You are on page 1of 1

Tugasan 3: Penulisan Esei

1.0 PENGENALAN

Kanak-kanak merupakan individu yang belum matang dan belum dewasa serta
memerlukan perhatian yang secukupnya daripada orang yang lebih dewasa terutamanya ibu
bapa. Menurut Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611), kanak-kanak dikategorikan sebagai
seseorang yang berumur bawah 18 tahun. Oleh itu, perhatian yang secukupnya dari orang
yang lebih dewasa amat penting kepada kanak-kanak supaya perkembangan diri mereka
berlaku secara normal. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), perkataan sempurna
bermaksud tidak ada cacat celanya atau kekurangannya manakala perkembangan
bermaksud perihal (proses) berkembang (menjadi maju atau tersebar, membiak, meluas
dan sebagainya), pertumbuhan dan kemajuan. Secara umumnya, ketidaksempurnaan
perkembangan kanak-kanak membawa maksud proses perkembangan kanak-kanak
mengalami sedikit gangguan atau mempunyai kecacatan. Terdapat segelintir kanak-kanak
yang mengalami ketidaksempurnaan perkembangan sepanjang proses perkembangan
mereka dan hal ini dipengaruhi oleh beberapa faktor yang tertentu.

2.0 ANALISIS TENTANG KETIDAKSEMPURNAAN KANAK-KANAK

Kanak-kanak yang mengalami ketidaksempurnaan perkembangan dikenali sebagai


kanak-kanak istimewa. Kanak-kanak istimewa adalah sebahagian daripada mereka yang
tergolong dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) iaitu golongan yang tidak berupaya
untuk memenuhi keperluan diri sendiri dan tidak dapat hidup bermasyarakat seperti kanak-
kanak normal yang lain. Ketidaksempurnaan dalam kalangan kanak-kanak terbahagi kepada
empat kategori iaitu masalah pendengaran, masalah penglihatan, masalah pertuturan dan
masalah pembelajaran. Setiap masalah ini mempunyai ciri-ciri yang tertentu dan berbeza
antara satu sama lain. Ketidaksempurnaan kanak-kanak juga berkait rapat dengan
pembangunan psikopatologi yang melibatkan emosi kanak-kanak dan ketidaksempurnaan
kanak-kanak berlaku disebabkan oleh beberapa faktor persekitaran dan faktor baka sendiri.
Kanak-kanak yang mengalami gangguan psikopatologi menyebabkan mereka kurang selesa
dengan keadaan persekitaran mereka dan emosi mereka juga tidak stabil. Antara bentuk
ketidaksempurnaan kanak-kanak yang mengalami gangguan psikopatologi ialah kanak-
kanak tersebut mempunyai disleksia, autisme dan Attention Deficit and Hyperactivity
Disorder (ADHD).

You might also like