You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN TAHUN 6


TARIKH : 10 OGOS 2015 (ISNIN)

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan dengan tujuan untuk mendapatkan kelulusan bagi
melaksanakan “Program Motivasi Kecemerlangan Tahun 6” pada 10 Ogos 2015, Isnin.

2.0 LATAR BELAKANG

Program Motivasi Kecemerlangan Tahun 6 ini dirancang bagi meningkatkan


motivasi diri dalam kalangan murid Tahun 6 untuk meningkatkan lagi prestasi diri
kepada tahap yang lebih tinggi. Murid-murid ini akan mula menghadapi Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR) bermula 8 September 2015 hingga 10 Semptember 2015.

Justeru, masa yang berbaki hamper sebulan sebelum peperiksaan sebenar perlu
dimanfaatkan sebaiknya oleh pihak pentadbir sekolah dalam meningkatkan motivasi diri
murid-murid ini. Selain itu, program ini juga merancang untuk menjemput penceramah
daripada luar bagi memberi pengalaman baru kepada murid-murid. Pihak pengelola
juga berkeyakinan, penceramah jemputan mampu memberikan gaya dan input yang
berbeza daripada kebiasaan jika menggunakan khidmat guru-guru di sekolah ini sahaja.

Maka, Program Motivasi Kecemerlangan Tahun 6 ini diyakini memberi


momentum dan impak yang terbaik melalui memanfaatkan masa berbaki sekurang-
kurangnya sebulan sebelum tarikh Ujian Penilaian Sekolah Rendah 2015 nanti.

3.0 ASAS-ASAS PERTIMBANGAN

1
3.1 Program Motivasi Kecemerlangan Tahun 6 dirancang untuk dilaksanakan
atas beberapa faktor, iaitu :
3.1.1 Meningkatkan motivasi diri dalam kalangan murid Tahun 6 untuk
berusaha gigih bagi mencapai kejayaan semasa UPSR 2015.
3.1.2 Memberi pengalaman yang baru kepada murid melalui sentuhan
penceramah jemputan luar daripada sekolah.
3.1.3 Program ini akan disampaikan oleh jemputan luar iaitu Encik
Ahmad Syamim Bin Anuar, Timbalan Bendahari, Majlis Perwakilan
Pelajar, Universiti Malaya. Beliau juga merupakan siswa pendidik
Tahun Ketiga Bagi Program Berkembar Bahasa Jerman IPGM-UM.
3.2 Struktur Jawatankuasa Pengelola seperti di Lampiran 1.
3.3 Cadangan atur cara majlis seperti di Lampiran 2.

4.0 OBJEKTIF

Berikut merupakan objektif dalam pelaksanaan Program Motivasi Kecemerlangan


Tahun 6 ini, iaitu :

4.1 Meningkatkan motivasi diri dalam kalangan murid


4.2 Membimbing murid merancang pengurusan masa yang terbaik
4.3 Membantu murid menetapkan matlamat hidup yang ingin dicapai
4.4 Membimbing murid dalam menentukan gaya pembelajaran kendiri yang
sesuai berdasarkan kebolehan diri

5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Anggaran perbelanjaan seperti dalam Lampiran 3

2
6.0 SYOR

Justeru diharapkan cadangan pelaksanaan Program Motivasi Kecemerlangan Tahun 6


dapat diluluskan dan dilaksanakan dengan jayanya.

7.0 PENUTUP

Program Motivasi Kecemerlangan Tahun 6 ini diharapkan mampu meningkatkan


semangat dan daya usaha murid-murid bagi mencapai kejayaan dalam UPSR 2015.
Segala kerjasama dan sokongan daripada pihak pentadbir amat dihargai dalam
memastikan segala perancangan dapat berlangsung dengan jayanya.

Disediakan oleh,

(ISMAIL BIN IBRAHIM)


Setiausaha,
Program Motivasi Kecemerlangan Tahun 6,
SK Nanga Engkamop, Julau, Sarawak.

Diluluskan oleh,

(TIMBAN ANAK LAWAU)


Penolong Kanan Kurikulum,
SK Nanga Engkamop, Julau, Sarawak.

3
Lampiran 1
Struktur Jawatankuasa Pengelola
Program Motivasi KecemerlanganTahun 6

Pengerusi
Encik Timban Anak Lawau (PK Kurikulum)

Naib Pengerusi
Encik Evaristus @ Luga Anak Joseph Serdin (PK HEM)
Encik Ismailee Bin Suja (PK Kokurikulum)

Setiausaha
Encik Ismail Bin Ibrahim

Bendahari
Encik Ahmad Syawqi Asywaq Bin Yunus

Ahli
Pengacara Majlis : En Ismail Bin Ibrahim

Dokumentasi : En Ahmad Syawqi Asywaq Bin Yunus

Persiapan Tempat : En Jalin Anak Bungap

En Rima Anak Ramba

PA System : En Abdul Malek Bin Madhie

Disiplin Murid : En Jason Panting Anak Wembly Empili

Cenderahati : Cik Michelle Elaine Anak William Jospa

Jamuan : Pn Magdeline Roni Anak Mani

PPM Asrama & AKP

4
Lampiran 2
Atur Cara
Program Motivasi KecemerlanganTahun 6

Masa Perkara Tindakan


8.00 pagi – 9.00 pagi Ice Breaking En Ismail Ibrahim
9.00 pagi – 10.00 pagi Slot 1 : Pengurusan Masa Penceramah Jemputan
10.00 pagi – 10.30 pagi Rehat
10.30 pagi – 11.30 pagi Slot 2 : Menuju Puncak Penceramah Jemputan
11.30 pagi – 12.30 t/hari LDK Penceramah Jemputan
12.30 t/hari Penutup dan Bersurai En Ismail Ibrahim

5
Lampiran 3
Anggaran Perbelanjaan
Program Motivasi KecemerlanganTahun 6

Bil Perkara Jumlah


1 Kertas A4 RM100
Kertas Majong
Marker Pen
Tali Rafia
2 Cenderamata Penceramah Jemputan RM30
3 Air Mineral (1 kotak) RM15
3 Jamuan (Minum Pagi & MakanTengahari) *disediakan oleh
Pengurusan Asrama
Jumlah Keseluruhan RM145

You might also like