You are on page 1of 14

MAKLUMBALAS

Fasa keempat di dalam model Isman ialah maklumbalas.

Fasa ini hanya mempunyai satu langkah iaitu ulang semula langkah berkaitan. Fasa

maklumbalas ini melibatkan penyemakan semula instruksi berdasarkan kepada data yang

dikumpul semasa langkah penilaian.

 Sekiranya guru mendapati pelajar tidak mempelajari apa yang sepatutnya dipelajari atau

pelajar merasa tidak seronok dengan proses pembelajaran yang telah dijalanakan, guru

boleh mengulang semula langkah-langkah yang berkaitan dan melakukan

penambahbaikan kepada instruksi agar pelajar dapat mencapai matlamat mereka.

Sekiranya masalah dikenalpasti berpunca daripada fasa input, maka guru perlu

menyemak semula dan menambahbaik fasa tersebut..

 Pembetulan dan perubahan akan dilakukan sehinggalah semua matlamat dan objektif

yang digariskan dapat dicapai. Di dalam fasa ini, guru boleh pergi semula ke mana-mana

fasa yang dirasakan mempunyai masalah.


Terdapat beberapa kebaikan apabila guru mendapatkan maklumbalas daripada pelajar. Di

antaranya ialah:

 Guru dapat mengetahui sama ada apa yang diajar membantu pelajar di dalam proses

pembelajaran

 Guru dapat menganalisis sama ada pelajar menghadapi masalah dengan instruksi yang

diberikan guru

 Guru dapat membuat penambahbaikan dan pembetulan kepada cara-cara pengajaran

 Guru dapat mengenalpasti topik atau sub topik yang masih belum difahami oleh pelajar

 Guru dapat mengetahui sama ada pendekatan yang digunakan untuk mengajar itu

bersesuaian dengan pelajar atau tidak

 Pelajar dapat memaklumkan kepada guru apa yang tidak difahami secara lebih terperinci

 Pelajar mendapat ‘peluang kedua’ untuk mempelajari topik-topik yang tidak difahami

 Pelajar akan merasakan guru mengambil berat terhadap pelajar dan pelajaran secara

keseluruhannya

Guru-guru boleh mendapatkan maklumbalas melalui beberapa cara. Di antaranya ialah:

 Maklumbalas secara bertulis daripada pelajar

 Maklumbalas secara lisan daripada pelajar

 Refleksi diri

 Analisis SWOT untuk pelajar dan guru

 Penilaian rakan sekerja

 Perekodan video proses pengajaran dan pembelajaran


Berikut merupakan beberapa contoh templat yang boleh digunakan untuk mendapatkan

maklumbalas yang efektif sama ada daripada pelajar atau guru sendiri.

Templat maklumbalas topik pengajaran (diberikan kepada pelajar)

Templat maklumbalas topik pengajaran

Bulatkan nombor yang berkenaan 1=tidak sama sekali 5=sangat setuju

Topik ini sangat


berguna/bersesuaian 1 2 3 4 5

Topik ini telah


berjaya menarik
minat dan perhatian 1 2 3 4 5
saya

Topik ini mudah


difahami 1 2 3 4 5

Apa yang saya sukai mengenai topik ini

Apa yang saya tidak suka mengenai topik ini

Cadangan penambahbaikan saya


Templat maklumbalas cara pengajaran (diberikan kepada pelajar)

Templat maklumbalas cara pengajaran

Bulatkan jawapan anda S K J T

Adakah guru:

1 Menerangkan
perkara/topik dengan S K J T
jelas?
2 Memberi pujian di atas
usaha atau tugasan yang S K J T
anda lakukan?
3 Membincangkan tugasan
S K J T
anda secara personal?
4 Bersemangat mengenai
S K J T
subjek yang di ajar?
5 Menunjukkan mereka
mahir di dalam subjek S K J T
yang di ajar?
6 Menggalakkan semua
pelajar untuk libatkan diri S K J T
secara aktif?
7 Mengharapkan kualiti
tugasan yang tinggi S K J T
daripada anda?
8 Menjelaskan undang-
undang yang perlu S K J T
dipatuhi semasa di kelas?
9 Mengharapkan disiplin
yang tinggi daripada S K J T
anda?
10 Menunjukkan kesabaran
yang tinggi dengan
pelbagai pendapat dan S K J T
sikap pelajar di dalam
kelas?
11 Menerangkan dengan
jelas apa yang akan dan
S K J T
patut dipelajari di dalam
pembelajaran ini?
Templat maklumbalas cara pengajaran

12 Mengawal kelas agar


semua pelajar dapat S K J T
menumpukan perhatian?
13 Membuat kesimpulan di
atas apa yang telah S K J T
dipelajari?
14 Membenarkan anda
belajar dan menyiapkan
S K J T
tugasan dengan kadar
kemampuan anda sendiri?
15 Memberi kerja rumah
dalam kuantiti yang S K J T
bersesuaian?
16 Memberi aktiviti di
dalam kelas dalam
S K J T
kuantiti yang
bersesuaian?
17 Memberi tugasan yang
S K J T
terlalu sukar?
18 Memberi tugasan yang
S K J T
terlampau mudah?
19 Memulangkan tugasan
anda dengan kadar segera S K J T
selepas ditanda?
20 Memberi pujian atau
komen membina terhadap S K J T
tugasan anda?

* S=Selalu K=Kerap J=Jarang T=Tiada


Templat refleksi diri

Templat refleksi diri

Nama guru: Kelas/Bilangan pelajar:


Tajuk pengajaran:

1 Adakah arahan/instruksi yang diberikan mudah difahami oleh pelajar? Jika tidak, apakah
bahagian yang kurang jelas dan perlu penjelasan tambahan?

2 Nilaikan penumpuan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran

Rendah 1 2 3 4 5 Tinggi

3 Perlukah anda mengubah mana-mana aktiviti di dalam pembelajaran ini untuk disesuaikan
dengan kumpulan pelajar tertentu? Jika ya, nyatakan dengan jelas perubahan yang
dilakukan.

4 Apakah cadangan anda agar pembelajaran ini menjadi lebih efektif?

5 Setiap topik mempunyai masa yang ditetapkan untuk diajar.


Berapa lamakah yang anda gunakan untuk mengajar topik ini?

Berapa aktivitikah yang telah anda mampu jalankan?

6 Adakah terdapat sebarang cadangan untuk aktiviti tambahan yang boleh digunakan di
dalam mengajar topik ini? Sekiranya ada, terangkan dengan jelas apakah aktiviti dan
instruksi yang terlibat.

Selain daripada perkara-perkara di atas, guru-guru boleh juga melakukan analsis SWOT untuk

perancangan dan penyelesaian masalah setelah mendapat maklumbalas daripada proses

pengajaran dan pembelajaran. Akronim SWOT bermaksud strengths (kekuatan), weaknesses

(kelemahan), opportunities (peluang) dan threats (ancaman). Analisis SWOT membolehkan kita

menganalisa dan mengenalpasti faktor-faktor positif dan negatif dalaman (strengths dan

weaknesses) dan faktor-faktor positif dan negative luaran (opportunities dan threats) yang

berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

Analisis SWOT boleh digunakan di dalam kelas untuk:

 Mengenali diri sendiri

o Melalui analisis ini, pelajar boleh mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang

dan ancaman mereka. Pengetahuan ini akan membantu mereka untuk memahami

faktor-faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran dan prestasi mereka.

Maklumat ini juga berguna kepada guru kerana ia membantu guru untuk

menstruktur proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengambilkira input-

input positif dan negatif yang dianalisa.

 Perancangan dan pelaksanaan

o Apabila pelajar telah mengenalpasti kelemahan dan ancaman yang mereka hadapi,

mereka berpeluang untuk merancang dan melaksanakan jadual yang lebih baik

untuk mengatasi faktor-faktor negatif tersebut. Bagi guru pula, mereka boleh

menggunakan analisis SWOT ini untuk mengenalpasti kelebihan dan kekurangan


sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dan memilih kaedah yang paling

sesuai untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan

bermakna.

 Mekanisme maklumbalas

o Pelajar boleh menggunakan analisis SWOT untuk memberi maklumbalas kepada

guru berkaitan dengan teknik pengajaran, keberkesanan strategi atau teknologi

yang digunakan dan lain-lain lagi. Ini akan membantu guru untuk mengenalpasti

strategi mana yang harus diteruskan dan yang mana harus ditambahbaik atau

dihentikan.

Berikut merupakan templat analisis SWOT yang boleh digunakan.

Strengths Weaknesses

Opportunities Threats
PEMBELAJARAN JANGKA PANJANG

Fasa terakhir ialah pembelajaran.

Fasa ini mengetengahkan elemen pembelajaran jangka panjang. Fasa ini menerangkan guru

perlu memastikan pelajar telah mempelajari apa yang sepatutnya dipelajari di dalam pelan

instruksional yang dibentuk. Sekiranya pelajar telah mencapai matlamat yang digariskan, guru

boleh memulakan aktiviti instruksional yang baru. Di dalam fasa ini, pembelajaran jangka

panjang dapat dicapai oleh pelajar.

Model rekabentuk instruksional Isman ini mempunyai beberapa persamaan dengan model-model

instruksional yang lain tetapi Isman menekankan kepada penggunaan media instruksional dan

penglibatan aktif pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran

jangka panjang dapat berlaku. Penglibatan aktif pelajar yang akan menjamin pembelajaran

jangka panjang mempunyai beberapa kelebihan. Di antaranya ialah:

 Membentuk kemahiran berfikir pelajar


o Proses penyelesaian masalah mendidik pelajar untuk menggunakan pelbagai

perpsrektif penyelesaian terhadap sesuatu masalah. Ini akan membentuk

fleksibiliti di dalam kemahiran berfikir dan taakulan, di mana mereka akan

membezakan dan membandingkan pelbagai kemungkinan di dalam membuat

kesimpulan.

o Pelajar menggunakan pengetahuan sedia ada untuk menyelesaikan masalah.

Dengan itu, mereka sentiasa menghubungkait pengetahuan lepas dengan

pengetahuan baru untuk mendapatkan penyelesaian terbaik.

 Membentuk kemahiran komunikasi dan sosial

o Pelajar mesti berupaya mengetengahkan idea mereka dengan jelas dan juga

berkolaborasi dengan efektif di dalam tugasan yang diberikan. Pelajar juga harus

mampu bertukar pendapat dengan cara berhemah.

o Pelajar belajar bagaimana untuk berkomunikasi secara berkesan dengan orang di

persekitaran.

 Menggalakkan kaedah penilaian alternatif

o Berbeza dengan penilaian tradisional, pendekatan ini memfokus kepada penulisan

jurnal, laporan dan persembahan. Aspek-aspek ini akan meningkatkan kebolehan

pelajar untuk meluahkan pengetahuan dengan pelbagai cara.

 Membantu pelajar untuk mengadaptasi dengan dunia sebenar

o Pelajar mempelajari kemahiran menyelesaikan masalah dan kebolehan untuk

menganalisis secara kritikal. Kemahiran-kemahiran ini akan membantu pelajar

untuk menyesuaikan diri dengan dunia sebenar.

 Memupuk motivasi intrinsik untuk belajar


o Pelajar akan menilai dan menyelaraskan semula pengetahuan dan pemahaman

mereka yang akan membentuk keyakinan diri dan maruah diri. Ini akan

memotivasikan mereka untuk menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.

4 fasa saling berkait di dalam pembelajaran jangka panjang

Rajah di bawah menunjukkan fasa-fasa dia dalam proses pembelajaran jangka panjang yang

boleh diaplikasi di sekolah.


BgtuU
jiandlPerm
-ti4spboyc10%
2ShfM
kw fi,
Carta aplikasi ujian pembelajaran jangka pendek

Rajah di bawah menunjukkan proses-proses untuk menjalankan ujian pembelajaran jangka

pendek.

Pelajar melengkapkan
dan mengulangkaji sub-
topik
Soalan ujian yang relevan
akan ditambah kepada Ujian
jangka panjang dan pelajar
Pelajar menjawab ujian
boleh mula belajar sub-topik
jangka pendek
yang baru

Mendapat 100%
di dalam ujian
NO jangka pendek YES
Carta aplikasi ujian pembelajaran jangka panjang

Rajah di bawah menunjukkan fasa-fasa yang terlibat di dalam proses pembelajaran jangka

panjang.

START

Pelajar menjawab soalan


ujian pembelajaran jangka
Ulangkaji sub-topik panjang
pilihan;kembali kepada Soalan dijawab
menjawab soalan dengan tepat?
NO
pembelajaran jangka YES
panjang Jarak 2-4 minggu

Pelajar menjawab soalan


ujian pembelajaran jangka
panjang TAHNIAH. Anda adalah
pelajar masteri
Soalan dijawab
dengan tepat?
NO YES

You might also like