You are on page 1of 1

Semasa penjajahan British sistem ekonomi asal di tanah Melayu iaitu sistem

ekonomi feudal diubah menjadi sistem ekonomi kapitalis kolonial yang menekankan
keuntungan kepada pihak British. Sistem ekonomi yang menekankan ekonomi eksport
dijalankan pada ketika iyu. Selain itu, hasil daripada penjajahan Barat, terdapat jurang sosial
antara ekonomi masyarakat Melayu, Cina dan India. Masyarakat Melayu dikhususkan untuk
menjalankan ekonomi bercucuk tanam. Masyarakat India pula dikhususkan untuk
menjalankan ekonomi perladangan. Masyarakat Cina dikerah untuk menjalankan aktiviti
perlombongan. Semasa penjajahan British juga, kemasukan imigran yang dikerah untuk
menjadi tenaga pekerja juga semakin banyak. Pihak British juga telah memperkenalkan
undang-undang tanah berkonsepkan sistem barat bagi memudahkan kerja pentadbiran
tanah dan pembangunan ekonomi. Namun begitu, undang-undang ini mendatangkan impak
yang negatif kerana telah menafikan hak pemilikan tanah masyarakat Melayu. Ringkasnya,
dasar-dasar pentadbiran British di Tanah Melayu adalah untuk mengaut keuntungan secara
maksimum yang mana telah membawa kepada kemunculan bandar baru dan memerlukan
agenda mereka sendiri dalam melaksanakan pembangunan di Tanah Melayu.
Dari aspek politik pula pengenalan sistem residen yang bertugas memberi nasihat
kepada Sultan berkaitan hal ehwal pentadbiran berlaku yang mana telah membatas bidang
kuasa raja-raja. Semasa penjajahan British juga, Negeri-Negeri Melayu diperintah oleh satu
pemerintahan tradisional dan birokrat yang dianggotai oleh pegawai-pegawai Inggeris.
Kuasa raja menjadi terbatas kepada agama Islam dan adat orang Melayu sahaja. Salah satu
perubahan terbesar dari aspek politik adalah sistem demokrasi. Sistem demokrasi yang
dibawa oleh penjajahan British sangat berbeza dengan sistem Pemerintahan Beraja yang
diamalkan oleh masyarakat Melayu. Kedaulatan dan keputusan negara mesti dibuat oleh
rakyat dengan menggunakan suara majoriti. Ringkasnya, keadaan politik semasa
penjajahan British telah memberi impak yang positif dari pelbagai aspek. Namun begitu,
segala kebudayaan politik yang bercanggah dengan adat resam masyarakat Melayu
disingkirkan namun ada juga yang diguna pakai dan diubah suai mengikut kesesuaian.

You might also like