You are on page 1of 3

ULASAN KRITIKAL BAGI JURNAL DAN ARTIKEL

1.0 PENGENALAN

Bagi melaksanakan tugasan membuat ulasan kritikal terhadap bahan bacaan,


saya memilih enqam jurnal dan artikel berkaitan dengan isu-isu cabaran guru di
sekolah. Berikut adalah maklumat mengenai jurnal dan artikel yang dipilih

1.1 ARTIKEL DAN JURNAL YANG DIPILIH

(a) Tajuk artikel : Bagaimana Pendidikan Multi-budaya dirasakan di Sekolah


Rendah di Turki? Sebuah Kajian Kes.
Penulis : Serkan Aslan
Bilangan muka surat : 15 muka surat
Sumber : European Journal of Education Research. Volume 8, Issue 1,
233-247. Issn: 2165-8714. Suleyman Demirel University, Turkey.

Jurnal ini adalah sebuah kajian kes oleh Serkan Aslan iaitu untuk mengkaji
bagaimana situasi semasa pendidikan multi-budaya di sekolah-sekolah rendah. Oleh
itu, pandangan-pandangan guru di bilik darjah berkaitan pendidikan multi-budaya
telahpun dikumpul dan aktiviti-aktiviti berkaitan pendidikan multi-budaya telah dibuat
pemerhatian di beberapa buah bilik darjah terpilih melibatkan seramai 15 orang guru.
Kaedah pensampelan variasi maksimum telah digunakan bagi menjalankan kajian
kes ini. Kajian ini mendapati majoriti guru menganggap pendidikan multi-budaya ini
sebagai pendidikan untuk individu yang mempunyai latar belakang etnik yang
berbeza. Persepsi guru-guru juga dikenalpasti hampir serupa iaitu dari segi jantina,
senoriti dan status pendidikan.

1
1.2 PERBINCANGAN DAN ULASAN KRITIKAL

(a) Perbincangan Jurnal 1

Jurnal yang ditulis oleh Serkan Aslan ini membincangkan tentang tanggapan guru-
guru di sekolah rendah berkaitan pendidikan multi-budaya. Penulis membincangkan
tentang globalisasi iaitu pada masa kini, manusia pelbagai latar belakang mulai
berinteraksi antara satu sama lain demi mengejar kemajuan sains, kesenian dan
teknologi, dengan wujudnya interaksi-interaksi ini manusia mulai sedar tentang
kepelbagaian budaya yang wujud dan mulai saling memberi pengaruh. Migrasi
kerana perang dan konflik juga adalah salah satu fenomena yang sedang berlaku
pada masa kini, menyebabkan masyarakat dari latar belakang berbeza, bermigrasi
dan hidup bersama masyarakat latar belakang yang baru. Ini adalah faktor utama
yang melahirkan konsep multi-budaya iaitu apabila individu berbeza bahasa, agama,
bahasa dan latar belakang hidup bersama dalam satu masyarakat. Daripada sinilah
pentingnya pendidikan multi-budaya.

Penulis juga membincangkan hasil kajian majoriti guru dalam bilik darjah
menggunakan konsep identiti etnik, agama, bahasa dan jantina dalam pendidikan
multi-budaya. Guru-guru juga berpandangan bahawa pendidikan multi-budaya
adalah pendidikan yang diberikan kepada individu-individu yang berbeza etnik,
bahasa, agama dan jantina. Namun begitu, guru-guru dilihat memberikan persepsi
yang sama dari segi jantina, senioriti dan status pendidikan. Namun begitu,
pendidikan multi-budaya sebenarnya mempunyai dimensi yang lebih luas iaitu
mencakupi orientasi seksual, usia, kelas sosial dan keupayaan fizikal. Dimensi-
dimensi ini tidak digunakan dan sangat jarang diaplikasikan. Ini disebabkan kerana
tidak ada kajian berkaitan pendidikan multi-budaya yang menjangkau dimensi-
dimensi tersebut di Turki. Guru-guru juga tidak diberi maklumat secara lengkap
tentang pendidikan multi-budaya.

Kajian oleh Serkan Aslan ini juga mengkaji tentang pandangan guru-guru
berkaitan aktiviti-aktiviti pendidikan multi-budaya di sekolah. Berdasarkan hasil
pemerhatian, guru lebih kerap menggunakan kaedah ‘berpusatkan murid’ seperti
drama. Murid-murid pelbagai budaya yang memainkan watak dalam drama akan

2
mampu melihat budaya rakan-rakan lain dari perspektif berbeza. Bukan itu sahaja
mampu melahirkan nilai empati dan nilai memahami antara satu sama lain.

Hasil kajian juga menunjukkan guru-guru yang menggunakan drama, diskusi


dan filem berkaitan tentang ketidakupayaan fizikal, perbezaan status ekonomi
mampu melahirkan nilai solidariti dan toleransi serta hormat dalam kalangan murid.
Pengkaji juga mendapati bahawa murid-murid yang berlatar belakang berbeza
mempunyai pencapaian akademik yang lebih tinggi apabila mereka dididik dalam
budaya dan pengalaman mereka sendiri (Ware, 2006). Manakala, murid-murid yang
mempunyai latar belakang berbeza yang diendahkan ketika proses pengajaran
mempunyai pencapaian akademik yang rendah. Oleh itu, kaedah berpusatkan murid
dalam pendidikan multi-budaya membantu dalam meningkatkan pencapaian murid.

Hasil kajian juga menunjukkan guru-guru mempunyai beberapa kekangan dalam


pendidikan multi-budaya ketika mereka menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran.
Kekangan-kekangan yang timbul datang dari keluarga, kehidupan sosial murid,
administrasi sekolah dan program-program melibatkan guru. Terdapat juga prejudis
daripada kalangan ibubapa murid berkaitan pendidikan multi-budaya. Dalam kajian
ini juga, guru-guru menyatakan terdapat murid-murid yang bersikap ‘bias’ terhadap
individu yang mempunyai latar belakang berbeza.

Oleh itu aktiviti pengajaran berpusatkan murid dalam kurikulum pendidikan


miulti-budaya mampu mengurangkan sikap ‘bias’ murid-murid terhadap golongan
yang mempunyai latar belakang berbeza.

You might also like