet
adalah mereka lebih tertumpu kepada hiburan, penyelidikan dan juga komunikasi.
Tambahan pula, internet digemari disebabkan oleh kuantiti maklumatnya yang banyak
serta jaringannya yang unggul. Harga penggunaan yang murah membolebkan pemuda-
pemuda ini meneruskan tabiat internet mereka di kafe siber. Pengaruh rakan sebaya,
penggunaan internet yang mudah serta kemudahan-kemudahan yang canggih menjadi
sebab-sebab utama golongan pemuda ini mengunjungi kafe siber (Sukunesan Sinnappan,
1999).

Seterusnya kajian yang dilakukan oleh Johari Hassan dan Raja Shahrina (2012)
menunjukkan terdapat perbezaan signifikan tahap ketagihan penggunaan internet antara
lelaki dan perempuan, begitu juga dengan jenis sekolah mengikut jantina. Kajian yang
dilakukan ini adalah mengenai Ketagihan Penggunaan Internet di Kalangan Remaja
Sekolah Tingkatan 4 Di Bandaraya Johor Bahru. Kajian ini bertujuan untuk
mengenalpasti tahap dan punca ketagihan penggunaan internet dalam kalangan remaja
sekolah tingkatan 4. Selain itu, kajian ini juga ingin mengenalpasti tujuan sebenar dan
jenis penggunaan internet yang kerap diakses oleh remaja sekolah.

Penemuan oleh Comert dan Ziyalar (2012) mendapati 61.7% daripada pengguna
komputer bagi pelajar perempuan di universiti Istanbul yang berumur di antara 18 hingga
28 tahun adalah menghadapi ketagihan internet. Sementara itu, hanya 17.7% daripadanya
ialah pengguna komputer. Peratusan jumlah yang mengakses dari rumah melalui internet
ialah sebanyak 61.3% dalam kumpulan pengguna komputer dan 56.4% di komputer dan
kumpulan ketagihan internet.

Sementara itu, Demirer dan rakan-rakan (2013) mendapati responden lelaki lebih
ramai menghadapi ketagihan internet berbanding responden perempuan. Selain itu,
kecenderungan lelaki dan perempuan yang mengakses internet menghadapi ketagihan
internet adalah lebih tinggi. Kajian Ketagihan internet guru-guru pra perkhidmatan dalam
aspek Jantina, Akses Internet, Kesunyian dan Kepuasan Hidup telah dijalankan ke atas
247 orang guru pra khidmat iaitu 87 orang responden lelaki, dan 160 orang lagi adalah
responden perempuan. Tahap skor kesunyian dan ketagihan internet guru pra khidmat
adalah rendah, manakala skor kepuasan hidup mereka adalah tinggi. Kajian juga
mendapati, kesunyian adalah berkorelasi positif dengan ketagihan internet, manakala
kepuasan hidup pula adalah berhubungan secara negatif dengan ketagih internet.
2.2.3 Hubungan Di Antara Tahap Pencapaian Akademik Dengan Kesunyian Dan
Pencapaian Akademik Dengan Ketagihan Internet

Hasil kajian oleh Stavropoulos dan rakan-rakan (2013) mendapati hubungan di antara
tahap ketagihan internet dengan tahap pencapaian akademik adalah berada pada tahap
yang tinggi. Dimana remaja-remaja lelaki berada pada risiko yang lebih tinggi untuk
mendapat IAD. Kajian yang dijalankan ini adalah melibatkan seramai 2090 orang remaja,
iaitu 1036 orang remaja lelaki dan 1050 orang remaja perempuan. Kajian ini
menggunakan ujian soal selidik Young (1998) yang menggunakan instrument dalam ujian
Internet Addiction Test (IAT) serta diaplikasikan dengan beberapa bentuk soalan yang
dihasilkan oleh mereka sendiri.

Selain itu, masalah pencapaian akademik juga ditemui di dalam diagnosis bagi
simptom ketagihan internet. Dimana, Kubey dan rakan-rakan (2001) mendapati mereka
yang tergolong dalam kategori ketagihan internet ialah empat kali lebih berkemungkinan
menghadapi masalah akademik berbanding dengan mereka yang tidak menghadapi
masalah ketagihan internet. Brenner (1997) menunjukkan daripada sampel kajian beliau,
seramai 600 orang iaitu 80% daripadanya dilaporkan mempunyai masalah dan dikaitkan
dengan 18 penggunaan berlebihan internet termasuk masalah pengurusan masa,
kekurangan tidur, tidak mengambil makanan, serta masalah serius seperti menghadapi
masalah dengan majikan serta pemencilan sosial.

Walau bagaimanapun, internet juga dapat mengurangkan perasaan kesunyian


yang dialami oleh pelajar. Hal ini demikian dilakukan dengan cara menggunakan internet
untuk mendapatkan sumber seperti lagu-lagu pilihan. Terdapat dua cara untuk menikmati
lagu daripada internet (Iskandar & Zaitun, 2006). Oleh yang demikian, kegiatan melayani
jiwa dengan cara mendengar muzik pada masa lapang tidak mengganggu pencapaian
akademik para pelajar sekiranya mereka menggunakan saluran yang ada dengan cara
yang betul.
December dan Ginsburg (1995) menyatakan terdapat pelbagai teknik untuk
mencari dan mendapatkan maklumat melalui intenet. Antaranya ialah dengan cara carian
web berdasarkan subjek, carian berdasarkan kata kunci, carian web berdasarkan ruang
geografi dan carian web berdasarkan ruang maklumat. Hal ini demikian tidak memberi
impak kepada pencapaian akademik para pelajar walaupun mereka cenderung untuk
mengalami ketagihan internet.

2.3 HIPOTESIS KAJIAN

Hipotesis kajian ini adalah:

1. Terdapat perhubungan yang signifikan di antara kesunyian dengan ketagihan


terhadap internet dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.

2. Terdapat perbezaan di antara jantina dengan kesunyian dalam kalangan


mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.

3. Terdapat perbezaan di antara jantina dengan ketagihan terhadap internet dalam


kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.

4. Terdapat perhubungan yang signifikan di antara pencapaian akademik dengan


kesunyian dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.

5. Terdapat perhubungan yang signifikan di antara pencapaian akademik dengan


ketagihan terhadap internet dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan
Malaysia.

2.4 PENUTUP

Dapatan daripada pelbagai kajian lepas menunjukkan kebanyakannya (i) terdapat


hubungan yang signifikan di antara kesunyian dengan ketagihan internet, (ii) terdapat
perbezaan di antara jantina dengan kesunyian dan ketagihan internet dan (iii) terdapat
hubungan di antara pencapaian akademik dengan kesunyian dan juga pencapaian
akademik dengan ketagihan internet.
BAB III

KAEDAH KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Bab ini membincangkan tentang kaedah yang telah dilaksanakan dalam menjalankan
kajian ini. Bab ini terbahagi kepada beberapa bahagian dan aspek-aspek yang
dibincangkan adalah meliputi rekabentuk kajian, responden kajian, alat kajian, prosedur
kajian, kaedah analisis data dan kebolehkepercayaan alat ujian.

3.2 REKABENTUK KAJIAN

Kajian ini menggunakan metod tinjauan atau survei dengan mengedarkan borang soal
selidik kepada responden. Responden yang terlibat diminta untuk melengkapkan alat
ujian psikologi yang diedarkan. Terdapat dua jenis alat ujian yang digunakan dalam
kajian ini iaitu Skala kesunyian (UCLA Loneliness Scale) dan Ujian ketagihan internet-
Internet Addiction Test (IAT). Jumlah item keseluruhan kajian ini adalah sebanyak 46
item. Kajian ini melibatkan dua pembolehubah bebas dan dua pembolehubah terikat.
Pembolehubah bebas untuk kajian ini adalah faktor demografi iaitu jantina dan juga
pencapaian akademik. Manakala pemboleh ubah terikat bagi kajian ini adalah kesunyian
dan ketagihan internet dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.
3.3 RESPONDEN KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan di Universiti Kebangsaan Malaysia di kampus induk Bangi,
Selangor. Responden kajian ini adalah terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi dari
kesemua fakulti iaitu meliputi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Fakulti
Sains dan Teknologi (FST), Fakulti Pengajian Islam (FPI), Fakulti Ekonomi dan
Pengurusan (FEP), Fakulti Pendidikan (FPEND), Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
(FKAB) dan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM). Responden yang diambil
adalah berdasarkan pemilihan sampel berdasarkan jadual penentuan saiz sampel oleh
Krejcie dan Morgan (1970) dlm Chua (2012). Jumlah sampel yang diperlukan adalah
seramai 100 orang. Justeru, sebanyak 110 set borang soal selidik telah diedarkan namun
hanya sejumlah 105 set borang soal selidik telah dikembalikan untuk diproses dan hanya
100 set borang soal selidik sahaja yang lengkap diisi.

3.4 ALAT KAJIAN

Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada satu set borang soal selidik
yang mengandungi tiga bahagian iaitu: (1) Bahagian A: Maklumat demografi responden,
(2) Bahagian B: Ujian ketagihan internet-Internet Addiction Test (IAT) dan (3) Bahagian
C: Skala kesunyian (UCLA Loneliness Scale).

Jadual 3.1 Kandungan Soal selidik Kajian


Kandungan Pernyataan Bilangan item Pembolehubah

Bahagian A Maklumat demografi responden 6 Bebas

Bahagian B Ujian ketagihan internet-Internet 20 Terikat


Addiction Test (IAT)

Skala kesunyian (UCLA Loneliness


Bahagian C 20 Terikat
Scale)

Jumlah 46

3.4.1 Bahagian A: Maklumat Demografi

Bahagian A dalam borang soal selidik ini merangkumi maklumat-maklumat peribadi


responden yang berkaitan seperti jantina, agama, bangsa, umur, fakulti, tahun, dan tahap
pencapaian akademik iaitu CGPA.

Jadual 3.2 Jadual Tahap Pencapaian Akademik

Tahap Pencapaian Akademik CGPA

Rendah 1.67 hingga 2.99

Sederhana 3.00 hingga 3.66

Cemerlang 3.67 hingga 4.00

3.4.2 Bahagian B: Skala Kesunyian (UCLA Loneliness Scale)

Skala kesunyian UCLA digunakan untuk meninjau pengalaman sunyi individu dan
pengalaman ini merujuk kepada kesunyian emosi dan kesunyian sosial (Rusell et al.,
1980). Soal selidik ini telah diperkenalkan oleh Weiss pada tahun 1975 dan telah
diterjemahkan daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu dengan menggunakan
kaedah back-translation oleh dua orang penterjemah yang mahir dalam Bahasa Inggeris.
Soal selidik ini dilampirkan sebagai Lampiran A.

Skor-skor adalah berdasarkan 20 item dengan 4 poin Skala Likert yang julatnya
adalah di antara ‘tidak pernah’, ‘jarang- jarang’, kadang-kadang’ hingga ‘selalu’. Ianya
terdiri daripada 10 item positif dan 10 item negatif sebagaimana yang ditunjukkan di
dalam jadual di bawah.
Jadual 3.3 Pembahagian Item Positif Dan Item Negatif

Jenis item No. item

Positif 1,4,5,6,9,10,15,16,19,20

Negatif 2,3,7,8,11,12,13,14,17,18

Cara pemarkahan bagi skala kesunyian adalah seperti yang ditunjukkan di dalam jadual
di bawah.

Jadual 3.4 Kaedah Pemarkatan

Darjah Item

Kekerapan Positif Negatif

Selalu 0 3

Kadang- kadang 1 2

Jarang- jarang 2 1

Tidak pernah 3 0

Markat tertinggi adalah 80, manakala 20 adalah markat terendah. Min markat adalah 50.
Jika markat adalah kurang daripada 50 markat, ia dikatakan berada dalam tahap
kesunyian yang rendah. Jika markat lebih daripada 50 markat, tahap kesunyian adalah
tinggi.

Jadual 3.5 Kategori Kesunyian

Kesunyian Skor yang diperolehi

Rendah 20 hingga 50
Tinggi 51 hingga 80
3.4.3 Bahagian C: Ujian ketagihan internet-Internet Addiction Test (IAT)

Bahagian C pula ialah set soal selidik Ujian Ketagihan Internet-Internet Addiction Test
(IAT) yang dibangunkan oleh Dr. Kimberly Young, iaitu seorang psikologi klinikal pada
tahun 1998 di USA.

Ujian IAT Young mengandungi 20 item iaitu menggunakan 5 poin Skala Likert,
yang menunjukkan tahap di mana penggunaan internet menjejaskan aspek kehidupan
pengguna. Julat skor adalah bermula daripada 20 hingga 100. Cara pemarkatan skala
adalah seperti yang ditunjukkan di dalam rajah di bawah.

Jadual 3.6 Pemarkatan Skala

Darjah Kekerapan Skala

Tidak pernah 0

Jarang sekali 1

Sekali sekala 2

Sering kali 3

Selalu 4

Young (1998) mencadangkan julat skor yang menunjukkan penggunaan internet ialah
sederhana dan mempunyai kuasa penuh terhadap penggunaan internet ialah skor di antara
(20-49), manakala pengguna yang mempunyai masalah yang berkaitan dengan
penggunaan internet ialah skor di antara (50-79), dan penggunaan internet signifikan di
dalam kehidupan pengguna ialah skor di antara (80-100) sebagaimana pembahagian julat
skor di dalam jadual dibawah.
Jadual 3.7 Interpretasi Julat Skor

Bilangan skor Iterpretasi skor


Pengguna tidak ketagih
0 hingga 19

20 hingga 49
Rendah
(Pengguna yang sedikit ketagih. Pengguna mungkin
banyak menghabiskan masa di internet tetapi masih
dapat mengawalnya)

50 hingga 79 Sederhana.
(Pengguna mengalami masalah biasa disebabkan oleh
penggunaan internet. Pengguna perlu memastikan kesan
menyeluruh internet dalam kehidupan)

Tinggi.
80 hingga 100
(Penggunaan internet membawa kesan yang mendalam
dalam hidup pengguna. Pengguna patut memikirkan
keburukan internet kepada diri sendiri dan mengaku
bahawa ini semua disebabkan kelalaian menggunakan
internet)

Penilaian ini adalah berdasarkan kepada tingkah laku yang dikaitkan dengan
ketagihan internet. Widyanto dan McMurran (2004) menjalankan satu kajian untuk
mengkaji beberapa ciri psikometrik IAT. Pengkaji telah menjalankan satu kajian analisis
faktor dan mendapati terdapat enam faktor utama termasuk faktor paling tertonjol
(salience), penggunaan internet yang berlebihan (excessive use), mengabaikan kerja
(neglecting work), sentiasa bimbang (anticipation), ketidak boleh kawalan (lack of
control), dan mengabaikan kehidupan sosial (neglecting sosial life) yang menunjukkan
ketekalan dalaman dan keesahan yang valid.
Walau bagaimanapun, dalam kajian ini pengkaji tidak menggunakan analisis
faktor disebabkan oleh ketiadaan pembolehubah yang berkaitan dengan analisis faktor
ini. Pembahagian faktor analisis tersebut adalah seperti di dalam rajah di bawah:

Jadual 3.8 Pembahagian Faktor Analisis

Faktor Jenis faktor analisis No Item

1 Faktor paling tertonjol (salience) 10,12,13,15,19


Penggunaan internet yang berlebihan 1,2,14,18,20
2
(excessive use)
Mengabaikan kerja (neglecting work) 6,8,9
3
Sentiasa bimbang (anticipation) 7,11
4
5,16,17
5 Ketidak boleh kawalan (lack of control)

6 Mengabaikan kehidupan sosial 3,4


(neglecting sosial life)

Oleh yang demikian, Widyanto dan McMurran (2004) menyimpulkan bahawa,


ujian ketagihan internet- Internet Addiction Test (IAT) ialah:

"satu alat yang sahih dan intrumennya boleh dipercayai serta boleh digunakan
di dalam kajian lanjut yang akan datang bagi ketagihan internet".

IAT ialah salah satu daripada instrumen yang diguna pakai untuk menilai
ketagihan internet dalam kajian ini disebabkan oleh kebolehpercayaan alat ukuran
psikometrik ini, serta fakta bahawa ia adalah alat yang diguna paling meluas bagi
mengukur ketagihan internet.
3.5 KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UJIAN

Kebolehpercayaan dan keesahan bagi sesuatu alat ujian merupakan elemen penting dalam
penyelidikan yang dijalankan sama ada dalam bidang psikologi atau dalam bidang-bidang
yang lain. Ini sangat penting bagi megelakkan hasil kajian yang diperoleh akan
dipertikaikan oleh pelbagai pihak. Kebolehpercayaan sering dirujuk sebagai ketekalan
dan kestabilan (Anastasi & Urbina, 1997). Menurut Iran Herman (2009), nilai petunjuk
yang dikira oleh ahli psikometrik untuk menerangkan kebolehpercayaan dinamakan
sebagai pekali kebolehpercayaan.

Dalam kajian ini, kepercayaan alat ujian telah diuji dengan menggunakan
Cronbach Alpha menggunakan kedua-dua soal selidik iaitu Skala kesunyian (UCLA
Loneliness Scale) dan Ujian ketagihan internet-Internet Addiction Test (IAT). Pekali
kebolehkepercayaan ujian dengan penggunaan Cronbach Alpha yang dihasilkan adalah
sama dengan 0.84.

Dalam kajian sebelum ini, Young (1998) menjalankan dan mengesahkan dengan
terperinci skala ketagihan internet dan selepas itu, kandungan dan kesahan gagasan telah
disahkan. Dalam penyelidikan ini, kebolehpercayaan ujian telah diuji dengan Cronbach
Alpha. Pekali kebolehpercayaan ujian dengan penggunaan Cronbach Alpha sama dengan
0.91. Sementara itu, dalam kajian baru-baru ini kebolehpercayaan ujian ketagihan
internet dengan penggunaan Cronbach Alpha ialah 0.80 dan skala menunjukkan
ketekalan dalaman yang sangat baik, dengan satu pekali alfa .93.

Seterusnya, sebelum ini bagi skala kesunyian juga telah dijalankan kajian
terhadap Loneliness Scale versi Turki. Kajian tersebut telah disesuaikan oleh Demir
(1989) dan Yaparel (1984). Demir (1989) menyatakan pekali ketekalan dalaman untuk
skala versi Turki ini mencatatkan .96, dan satu ujian semula (selang sebulan) telah
dijalankan sekali lagi dan hasilnya pekali kebolehpercayaan menjadi .94.
Bagi UCLA Loneliness Scale (version 3) sebelum ini telah dijalankan kajian ke
atas pelajar kolej, jururawat, guru dan orang tua. Analisis kebolehkepercayaan, keesahan ,
dan struktur faktor UCLA Loneliness Scale versi baru telah dijalankan. Keputusan
menunjukkan bahawa ukuran keesahan adalah tinggi, iaitu kedua- duanya dalam
ketekalan dalaman (pekali satu di antara .89 kepada .94) dan ujian keesahan juga turut
dijalankan semula lebih daripada satu tahun (r= .73).

3.6 PROSEDUR KAJIAN

Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji pertamanya membuat pemilihan tajuk


penyelidikan dan mengadakan perbincangan lanjut dengan rakan-rakan dan penyelia
berkaitan tajuk yang di pilih. Seterusnya, setelah soalan soal selidik di susun dan
diterjemahkan daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu, pengkaji telah
mendapatkan surat kebenaran menjalankan kajian daripada Pusat Pengajian Psikologi dan
Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemunusiaan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Pada peringkat pengumpulan data, pengkaji seterusnya telah mengedarkan borang


soal selidik di beberapa buah fakulti di dalam UKM. Prosedur seterusnya dalam
menjalankan kajian ini adalah seperti berikut:

1. Membahagikan bilangan borang soal selidik secara sama banyak bagi responden
lelaki dan juga responden perempuan.
2. Memilih masa yang sesuai untuk mengedarkan borang soal selidik kepada
mahasiswa dan mahasiswi UKM.
3. Menerangkan kepada responden tujuan kajian dilakukan.
4. Memberikan masa yang secukupnya kepada responden untuk menjawab soalan-
soalan yang diberikan.
5. Responden yang berjaya menjawab dengan lengkap dan mengembalikan borang
soal selidik pada akhirnya diberikan sedikit cenderahati sebagai tanda
penghargaan.
3.7 KAEDAH ANALISIS DATA

Terdapat beberapa kaedah penganalisaan data telah digunakan dalam menganalisa data
yang dikumpul. Kesemua data daripada borang soal selidik di analisis secara deskriptif
dengan menggunakan kaedah taburan kekerapan, peratusan dan juga hubungan korelasi.
Kajian ini menggunakan teknik statistik pemeratusan bagi memproses bahagian
maklumat demografi responden seperti peratusan mengikut jantina, bangsa, agama, umur,
fakulti beserta tahun dan purata pencapaian akademik iaitu CGPA. Manakala, bagi
melihat tahap ketagihan internet dan kesunyian dari segi jantina, dan pencapaian
akademik, analisis statistik digunakan. Ujian statistik korelasi Pearson dan ujian-t akan
digunakan dalam melakukan pemprosesan data bagi menguji perkaitan antara
pembolehubah.

3.8 PENUTUP

Metodologi yang dinyatakan dalam bab ini adalah untuk menjawab persoalan kajian yang
telah ditentukan di Bab 1. Segala maklumat yang didapati akan diproses dan dianalisis
berdasarkan kepada objektif kajian. Merujuk kepada kedua-dua instrumen yang diguna
pakai, kaedah soal selidik yang digunakan adalah mudah dimana responden hanya perlu
memilih salah satu daripada jawapan yang diberi iaitu bagi soalan pada Bahagian B dan
Bahagian C. Manakala bagi Bahagian A, responden perlu mengisi maklumat demografi
mereka di dalam ruang yang telah disediakan.
BAB 1V

DAPATAN KAJIAN

4.1 PENGENALAN

Bab ini akan membentangkan analisis-analisis yang meliputi analisis deskriptif dan
analisis inferensi bagi menjawab hipotesis kajian. Hasil analisis adalah berdasarkan
maklumat yang diperolehi melalui edaran borang soal selidik. Semua data daripada
borang soal selidik dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan kaedah taburan
kekerapan, peratusan, kolerasi dan juga Crosstab. Kolerasi Pearson dan ujian-t
digunakan bagi mengkaji hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah yang
melibatkan kesunyian, ketagihan internet, jantina dan juga pencapaian akademik.

4.2 KEPUTUSAN DESKRIPTIF

Analisis secara deskriptif melibatkan penjelasan berkaitan min, sisihan piawai,


kekerapan, peratusan kekerapan, markah minimum, markah maksimum bagi setiap
pembolehubah. Borang soal selidik ini dikemukakan kepada 110 orang responden iaitu
terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi dari semua fakulti dalam Universiti
Kebangsaan Malaysia. Namun demikian, hanya 100 borang soal selidik sahaja yang
lengkap diisi dan diproses.
4.3 BAHAGIAN A – MAKLUMAT DEMOGRAFI RESPONDEN

4.3.1 JANTINA

Jadual 4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Jantina


Jantina Kekerapan Peratus (%)

Lelaki 50 50

Perempuan 50 50

Jumlah 100 100

Berdasarkan kepada 100 responden, didapati responden lelaki dan responden perempuan
adalah sama bilangannya iaitu seramai 50 orang (50%) terdiri daripada pelajar lelaki dan
50 orang (50%) lagi adalah terdiri daripada pelajar perempuan.

You might also like