You are on page 1of 6

1) Pendahuluan

Kepelbagaian budaya di Malaysia merupakan ciri khas yang terdapat di negara kita
yang membuktikan penerimaan masyarakat Malaysia terhadap perbezaan kebudayaan yang
pelbagai di antara kaum di Malaysia. Konsep kepelbagaian budaya dalam pendidikan
adalah konsep yang memberi peluang pendidikan yang sama rata kepada semua murid
yang berbeza etnik, keturunan, bahasa, adat resam dan budaya sebagai satu
komuniti[ CITATION Hal17 \l 17417 ].

Persekitaran bilik darjah mesra budaya adalah sangat penting untuk diwujudkan di
sekolah yang mempunyai pelbagai kaum dan etnik dalam sesebuah bilik darjah bagi
membangunkan minat dan potensi belajar murid melalui iklim bilik darjah yang ceria. Konsep
bilik darjah mesra budaya bukan sekadar unsur fizikal semata-mata, tetapi turut melibatkan
unsur emosi dan hubungan kemanusiaan yang berkait dengan mesra budaya iaitu amalan
atau perlakuan yang mendatangkan keselesaan dan kegembiraan (Noriati Rashid, 2011).

Dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang bermakna terhadap murid,


pedagogi relevan budaya perlu diterapkan sebagai amalan pengajaran dan pembelajaran
yang menekankan pengintegrasian pengetahuan, kemahiran dan nilai kebolehan murid.
Pedagogi relevan budaya ialah pedagogi yang mengupayakan kekuatan intelek, sosial,
emosi dan politik murid dengan merujuk ciri-ciri budaya dan pengalaman murid dalam
menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap.(Gloria)

Dalam bilik darjah, adalah menjadi tugas seorang guru untuk mewujudkan
pembelajaran efektif iaitu pengajaran yang mencapai objektif-objektif pengajaran dan hasil
pembelajaran yang positif menggunakan kaedah-kaedah dan pendekatan pembelajaran
yang sistematik dan berkesan[ CITATION Rah15 \l 17417 ]. Dengan kewujudan bilik darjah
mesra budaya serta penguasaan guru terhadap pedagogi relevan budaya, proses
pengajaran yang efektif dapat dilaksanakan seterusnya membentuk pembelajaran yang
bermakna kepada murid.

1
2) Aspek pengurusan bilik darjah mesra budaya

Dalam pemerhatian saya terhadap kelas 6 Bestari di Sekolah Kebangsaan Sungai


Kepar, saya dapati terdapat beberapa aspek-aspek pengurusan bilik darjah mesra budaya
yang diamalkan di sekolah tersebut. Pertamanya dari aspek fizikal. Bilik darjah merupakan
satu ekologi yang mempunyai sistem yang tersendiri serta mempunyai perkaitan dan
persekitaran fizikalnya dengan benda-benda bernyawa iaitu guru dan murid (Noriati Rashid,
2011). Bagi mengekalkan suasana pembelajaran yang positif terutamanya kepada murid
yang berbilang kaum, susunan kerusi dan meja murid di kelas 6 Bestari disusun mengikut
kelompok dan kumpulan yang bercampur tanpa mengira kaum dan agama. Susunan serta
ahli kelompok akan berubah-ubah mengikut aktiviti pembelajaran. Selain itu, hiasan bilik
darjah yang dipertanggungjawabkan kepada murid dihias mengikut kebebasan dan kreativiti
murid yang tersendiri. Murid diberikan kepercayaan dan peluang untuk mempamerkan apa
sahaja berkenaan budaya dan kaum masing-masing mengikut kreativiti tersendiri. Semangat
kerjasama dan muhibah semasa dalam proses menghias kelas mampu menimbulkan
semangat kerjasama antara murid ([ CITATION Man06 \l 17417 ]). Cadangan penambahbaikan
yang boleh dipraktikkan bagi mewujudkan pembelajaran efektif adalah mewujudkan sudut
teknologi maklumat di dalam kelas. Pembelajaran abad ke 21 mengambil kira penggunaan
teknologi dalam pendidikan yang akan membuka sudut pandang murid ke arah global yang
membantu mereka memahami sesuatu isu dan pengetahuan yang lebih mendalam.
Pembelajaran menggunakan New pedagogies for Deep Learning (NPDL) mampu membantu
murid untuk berfikir lebih jauh dan membantu komunikasi murid terutamanya dalam
penggunaan teknologi maklumat[ CITATION Azh17 \l 17417 ]. Untuk menjayakan matlamat ini,
sudut teknologi maklumat adalah penting untuk diwujudkan di daam kelas tersebut.

Dari aspek pengurusan sosial murid, guru merancang persekitaran kelas yang positif
bagi membantu murid menyesuaikan diri dengan rakan sekelas mereka. Segala aktiviti dan
pengajaran yang dijalankan adalah untuk membina perkembangan sosial yang sihat yang
mendorong pembinaan hubungan positif antara murid. Antara aktiviti yang dilakukan bagi
membentuk hubungan ini, sambutan hari lahir bagi setiap ahli kelas diadakan bagi memupuk
nilai penghargaan dan persahabatan yang mesra tanpa mengira perbezaan latar belakang.
Hal ini penting bagi memupuk sikap positif dan menghargai orang lain dalam kalangan murid
seterusnya membina jalinan komunikasi yang baik dan positif. Peraturan kelas yang
ditetapkan juga mengambil kira persetujuan murid dan kerelaan hati mereka untuk
mematuhi segala peraturan dan dendaan yang ditetapkan. Peraturan bilik darjah tidak
mengabaikan hak-hak murid yang berlainan bangsa dan diterima oleh semua[ CITATION

2
Abd09 \l 17417 ]. Pengurusan bilik darjah akan lemah tanpa kewujudan hubungan positif
antara ahlinya dan mengganggu murid untuk mematuhi peraturan bilik darjah dengan baik
(Hafasrina Abas, 2012). Aktiviti pembelajaran koperatif yang dijalankan mampu membentuk
kerjasama murid walaupun berlainan agama dan bangsa serta latar belakang dan pergaulan
murid yang positif mampu memberikan pengalaman belajar yang bermakna kepada murid.
Cadangan untuk menambah baik emosi pelajar di dalam kelas adalah guru perlu
mempelbagaikan aktiviti pengajaran terutamanya yang berbentuk komunikasi dan
kemahiran sosial dengan rakan sebaya. Pembelajaran dengan kaedah bermain dan Role
Play adalah sangat sesuai dijalankan dengan mengambil kira perbezaan murid di dalam
kelas[ CITATION Sya09 \l 17417 ]. Melalui kaedah ini, murid mampu memahami dan
mempelajari peraturan-peraturan sosial yang perlu ada sebagai seorang murid.

Disamping itu, pengurusan emosi murid juga sangat dititik beratkan dalam bilik
darjah ini. Menurut Albert Bandura(1977) dalam (Noriti Rashid, 2011), emosi ialah satu
perasaan dan juga gerak hati yang dialami oleh seseorang individu yang akan terpapar
melalui tindak balas fisiologi sekiranya berlaku rangsangan terhadap emosi dalam sesuatu
keadaan. Dapat dilihat semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru, murid diberikan
layanan yang adil tanpa mengira kaum dan latar belakang mereka. Guru tidak bersikap pilih
kasih terhadap murid yang mempunyai latar belakang, kaum dan tahap pembelajaran yang
berbeza. Keadaan bilik darjah yang selamat juga menjadi faktor kegembiraan dan kesediaan
murid apabila murid tidak risau dan rasa terancam dengan persekitaran kelas yang selamat.
Suasana pembelajaran akan menjadi positif apabila murid diterapkan dengan amalan
toleransi iaitu mereka menerima nilai-nilai dan amalan murni rakan-rakan mereka yang lain
sekalipun mereka berlainan agama, bangsa dan latar belakang keluarga[ CITATION Sye10 \l
17417 ]. Dari aspek sosiolinguistik pula, perbezaan kaum dan latar belakang murid tidak
menjadi masalah dari sudut komunikasi kerana guru telah menetapkan penggunaan bahasa
Melayu sebagai bahasa utama ahli-ahli kelas tersebut. Faktor geografi murid yang rata-
ratanya berasal dari kampung tidak menjadi penghalang kepada kebersamaan murid
dengan penggunaan satu bahasa yang boleh difahami oleh semua. Walaupun begitu,
penggunaan bahasa kaum lain seperti tamil dan mandarin turut diperkenalkan kepada murid
melalui sudut ilmiah dan bacaan di dalam kelas sebagai usaha untuk meningkatkan
semangat kebersamaan antara mereka[ CITATION Nur17 \l 17417 ]. Cadangan
penambahbaikan untuk aspek sosiolinguistik pula, guru boleh menggalakkan penggunaan
bahasa kaum lain disamping bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam kelas.
Pelaksanaan ini boleh dilakukan melalui minggu bahasa atau aktiviti ringkas seperti
permainan radio buruk atau permainan kotak beracun. Dengan ini, murid yang terdiri

3
daripada kaum dan latar belakang yang berbeza tidak akan berasa terpinggir lantas
mewujudkan atmosfera pembelajaran yang harmoni.

3) Penutup

Secara keseluruhannya, pedagogi relevan budaya merupakan satu kaedah pendekatan


yang amat komprehensif dan sesuai diamalkan oleh pendidik-pendidik di sekolah. Demi
memupuk hubungan etnik dan kaum antara masyarakat Malaysia khususnya murid dalam
bilik darjah, pelbagai langkah dari perspektif pendidikan telah dicadangkan di samping
langkah-langkah umum dan sedia ada di jalankan di sekolah. Tuntasnya, pedagogi relevan
budaya merupakan salah satu pendekatan yang sangat relevan dan boleh diaplikasikan oleh
guru dalam menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid pelbagai etnik dan
kaum di dala bilik darjah.

4
4) Lampiran

(Murid 6 Bestari SKSK)

5
5) Rujukan

Abas, H. (2012). Tahap, Amalan dan Masalah Pengurusan Bilik Darjah Guru-Guru Sekolah Menengah
Daerah Segamat. Jurnal Pendidikan UTM.

Abdullah, S. (2009). Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah Melalui Amalan Pengajaran Dan
Pembelajaran Bermakna Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.

Azhar Ahmad, Mahzan Awang. (2017). Perbezaan Aplikasi TMK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Sejarah Berpandukan Demografi Guru. Jurnal Penyelidikan Pendidikan.

Halim Tamuri, Hanani Hussin. (2017). Pemebelajaran Abad Ke 21 Dalam Kepelbagaian Budaya
(Harapan Dan Cabaran). Jurnal Pendidikan UKM.

Mansor Mohd. Noor, Abdul Rahman Abdul Aziz, & Mohamad Ainuddin Iskandar Lee. (2006).
Hubungan Etnik di Malaysia. Selangor Darul Ehsan: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Nurhijrah Zakaria, Zuria Mahmud& Ramlee Mustapha. (2017). Pedagogi Responsif Budaya Dalam
Pengajaran Sejarah Untuk Persekitaran Pembelajaran Bilik Darjah Pelbagai Budaya. Jurnal
Penyelidikan Pendidikan.

Rahim Hamdan, Chia Lai. (2015). Pengajaran Efektif dan Kerangka Untuk Pengajaran. Jurnal
Pendidikan UTM.

Rashid, N. A. (2011). Budaya dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Oxford Fajar.

Syamsul Bahrin & Nurshuhada. (2009). Analisis teori pembelajaran dalam permainan mudah alih.
Prosiding Seminar Kebangsaan Teknologi dan Inovasi Pengajaran- Pembelajaran. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu.

Syed Ismail Bin Syed Mustapa & Ahmad Subki Bin Maskon. (2010). Budaya dan Pembelajaran.
Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

You might also like