You are on page 1of 1

Bilangan Jurnal : 10/12

Minggu Praktikum : 10

Tarikh Peristiwa/Kejadian : 19- 23 Ogos 2019

Tajuk Jurnal : MASALAH PERGAULAN MURID

1. Masalah

Pada hari Selasa 20 Ogos 2019, saya telah menghadapi masalah pergaulan pelajar di mana terdapat
murid yang gagal bekerjasama dengan rakan mereka semasa menjalani aktiviti berkumpulan dalam
kelas. Terdapat seorang murid dari kelas 4B yang enggan menyumbang dalam aktiviti berkumpulan
ketika perlu berbincang atau memberi pendapat. Hal ini menyebabkan kumpulan tersebut gagal
menyiapkan tugasan yang diberi dalam masa yang ditetapkan.

2. Analisis

Setahu saya, murid kelas saya mempunyai tahap penguasaan bahasa yang berbeza dan hal ini
menyebabkan mereka gagal untuk melayan setiap rakan mereka dengan adil. Terdapat beberapa
orang murid yang sering didapati bersikap pasif dalam sebarang perbincangan kumpulan. Mereka
merupakan murid yang mempunyai tahap penguasaan Bahasa yang lemah serta tahap minat yang
rendah terhadap subjek ini. Hal ini menyebabkan mereka sering diketinggalkan apabila rakan mereka
disuruh memilih ahliahli kumpulan bagi menyiapkan tugasan yang diberi guru

3. Cadangan tindakan susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dengan memberi nasihat kepada semua murid kelas 4B agar
mereka sedar bahawa tindakan ini adalah salah dan tidak akan mendatangkan sebarang manfaat
kepada mereka. Saya juga akan mereka aktiviti yang berbeza dari segi tahap kesusahan bagi
memenuhi keperluan dan keupayaan murid-murid yang sering diketinggalkan. Mereka akan menjalani
aktiviti yang berbeza namun masih dapat mempelajari topik yang sama seperti rakan mereka.

4. Tempoh Penyelesaian

Sepanjang tempoh praktikum

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: Tandatangan:

Nama: Nama:

Tarikh: Tarikh:

You might also like