You are on page 1of 1

NG YI HOO

SEJARAH 1
000317-10-0991
SJHK 3043 Sejarah Lisan dan Pendokumentasi
Pensyarah: Puan Lim
19/03/2020

TUTOTIAL

1. tajuk haruslah mempunyai nilai penarik agar membolehkan pembaca- pembaca


tertarik pada tajuk tersebut, dan seterus mewujudkan keinginan dalam diri
merekauntuk mengetahui atau membaca lebih lanjut hasil tulisan tersebut.

2. sesuatu tajuk penulisan itu harus seboleh-bolehnya menampakkan kelainan atau


keunikan, misalnya mengutarakan isu-isu semasa yang hangat ataupun mungkin
boleh jadi sesuatu yang kontroversi.

3. tajuk harus memiliki keaslian. Keaslian dalam tajuk bermaksud sesuatu yang baru
atau sesuatu yang belum pernah dan belum dibuat oleh orang lain. Sifat yang
demikian bertepatan dengan objektif setiap penyelidikan yang sebenarnya
dijalankan iaitu suatu penemuan.

4.sesuatu tajuk kajian itu harus pendek, ringkas dan tepat. Ini adalah kerana tajuk-
tajuk yangumum mempunyai skop yang luas dan mustahil bagi penyelidik untuk
mengkaji sesuatu hal yang merangkumi keseluruhan aspek.

5.satu perkara yang tidak kurang pentingnya dalam pemilihan tajuk ialah berkenaan
dengan minat peribadi atau sendiri. Ini kerana tajuk yang bersesuaian dengan minat
sendiri akan mendorong untuk berusha dengan lebih gigih dan dapat mengurangkan
tekanan dalam melakukan kajian.

You might also like