You are on page 1of 7

1.

0 PENGENALAN
Masyarakat Malaysia merupakan sebuah masyarakat yang berbilang kaum. Jika kita
melihat kepada negara-negara yang terdapat di rantau Asia Tenggara, Malaysia merupakan
sebuah negara yang boleh dijadikan contoh kepada negara-negara lain terutamanya dari aspek
perpaduan antara kaum. Kita umum mengetahui bahawa di Malaysia terdapat tiga kaum utama
iaitu Melayu, Cina dan India. Selain itu, negara kita juga terdapat pelbagai etnik terutamanya
etnik di Sabah dan Sarawak seperti Bidayuh, Kayan, Kenyah, Kadazan Dusun dan sebagainya.
Jika kita mengimbas kembali kepada sejarah tanah air, kaum Cina dan India adalah dibawa
oleh pihak penjajah iaitu pihak British untuk tujuan aktiviti perlombongan dan perusahaan
ladang getah. Keadaan kaum di negara kita ketika itu dikenali sebagai pluralistik.

Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2007), pluraliti di Tanah Melayu merupakan hasil
pertemuan dan pertembungan budaya besar dunia yang melahirkan fenomena sosial yang
istimewa di Alam Melayu secara semula jadi. Manakala pluralistik pula bermaksud sesebuah
masyarakat yang berbilang kaum hasil daripada pemaksaan dan bukannya secara semula jadi.
Pada suatu ketika dahulu, di negara kita wujud kedua-dua keadaan iaitu pluraliti dan pluralistik
dan akhirnya telah membentuk Malaysia pada hari ini yang gilang gemilang.

1
2.0 HUBUNGAN ETNIK DARI PERSPEKTIF EKONOMI, POLITIK DAN KEPELBAGAIAN
AGAMA

Malaysia pada hari ini adalah sebuah negara yang berbilang kaum. Keadaan negara kita
yang berbilang kaum semestinya ditunjangi oleh beberapa aspek. Antaranya ialah ekonomi,
politik dan kepelbagaian agama. Negara kita pada suatu ketika dahulu sememangnya sangat
aman sehinggalah wujudnya tragedi pahit iaitu tragedi 13 Mei 1969 yang merupakan rusuhan
kaum terbesar di negara kita sehingga menyebabkan negara kita diisytiharkan darurat. Selepas
peristiwa darurat tersebut, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Tun Abdul Razak
telah mengambil suatu pendekatan untuk menyepadukan hubungan antara kaum iaitu melalui
ekonomi. Oleh kerana hal yang demikian. Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dilaksanakan
sepenuhnya melalui Rancangan Malaysia Kedua yang bermula pada tahun 1971. DEB dirangka
bagi mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara golongan Bumiputera dan bukan
Bumiputera. Melalui DEB pihak kerajaan memainkan peranan yang lebih aktif dalam menyertai
lapangan ekonomi secara langsung bagi mewujudkan keseimbangan di antara golongan yang
berada dan golongan yang tidak berada (Mohamad Asrol, Ishak Saat & Khairi Ariffin, 2003).
Namun, agenda utama DEB dilancarkan adalah untuk membina semangat perpaduan antara
kaum di negara ini supaya semua kaum boleh bekerjasama antara satu sama lain untuk
memajukan ekonomi.

Untuk memastikan perpaduan etnik berlaku bukan semata-mata begantung kepada


aspek ekonomi sahaja, malah aspek politik juga perlu dititikberatkan. Semasa zaman sebelum
merdeka, politik di negara kita adalah bersifat pecah dan perintah. Kemudiannya, apabila Tanah
Melayu dibahagikan kepada Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu barulah negeri-negeri di Tanah Melayu ditadbir oleh Sultan dan dinasihati oleh
residen yang terdiri daripada pegawai British. Pada ketika ini, keadaan kaum di Tanah Melayu
adalah tidak bersatu padu kerana pihak penjajah bimbang sekiranya kesemua kaum bersatu
mereka akan memberontak penjajahan British. Keadaan ini berlanjutan sehinggalah saat
negara kita memperolehi kemerdekaan dan menjadikan negara kita sebuah negara Demokrasi
Raja Berpelembagaan. Buktinya, dalam sistem demokrasi, pilihan raya merupakan elemen
penting dan memberikan hak memilih kepada rakyat untuk menentukan parti atau pemimpin
yang akan memegang kuasa untuk mentadbir negara (Mujibu Abd Muis, Zaliha Hussin & Badrul
Azmier Mohamed, n.d). Sepanjang 60 tahun Malaysia merdeka, pilihan raya umum telah
dijalankan secara tetap dan konsisten dalam sistem pemerintahannya supaya semua kaum adil

2
untuk memilih pemimpin yang mereka rasakan bertanggungjawab agar tidak wujudnya
perasaan tidak puas hati antara kaum.

Selain daripada aspek politik, kepelbagaian kaum di negara kita masih kukuh sehingga
ke hari ini adalah disebabkan oleh kesanggupan untuk menerima kepelbagaian agama. Jika
kita lihat kepada di negara Barat suatu ketika dahulu, isu kulit putih dan kulit hitam merupakan
suatu isu perkauman yang sangat serius kerana mereka memandang orang kulit putih adalah
golongan profesional dan orang kulit hitam adalah kelas bawahan. Tetapi di Malaysia, terdapat
lebih daripada 40 etnik termasuk etnik Sabah dan Sarawak tetapi masih boleh hidup aman di
bawah satu bumbung. Apakah rahsia perpaduan tersebut? Tidak lain tidak bukan adalah
disebabkan oleh Perlembagaan Malaysia yang jitu. Buktinya, menurut Jabatan Kehakiman
Negara (2018), Perkara 11 dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh tentang perkara
kebebasan beragama telah menjelaskan tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan
agamanya dan Perkara 3 yang menjelaskan Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi
agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian
Persekutuan. Melalui Perlembagaan Persekutuanlah secara tidak langsung telah membantu
dalam menyepadukan kaum-kaum di negara kita.

2.0 MASYARAKAT PLURALISTIK DI ALAM MELAYU, SABAH DAN SARAWAK,


KESULTANAN MELAYU MELAKA DAN PENJAJAHAN BRITISH SERTA SELEPAS
PEMBENTUKAN MALAYSIA

Masyarakat pluralistik di Malaysia telah wujud sejak zaman penjajahan British. Hal ini
demikian kerana, semasa zaman penjajahan British, buruh kasar daripada India dan China
telah dibawa masuk ke Tanah Melayu. Hal ini demikian kerana, perkembangan perlombongan
timah dan penanaman getah pada lewat abad ke-19 dan awal abad ke-20 telah menggalakkan
British mengusahakan perlombongan timah dan penanaman getah secara besar-besaran.
Disebabkan masyarakat Melayu pada ketika itu tidak berminat bekerja di lombong-lombong dan
ladang-ladang dan lebih berminat untuk mengusahakan tanah sendiri dan tinggal di kawasan
perkampungan maka kerajaan British telah mengimport buruh asing dari China bagi
mengusahakan kawasan lombong bijih timah dan buruh India bagi mengusahakan ladang-
ladang getah (Uqbah, Nordin & Ahmad, 2015). Buruh-buruh daripada China dan India terpaksa
datang ke Tanah Melayu secara bersendirian tanpa ditemani keluarga demi menyara kehidupan
keluarga mereka di kampung.

3
Manakala di Sabah dan Sarawak pula juga wujud masyarakat pluralistik sebelum
merdeka. Pada ketika itu, Sabah dan Sarawak amat terkenal dengan hasil bumi seperti bijih
timah, bijih besi dan sebagainya. Kedudukan Sabah dan Sarawak yang strategik serta kaya
dengan hasil bumi telah menarik perhatian pihak Inggeris iaitu Syarikat Berpiagam Borneo
Utara British (SBUB) di Sabah dan Pentadbiran Keluarga Brooke di Sarawak pada kurun ke-19.
Oleh hal yang demikian SBUB di Sabah telah membawa masuk buruh ke negeri Sabah untuk
bekerja dalam bidang perlombongan. Buktinya, menurut Lee, S. L & Aleeya Atiqah (2006),
SBUB telah membawa masuk buruh kasar daripada China dan Jawa untuk mengerjakan aktiviti
perlombongan, pembinaan landasan kereta api dan sebagainya. Akhirnya, masyarakat Cina
yang dibawa oleh SBUB telah menetap di Sabah sehingga mendapat kerakyatan semasa
merdeka. Manakala di Sarawak pula, pelombong-pelombong Cina dibawa masuk ke Sarawak
terutamanya di Bahagian Bau, Sarawak untuk melombong antimoni, bauksit, emas dan
sebagainya (Lee, S.L & Aleeya Atiqah, 2006). Hal ini secara tidak langsung telah mewujudkan
masyarakat pluralistik di Sarawak kerana mereka telah hidup bersama-sama golongan peribumi
iaitu masyarakat Iban, Melayu Sarawak dan sebagainya.

Manakala pada zaman Kesultanan Melayu Melaka pula, masyarakat pluralistik wujud
apabila Parameswara dari Srivijaya membunuh pemimpin Temasek iaitu Temagi dan
menyebabkan Raja Siam murka dan mengarah tenteranya untuk membunuh Parameswara. Hal
ini menyebabkan Parameswara melarikan diri ke Muar dan seterusnya membuka sebuah kota
bersejarah iaitu Melaka (Nazaruddin Mohd Jali., Ma’rof Redzuan., Asnarulkhadi Abu Samah., &
Ismail Mohd Rashid, 2003). Masyarakat pluralistik wujud kerana Parameswara bukan penduduk
asal Tanah Melayu kerana baginda merupakan Putera Raja Majapahit dan baginda telah hidup
bersama-sama penduduk asal Tanah Melayu.

Akhir sekali, masyarakat pluralistik selepas pembentukan Malaysia wujud apabila buruh-
buruh asing dibawa masuk oleh kerajaan untuk memenuhi tenaga kerja yang diperlukan.
Menurut laporan Astro Awani (2016), Bangladesh dan Malaysia memeterai perjanjian
persefahaman (MoU) untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja secara berperingkat untuk
tempoh tiga tahun. Hal ini menyebabkan warga Bangladesh dibawa masuk ke negara Malaysia
secara paksaan oleh kerajaan negara kita kerana negara kita memerlukan tenaga buruh dan

4
mereka perlu hidup bersama-sama rakyat Malaysia dan hal inilah yang menjadikan masyarakat
kita pada hari ini adalah sebuah masyarakat pluralisitik.

4.0 KONSEP PERLEMBAGAAN SEBAGAI ASAS PEMBINAAN JATI DIRI DAN NEGARA
BANGSA

Jati diri seseorang individu amat penting untuk mencerminkan budaya sesuatu
masyarakat dalam sesebuah negara. Namun adakah kita semua mengetahui erti jati diri
tersebut? Jati diri secara amnya membawa maksud rangkuman nilai, budaya, bahasa,
pegangan, fahaman, dan pandangan jagat sesuatu kaum. Manifestasi dari nilai-nilai tersebut
membentuk watak dan sifat peribadi, cara berfikir, cara hidup dan penampilan diri yang
melambangkan tradisi bangsa dan jati diri kaumnya (Zaid Ahmad & Ruslan Zainudin, 2010).
Jika kita menilai keadaan jati diri rakyat Malaysia pada kebelakangan ini sememangnya jati diri
dalam kalangan belia semakin luntur. Buktinya, semakin ramai belia yang melibatkan diri dalam
masalah rempit, menagih dadah, malah pada tahun 2010 kita juga dikejutkan oleh kes
Namewee yang mengubah lagu Negaraku menjadi lagu Negarakuku. Hal ini mencerminkan jati
diri rakyat negara kita yang berada dalam keadaan amat membimbangkan.

Oleh itu, setiap rakyat Malaysia perlu memahami dan menghayati Perlembagaan
Persekutuan sebagai langkah pertama yang perlu diambil oleh setiap individu untuk membina
jati diri. Menurut Jabatan Kehakiman Negara (2018), Perlembagaan Persekutuan merupakan
undang-undang tertinggi di negara kita dan merupakan sebuah undang-undang bertulis yang
mengandungi 183 Perkara yang perlu diikuti oleh semua rakyat Malaysia untuk menjamin
keharmonian negara. Maka, setiap rakyat Malaysia perlu mematuhi peraturan yang termaktub
dalam Perlembagaan untuk memastikan keadaan negara menjadi aman dan harmoni. Selain
itu, pemerkasaan bahasa kebangsaan turut boleh menyumbang kepada jayanya pembentukan
jati diri dan identiti bangsa Malaysia. Di Malaysia, Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai
bahasa kebangsaan dan perkara ini telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Oleh
itu, untuk menjamin keharmonian negara, setiap kaum perlu mempelajari Bahasa Melayu dan
fasih berbahasa Melayu supaya boleh berkomunikasi antara semua kaum sebagai bahasa
utama agar boleh mewujudkan kesepakatan dan rasa saling menghormati antara kaum.

Di samping itu, menghormati agama juga secara tidak langsung boleh membina jati diri
dalam setiap rakyat Malaysia. Pada hari ini, banyak isu rusuhan kaum telah berlaku. Isu
tersebut berlaku kerana kebanyakan rakyat Malaysia tidak menghormati agama antara satu

5
sama lain secara tidak langsung telah menimbulkan rasa kebencian dan buruk sangka terhadap
agama dan kaum lain. Oleh itu, setiap rakyat Malaysia diseru untuk menghormati kepelbagaian
agama dengan cara berkunjung ke rumah rakan yang berlainan bangsa, bercampur gaul
dengan rakan yang terdiri daripada pelbagai agama untuk membina jati diri yang utuh.

5.0 MENILAI USAHA KE ARAH INTEGRASI NASIONAL SERTA CABARAN YANG


DIHADAPI DALAM USAHA MENGEKALKAN HUBUNGAN ETNIK YANG BAIK

Antara usaha yang dilakukan untuk mencapai integrasi nasional ialah melalui
pendidikan. Pendidikan pada hari ini ialah disediakan kepada semua tidak mengira kaum.
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2013), Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(2013-2025) yang dibina telah menekankan penguasaan dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris. Hal ini secara tidak langsung menyeru setiap rakyat Malaysia untuk
mempelajari Bahasa Melayu kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaaan dan
secara tidak langsung boleh menyepadukan setiap rakyat di negara ini.

Selain itu, Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang dilaksanakan oleh kerajaan juga
merupakan usaha untuk mencapai integrasi nasional. Dasar ini menjadi panduan pembentukan
& pengekalan identiti rakyat Malaysia. Menurut Jabatan Penerangan Malaysia (2018), objektif
dasar tersebut dijalankan adalah untuk mengukuhkan perpaduan melalui kebudayaan. Sebagai
contoh, kerajaan telah menjalankan perarakan Citrawarna Malaysia pada tahun 2012 yang
menyaksikan persembahan pelbagai budaya kaum masing-masing. Selain itu, tujuannya juga
ialah memelihara keperibadian kebangsaan & meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia.
Di samping itu, kerajaan melalui Dasar Kebudayaan Kebangsaan juga telah menganjurkan
rumah terbuka untuk setiap Perayaan iaitu Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina dan
Deepavali supaya rakyat boleh mempelajari budaya kaum yang berlainan.

Banyak usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan namun juga wujud beberapa cabaran
dalam usaha mengekalkan hubungan etnik yang baik. Antara cabarannya ialah kewujudan
sekolah vernakular. Sekolah vernakular telah wujud sejak sebelum merdeka sehingga ke hari
ini. Memang kita tidak menafikan bahawa negara kita telah mengisytiharkan Bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan tetapi keadaan sekolah di negara kita yang mengikut aliran kaum
akan mencacatkan proses integrasi nasional. Hal ini akan menyebabkan murid-murid bergaul
dalam keadaan yang berpuak-puak seperti murid Cina cuma bergaul dengan murid Cina begitu
juga dengan murid Melayu dan India.

6
Selain itu, cabaran yang dihadapi dalam pembentukan integrasi nasional ialah proses
globalisasi. Menurut Muhammed Fauzi, Mohd Koharuddin dan Mohd Azhar (2009), globalisasi
bermaksud suatu fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan
manusia disebabkan kepesatan dan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Bahaya
globalisasi ke atas budaya terletak dalam fakta bahawa globalisasi ialah salah satu bentuk
penjajahan yang memasuki ciri teras dalam kehidupan seseorang iaitu pemikiran dan
kesedaran manusia. Hal ini demikian kerana, globalisasi memiliki alat-alat teknologi komunikasi
yang begitu canggih yang mampu menyampaikan berita-berita palsu sehingga boleh dijadikan
fitnah untuk menimbulkan rasa benci antara kaum dan seterusnya menyebabkan perbalahan
antara kaum dan integrasi antara kaum tidak dapat dicapai.

6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, hubungan etnik merupakan suatu perkara yang sangat penting dalam
kehidupan masa kini. Hal ini demikian kerana, pada zaman ini kita bukan lagi hidup di zaman
batu dalam keadaan bersendirian tetapi kita perlu hidup dalam suatu komuniti kerana kita perlu
saling bergantung antara satu sama untuk mencapai sesuatu matlamat. Oleh itu, demi
kehidupan yang selesa untuk generasi akan datang, kita pada hari ini perlu memastikan
tamadun yang kita bina boleh kekal perpaduannya agar aspek-aspek seperti ekonomi, politik
dan sosial boleh dalam keadaan yang baik dan generasi akan datang mampu menikmati segala
yang kita nikmati pada hari ini.

You might also like