You are on page 1of 5

BAB 2: NUTRISI

Kelas Makanan

1. Nutrisi adalah proses mendapatkan makanan untuk pembesaran dan


menjaga kesihatan.

2 Makanan berbeza mengandungi nutrien yang berbeza. Nutrien adalah


bahan di dalam makanan yang diperlukan oleh badan.

3. Makanan boleh dibahagikan kepada beberapa kelas, iaitu :-

 Karbohidrat
 Protein
 Lemak
 Vitamin
 Mineral
 Gentian
 Air
KARBOHIDRAT

1. Karbohidrat boleh dijumpai dalam pelbagai bentuk iaitu gula, selulosa,


glikogen dan kanji.

2. Contoh daripada kanji adalah nasi, roti,kentang, gandum dan lain-lain.


3. Gula merupakan  bentuk ringkas karborhidrat. Jenis gula ringkas
adalah glukosa (anggur), sukros (tebu), dan laktos (susu).

4. Selulosa ditemui dalam dinding sel tumbuhan dan tidak boleh


dicernakan. Contoh : buah-buahan dan sayur-sayuran.

5. Glikogen ditemui dalam hati dan otot.

PROTEIN

1. Protein mengandungi karbon, hidrogen, oksigen dan


nitrogen.Sesetengah protein mempunyai sulfur dan fosforus.

2. Protein terbentuk daripada unit-unit asas yang dinamakan asid amino.

3. Protein haiwan termasuk daging, susu, ikan dan telur. Kekacang, bijirin
dan kacang soya adalah protein tumbuh-tumbuhan.

4. Fungsi protein adalah ;

 Diperlukan untuk membesar dan memperbaiki sel-sel yang    rosak.


 Digunakan untuk menghasilkan enzim, hormon, antibodi dan        
hemoglobin.
 Sebagai sumber tenaga jika kekurangan karbohidrat.
5. Protein yang berlebihan akan dipecahkan oleh hati kepada urea, di
mana ia disingkirkan sebagai air kencing.

6. Kekurangan protein terhadap kanak-kanak boleh menyebabkan


mengidap penyakit kwashiorkor.

7. Protein boleh diuji dengan Reagen millon’s, apabila dipanaskan.


Mendakan putih bertukar warna merah.

VITAMIN

1. Vitamin adalah bahan organik yang diperlukan untuk mengekalkan


kesihatan badan.

2. Vitamin tidak membekalkan tenaga.

3. Hanya vitamin B dan C sahaja larut air. Yang selebihnya adalah larut
lemak.

4. Berikut menunjukkan sumber Vitamin, fungsi dan kesan


kekurangannya.

KESAN
SUMBER VITAMIN FUNGSI KEKURANGA
A-Lobak Pandangan malam
merah,tomato, yang baik dan kulit  Rabun malamKulit
labu,telur, ikan. yang sihat. tidak sihat

B-Sayur-sayuran
hijau, susu,telur, Sistem saraf yang
bijirin, yis. sihat  Beri-beri, Anemia 

C-Buah-buahan
segar, sayur- sayuran  Untuk melawan
hijau. penyakit.  Skurvi 

D-Kuning telur,hati,
terbentuk pada kulit  Untuk gigi dan
di bawah sinar tulang yang sihat  RakhitisOsteomal
matahari. dan kuat. asia

E-Minyak sayur- Untuk


sayuran,gandum,kac kesuburan.Menceg
ang.  ah kerosakan sel  Kemandulan 

K-Hati, sayur-
sayuran hijau,  Pembekuan Melambatkan
tomato,kuning telur. darah  pembekuan darah
MINERAL

1. Garam mineral adalah bahan tidak organik yang diperlukan dalam


kuantiti yang kecil untuk mengekalkan kesihatan badan.

2.Contoh mineral adalah kalsium, fosforus, iodin.

3. Penting dalam pembentukan tulang dan gigi yang kuat dan juga penting
dalam penghasilan hormon dalam kelenjar tiroid.

ZAT BESI

1. Contohnya adalah Hati, telur dan sayuran.

2. Membentuk hemoglobin dalam sel darah merah.

You might also like