You are on page 1of 5
KETUA PENDAFTAR INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA REGISTRAR GENERAL PRIVATE HIGHER EDUCATIONAL INSTITUTIONS Jabatan Pendidikan Ting Departnant of Higher Education Tot: 603-88706381 Auge 9 No.2, Mena 2, Faks (Fax): 603-88706840 Jalan PSI, Presin Portal Rasmi:htp:pt.mohe gov.my 152200 PUTRAJAYA MALAYSIA (Oficial Portal) Ruj. Kami: JPT/GS 1000-606 Jid. 2, (2) Tarikh : [0 April 2017 Semua Ketua Eksekutif Institusi Pendidikan Tinggi Swasta PEKELILING PELANJUTAN TEMPOH MORATORIUM KE ATAS PENUBUHAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGG! SWASTA BERSTATUS UNIVERSITI, KOLEJ UNIVERSITI DAN KOLEJ YANG BAHARU JABATAN PENDIDIKAN TINGGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI BILANGAN 1 TAHUN 2017 TUJUAN 1 Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan berhubung dengan Pelanjutan Tempoh Moratorium Ke Atas Penubuhan __Institusi Pendidikan Tinggi Swasta Berstatus Universiti, Kolej Universiti Dan Kolej Yang Baharu. LATAR BELAKANG 2. Tindakan moratorium penubuhan IPTS baharu adalah bertujuan untuk memantapkan sektor pendidikan tinggi swasta dan telah dilaksanakan dalam dua fasa. Fasa pertama dilaksanakan mulai Februari 2013 hingga Januari 2015 dan fasa kedua mulai Februari 2015 hingga Januari 2017. Tindakan ini bertujuan untuk merancang dan melaksanakan intervensi yang wajar bagi memantapkan sektor pendidikan tinggi swasta dan IPTS serta memastikan hanya IPTS yang berkualiti, mampan dan berdaya saing sahaja beroperasi. 3. Tindakan intervensi melalui usaha-usaha penggabungan, penstrukturan semula dan pembatalan penubuhan telah menghasilkan perubahan bilangan daripada 522 buah pada tahun 2013 kepada 515 buah pada tahun 2014 dan 2015. Sehingga 31 Disember 2016, jumlah keseluruhan IPTS adalah 496 buah (54 universiti swasta, 10 kampus cawangan luar negara, 32 kolej universiti dan 400 buah kolej swasta). 4, Rasionalisasi sektor IPTS telah dimulakan sejak moratorium fasa pertama bagi memastikan tahap daya saing adalah sentiasa tinggi, selain mengelakkan daripada berlakunya lebihan penawaran berbanding permintaan dalam sektor pendidikan tinggi swasta di Malaysia. Sepanjang tempoh moratorium, — tindakan-tindakan rasionalisasi berikut akan diteruskan bagi mencapai kejayaan yang dihasratkan: (i) pelaksanaan pindaan Akta 555; (ii) | pelaksanaan pindaan peraturan Akta 555; (iii) pemantapan tadbir urus IPTS; (iv) audit kelestarian IPTS; (v) analisa risiko bagi profil IPTS bertaraf kolej swasta; dan (vi) operasi Weeding Out. 5. Dalam tempoh moratorium juga, IPTS sedia ada diberi peluang untuk meningkatkan kualiti dan daya saing b. mengelakkan penutupan. Usaha untuk memantapkan kualiti, Kewangan dan operasi IPTS dijangka dapat akan melonjakkan industri pendidikan tinggi swasta Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi di arena antarabangsa. 6. | Sehubungan dengan itu, kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan supaya moratorium ke atas penubuhan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta berstatus universiti, kolej universiti dan kolej yang baharu dilanjutkan daripada 1 Februari 2017 sehingga 31 Disember 2020. PENGECUALIAN 7. Pengecualian daripada moratorium boleh dipertimbangkan bagi perkara-perkara berikut: (i) permohonan menaik taraf; (ii) penubuhan baru kampus luar negara dengan mengambil kira bahawa universiti induk berada dalam kedudukan antara 100 universiti terbaik dunia menurut sistem ranking yang digunapakai oleh Kementerian Pendidikan Tinggi; (iii) berdasarkan keputusan Jemaah Menteri; dan (iv) penubuhan IPTS dilaksanakan di kawasan pembangunan baharu di Iskandar Malaysia, Johor. TEMPOH KUAT KUASA 8 Pekeliling pelanjutan tempoh moratorium ke atas penubuhan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta berstatus universiti, kolej universiti dan kolej yang baharu ini berkuat kuasa mulai 1 Februari 2017 sehingga 31 Disember 2020. Sekian, terima kasih “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, TIN LD. font HAMISAH BINTI TAPSIR) Ketua Pendaftar Institut Pendidikan Tinggi Swasta Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Tinggi s.k. Menteri Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Tinggi Timbalan Menteri Pendidikan Kementerian Pendidikan Tinggi Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (IPTS) Jabatan Pendidikan Tinggi Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan Tinggi Ketua Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Menara PKNS-PJ 17, Jalan Yong Shook Lin, Seksyen 746050 Petaling Jaya, Selangor Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pinjaman Negara(PTPTN) Lot G2, Tingkat Bawah Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan Damansara Heights 50490 Kuala Lumpur Pengarah Bahagian Governan IPTS Jabatan Pendidikan Tinggi Pengarah Bahagian Pendaftaran dan Piawaian Jabatan Pendidikan Tinggi Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Inspektorat Jabatan Pendidikan Tinggi

You might also like