You are on page 1of 2

Pada minggu lepas, saya dan rakan-rakan telah menyertai satu lawatan sambal belajar ke Melaka.

Kami dibahagikan kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan mengandungi 10 orang ahli. Saya telah
dilantik sebagai ketua Kumpulan Pintar. Salah satu tugas saya sebagai ketua kumpulan adalah untuk
memastikan keselamatan ahli kumpulan dan diri sendiri.

Apabila sampai di kawasan rehat dan rawat, kami semua turun dari bas. Saya sebagai ketua
kumpulan meminta ahli kumpulan berbaris terlebih dahulu. Saya mengira bilangan ahli kumpulan
agar mencukupi. Kemudian saya berpesan kepada semua ahli kumpulan agar sentiasa berhati-hati
dan tidak merayau-rayau terlalu jauh dari kawasan rehat dan rawat tersebut.

Kami semua berjalan dalam kumpulan masing-masing. Sekiranya hendak ke tandas, saya
meminta ahli kumpulan memberitahu saya terlebih dahulu. Saya juga memastikan ahli kumpulan
pergi berdua-dua ke tandas atau ke kedai-kedai yang menjual cenderamata. Hal ini dilakukan agar
kami tidak tersesat.

Kemudian, kami menuju ke kedai makan. Kami duduk dan makan secara berkumpulan. Kami
juga makan berhampiran dengan kumpulan yang lain. Hal ini dilakukan agar senang kami membayar
harga makanan dan berkumpul semula untuk menaiki bas.

Setelah selesai makan dan membayar harga makanan, kami berkumpul semula. Saya meminta
ahli kumpulan saya mengira bilangan ahli. Setelah memastikan bilangan ahli kumpulan mencukupi,
kami beratur untuk menaiki bas dan duduk di tempat masing-masing. Hal ini saya lakukan untuk
memastikan tiada ahli kumpulan yang tertinggal bas.

Setelah semua peserta lawatan menaiki bas, Cikgu Mazlan meminta ketua kumpulan mengira
semula ahli kumpulan masing-masing untuk memastikan semua orang telah menaiki bas. Kemudian,
bas bergerak semula ke Melaka.

Kawasan rehat dan rawat (R&R) dan hentian sebelah merupakan kawasan yang menjadi
persinggahan pengguna lebuhraya yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur masyarakat samada
golongan tua, muda atau kanak-kanak untuk berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan di
lebuhraya-lebuhraya seluruh Malaysia. Sehubungan itu, tujuan utama menjadikan kawasan R&R dan
hentian sebelah sebagai tempat dilarang merokok adalah bagi melindungi golongan majoriti bukan
perokok daripada bahaya asap rokok.

Kementerian Kesihatan Malaysia sedang berusaha untuk mengurangkan bilangan perokok di


Malaysia serta menggalakkan perokok untuk berhenti merokok. Sehubungan itu, usaha
memperbanyakkan kawasan larangan merokok merupakan salah satu langkah yang dilakukan bagi
membudayakan amalan tidak merokok di kalangan masyarakat serta mengwujudkan persepsi
bahawa perbuatan merokok adalah sesuatu perbuatan yang tidak normal (denormalized the
smoking habit).

Piawaian bagi kawasan rehat mungkin berbeza mengikut tempat. Di samping untuk kereta
dan motosikal, kawasan rehat juga mempunyai tempat meletak kenderaan berat seperti bas, lori
dan kenderaan rekreasi.

Kebanyakan kawasan rehat dan rawat kendalian kerajaan terletak di kawasan luar bandar yang
terpencil dan selalunya tiada kemudahan restoran makanan segera, stesen minyak, motel ataupun
kemudahan lain yang terdekat untuk para pengembara. Lokasi kawasan rehat sering ditandakan di
papan tanda lebuh raya; contohnya "Kawasan Rehat dan Rawat Seremban - 10 km".
Selalunya maklumat pemanduan seperti peta dan maklumat tempatan lain sering terdapat di
kawasan sebegini. Sesetengah kawasan rehat turut mempunyai pasukan peronda lebuh raya yang
bertugas. Selain itu, kawasan rehat mungkin juga terdapat mesin jualan, telefon awam, stesen
minyak, restoran atau kedai serbaneka.

You might also like