You are on page 1of 4

1.

0 ARTIKEL DAN JURNAL YANG DIPILIH

(a) Tajuk Artikel : Kitaran Pembelajaran Damunhwa : Memperluaskan


Pendidikan Multikultural di Luar Sekolah Untuk
Memperkasakan Pelajar Pelbagai Budaya
Penulis : Gilbert C. Park dan SangOk Park
Bilangan Muka Surat : 8 muka surat
Sumber : Multicultural Education, v25 n3-4 p2-9 Spr-Sum 2018

Jurnal ini merupakan sebuah kajian oleh Gilbert C. Park dan SangOk Park untuk meluaskan
kitaran pembelajaran pendidikan damunhwa bagi memperkasakan pendatang baru untuk
berani mengkritik dan mencabar kuasa yang mendakwa mereka sebagai penduduk Korea
bukan asli. Kajian penerokaan ini menggariskan tiga objektif iaitu untuk menggariskan cara
yang praktikal untuk memastikan silibus subjek damunhwa mampu melahirkan pelajar yang
mahir membuat keputusan dan menyumbang pengetahuan berkaitan pendidikan pelbagai
budaya penting dalam menghadapi kepelbagaian. Secara keseluruhan, artikel ini menerangkan
pendidikan damunhwa sebagai inisiatif Korea Selatan untuk mengurangkan jurang antara
kebudayaan yang disebabkan oleh kepelbagaian budaya. Seterusnya, diikuti oleh hujah yang
menerangkan bahawa pendidikan damunhwa perlu diorientasi semula disebabkan fokus silibus
yang lebih kepada diskriminasi pelajar daripada pelbagai budaya. Artikel ini juga berkisarkan
tentang cadangan untuk memperluaskan kitaran pembelajaran kitaran pembelajaran
pendidikan damunhwa sebagai cara untuk golongan yang tertindas untuk mengkritik dan
mencabar kuasa yang mendakwa mereka sebagai bukan warganegara Korea.

1
2.0 PERBINCANGAN DAN ULASAN KRITIKAL

Tajuk Artikel :
Kitaran Pembelajaran Damunhwa : Memperluaskan Pendidikan Multikultural di Luar
Sekolah Untuk Memperkasakan Pelajar Pelbagai Budaya

Jurnal yang ditulis oleh Gilbert C. Park dan SangOk Par ini membincangkan tentang cadangan
perluasan kitaran pembelajaran pendidikan damunhwa bagi memperkasakan pendatang baru
untuk berani mengkritik dan mencabar kuasa yang mendakwa mereka sebagai penduduk Korea
bukan asli. Pengkaji membincangkan cara yang praktikal untuk memastikan silibus subjek
damunhwa mampu melahirkan pelajar yang mahir membuat keputusan. Kementerian
Pendidikan (2016) melaporkan bahawa lebih 300% peningkatan dalam jumlah kelahiran anak
daripada pelbagai budaya. Hal ini demikian adalah disebabkan faktor tarikan pekerjaan di Korea
yang akhirnya mendorong kepada perkahwinan campur antara pendatang dengan warganegara
Korea. Dengan demikian, kebanyakkan anak yang dilahirkan oleh pasangan daripada berbeza
warganegara akan menghantar anak mereka untuk mengikuti pendidikan damunhwa. Justeru,
antara silibus yang ditekankan dalam pendidikan tersebut adalah daripada segi pembelajaran
bahasa Korea agar diskriminasi khususnya daripada segi bahasa dapat dikurangkan. Melihat
kepada usaha tersebut, saya bersetuju dengan penggunaan bahasa yang standard dalam
memupuk kesaksamaan masyarakat yang berbilang budaya.

Selain itu, pengkaji juga ada membincangkan tentang sumbangan pendidikan


damunhwa daripada segi pengetahuan berkaitan pendidikan pelbagai budaya penting bagi
menghadapi kepelbagaian. Pengkaji menerangkan bahawa terjadinya diskriminasi pelajar yang
mengikuti pendidikan damunhwa adalah disebabkan oleh perbezaan fizikal seperi warna kulit.
Maka, jelaslah bahawa Pendidikan tersebut masih kurang berjaya dalam menyatukan pelajar
yang berbeza daripada segi latar belakang. J.W Hwang (2016) dalam kajian beliau ada
menyatakan bahawa perbezaan budaya menjadi faktor kepada kurangnya integrasi dalam
kalangan warganegara Korea yang berbeza daripada segi latar belakang. Justeru, saya
berpendapat bahawa pendidikan pelbagai budaya seharusnya harus diambilkira bukan sahaja
oleh pihak sekolah malah termasuklah pihak ibu bapa sendiri. Hal ini demikian adalah kerana
kanak-kanak yang terdidik untuk terbuka dalam menerima perbezaan pasti akan mampu
menghormati golongan rakan yang tidak mempunyai amalan yang berbeza dengan mereka.
Pendapat ini juga disokong oleh pengkaji yang menjelaskan bahawa kebanyakan masalah buli

2
yang berlaku dalam kalangan pelajar yang mengikuti Pendidikan damunhwa adalah disebabkan
oleh pemahaman yang kurang daripada segi kepelbagaian budaya yang wujud.

Pengkaji seterusnya membincangkan tentang kebarangkalian yang berlaku sekiranya


kitaran Pendidikan damunhwa dapat diperluaskan. Pengkaji menerangkan bahawa kitara
sesebuah pendidikan amat penting dalam memastikan hubungan diplomasi antara sesama
warganegara di Korea. Kajian berkaitan kitaran pembelajaran ini telah menjadi amalan sejak
beberapa dekad yang lalu. Saya amat menyokong hasil dapatan pengkaji yang mendapati
bahawa perluasan kitaran Pendidikan damunhwa merupakan suatu usaha yang positif untuk
memastikan hubungan yang baik antara sesama pelajar. Hal ini demikian selaras dengan
kewujudan sekolah kebangsaan di Malaysia yang menyokong integrasi kaum, Justeru,
perpaduan akan dapat dicapai sekiranya pihak sekolah mampu mengorganisasi pengurusan
sekolah yang mementingkan interaksi pelbagai kaum.

Seterusnya, pengkaji membincangkan tentang hujah tentang pengorientasian semula


pendidikan damunhwa perlu dilakukan. Hal ini demikian adalah disebabkan fokus kurikulum
pendidikan tersebut masih kurang berjaya dalam memupuk persefahaman antara sesama
pelajar. Justeru, pengkaji mencadangkan agar kurikulum Pendidikan tersebut dirujuk semula
bagi memperbaiki kelemahan yang telah dikenal pasti. Sememangnya usaha tersebut
merupakan suatu usaha yang baik kerana pendidikan seharusnya relevan dengan keadaan
semasa. Maka, sudah menjadi suatu keperluan bagi sesebuah sekolah untuk bergerak secara
dinamik melalui penggubalan sistem demi kepentingan pelbagai pihak. Oleh yang demikian,
pengkaji mencadangkan agar pengorientasian semula pendidikan damunhwa dapat dilakukan
dari masa ke masa mengikut keperluan masyarakat.

Sebagai kesimpulan, dapat dirumuskan bahawa kurangnya perspektif yang kritikal ke


atas pelaksanaan pendidikan damunhwa menjadi punca kepada masalah yang dihadapi oleh
pelajar daripada pelbagai budaya yang mengikuti Pendidikan tersebut. Selain itu,
memperluaskan kitaran pembelajaran bagi pendidikan damunhwa merupakan peluang bagi
penghasilan pelajar yang mampu mempromosi kepentingan hubungan diplomasi antara
sesama kaum. Tambahan pula, kolaborasi dengan masyarakat setempat perlu diaplikasikan
dalam usaha pengorientasian semula pendidikan tersebut. Hal ini demikan adalah kerana
hubungan yang baik antara sesama lapisan masyarakat mampu memupuk persefahaman
antara sesama kaum dan seterusnya meningkatkan semangat kekitaan dalam kalangan

3
warganergara Korea. Justeru, penulisan ini sememangnya memperlihatkan perspektif yang
kritikal ke atas pendidikan damunhwa di Korea.

You might also like