You are on page 1of 2

FAQ : ISU-ISU PENDIDIKAN SWASTA SEMASA

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN 18 MAC 2020 – 31 MAC 2020

Soalan 1 Adakah Pusat Tuisyen / Pusat Latihan / Sekolah Swasta / Sekolah Antarabangsa perlu
menutup operasinya?

Jawapan 1 Ya, selaras dengan Perkara Keempat Perutusan Khas YAB Perdana Menteri Malaysia
mengenai Covid-19; Penutupan Semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk
sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-
lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra universiti diarahkan tutup.

Soalan 2 Adakah pekerja Pusat Tuisyen / Pusat Latihan / Sekolah Swasta / Sekolah Antarabangsa /
lain-lain Institusi Pendidkan atau Institut Latihan Kemahiran perlu hadir di tempat kerja?

Jawapan 2 Tidak. Rujuk kepada Perkara Keempat, Kelima dan Keenam Perutusan Khas YAB
Perdana Menteri Malaysia mengenai Covid-19.

Soalan 3 Sebilangan pelajar saya yang tinggal di asrama tidak dapat pulang ke negara asal mereka.
Bolehkah pelajar-pelajar ini dibenarkan tinggal di asrama sekolah?

Jawapan 3 Boleh. Pastikan pelajar-pelajar tersebut berikut dihadkan pergerakan mereka dan semua
langkah-langkah keselamatan dan kesihatan pelajar diambil.

Soalan 4 Bolehkah kelas digantikan setelah Perintah Kawalan Pergerakan 18 Mac – 31 Mac
berakhir?

Jawapan 4 Boleh. Pihak sekolah perlu membuat pemakluman kepada ibu bapa berkaitan hal ini.

Soalan 5 Adakah JPN akan mengeluarkan surat arahan tutup institusi swasta?

Jawapan 5 Tidak. Perutusan Khas YAB Perdana Menteri diguna pakai dan dalam perkara Keempat,
Kelima dan Keenam jelas menyatakan maksud dalam Perintah Kawalan Pergerakan 18
Mac – 31 Mac 2020 ini.
FAQ: ISU-ISU PENDIDIKAN SWASTA SEMASA
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN 18 MAC 2020 – 31 MAC 2020

Soalan 6 Bagaimanakah gaji saya dibayar untuk tempoh 2 minggu semasa perintah
kawalan pergerakan ini berkuatkuasa?

Jawapan 6 Pembayaran gaji pekerja hendaklah bersandarkan kepada kontrak pekerjaan


(employment contract) dan perundingan secara bersama antara majikan dan
pekerja.Akta Kerja 1955 juga perlu dirujuk.

Soalan 7 Adakah yuran murid perlu di bayar pada bulan Mac ini?

Jawapan 7 Pihak pengusaha perlu rujuk kepada terma dan syarat berkaitan pembayaran
yuran yang dipersetujui semasa murid mendaftar dahulu.

Soalan 8 Mengapakah pekerja institusi pendidikan swasta tidak dibenarkan bekerja


semasa perintah kawalan pergerakan ini sedangkan pekerja bank masih
dibenarkan?

Jawapan 8 Rujuk kepada Perkara Keenam Perutusan Khas YAB Perdana Menteri
Malaysia mengenai Covid-19; penutupan semua premis kerajaan dan swasta
kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (essential
services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan,
pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan,
perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan
terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan, dan bekalan
makanan.

Institusi pendidikan swasta tidak termasuk di dalam kategori perkhidmatan


penting negara (essential services) semasa Perintah Kawalan Pergerakan ini
sedang berkuatkuasa.

UNIT PENDIDIKAN SWASTA

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

You might also like