You are on page 1of 2

Secara individu buat ringkasan menegenai sikap-sikap positif dalam Tamadun India yang boleh

diambil pengajaran dalam menjamin kesejahteraan dan keharmonian masyarakat majmuk di


Malaysia

 Kepercayaan kepada tuhan


 Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada
Tuhan. Melalui kepercayaan beragama yang betul akan menjadikan bangsa dan
negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan
Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama Persekutuan, tetapi
agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan
tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan. Jawatankuasa
penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan
kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan
keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari
betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran
agama masing-masing,
 Perpaduan

 Di Malaysia, perpaduan dalam komuniti pelbagai kaum sebahagian daripada


sejarah dan warisan kita. Ia menjadi sumber penting integrasi kaum selama
bertahun-tahun dan pastinya memainkan peranan penting dalam menjadikan
Malaysia tempat yang harmoni untuk hidup, belajar, bekerja dan bermain.
 Perpaduan kaum juga memainkan peranan dalam mengukuhkan lagi ekonomi
negara dengan penglibatan semua kaum dalam kegiatan ekonomi. Misalnya,
Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada tahun 1970 oleh Tun Abdul Razak,
adalah bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi
yang wujud di negara ini. Pelancaran dasar ekonomi tersebut memastikan
bahawa taraf hidup masyarakat dapat ditinggikan dalam usaha untuk mencapai
kemajuan dalam pembangunan negara. Jurang perbezaan akan terhapus dalam
fungsi ekonomi mengikut kaum dan lahirnya perpaduan ekonomi di kalangan
rakyat, sambil meningkatkan lagi taraf pembangunan ekonomi negara
 Sifat penerimaan
 Kesepaduan dalam rakyat sebenarnya lahir daripada semangat penerimaan dan
rasa hormat tinggi antara kaum dan agama. Justeru, keutamaan harus diberi
kepada usaha membina sikap penerimaan diiringi nilai keluhuran budi pekerti
dalam masyarakat.
 Keharmonian dan kesejahteraan dalam hubungan masyarakat akan hanya dapat
diwujudkan jika setiap individu mempunyai pemahaman baik terhadap peranan
masing-masing untuk menerapkan nilai murni dalam interaksi seharian.

You might also like