You are on page 1of 3

Kek span gebu

BAHAN-BAHAN :

BAHAN A :
- 1 cawan tepung gandum.
- 1 cawan gula.(ni manis2 buah je..kalau nk manis lagi lebihkan gula.)
- 1 sudu besar ovallete.
- 1 sudu kecil baking powder.
- 5 biji telur gred A.

BAHAN B:
- 1/2 cawan air (kalau nk buat yg pandan, gantikan dgn air pandan)
- perisa/pes (ikut suka nak pandan ke, keladi ke..or ape2 aje...)
- pewarna.

BAHAN C:
- 1/2 cawan minyak jagung. 

CARA-CARANYA:

1. masukkan bahan A ke dalam bekas adunan. putar laju selama 5 minit sehingga gebu dan
sebati. (jangan lebih-lebih..nt terlalu kembang)

2. Perlahankan pemutar,masukkan bahan B. putar lagi selama 5 minit sehingga sebati.

3. hentikan pemutar, masukkan bahan C dan gaul menggunakan kaedah kaup


balik menggunakan sudip / senduk sehingga sebati.

4. panaskan oven selama 10 minit, api atas bawah. griskan loyang dengan mentega dan
tuangkan adunan tadi. kek akan sangat naik, jadi tuang lebih kurang separuh ataupun 3/4
loyang sahaja.

5. kemudian bakar sehingga masak.lebih kurang 45 minit.bergantung kepada oven.cucuk lidi


kalau nak tahu masak sepenuhnya atau tak..

PERINGATAN!: Sentiasa membuat pemerhatian terhadap kek anda, jika terlalu tinggi naiknya
sehingga nak mencecah atap oven, sila guna api bawah sahaja selepas itu, jika tidak, kehangitan
akan berlaku..hehehehehehehe
KEK LAPIS KASTARD PANDAN
Resepi Makanan

Kek span pandan

150g tepung superfine


1sk baking powder (diayak bersama tepung)
150g gula kastor
5 biji telur gred A
1sb ovalete
80ml air / susu cair
80ml minyak masak / mentega cair / minyak jagung
1 sudu teh pes pandan
sedikit pewarna hijau

- pukul telur + gula + ovalete + tepung hingga pekat dan gebu - masuk air/susu cair + pes pandan + sedikit
pewarna hijau- pukul lg hingga adunan benar2 ringan - masuk minyak , kaup balik dgn senduk hingga
sebati - bakar 45 minit @ 175C.. - bila dah masak,keluarkan loyang dr oven dan terbalikkan 5 minit..pastu
keluarkan kek dan terlentangkan hingga sejuk

**loyang kek hanya di gris bahagian bawahnyer saja. lapikkan dgn baking paper dn gris sekali lagi.

Bahan-Bahan Utk Kastard Pandan

Bahan (A)

180 gm gula kastor


500 ml air daun pandan
1 sudu besar serbuk agar-agar segera

Bahan (B)

400 ml santan pekat/susu sejat


85 gm tepong hoen kwee hijau/tepung kastard
1 sudu kecil pewarna hijau
secubit garam

UNTUK HIASAN - 1 cawan kelapa kering

Cara-cara membuat;

1. Kek span di hiris kepada 2 bahagian.


2. Ketepikan Untuk membuat kastad,
3. campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk.
4. Masak atas api sederhana hingga mendidih.
5. Kacau hingga gula hancur.

Satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata. masukkan adunan ini kedalam aduan (A).

Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih.


Sediakan acuan bulat atau petak

Tuangkan satu lapisan kastard, ratakan dan letakkan kek span dalam acuan.

Tuangkan aduan kastad lagi keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya

Letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.

Hentakkan acuan agar kastad padat dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam
peti sejuk.

Keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan . Salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa
masing2..
Done!!

Selamat Mencuba!!

You might also like