You are on page 1of 16

Tajuk: Mengkaji fasa-fasa bulan

Tujuan Amali: Untuk mengkaji perubahan fasa-fasa bulan

Pernyataan masalah: Adakah fasa bulan dipengaruhi oleh bilangan hari?

Pengenalan :

Bulan ialah satelit semula jadi bagi Bumi yang tidak mengeluarkan cahaya. Bulan
berputar pada paksinya yang berbentuk elips dan beredar mengelilingi bumi. Namun, bentuk
bulan yang dilihat di langit berbeza dari masa ke masa kerana luas permukaan bulan yang
memantulkan cahaya matahari ke bulan berubah semasa bulan mengelilingi bumi. Menurut
Winrich (2005) yang menyatakan permukaan bulan yang menghadap bumi menyebabkan
berlaku fasa-fasa bulan. Bentuk-bentuk bulan yang berbeza dikenali sebagai fasa bulan. Fasa
bulan adalah bentuk bulan yang memantulkan cahaya matahari yang boleh dilihat secara
langsung dari bumi (Crelin & Evans, 2009). Fasa bulan berubah secara beransur-ansur dan
secara berkitar sepanjang tempoh sinodik iaitu kira-kira 29.53 hari (Miller,2017). Tempoh ini
merupakan peredaran bulan pada kedudukan orbital bulan di bumi dan bumi mengelilingi
matahari.

Putaran bulan adalah mengikut graviti bumi. Oleh itu, bahagian permukaan bulan adalah
sentiasa menghadap bumi. Bahagian permukaan bulan menerima menerima dan memantulkan
cahaya matahari bergantung kepada kedudukan bulan pada orbitnya. Oleh itu, peratus
kecerahan bulan akan berubah daripada 0% (semasa anak bulan) ke 100% (semasa bulan
purnama). Terminator bulan ialah sempadan antara hemisfera bulan yang terang dan gelap
(Winrich, 2005).

Fasa-fasa bulan yang dikaji adalah seperti anak bulan (hilal), bulan sabit, bulan separa,
bulan hampir purnama, bulan purnama, bulan hampir purnama lama, bulan separa lama, dan
bulan sabit lama (Gullain, 2016).
Gambar 1 menunjukkan bentuk bagi fasa-fasa bulan yang berlaku bagi setiap kedudukan bulan
dan bumi dari matahari. (sumber: Wikipedia)

Kedudukan bulan yang mengelilingi bumi juga mempengaruhi bentuk fasa bulan.

Kedudukan bulan pada orbit (bentuk fasa bulan)

Suku pertama (separa)

Suku kedua (Bulan purnama)

Suku ketiga (separa lama)

Suku keempat (Anak bulan)

Jadual 1 menunjukkan tempoh peredaran bulan dan bentuk fasa yang terlibat.

Pembolehubah:

i. Dimanipulasi: Bilangan hari


ii. Bergerak balas: perubahan fasa bulan
iii. Dimalarkan: Jenis kamera

Hipotesis: Jika bilangan hari meningkat, maka perubahan fasa bulan dapat diperhatikan

Alat dan radas: Telefon bimbit, Stellarium App

Prosedur:
1. Maklumat mengenai terbit dan terbenam bulan daripada buku, majalah, jurnal, surat
khabar atau internet dicari.
2. Lokasi sesuai dipilih dan bulan yang terdapat di kawasan itu diperhatikan setiap hari
selama sebulan.
3. Pemerhatian dijalankan menggunakan mata kasar.
4. Kamera yang sesuai digunakan untuk mengambil gambar.
5. Tarikh dan waktu pemerhatian direkodkan.
6. Kedudukan bulan dan sebarang perubahan bentuk bulan termasuk juga sama ada hari
tersebut hujan atau tidak dicatatkan ke dalam jadual dengan menggunakan nombor,
perhubungan ruang dan masa.
7. Data yang diperoleh dianalisis dan ditafsirkan.

Keputusan :

Jadual 1 : Pemerhatian fasa bulan :

Tarikh Gambar Fasa bulan yang Catatan pemerhatian


sepatutnya kelihatan

14 Jan 2019 Cuaca: Tiada hujan

Peratus kecerahan: 53.1%

Fasa bulan: separa (7.7 hari)

Darjah Azimuth: 281.34º

Darjah Altitud: 45.11 º

15 Jan 2019 Cuaca: Tiada hujan

Peratus kecerahan: 63.3%

Fasa bulan: separa (8.6 hari

Darjah Azimuth: 281.34 º

Darjah Altitud: 45.11 º


16 Jan 2019 Cuaca: Tiada hujan

Peratus kecerahan:72.7%

Fasa bulan: separa (9.6 hari)

Darjah Azimuth: 42.24 º

Darjah Altitud: 75.03 º

17 Jan 2019 Cuaca: Hujan, bulan dilitupi


awan

Peratus kecerahan: 82.1%

Fasa bulan: hampir purnama


(10.7 hari)

Darjah Azimuth: 47.47 º

Darjah Altitud: 67.49 º

18 Jan 2019 Cuaca: Tiada hujan

Peratus kecerahan: 90.6%

Fasa bulan: hampir purnama


(11.8 hari)

Darjah Azimuth:318.44 º

Darjah Altitud: 66.18 º

19 Jan 2019 Cuaca: Tiada hujan

Peratus kecerahan: 96.3%

Fasa bulan: purnama (12.9)

Darjah Azimuth: 35.07 º

Darjah Altitud: 66.51 º


20 Jan 2019 Cuaca: Tiada hujan

Peratus kecerahan: 99.6%

Fasa bulan: purnama (14.1 hari)

Darjah Azimuth: 35.53 º

Darjah Altitud:66.59 º

21 Jan 2019 Cuaca: Tiada hujan

Peratus kecerahan: 99.8%

Fasa bulan: purnama (15.2 hari)

Darjah Azimuth: 70.02 º

Darjah Altitud: 21.34 º

22 Jan 2019 Cuaca: terdapat awan yang


melitupi bulan.

Peratus kecerahan: 96.6%

Fasa bulan: purnama lama


(16.0 hari)

Darjah Azimuth: 67.4 º

Darjah Altitud:51.2 º

23 Jan 2019 Cuaca: Tiada hujan

Peratus kecerahan: 90.8%

Fasa bulan: purnama akhir


(17.6 hari)

Darjah Azimuth: 78.10 º

Darjah Altitud: 26.31 º


24 Jan 2019 Cuaca: Tiada hujan (langit
cerah)

Peratus kecerahan: 89.7%

Fasa bulan: purnama akhir


(17.8 hari)

Darjah Azimuth: 286.49 º

Darjah Altitud: 61.01 º

25 Jan 2019 Cuaca: Tiada hujan

Peratus kecerahan: 73.0%

Fasa bulan: hampir purnama


akhir (19.9 hari)

Darjah Azimuth: 88.29 º

Darjah Altitud: 4.31 º

26 Jan 2019 Cuaca: Tiada hujan

Peratus kecerahan: 62.2%

Fasa bulan: separa lama (20


hari)

Darjah Azimuth: 93.34 º

Darjah Altitud: 1.25 º

27 Jan 2019 Cuaca: Mendung

Peratus kecerahan: 51%

Fasa bulan: separa lama (21


hari)

Darjah Azimuth: 98.44 º

Darjah Altitud: 3.52 º


28 Jan 2019 Cuaca: Mendung

Peratus kecerahan: 49.6%

Fasa bulan: Separa lama (22.2


hari)

Darjah Azimuth: 113.02 º

Darjah Altitud: 57.49 º

29 Jan Cuaca: Tiada hujan


2019
Peratus kecerahan: 39.0 %

Fasa bulan: sabit lama (23.2


hari)

Darjah Azimuth: 113.52 º

Darjah Altitud: 47.23 º

30 Jan Cuaca: Tiada hujan


2019
Peratus kecerahan: 29.4%

Fasa bulan: sabit lama (24.2


hari)

Darjah Azimuth: 111.06º

Darjah Altitud:28.38º

31 Jan Cuaca: Tiada hujan


2019
Peratus kecerahan: 20.4%

Fasa bulan: sabit lama (25.2


hari)

Darjah Azimuth: 115.49 º

Darjah Altitud: 19.33 º


1 Feb 2019 Cuaca: Tiada hujan

Peratus kecerahan: 13.3%

Fasa bulan: sabit lama (26.0


hari)

Darjah Azimuth: 112.05 º

Darjah Altitud: 10.59 º

2 Feb 2019 Cuaca: Tiada hujan

Peratus kecerahan: 7.2

Fasa bulan: sabit lama (27.0


hari)

Darjah Azimuth: 113.39 º

Darjah Altitud: 16.16 º

3 Feb 2019 Cuaca: Tiada hujan

Peratus kecerahan: 2.7%

Fasa bulan: sabit lama (28


hari)

Darjah Azimuth: 136.37 º

Darjah Altitud: 55.46 º

4 Feb 2019 Cuaca: Tiada hujan

Peratus kecerahan: 0.1%

Fasa bulan: sabit lama (29


hari)

Darjah Azimuth: 110.15 º

Darjah Altitud:5.35 º
5 Feb 2019 Cuaca: Tiada hujan

Peratus kecerahan: 0.2%

Fasa bulan:anak bulan (1


hari)

Darjah Azimuth: 108.56 º

Darjah Altitud:14.36 º

6 Feb 2019 Cuaca: Tiada hujan

Peratus kecerahan: 2.2%

Fasa bulan: sabit baru (1.4


hari)

Darjah Azimuth: 256.41 º

Darjah Altitud: 7.06 º

7 Feb 2019 Cuaca: Tiada hujan

Peratus kecerahan: 5.8%

Fasa bulan: sabit baru (2.3


hari)

Darjah Azimuth: 259.39 º

Darjah Altitud: 16.38 º

8 Feb 2019 Cuaca: Tiada hujan

Peratus kecerahan: 11.1%

Fasa bulan: sabit baru (3.2


hari)

Darjah Azimuth: 263.15 º

Darjah Altitud: 24.58 º

9 Feb 2019 Cuaca: Tiada hujan

Peratus kecerahan: 18.1%

Fasa bulan:sabit baru (4.1


hari)
Darjah Azimuth: 268.32 º

Darjah Altitud: 21.57 º

10 Feb Cuaca: Tiada hujan


2019
Peratus kecerahan: 26.1%

Fasa bulan: sabit baru (5.0


hari)

Darjah Azimuth: 272.53 º

Darjah Altitud: 40.48 º

11 Feb Cuaca: Tiada hujan (langit


2019 cerah)

Peratus kecerahan: 36.2%

Fasa bulan: sabit baru (6.0


hari)

Darjah Azimuth: 278.31 º

Darjah Altitud: 15.08 º

12 Feb Cuaca: Tiada hujan


2019
Peratus kecerahan: 45.7%

Fasa bulan: sabit baru (7.0


hari)

Darjah Azimuth: 287.19 º

Darjah Altitud: 52.37 º

13 Feb Cuaca: Tiada hujan


2019
Peratus kecerahan: 56.5%

Fasa bulan: hampir separa


(8.0 hari)

Darjah Azimuth: 297.00 º

Darjah Altitud: 57.58 º


Perbincangan:

Fenomena fasa bulan berlaku bergantung kepada bilangan hari berdasarkan peredaran
bulan pada paksinya. Bulan berputar pada paksinya dari barat ke timur. Hal ini menyebabkan
bulan terbit dari arah timur dan terbenam ke arah barat apabila dilihat dari bumi. Perubahan
bentuk bulan berbeza dapat dilihat apabila hanya bahagian bulan yang menerima cahaya
matahari sahaja dipantulkan. Fasa-fasa bulan mempunyai urutan tersendiri kerana peredaran
bulan selama 29.5 hari.

separa

Bulan hampir
purnama lama

Anak bulan

Bulan hampir
purnama lama
separa

Rajah 2 menunjukkan
kedudukan bulan dan fasa-fasanya.

Pemerhatian terhadap fasa-fasa bulan dilakukan bermula 14 Januari 2019 sehingga 13


Febuari 2019. Kebanyakan gambar diambil dari Kawasan sekitar IPGK Temenggong Ibrahim,
Johor Bharu. Gambar dibandingkan dengan keadaan fasa bulan sebenar menggunakan
aplikasi Stellarium untuk mendapatkan kedudukan bulan, peratus kecerahan, dan umur bulan.
Masa yang dilakukan adalah selama sebulan untuk mendapatkan satu kitaran penuh mengenai
fasa-fasa bulan.

Fasa pertama bagi setiap bulan adalah anak bulan. Fenomena anak bulan berlaku
apabila bahagian permukaan bulan yang disinari cahaya matahari tidak kelihatan dari bumi.
Bahagian yang gelap bulan akan menghadap ke arah bumi. Maka, bulan tidak kelihatan melalui
mata kasar semasa fasa anak bulan (Crelin & Evans, 2009). Bulan sabit pula dapat dilihat
semasa sebahagian kecil daripada permukaan bulan yang menerima cahaya matahari
menghadap ke bumi. Hal ini menonjolkan bentuk bulan seperti sabit. Peredaran bulan
seterusnya menyebabkan bahagian permukaan bulan yang menghadap bumi semakin
bertambah. Bulan separa adalah perubahan bentuk secara beransur-ansur daripada bulan
sabit. Fasa bulan purnama baru terjadi apabila bahagian permukaan bulan yang menghadap
bumi semakin bertambah sehingga mencapai peratus kecerahan hampir 100%.
TARIKH MASA TERBIT BULAN MASA TERBENAM BULAN
14-JAN-19 1304 HRS 0042 HRS
15-JAN-19 1349HRS 0127HRS
16-JAN-19 1437 HRS 0214HRS
17-JAN-19 1528HRS 0304HRS
18-JAN-19 1624HRS 0358HRS
19-JAN-19 1524HRS 0457HRS
20-JAN-19 1827HRS 0559HRS
21-JAN-19 1931HRS 0702HRS
22-JAN-19 2033HRS 0805HRS
23-JAN-19 2132HRS 0904HRS
24-JAN-19 2227HRS 1000HRS
25-JAN-19 2320HRS 1053HRS
26-JAN-19 - 1143HRS
27-JAN-19 0010HRS 1232HRS
28-JAN-19 0059HRS 1320HRS
29-JAN-19 0147HRS 1408HRS
30-JAN-19 0236HRS 1456HRS
31-JAN-19 0325HRS 1545HRS
01-FEB-19 0415HRS 1634HRS
02-FEB-19 0504HRS 1723HRS
03-FEB-19 0553HRS 1812HRS
04-FEB-19 0641HRS 1900HRS
05-FEB-19 0728HRS 1946HRS
06-FEB-19 0812HRS 2031HRS
07-FEB-19 0856HRS 2114HRS
08-FEB-19 0938HRS 2157HRS
09-FEB-19 1019HRS 2240HRS
10-FEB-19 1101HRS 2323HRS
11-FEB-19 1144HRS -
12-FEB-19 1229HRS 0008HRS
13-FEB-19 1318HRS 0055HRS
Jadual 2 menunjukkan waktu terbit dan terbenam bulan sepanjang pemerhatian dijalankan.
Pada 14 Januari 2019, bulan berada pada fasa yang pertama. Fasa ini berlaku kira-kira tujuh
hari selepas anak bulan apabila bulan berada pada suku pertama dalam orbitnya mengelilingi
bumi. Pada masa ini, hanya separa bulan yang dapat dilihat manakala sebahagian lagi
permukaan bulan adalah gelap. Pada fasa suku pertama, bulan terbit selepas matahari
terbenam dan boleh dilihat sehingga tengah malam sebelum bulan terbenam ke arah barat.
Fasa suku pertama atau bulan separa ini hanyalah dalam satu hari dan diikuti oleh fasa hampir
purnama dengan penambahan peratus kecerahan sehingga bulan purnama.

Bermula 15 Januari hingga 20 Januari. Fasa ‘waxing gibbous’ mula berlaku apabila
peratus kecerahan melebihi 50% tetapi bukan bulan purnama (Guillain, 2016). Fasa ini berlaku
hampir tujuh hari menyebabkan peratus kecerahan bertambah sehingga ke fasa bulan
purnama. Semasa fasa ‘waxing gibbous’, bulan akan terbit daripada bahagian timur pada waktu
tengah hari. Fasa bulan pada masa ini boleh dilihat pada waktu malam di langit sehingga
beberapa jam sebelum matahari terbit.

Pada 21 Januari 2019, fasa bulan purnama berlaku. Semasa fasa bulan purnama
berlaku, peratus kecerahan permukaan bulan yang boleh dilihat dari bumi adalah 100%. Bulan
boleh dilihat sepanjang malam dari arah timur bermula matahari terbenam dan bulan mula
terbenam semasa matahari terbit pada waktu pagi. Menurut Chaisson dan McMillan (2005),
fasa bulan purnama berlaku apabila kedudukan bulan bertentangan dengan bumi dan matahari.
Tempoh yang diambil dikenali sebagai bulan sinodik iaitu selama 29.530587981 hari.

Bermula 22 Januari 2019 hingga 27 Januari 2019, bulan mengalami fasa ‘Waning
Gibbous’. Permulaan fasa ini berlaku selepas daripada fasa bulan purnama. Fasa ini
berlangsung selama tujuh hari dengan peratus kecerahan bulan berkurangan setiap hari
sehingga mencapai fasa bulan suku keempat dengan peratus kecerahan 50%. Menurut Gullain
(2016) purata waktu bulan terbit semasa fasa ini antara jam 9.00 pagi sehingga tengah malam
bergantung kepada umur bulan (hari) dalam fasa ini. Bulan akan terbit semakin lewat apabila
berlaku pertambahan bilangan hari dan terbenam apabila matahari terbit pada waktu pagi.
Semasa fasa ini, bulan juga dapat dilihat pada waktu awal pagi arah horizon barat.

28 Januari 2019 merupakan permulaan fasa bulan sabit lama. Fasa bulan sabit lama
adalah apabila peratus kecerahan bulan menurun berkadar songsang dengan bilangan hari
sehingga ke fasa anak bulan. Pergerakan bulan dapat dilihat dari bumi mendekati mataharidan
pada waktu malam, hanya sebahagian kecil permukaan bulan yang cerah. Fasa ini berterusan
sehingga 3 Febuari 2019.

Fasa anak bulan mula berlaku pada 4 Febuari 2019 sepanjang pemrhatian dijalankan.
Pada fasa ini, bulan berada dekat dengan matahari di langit sehingga bulan tidak dapat dilihat
dengan mata kasar dari bumi dan malam menjadi lebih gelap. Bulan terbit dan terbenam
semasa waktu matahari terbit menyebabkan tiada bulan pada waktu malam di langit. Fasa anak
bulan berlaku apabila kedudukan matahari dan bulan berada pada ekliptik longitude yang sama.

Seterusnya, fasa bulan sabit baru berlaku antara 5 Febuari hingga 11 Febuari. Fasa ini
terjadi selepas fasa anak bulan. Semasa fasa bulan sabit baru, bulan kelihatan di langit
bahagian barat selepas matahari terbenam. Bulan berada dekat dengan matahari di langit dan
kebanyakan permukaan bulan gelap. Hanya sudut sebelah kanan bulan yang akan menjadi
lebih cerah apabila bilangan hari bertambah sehingga menghampiri fasa suku pertama iaitu
kecerahan permukaan adalah 50%.

Pada tarikh 12 Febuari, bulan berada di fasa suku pertama iaitu bulan separa penuh.
Fasa ini berlaku kira-kira tujuh hari selepas fasa anak bulan di mana, bulan berada pada
kedudukan satu per empat orbitnya mengelilingi bumi (Haelle, 2016). Fasa ini hanya berlaku
dalam satu hari dan akan menjadi bulan hampir purnama baru dengan peratusan kecerahan
permukaan bulan bertambah sehingga menjadi bulan purnama.

13 Febuari 2019 adalah hari terakhir pemerhatian terhadap bulan dilakukan. Bulan
mempunyai peratus kecerahan pada permukaan melebihi 50% dan bukan fasa bulan purnama.
Fasa ini berlaku hampir tujuh hari menyebabkan peratus kecerahan bertambah sehingga ke
fasa bulan purnama. Semasa fasa ‘waxing gibbous’, bulan akan terbit daripada bahagian timur
pada waktu tengah hari. Menurut Miller (2017) fasa bulan pada masa ini boleh dilihat pada
waktu malam di langit sehingga beberapa jam sebelum matahari terbit.

Selain daripada fasa-fasa bulan, terdapat bulan Perigee dan Apogee yang berlaku
sepanjang pemerhatian dijalankan. Orbit bulan berbentuk elips yang mengelilingi bumi. Oleh
sebab itu, terdapat titik pada orbit yang terdekat dengan bumi yang dikenali sebagai Perigee
dan titik yang paling jauh dikenali sebagai Apogee.

Rajah 3 menunjukkan bentuk orbit bulan.

Kesannya, jarak antara bulan dan bumi adalah berlainan mengikut bulan dan tahun. Miller
(2017) menyatakan bahawa secara purata, jarak antara pusat bulan ke pusat bumi adalah 382
900 kilometer (238 000 batu). Perigee telah berlaku pada 22 Januari 2019 pada pukul 0400
dengan jarak antara bulan dan bumi adalah 357 342 kilometer. Manakala, Apogee telah berlaku
pada 5 Febuari 2019 dengan jarak 406 555kilometer iaitu semasa anak bulan.oleh itu, anak
bulan tidak kelihatan kerana jarak yang jauh.

Cadangan penambahbaikan:

Penambahbaikan yang boleh dibuat semasa pemerhatian dibuat adalah perlu menggunakan
kamera yang sesuai untuk mengetahui fasa bulan yang boleh dilihat secara jelas. Pemerhatian
mestilah dibuat setiap hari untuk mengetahui perbezaan fasa bulan mengikut bilangan hari.

Kesimpulan:

Penambahan bilangan hari mempengaruhi fasa-fasa bulan apabila dilihat dari bumi.

Rujukan:

Chaisson, E., & McMillan, S. (2005). Astronomy today (pp. 16-24). Upper Saddle River, NJ:
Pearson/Prentice Hall.

Crelin, B., & Evans, L. (2009). Faces of the Moon. Watertown, MA: Charlesbridge Publishing.

Gullain, C. (2016). Moon Phases. Oxford: Raintree. Co.

Haelle, T. (2016). Seasons, Tides, and Lunar Phases. Minnesota: Rourke Educational Media.

Miller, D. L. (2017). Earth, Sun, and Moon: Cyclic Patterns of Lunar Phases, Eclipse, and the
Seasons. New York: Cavendish Square.

Winrich, R. (2005) The Moon. Mankato, Minnesota: Capstone Press.

You might also like