You are on page 1of 6

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.0 Pengenalan

Bahagian Bab 5 adalah terdiri daripada rumusan, perbincangan dan cadangan kajian.
Dapatan kajian yang diperolehi dalam Bab 4 akan dibincangkan dalam bab ini berdasarkan
objektif dan persoalan kajian yang telah ditetapkan dalam Bab 1. Akhirnya, cadangan
dikemukakan untuk tujuan kajian lanjutan pada masa akan datang.

5.1 Kebolehpercayaan Soal Selidik

Kebolehpercayaan soal selidik amat penting dalam sesuatu kajian kerana ketinggian
kepercayaan pembaca dan pengkaji lain untuk menilai dan seterusnya memudahkan mereka
membuat kajian selanjutan pada masa akan datang. Kajian ini mengkaji hubungan gaya
pembelajaran dan kaedah pengajaran guru dengan minat pelajar, di samping melihat dari aspek
faktor, telah menunjukkan aras kebolehpercayaan yang boleh dipercayai seperti yang telah
ditunjukkan dalam Jadual bab 4.

5.2 Latar Belakang Responden Kajian

Responden kajian ini terdiri dari 100 orang pelajar. Responden dipiih secara rawak di 5
buah sekolah yang berlainan di sekitar kawasan Pengkalan Hulu. Responden terdiri daripada 38
pelajar lelaki dan 62 pelajar perempuan. Selain jantina responden juga dipilih mengikut umur.
Terdapat tiga pecahan umur iaitu 10 tahun, 11 tahun dan 12 tahun. Pelajar tahap dua sahaja
dipiluh kerana boleh memahami soalan dalam soal selidik dan dapat menjawab soalan dengan
relevan. Selain ittu, tahap satu masih mentah dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Jadi ia
akan menyulitkan dan akan menunjukkan kebolehpercayaan yang rendah. Oleh sebab itu, kami
memilih responden dari kalangan pelajar tahap dua.
5.3 Perbincangan Soalan Kajian 1
Apakah gaya pembelajaran yang diamalkan murid?

Dapatan kajian menunjukkan gaya pembelajaran belajar secara melakukan sesuatu di


dalam kelas menunjukkan dominan. Item mendapat skor min tertinggi iaitu 4.60 (SP=0.778)
adalah item 5 (lebih banyak saya belajari dengan melakukan sesuatu bagi projek kelas).
Manakala, gaya pembelajaran main peranan semasa aktiviti pembelajaran menunjukkan gaya
pembelajaran yang kedua tertinggi dalam jadual. Tetapi gaya pembelajaran belajar secara
bersendirian menunjukkan mean yang paling rendah. Item ini mendapat skor min terendah iaitu
2.79 (SP = 1.520) adalah item 3 (saya lebih memahami sesuatu dengan belajar bersendirian). Ia
menunjukkan pelajar tidak meminati untuk belajar sendiri dan lebih suka belajar sambil
melakukan aktiviti di dalam kelas. Ia menambahkan kefahaman pelajar. Daripada sebelas item
yang disediakan dalam gaya pembelajaran, sebanyak dua item mendapat skor min kurang
daripada nilai 3.0 dan item tersebut adalah item 3 dan 4. Sebanyak Sembilan item mendapat skor
min lebih daripada nilai 3.0dan item tersebut adalah item 1, 2, 5, 6,7,8,9,10 dan 11.

5.4 Perbincangan Soalan Kajian 2


Apakah kaedah pengajaran yang diamalkan guru?

Ia membincangkan tentang kaedah pengajaran guru dan sebanyak tujuh soalah


ditanya dalam soal selidik. Nilai min tidak menunjukkan kurang dari 3.0. Ini bermaksud pelajar
memahami kaedah pengajaran guru. Kesemua tujuh item menunjukkan min yang tinggi dan
lebih dari 4.0. Item yang mendapat skor min tertinggi iaitu 4.72 (SP=0.697) adalah item 4 (saya
belajar dengan lebih baik apabila seseorang memberitahu saya bagaimana melakukan sesuatu).
Item yang mendapat skor min terendah iaitu 4.25 (SP = 1.140) adalah item 6 (saya amat
meminati kaedah kuliah guru).

Secara ringkasnya, kaedah kuliah menunjukkan min yang paling rendah. Ini
menunjukkan responden meminati kaedah bimbingan guru agar memberi penerangan, memberi
arahan dan membimbing pelajar untuk melakukan aktiviti di dalam kelas. Kaedah kuliah tidak
menarik pelajar keranan membosankan pembelajaran mereka.
5.5 Perbincangan Soalan Kajian 3
Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran dengan minat
murid?

Persoalan ini membincangkan hubungan antara gaya pembelajaran dengan minat murid.
Korelasi bivariate telah dilaksanakan anatara gaya pembelajaran dengan pencapaian murid di Daerah
Pengkalan Hulu. Hipotesis yang hendak diuji ialah bahawa tidak wujud hubungan signifikasi antara gaya
pembelajaran dengan pencapaian pelajar. Keputusan menunjukkan bahawa p< 0.05 jadi hipotesis ditolak.
Terdapat hubungan yang negatif antara gaya pembelajaran dan pencapaian , (r= 0.722, p< 0.05), maka
semakin tinggi gaya pembelajaran semakin tinggi pencapaian pelajar. Gaya pembelajaran mempunyai
hubungan signifikan dengan pencapaian pelajar di Daerah Pengakalan Hulu dimana (r=0.722, p=0.000)
p< 0.05.

5.5 Perbincangan Soalan Kajian 4


Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kaedah pengajaran dengan minat
murid?

Soalan kajian ingin mengetahui hubungan antara kaedah pengajaran dengan pencapaian murid.
Hipotesis yang hendak diuji ialah bahawa tidak wujud hubungan signifikasi antara kaedah pengajaran
dengan pencapaian pelajar. Keputusan menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang negatif antara
kaedah pengajaran dan pencapaian , (r= 0.813, p< 0.05), hipotesis ditolak. Kaedah pengajaran
mempunyai hubungan signifikan dengan pencapaian pelajar di Daerah Pengakalan Hulu dimana
(r=0.813, p=0.000) p< 0.05.

5.5 Perbincangan Soalan Kajian 5


Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran murid dengan
kaedah pengajaran guru?

Korelasi bivariate telah digunakan untuk melihat hubungan antara gaya pembelajaran dengan
kaedah pengajaran di Daerah Pengkalan Hulu. Hipotesis yang hendak diuji ialah bahawa tidak wujud
hubungan signifikasi antara gaya pembelajaran dengan kaedah pengajaran. Keputusan menunjukkan
bahawa terdapat hubungan yang negatif antara gaya pembelajaran dan kaedah pengajaran , (r= 0.618, p<
0.05), maka semakin tinggi gaya pembelajaran semakin tinggi kaedah pengajaran. Gaya pembelajaran
mempunyai hubungan signifikan dengan kaedah pengajaran di Daerah Pengakalan Hulu dimana (r=0.618,
p=0.000) p< 0.05.

Gaya pembelajaran, kaedah pengajaran dan pencapaian pelajar menunjukkan hubungan


yang signifikan antara satu sama lain. Ketiga-tiga pemboleh ubah ini saling berkaitan. Jadi
peningkatan kemahiran pengajaran dan pembelajaran boleh meningkatkan pencapaian pelajar.

7.2 Cadangan kajian

Berikut adalah cadangan kajian.

1. Pihak sekolah boleh mengambil langkah untuk membantu para pelajar mendapat
kebaikan melalui pendedahan pelbagai aktiviti gaya pembelajaran agar dapat
meningkatkan gaya pembelajaran mereka. Contohnya seperti mengadakan bengkel
belajar, seminar ataupun kursus yang berkaitan dengan pembelajaran. Pihak sekolah
boleh menjemput pakar dan guru cemerlang dalam bidang ini untuk memberi ceramah.
Tujuannya adalah untuk meningkatkan kesedaran pelajar tentang pentingnya gaya
pembelajaran pelajar.

2. Seminar dan kursus bukan sahaja kepada pelajar, malahan guru juga perlu mengambil
bahagian bahagian dalam aktiviti ini. Ia akan menambahkan pemahaman guru tentang
gaya pembelajaran guru dan kaedah pengajaran yang diminati oleh para pelajar. Jadi
perancangan pengajaran yang menarik akan menarik minat pelajar dan lebih berkesan di
dalam kelas. Melalui, kursus tajaan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah,
aktiviti latihan dalam perkhidmatan anjuran sekolah akan menambahkan pengetahuan
para guru dan akan mendalami kaedah pengajaran yang diminati oleh pelajar-pelajar
sekolah.

3. Unit kaunseling memainkan peranan yang lebih dengan marik pelajar mengikuti sesi
peningkatan gaya pembelajaran. Guru kaunseling boleh menolong para pelajar
memahami kekuatan dan kelemahan dan gaya pembelajaran mereka. Jadi mereka dapat
menumpukan sepenuh perhatian dan akan memikirkan cara meningkatkan gaya
pembelajaran mereka. Mereka akan memperbaiki gaya pembelajaran agar memberi
lebihan fokus dalam sesi pembelajaran dan pengajaran guru.

4. Aspek yang paling penting adalah diri pelajar itu sendiri. Sebagai seorang pelajar,
mempunyai disiplin sendiri agar menumpukan sepenuh perhatian dalam proses
pembelajaran. Pelajar perlu mempunyai keinginan untuk menambah ilmu pengetahuan
agar menanam semangat untuk Berjaya dalam pembelajaran. Mereka perlu mengambil
inisiatif untuk mengkaji gaya pembelajaran sendiri dan perlu memperbaiki jika
mengalami masalah.

7.3 Cadangan Lanjutan

1. Kajian lanjutan perlu dijalankan ke atas sampel yang lebih besar dan ditetapkan
latar belakang sampel bagi mendapatkan keesahan yang lebih tinggi.

2. Kajian lanjutan dijalankan pada kumpulan sampel yang sama dalam masa yang
panjang untuk melihat sama ada gaya pembelajaran seseorang itu akan berubah
mengikut masa atau tidak.

3. Kajian lanjutan dijalankan untuk menentukan sama ada guru menguasai


pengetahuan gaya pembelajaran pelajar dan kaedah pengajaran yang diminati agar
dapat mengubahsuai perancangan proses pembelajaran dan pengajaran pelajar.
Kajian lanjutan ini juga boleh dilakukan kepada pelajar sekolah menengah untuk
mengetahui gaya pembelajaran dan kaedah pengajaran guru agar dapat
meningkatkan pencapaian pelajar.
4. Selain itu, kajian lanjutan berbentuk mencari hubungan antara proses
pembelajaran dan pengajaran dengan pencapain pelajar dari segi faktor seperti
etnik, tahun pengajian, jantina, prestasi akademik, taraf sosioekonomi.

7.4 Kesimpulan
Setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran tersendiri manakala guru pula
menggunakan pelbagai kaedah pengajaran di dalam kelas. Jadi, sebagai seorang guru dengan
pelajar, ibu bapa dengan anak-anak ataupun pelajar itu sendiri perlu memahami gaya
pembelajaran yang diamalkan. Dengan ini, boleh menyediakan kaedah pengajaran yang
bersesuaian supaya boleh meningkatkan lagi minat para pelajar. Ibubapa perlu member dorongan
agar murid mengetahui kekuatan dan kelemahan gaya pembelajaran mereka dan memberi
morivasi untuk memperbaikinya dengan menyediakan tempat yang kondusif untuk pelajar
belajar dengan selesa.

You might also like