You are on page 1of 52

MODUL NOTA EKONOMI T5

BAB 2 : MALAYSIA DAN EKONOMI GLOBAL


2.1 GLOBALISASI
2.1.1 Globalisasi

- Globalisasi ialah proses interaksi dan integrasi antara manusia, firma dan kerajaan
pelbagai negara.
- Globalisasi menyebabkan sempadan antara negara seolah-olah tidak wujud dan
dunia dianggap sebagai satu unit.

Ciri-ciri Globlasisasi

Ciri-ciri globalisasi

Kaedah
Pasaran baharu Peserta baharu komunikasi Peraturan dan
baharu norma baharu

i) Pasaran baharu
Perkembagan
pasaran global dalam
perkhidmatan
perbankan, insurans,
pengangkutan dll

Pasaran Pasaran baharu


pengguna global Kelonggran
dengan jenama undang-undang
global

ii) Peserta baharu


 Syarikat multinasioanal yang mengintegrasikan pengeluaran dan pemasaran
mereka, mendominasi pengeluaran dunia
 Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) – organisasi pelbagai hala pertama
yang mempunyai kuasa untuk memaksa kerajaan sesebuah negara mematuhi
peraturan perdagangan bebas
 Kewujudan blok perdagangan seperti Kesatuan Eropah (EU), Pertubuhan
Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), dan lain-lain
 Peningkatan dalam organisasi yang menyelaraskan dasar seperti G-7, G-8,
OECD, IMF dan Bank Dunia.

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 1
MODUL NOTA EKONOMI T5

iii. Kaedah Komunikasi Baharu

Lebih cepat
dan murah
Reka bentuk Internet dan
bantuan komunikasi
komputer elektronik yang
pembuatan menghubungkan
orang ramai secara
Kaedah serentak
komunikasi
baharu
Pengangkutan
yang lebih
cepat dan Telefon
murah Mesin bimbit
faks

iv. Peraturan dan Norma Baharu

 Peluasan dasar ekonomi kapitalis yang merebak ke seluruh dunia seperti


penswastaan dan liberalisasi perdagangan
 Demokrasi sebagai pilihan politik
 Peningkatan kesedaran dalam hak asasi manusia
 Konvensyen dan perjanjian terhadap alam sekitar global – biodiversity, lapisan
ozon, pelupusan sisa berbahaya, serta perubahan iklim
 Perjanjian perdagangan pelbagai hala
 Perjanjian pelbagai hala untuk perkhidmatan, harta intelek, komunikasi
 Perjanjian pelbagai hala mengenai pelaburan

2.1.2 Syarikat Multinasioanal

- Syarikat multinasional ialah firma yang beroperasi di beberapa negara secara


serentak.
- Antara syarikat multinasional yang terdapat di Malaysia ialah Sime Darby
Berhad, Axiata Group Berhad, CIMB Group dan Maybank.
- Sesebuah syarikat dianggap sebagai syarikat multinasional sekiranya
mempunyai tiga ciri berikut :

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 2
MODUL NOTA EKONOMI T5

Pemindahan
teknologi yang
canggih antara
cawangan di negara
yang berbeza

Firma besar yang Ciri-ciri


mempunyai syarikat semua cawangan
cawangan di multinasional firma dikawal oleh
beberapa buah firma induk di
negara negara asal

Dorongan Syarikat dalam Operasi Antarabangsa

- Pasaran antarabangsa menawarkan peluang perniagaan yang besar kepada


firma yang ingin menjual atau mendapatkan faktor pengeluaran.
- Sesebuah firma memasuki operasi antarabangsa disebabkan oleh faktor-faktor
yang berikut :

Faktor-faktor

Kos Bahan mentah Tenaga buruh


Meluaskan Perlindungan dengan
pengangkutan atau hasil
pasaran perdagangan kemahiran
yang tinggi bumi yang unik
khusus

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 3
MODUL NOTA EKONOMI T5

•Sesebuah firma yang ingin meluaskan pasarannya akan


memasarkan barang dan perkhidmatannya ke luar negara untuk
i) Meluaskan pasaran mendapat lebih ramai pelanggan.
•Dapat memaksimumkan keuntungan

•Aktiviti eksport barangan ke negara tertentu disekat oleh


pelbagai sekatan perdagangan seperti cukai
•masalah ini boleh diatasi dengan membuka operasi pengeluaran
ii) Perlindungan di syarikat berkenaan
perdagangan •Contohnya Syarikat KIA dari Korea bekerjasama dengan
Syarikat NAZA Malaysia untuk mengeluar dan mengedarkan
kereta jenama KIA di Malaysia.
•Oleh kerana pengeluaran dilakukan di Malaysia, maka kadar
cukai yang dikenakan adalah lebih rendah berbanding kereta
KIA yang diimport dari Korea
•Jarak yang jauh antara pasaran dengan tapak operasi akan
pengeluaran akan meningkatkan kos pengeluaran
•Oleh itu, syarikat multinasional akan membuka tapak
iii) Kos pengangkutan yang pengeluaran baharu di rantau-rantau berhampiran dengan
tinggi pasaran baharu yang disasarkan.
•Tindakan ini dapat menjimatkan kos dan memastikan
pengedaran produk dijalankan dengan selamat dan menepati
masa
•Pemindahan operasi pengeluaran ke negara yang kaya dengan
bahan mentah dapat mengatasi masalah kekurangan,
kerosakan, kehilangan dan bekalan bahan mentah tidak
iv) Bahan mentah atau hasil menepati jadual penghantaran
bumi yang unik •Misalnya Malaysia kekurangan sumber kayu untuk membuat
perabot, maka industri perabot Malaysia memindahkan operasi
pengeluaran ke negara seperti Tahiland, Vietnam dan Indonesia
untuk mengatasi masalah ini.
•Syarikat multinasional memulakan operasi di luar negara untuk
menjimatkan kos buruh dalam proses pengeluaran supaya
memaksimumkan keuntungan
•negeri seperti Thailand, Vietnam, China dan Indonesia mampu
menyediakan tenaga buruh yang berkemahiran dengan kos
v) Tenaga buruh dengan yang rendah
kemahiran khusus •kos upah yang lebih rendah membolehkan produk dapat
dikeluarkan dengan kos yang lebi rendah dan seterusnya dapat
dijual dengan harga yang lebih rendah kepada pengguna.
•Daya saingan firma dari segi harga barang juga dapat
ditingkatkan.

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 4
MODUL NOTA EKONOMI T5

Risiko bagi Syarikat Multinasional

- Walaupun beroperasi di peringkat antarabangsa mendatangkan kebaikan


kepada syarikat multinasional, tindakan membuka operasi baharu di negara lain
sebenarnya mempunyai banyak risiko. Antaranya adalah seperti yang berikut :

Risiko kehilangan aset akibat


peperangan dalaman atau Tenaga buruh yang tidak
luaran kerana perbezaan berkemahiran atau tidak
ideologi atau pandangan bermotivasi dalam
politik pengeluaran

Risiko perubahan parti politik


Kemungkinan menerima
di pasaran baharu kerana
bantahan masyarakat tempatan
kerajaan baharu mungkin
di pasaran baharu kerana
melaksanakan polisi baharu
bayaran gaji yang rendah
yang akan merugikan syarikat
dianggap sebagai megeksploitasi
multinasional
hak mereka

Kekurangan kemudahan Risiko kesukaran mendapat balik


asas di sesetengah negara keuntungan kerana sesetengah
kurang membangun negara mengehadkan syarikat
menyukarkan proses multinasional hanya boleh mengalirkan
komunikasi antara negara sebahagian keuntungan keluar
dan melambatkan daripada firma induk dan bakinya
keputusan dikehendaki dilaburkan semula dalam
pasaran tempatan

2.1.3 Faktor Penggalak Globalisasi

Proses globalisasi membawa kebaikan kepada ekonomi Malaysia

 Malaysia dilihat sebagai suatu negara yang sedang membangun yang berpotensi
bagi perkembangan perniagaan syarikat multinasional lain.
 Pelaburan syarikat multinasional dalam Malaysia telah menyumbang kepada
pendapatan negara dan juga pertumbuhan ekonomi tempatan
 Kerajaan Malaysia telah melakukan pelbagai inisiatif kerana menyedari
kepentingan sumbangan pelaburan modal asing dalam ekonomi.

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 5
MODUL NOTA EKONOMI T5

 Antara inisiatif tersebut ialah :

Inisiatif kerajaan

2. Infrastruktur
3. Infrastruktur
1. Peranan teknologi makluat 4. Pelancongan
pengangkutan
kerajaan dan komunikasi
yang baik
yang maju

1. Peranan Kerajaan

 Kerajaan telah mengamalkan sikap terbuka terhadap kemasukan syarikat multinasional


 Kerajaan melonggarkan kawalan terhadap aktiviti ekonomi melalui dasar kerajaan,
undang-undang, insentif yang akan mempengaruhi perkembangan globalisasi.
 Pelaksanaan liberalisasi perdagangan dan blok perdagangan seperti Kawasan
Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) - untuk menggalakkan kerjasama antara negara
dalam ekonomi.
 Polisi mesra perniagaan yang dilaksanakan oleh kerajaan dan pelbagai insentif seperti
pelepasan cukai dan taraf perintis telah diperkenalkan untuk menarik syarikat
multinasional negara lain.
 Polisi kerajaan seperti pengecualian visa untuk rakyat tertentu dan pemberian visa
semasa ketibaan bagi mengalu-alukan kepakaran dari negara lain untuk menyumbang
dalam ekonomi Malaysia.

2. Infrastruktur Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (Ict) Yang


Maju

 ICT merujuk kepada suatu sistem komunikasi dan perolehan maklumat melalui
penggunaan alatan teknologi secara interaktif.
 Perkembangan ICT didorong oleh perkembangan internet.
 Kawalan perniagaan menjadi mudah walaupun mempunyai cawangan di negara lain
melalui kemudahan ICT seperti e-mail, sidang video yan g dapat memudahkan
komunikasi.
 Masalah dapat diselesaikan dengan mudah, proses pemindahan maklumat juga dapat
dibuat dengan mudah, pantas dan murah.
 Penggunaan Internet menyebabkan aliran maklumat dan idea bergerak dengan pantas
dan ini menggalakkan inovasi, produktiviti, dan juga pertumbuhan ekonomi
 Pengguna boleh membeli pelbagai barang dari negara lain melalui internet dan
kemajuan kemudahan ini telah menggalakkan perkembangan globalisasi.

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 6
MODUL NOTA EKONOMI T5

3. Infrastruktur Pengangkutan Yang Baik

 Sistem pengangkutan meliputi pengangkutran darat, udara dan air.


 Sistem pengangkutan yang cekap merupakan faktor penggalak yang besar dalam
proses globalisasi.
 Misalnya, penggunaan kapal laut yang besar dapat mengurangkan kos pengangkutan
barang antara negara dan ini membolehkan pengeluar menyediakan barang pada harga
yang lebih murah.
 Malaysia mempunyai sistem pengangkutan darat yang sangat efektif kerana hampir
semua bandar utama dihubungi oleh jalan raya. Keadaan ini memudahkan aktiviti
pemindahan barang dan penumpang.
 Kewujudan syarikat pengangkutan udara seperti MAS telah memudahkan pergerakan
manusia dari satu negara ke negara lain.
 Aktiviti perniagaan dapat dilakukan dengan cepat dan mudah dengan adanya
kemudahan penerbangan kos rendah.
 Penentu dalam pemilihan cara pengangkutan global ialah :

i.Faktor geografi
ii.Jarak pengangkutan
iii.Sifat barang (tahan lama/tidak)
iv.Tarikh penghantaran yang telah dijanjikan
v.Kos pengangkutan yang dikenakan

4. Pelancongan

 Disebabkan sektor pelancongan memberikan sumbangan besar kepada ekonomi


negara, pelbagai galakan dan insentif diberikan oleh kerajaan untuk membangunkan
sektor pelancongan. Keadaan ini secara tidak langsung dapat menggalakkan proses
globalisasi.
 Pembukaan lapangan terbang KLIA 2 khusus untuk syarikat penerbangan tempatan dan
antarabangsa kos rendah juga memudahkan pergerakan manusia di antara negara.
 Perkhidmatan seperti tempahan tiket penerbangan, penginapan, pakej pelancongan
atas talian telah mengurangkan kos operasi dan memudahkan aktiviti pelancongan.

2.1.4 Pelaburan Langsung Asing

 Pelaburan langsung asing bermaksud pelaburan yang dibuat oleh firma atau individu
dari luar negara untuk memulakan operasi perniagaan atau membeli aset perniagaan di
Malaysia.
 Pelaburan asing secara langsung ialah berbeza dengan portfolio pelaburan yang mana
satu pelaburan pasif di sekuriti negara yang lain seperti saham dan bon.
 Peningkatan persaingan dan kos di negara maju menyebabkan sebahagian besar
syarikat multinasional memindahkan operasi ke negara membangun dengan tujuan
memperoleh faktor pengeluaran pada harga yang lebih murah.

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 7
MODUL NOTA EKONOMI T5

 Dasar mesra pelaburan :

Dasar mesra pelaburan

Pengecualian cukai
(pendapatan perniagaan Pelepasan cukai Kredit pelaburan
dikecualikan daripada cukai
pendapatan)

 Pelaburan langsung asing boleh dilakukan melalui beberapa cara seperti yang
berikut :
1. Membina
kemudahan
pengeluaran di
negara lain

2.
Pelaburan Pengambil
4. Membuka
langsung alihan
subsidiari
asing syarikat

3. Usaha sama
dengan syarikat
tempatan

1. Membina Kemudahan Pengeluaran Di Negara Lain

 Firma membeli atau memajak tanah, membina kemudahan baru, menyewa atau
memindahkan pekerja dalaman seperti pengurus dan pekerja kemudian memulakan
operasi baru.
 Kilang pembuat filem, Fuji Film bertempat di South Carolina mewakili pelaburan
Greenfield, sama seperti Mercedes-Benz kilang pemasangan automobil di Alabama
dan kilang Nissan di Sunderland, England.

2. Pengambilalihan Syarikat Asing

 Merupakan strategi pengambilalihan syarikat sedia ada dan menjalankan


perniagaandi negara tuan rumah.
 Dengan memperolehi perniagaan yang masih beroperasi, pembeli dengan cepat
mendapat kawalan ke atas kilang yang diperolehi, teknologi, kakitangan, jenama-
jenama dan rangkaian pengagihan

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 8
MODUL NOTA EKONOMI T5

3. Usaha Sama Dengan Syarikat Tempatan

 Satu perjanjian perniagaan antara dua atau lebih syarikat untuk bekerja bersama-
sama bagi mencapai matlamat khusus dan untuk menggalakkan kepentingan
bersama.

4. Membuka Subsidiari

 Dalam hal perniagaan, anak syarikat atau subsidiari ialah syarikat yang sebahagian
besar saham dan kepentingannya yang lain dimiliki atau dikuasai oleh syarikat lain.
 Syarikat yang dikawal ini dikenali dengan istilah syarikat, perbadanan, atau syarikat
berhad, ataupun perusahaan milik negara atau kerajaan. Syarikat penguasanya
dikenali sebagai syarikat induk.

Kesan Positif Pelaburan Langsung Asing

 Pelaburan langsung asing dalam ekonomi sesebuah negara bermakna lebih banyak
pelaburan modal oleh syarikat multinasional dalam negara tersebut,
 Keadaan ini boleh mempengaruhi aktiviti ekonomi dalam negara dan mendatangkan
manfaat seperti yang berikut :
Kesan positif pelaburan langsung asing

1. Pertumbuhan ekonomi

2. Pindahan teknologi

3. Meningkatkan kemahiran
modal insan

4. Meningkatkan modal
pelaburan

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 9
MODUL NOTA EKONOMI T5

1. Pertumbuhan Ekonomi

Merujuk kepada
peningkatan
keupayaan
pengeluaran barang
dan perkhidmatan
sesebuah negara
Penggunaan
teknologi dalam Membantu
aktiviti pengeluaran pertumbuhan
meningkatkan Pertumbuhan ekonomi melalui
keupayaan Ekonomi penggunaan
pengeluaran dengan teknologi yang
menggunakan canggih
sumber yang sedia
ada Produktiviti pekerja
meningkat
disebabkan
peningkatan
kemahiran serta
penggunaan kaedah
pengeluaran yang
baharu

2. Pindahan Teknologi

Pelaburan langsung
asing membawa
masuk teknologi
yang canggih
kesesebuah negara

Pengeluar tempatan Kemudahan mesin


berusaha untuk dan jentera,kaedah
meningkatkanmutu pengeluaran,
bahan mentah dan Pindahan kemahiran dan
komponen supaya Teknologi tatacara baharu
dapat meningkatkan meningkatkan
daya saing dan imej pengeluaran dan
barang Pengeluar tempatan produktiviti pekerja
yang membekalkan
bahan mentah dan
komponen kepada
syarikat
multinasional diberi
bimbingan dan
latihan

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 10
MODUL NOTA EKONOMI T5

3. Meningkatkan Kemahiran Modal Insan

Meningkatkan
Kemahiran Modal Insan

Firma asing yang melabur di Malaysia


membantu meningkatkan kemahiran Dengan peningkatan kemahiran
pekerja tempatan dgn menyediakan pekerja, produktiviti dan
pelbagai program latihan keupayaan pekerja meningkat

4. Meningkatkan Modal Pelaburan

Meningkatkan Modal
Pelaburan

Lebih banyak modal dpt dibawa Pemilikan ekuiti asing dalam Daya saingan firma
masuk ke negara Malaysia dan firma Malaysia dapat membantu tempatan dapat
menggalakkan pertumbuhan firma tempatan yang ditingkatkan dengan
aktiviti pengeluaran dan menghadapi masalah pningkatan kemahiran
seterusnya pendapatan negara pembiayaan modal pekerja

Kesan Negatif Pelaburan Langsung Asing


Kesan negatif pelaburan langsung asing

1. Ketidakseimbangan
pendapatan

2. Kemusnahan alam sekitar

3. Aliran untung ke luar negara

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 11
MODUL NOTA EKONOMI T5

1. Ketidakseimbangan Pendapatan

 Firma asing menawarkan upah dan insentif yang lebih baik.


 Oleh itu, pekerja di firma asing menerima pendapatan yang lebih tinggi dgn kemudahan
dan insentif yang lebih baik berbanding pekerja di firma tempatan.
 Maka, wujudnya ketidak seimbangan pendapatan dalam sesebuah negara.
 Syarikat multinasional seperti pasar raya besar memberi kesan buruk kepada peniaga
kecil dalam perniagaan peruncitan.
 Sektor-sektor yang membawa keuntungan yang tinggi dikuasai oleh syarikat-syarikat
gergasi.
 Persaingan sengit menyebabkan kesukaran firma tempatan dan menjejaskan
pendapatan peniaga tempatan.

2. Kemusnahan Alam Sekitar

 Negara Malaysia kaya dengan sumber asli seperti bahan galian, hasil hutan, dan hasil
kehidupan laut.
 Firma asing yang melabur di Malaysia ingin mengeksploitasi sumber alam yang ada di
negara ini.
 Penerokaan dan pengeluaran sumber alam yang tidak dikawal akan membawa kepada
kemusnahan alam sekitar.
 Contohnya, hakisan tanah,banjir kilat dan isu pencemaran yang lain.
 Antaranya, kegiatan perlombongan bauksit memberi kesan yang buruk terhadap alam
sekitar.

3. Aliran Untung Ke Luar Negara

 Firma yang melabur berhak untuk membawa pulang keuntungan yang diperoleh ke
negara asal.
 Negara yang menerima pelaburan langsung asing sukar mengawal aliran keluar dividen
dan keuntungan pelaburan.
 Aliran keluar negara yang berlebihan dan berterusan akan memberi kesan kepada kadar
pertukaran asing sesebuah negara.
 Tindakan firma asing membawa keluar keuntungan pelaburan akan memberi kesan
negatif kepada imbangan pembayarandi sesebuah negara.

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 12
MODUL NOTA EKONOMI T5

2.2 PERDAGANGAN ANTARABANGSA

2.2.1 Perdagangan Antarabangsa

 Perdagangan antarabangsa merujuk kepada urusan jual beli dan perkhidmatan


antara sebuah negara dengan negara yang lain.
 Perdagangan antarabangsa wujud kerana kerana negara-negara yang terlibat
dalam perdagangan antarabangsa dapat mengeluarkan barang-barang dan
perkhidmatan pada keluk kemungkinan pengeluran tetapi mencapai
penggunaan di luar keluk tersebut.
 Setiap negara akan berusaha memperluaskan pasaran barangannya dan
menambahkan pendapatan negara melalui ekport.

- Membeli barang dan perkhidmatan


dari negara lain Contohnya :
Import - Berlaku apabila sesuatu barangan Buah-buhan
tidak dikeluarkan atau mencukupi mediterranean
untuk keperluan rakyat

- Jualan barang dan perkhidmatan


Perdagangan kepada negara lain Contohnya :
Antarabangsa Eksport - Berlaku apabila pengeluaran Getah, kelapa
berangan melebihi penggunaan atau sawit, petroleum
keperluan rakyat

- Membeli barang dari luar negara Contoh: Malaysia


dan menjual semula kepada negar mengimport
lain. bahan kimia untuk
Entrepot - Berlaku apabila sesebuah negara mengeluarkan
memproses barang import dan produk petrokimia
mengeksportnya semula ke negara untuk tujuan
lain eksport

Sebab-sebab Wujud Perdagangan Antarabangsa

Sebab-sebab Wujud
Perdagangan
Antarabangsa

1. Sumber 2. Iklim dan 3. Tingkat 4. Budaya 5. Harga


kecekapan 6. Citarasa
semulajadi jenis tanih masyarakat faktor pengguna
teknologi

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 13
MODUL NOTA EKONOMI T5

1. Sumber semulajadi

 Sumber semulajadi dianugerahkan oleh Tuhan berlainan kepada setiap negara


 Negara yang kaya dengan sesuatu sumber semulajadi akan mengeksport sumber ke
negara lain.
 Contohnya, negara yang kaya dengan minyak petroleum seperti Arab Saudi dan Iran
akan mengeksport minyak.

2. Iklim dan jenis tanih

 Keluaran hasil pertanian dan perhutanan sesebuah negara berbeza akibat daripada
perbezaan iklim dan jenis tanih.
 Mempengaruhi jenis keluaran pertanian sesebuah negara. Ini bermakna sesebuah
negara perlu mengimport hasil pertanian dari negara lain untuk memenuhi keperluan
rakyatnya.
 Contohnya ; Malaysia dianugerahkan Tuhan dengan iklim khatulistiwa dan jenis tanah
yang sesuai untuk penanaman kelapa sawit.

3. Tingkat kecekapan teknologi

 Pengkhususan dan proses pengeluran yang lebih cekap membolehkan sesebuah


negara mengeluarkan sesuatu barangan dengan kos pengeluaran yang lebih rendah.
 Kecekapan pengeluaran hasil daripada kos pengeluaran yang murah mendorong kos
faktor pengeluran secara besar-besaran dan seterusnya mengeksportkannya ke
negara lain.
 Faedah berbanding ialah faedah yang dinikmati oleh sesebuah negara yang sanggup
mengeluarkan sesuatu barang dengan harga relatif atau kos lepas yang rendah
 Contohnya,Thailand berkeupayaan mengeksportkan beras ke Malaysia dan
Singapura pada harga yang murah kerana tingkat kecekapannya yang tinggi dalam
penghasilan beras.

4. Budaya masyarakat

 Budaya masyarakat yang berbeza akan mempengaruhi kecenderungan masyrakat


dalam pengeluaran sesuatu barangan.
 Perbezaan budaya masyarakat biasanya melibatkan kemahiran dan minat pekerja.
 Contohnya, Perancis terkenal sebagai pusat fesyen pakaian dunia.

5. Harga faktor

 Upah buruh, sewa tanah dan faedah modal akan mempengaruhi pemilihan teknik
pengeluaran bagi sesuatu barang danperkhidmatan.
 Bilangan buruh yang banyak dan kadar upah yang lebih murah membbolehkan
pengkhususan dalam pengeluaran tekstil yang berintensifkan buruh
 Barang modal yang lebih murah dan cekap akan mengkhusus kepada pengeluaran
barang seperti kapal terbang yang berintensifkan modal
 Contohnya, minyak kelapa sawit dari Malaysia mampu bersaing dengan minyak kacang
soya dari Amerika Syarikat.

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 14
MODUL NOTA EKONOMI T5

6. Citarasa pengguna

 Citarasa masyarakat daripada pelbagai kaum adalah berbeza dan sukar dipenuhi.
 Para peniaga mengimport pelbagai jenis barang dari luar negara untuk memenuhi
citarasa pengguna
 Kehendak terhadap kereta mewah atau pakaian berjenama menyebabkan barang
tersebut diimport.

2.2.2 Kepentingan Perdagangan Antarabangsa

 Membawa banyak manfaat kepada individu, masyarakat, atau negara.

1. Memperoleh barang yang tidak


dikeluarkan di dalam negara

2. Meluaskan pasaran

3. Menambah pendapatan negara

4. Menggalakkan pemindahan dan


penggunaan teknologi
Kepentingan Perdagangan

5. Menikmati barang dengan harga yang lebih


murah
Antarabangsa

6. Meningkatkan kecekapan pengeluaran

7. Menawarkan pilihan pengguna yang


pelbagai

8. Menambah peluang pekerjaan

9. Menggalakkan mobiliti tenaga buruh

10. Menggalakkan pelaburan

11. Mewujudkan hubungan baik dengan rakan


dagang

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 15
MODUL NOTA EKONOMI T5

1. Memperoleh barang yang tidak dikeluarkan di dalam negara

Akibat daripada
perbezaan iklim,
jenis tanih, dan
anugerah sumber
semulajadi

India dan China Memperoleh Dapat


akan import barang yang tidak diperoleh
minyak kelapa dikeluarkan di dari negara
sawit dari dalam negara lain
negara kita
Rakyat Malaysia
dapat nikmati buah
sitrus melalui
perdagangan
antarabangsa dengan
Amerika Syarikat dan
China

2. Meluaskan pasaran

Mempunyai pasaran
yang lebih luas

Meluaskan
pasaran
Keuntungan Kuantiti jualan
firma tempatan meningkat
meningkat

3. Menggalakkan pemindahan dan penggunaan teknologi

Membuka peluang bagi kemasukan


kemahiran, pengalaman dan pengetahuan
teknologi terkini dari luar negara

Menggalakkan
pemindahan dan
penggunaan teknologi

Untuk meningkat kan daya Import mesin, jentera dan


pengeluaran dan memajukan peralatan moden yang
industri tempatan lebih canggih

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 16
MODUL NOTA EKONOMI T5

4. Menambah pendapatan negara

Kerajaan dapat
mengutip duti
import dan
eksport

Cukai
Disebabkan Menambah keuntungan
peningkatan pendapatan syarikat yang
keuntungan negara dikutip oleh
firma kerajaan
tempatan meningkat

kerajaan
menambah
peruntukan untuk
projek
pembangunan
negara

5. Menikmati barang dengan harga yang lebih murah

Peningkatan dalam
daya pengeluaran
dan kemahiran
Melakukan aktiviti sumber manusia
import dan Pengeluaran
eksport untuk barang
memperoleh dilakukan
manfaat masing- secara besar-
masing Menikmati besaran
barang dengan
harga yang
lebih murah
Kos yang
Malaysia dapat lebih murah
keluarkan dan mutu
minyak kelapa
sawit pada harga
yang lebih
yang lebih baik
Amerika Syarikat
murah berjaya keluarkan
kapal terbang
pada harga yang
lebih rendah

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 17
MODUL NOTA EKONOMI T5

6. Meningkatkan kecekapan pengeluaran

Persaingan dalam
pasaran dunia Mewujudkan
menggalakkan persaingan antara
usaha penyelidikan pengeluar dan
dan pembangunan barang yang
(R&D) dikeluarkan

Meningkatkan
kecekapan
pengeluaran
Persaingan yang
Kaedah paling timbul mendorong
cekap menghalang pengeluar untuk
firma monopoli keluarkan barang
daripada kenakan yang lebih
harga yang tinggi bermutu

7. Menawarkan pilihan pengguna yang pelbagai

Pelbagai jenis barang berjaya diimport untuk


penuhi keperluan dan kehendak pengguna
tempatan

Menawarkan pilihan
pengguna yang
pelbagai

Masyarakat mempunyai
Pilihan luas meningkatkan
pelbagai pilihan mengikut
kepuasan dan taraf hidup
citarasa dan kemampuan
pengguna
mereka

8. Menambah peluang pekerjaan

Permintaan semakin Mendorong pengeluar


meningkat terhadap tempatan dan pelabur
barang eksport asing besarkan skala
keluarannya
Menambahkan
peluang pekerjaan
Wujudkan lebih banyak
peluang pekerjaan dan Untuk mendapatkan
kurangkan masalah keuntungan yang
pengangguran maksimum

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 18
MODUL NOTA EKONOMI T5

9. Menggalakkan mobiliti tenaga buruh

Indonesia dan Bangladesh mempunyai ramai


tenaga buruh berhijrah ke Malaysia untuk
bekerja

Menggalakkan mobiliti
tenaga buruh

Malaysia kurang tenaga


Tenaga buruh dapat bergerak buruh mahir telah import
ke negara lain tenaga buruh dari negara
maju

10. Menggalakkan pelaburan

Kebenaran berkongsi diberi


oleh Malaysia dalam sektor
penerbangan, perhubungan Dasar ekonomi
dan kewangan diamalkan oleh
menggalakkan kemasukan sesebuah negara
pelabur asing

Menggalakkan
pelaburan
Perkongsian pintar
yang diadakan dengan Menggalakkan
pelabur asing bantu kemasukan
percepatkan pelaburan
pertumbuhan ekonomi langsung asing

11. Mewujudkan hubungan baik dengan rakan dagang

Mewujudkan semangat saling membantu


antara satu negara dengan negara yang lain

Mewujudkan hubungan
baik dengan rakan
dagang

Berjaya wujudkan
Untuk mencapai taraf hidup
kerjasama antara negara
yang lebih baik
rakan dagang

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 19
MODUL NOTA EKONOMI T5

Keburukan Perdagangan Antarabangsa

1. Merugikan negara membangun

2. Terlalu bergantung kepada industri

Keburukan Perdagangan
import dan eksport
3. Mengamalkan pengkhususan

Antarabangsa
berlebihan

4. Kurang mobiliti sumber

5. Mengamalkan dasar perlindungan

6. Menimbulkan masalah lambakan

7. Menyebarkan budaya tidak sihat

2.2.3 Sekatan Perdagangan Antarabangsa

Maksud : Dasar perdagangan luar oleh kerajaan sesebuah negara untuk mengawal
eksport dan import negara.

1. Tarif
6.
Sekatan 2.
bukan Subsidi
ekonomi
Sekatan
Perdagangan
Antarabangsa
5. 3. Kuota
Embargo

4. Kawalan
pertukaran
asing

- Spesifik
Tarif
- Ad valorem
Sekatan Perdagangan
Antarabangsa - Subsidi
- Kuota
Bukan tarif - Kawalan pertukaran asing
- Embargo
- Sekatan bukan ekonomi

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 20
MODUL NOTA EKONOMI T5

1. Tarif :

 Cukai yang dikenakan atas barang yang diimport dari luar negara.
 Pengenaan tarif akan menyebabkan harga barang import meningkat dan secara
relatifnya lebih mahal berbanding dengan barang keluaran tempatan.
 Tariff terbahagi kepada dua jenis iaitu :

Tarif

Spesifik Ad valorem

 Cukai tetap yang dikenakan atas  Cukai import yang dihitung


unit / kuantiti setiap barang yang berdasarkan harga barang import.
diimport.  Jika tarif ialah 50%, maka barang
 Jika tarif ialah RM30 setiap 100 import yang bernilai RM20,000
kilogram beras import, cukai dikenakan jumlah cukai sebanyak
import beras tersebut adalah RM10,000, manakala barang
tetap, tidak kira harga beras import yang bernilai RM40,000
import naik atau turun. dikenakan jumlah cukai sebanyak
RM20,000.

 Kebaikan tarif ialah :

menaikkan harga import barangan

mengurangan permintaan tempatan


terhadap barangan import
Kebaikan tarif

menambahkan permintaan tempatan


terhadap barangan pengganti import

memperbaiki imbangan perdagangan dan


imbangan pembayaran negara

menambahkan pendapatan negara

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 21
MODUL NOTA EKONOMI T5

2. Subsidi :
 Bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan kepada pengeluar tempatan untuk
membolehkannya bersaing dengan pengeluar negara asing.

Mengurangkan kos pengeluaran dan


harga barang keluaran tempatan lebih
murah

Subsidi
Diberi kepada pengeluar barang
eksport utama negara agar harga Permintaan terhadap
barang ekport menjadi lebih murah barang keluaran
dan lebih berdaya saing di pasaran tempatan akan
antarabangsa meningkat

3. Kuota :

Sekatan perdagangan terhadap jumlah barang yang boleh


diimport dalam suatu jangka masa tertentu

Had maksimum bagi sesuatu barang yang boleh diimport.


Contohnya, bilangan unit kereta yang boleh diimport dalam
Kuota

tempoh masa setahun

Menyebabkan penawaran terhadap barang import berkurang

Permintaan pengguna terhadap barang tempatan akan meningkat

4. Kawalan pertukaran asing :


Mengehadkan pembelian
pertukaran asing oleh
pengimport tempatan agar
kemasukan barang import dapat
dikawal

Kawalan
pertukaran asing

Dapat menggalakkan Jumlah pertukaran asing yang


perkembangan industri terhad, hasrat pengimport untuk
penggantian import negara mengimport lebih banyak barang
import akan terhalang

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 22
MODUL NOTA EKONOMI T5

5. Embargo :

Perintah larangan atau pemulauan perdagangan terhadap negara


tertentu

Jarang dilakukan kecuali atas alasan keselamatan atau


kepentingan negara
Embargo

Menjejaskan hubungan baik antara sebuah negara dengan negara


lain

Contohnya kerajaan Malaysia tidak membenarkan import barangan


pertanian seperti buah-buahan dan peralatan pertanian dari negara
Israel atas dasar strategik negara untuk menentang tindakan Israel
menindas rakyat Palestin

6. Sekatan Bukan Ekonomi :

Sekatan dalam bentuk undang-


undang, peraturan atau syarat-
syarat tertentu terhadap
sesebuah negara

Sekatan Bukan
Ekonomi

Contoh: barang import seperti


daging, susu tepung, minuman
berkhasiat akan diperiksa dan Bertujuan menjamin keselamatan
dikenal pasti ciri keselamatan serta dan kesihatan rakyat negara
kendungan kesihatannya

 Contoh sekatan bukan ekonomi terhadap produk seperti yang berikut :


Produk yang memudaratkan kesihatan
- Sayur-sayuran, buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan yang diimport
harus bebas daripada sberaang penyakit dan bahan kimia yang akan
membahayakan kesihatan dan keselamatan rakyat

Produk yang tidak menepati piawaian dan mutu


- barang elektrik dan elektronik yang diimport harus menepati
paiawaian dan mutu yang telah ditetapkan oleh SIRIM agar selamat
digunakan

Produk yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang


kesihatan
- Ubat-ubatan dan barang kesihatan lain yang diimport haruslah
mematuhi peraturan dan undang-undang kesihatan yang telah
digariskan oleh kerajaan

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 23
MODUL NOTA EKONOMI T5

Tujuan Sekatan Perdagangan Antarabangsa

1. melindungi
industri muda
tempatan
2.
7. menghadapi
mengatasi persaingan
masalah
lambakan
Tujuan
Sekatan 3. sebagai
Perdagangan sumber
6. Antarabangsa hasil
keselamatan kerajaan

4.
5. mewujudkan
memperbaiki peluang
imbangan pekerjaan
pembayaran

1. Melindungi Industri Muda Tempatan


Pengenaan tarif menaikkan harga barang import
dan mengurangkan persaingan dengan barang
Melindungi Industri

keluaran tempatan
Muda Tempatan

Industri ini dapat berkembang maju, menjadi lebih


kukuh dan lebih berdaya saing

Dapat berkembang dengan kukuh dan melakukan


pengeluaran secara besar-besaran untuk
menikmati kos pengeluaran seunit yang lebih
rendah

2. Menghadapi Persaingan
Berpeluang meningkatkan usaha penyelidikan dan
pembangunan (R&D) untuk keluarkan barang lebih
berkualiti
Menghadapi
Persaingan

Mengurangkan pergantungan negara terhadap


pengimportan barang perkilangan dan penggunaan
dari luar negara

Peningkatan daya saing menggalakkan eksport


barang keluaran tempatan keluar negara

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 24
MODUL NOTA EKONOMI T5

3. Sebagai Sumber Hasil Kerajaan

Sebagai Sumber Hasil Kerajaan

Kutipan tarif merupakan Hasil daripada tarif boleh


sumber pendapatan bagi biayai perbelanjaan
kerajaan mengurus dan perbelanjaan
pembangunan

4. Mewujudkan Peluang Pekerjaan

Mewujudkan peluang pekerjaan

Perkembangan industri tempatan Membantu mengurangkan


akibat daripada tarif, kuota dan kadar pengangguran dan
subsidi akan menawarkan lebih meningkatkan pendapatan
banyak peluang pekerjaan negara

5. Memperbaiki Imbangan Dagangan

Permintaan terhadap barang import akan


berkurang akibat daripada tarif dan kuota yang
Imbangan Dagangan

dikenakan
Memperbaiki

Kejatuhan dalam nilai import mengurangkan


pembayaran wang keluar negara

Memperbaiki kedudukan imbangan dagangan dan


imbangan pembayaran negara

6. Keselamatan

Keselamatan

Untuk melindungi industri Untuk menghalang kemasukan


penting dan strategik agar barang-barang yang haram
tidak terlalu bergantung pada atau barang makanan yang
bekalan import dicemari oleh penyakit atau
bahan kimia yang bahaya

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 25
MODUL NOTA EKONOMI T5

7. Mengatasi Lambakan

Aktiviti menjual sesuatu barang di negara asing dengan harga


yang lebih rendah daripada kos pengeluaran atau harga
keluaran di pasaran dalam negara tersebut

Bertujuan untuk menghabiskan lebihan penawaran dalam


negara atau mengusir pesaing dan wujudkan kuasa monopoli
Mengatasi Lambakan

di pasaran dunia

Lambakan akan menjejaskan industri untuk industri muda


tempatan kerana tidak dapat bersaing dengan pengeluar asing

Pengenaan tarif dapat elakkan pasaran tempatan daripada


masalah ini

Anti lambakan - tindakan menyekat barang import untuk


menghalang penjualan lebihan barang di pasaran tempatan

2.2.4 Kesan Tarif, Subsidi dan Kuota terhadap Perdagangan


Antarabangsa

1. Kesan Pelaksanaan Tarif

a) Sebelum perdagangan antarabangsa dijalankan, keseimbangan pasaran dicapai


pada titik E0 apabila keluk permintaan D0D0 bersilang dengan keluk penawaran
S0S0. Tingkat harga dan kuantiti keseimbangan dicapai pada P0 dan Q0.
b) Selepas perdagangan antarabangsa dijalankan, keluk penawaran S1S1 bersilang
dengan keluk permintaan D0D0 pada titik keseimbangan E1. Tingkat harga dicapai
pada P1, dan jumlah kuantiti permintaan adalah 0Q4.
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 26
MODUL NOTA EKONOMI T5

c) Pada tingkat harga P1, jumlah kuantiti penawaran dalam negara adalah sebanyak
0Q1 dan jumlah kuantiti diimport adalah sebanyak Q1Q4.
d) Apabila tarif sebanyak P1P2 dikenakan, keluk penawaran S2S2 bersilang dengan
keluk permintaan D0D0 pada tingkat harga P2 dan jumlah kuantiti permintaan
adalah 0Q3
e) Pada tingkat harga P2, jumlah kuantiti penawaran dalam negara adalah sebanyak
0Q2 dan jumlah kuantiti diimport adalah sebanyak Q2Q3.
f) Jumlah hasil cukai import yang diperoleh oleh kerajaan adalah sebanyak AE2GH.

Kesan Positif Tarif Kesan Negatif Tarif

 Harga kereta diimport akan  Herotan(distortion) dalam peruntukan


meningkat kerana pengimport sumber berlaku apabila sumber yang
memindahkan beban tarif kepada mungkin boleh digunakan dengan
pengguna dengan menaikkan harga lebih cekap dalam industri lain
jualan dialihkan ke industri penggantian
 Permintaan kereta diimport akan import
menurun manakala permintaan  Pengguna terpaksa menanggung
terhadap kereta keluaran tempatan perbelanjaan yang lebih besar
akan meningkat disebabkan harga  Menggunakan barangan yang kurang
yang secara relatifnya lebih rendah bermutu
 Penawaran kereta oleh pengeluar  Mengurangkan daya saing industri
tempatan akan meningkat penggantian import untuk
 Jumlah kereta diimport akan meningkatkan kecekapan
berkurang, perbelanjaan negara atas pengeluaran
kereta import juga menurun  Menghadapi tindak balas yang sama
 Kerajaan tempatan memperoleh hasil daripada negara yang dikenakan tarif
daripada kutipan tarif
 Peningkatan guna tenaga dalam
negara dan kadar pengangguran
menurun

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 27
MODUL NOTA EKONOMI T5

2. Kesan Pelaksanaan Subsidi

a) Sebelum perdagangan antarabangsa dijalankan, keseimbangan pasaran dicapai


pada titik E0 apabila keluk permintaan D0D0 bersilang dengan keluk penawaran
S0S0. Tingkat harga dan kuantiti keseimbangan dicapai pada P0 dan Q0.
b) Selepas perdagangan antarabangsa dijalankan, keluk penawaran S1S1 bersilang
dengan keluk permintaan D0D0 pada titik keseimbangan E1. Tingkat harga dicapai
pada P1 dan jumlah kuantiti permintaan adalah 0Q3.
c) Pada tingkat harga P1 , jumlah kuantiti penawaran dalam negara adalah sebanyak
0Q1 dan jumlah kuantiti diimport adalah sebanyak Q1 Q3
d) Selepas kerajaan memberikan subsidi, keluk penawaran S2S2 bersilang dengan
keluk permintaan D0D0 pada tingkat harga P2 dan jumlah kuantiti permintaan
adalah 0Q4
e) Pada tingkat harga P2, jumlah kuantiti penawaran dalam negara adalah sebanyak
0Q2 + Q0O4 dan jumlah kuantiti diimport adalah sebanyak Q2Q0.
f) Jumlah kuantiti yang diimport selepas pemberian subsidi Q2Q0 adalah lebih kecil
jika dibanding dengan sebelum pemberian subsidi iaitu sebanyak Q1 Q3.

Kesan pemberian subsidi

1. Harga barang keluaran tempatan akan menurun.


2. Permintaan terhadap barang keluaran tempatan akan meningkat kerana harganya
secara relatif lebih rendah daripada barang import.
3. Penawaran barang oleh pengeluar tempatan akan meningkat kerana permintaan
terhadap barang keluaran tempatan telah meningkat.
4. Jumlah barang diimport akan berkurang. Oleh itu, perbelanjaan negara atas
barang import akan menurun.
5. Guna tenaga dalam negara akan meningkat kerana aktiviti pengeluaran tempatan
yang meningkat memerlukan lebih banyak tenaga buruh.
6. Oleh itu, kadar pengangguran dalam negara dapat diturunkan.

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 28
MODUL NOTA EKONOMI T5

3. Kesan Pelaksanaan Kuota

a) Sebelum perdagangan antarabangsa dijalankan, keseimbangan pasaran dicapai


pada titik E0 apabila keluk permintaan D0D0 bersilang dengan keluk penawaran
S0S0. Tingkat harga dan kuantiti keseimbangan dicapai pada P0 dan Q0.
b) Selepas perdagangan antarabangsa dijalankan, keluk penawaran S1S1 bersilang
dengan keluk permintaan D0D0 pada titik keseimbangan E1. Tingkat harga dicapai
pada P1 dan jumlah kuantiti permintaan adalah 0Q4.
c) Pada tingkat harga P1 , jumlah kuantiti penawaran dalam negara adalah sebanyak
0Q1 dan jumlah kuantiti diimport adalah sebanyak Q1 Q4
d) Selepas kuota import dikenakan, keluk penawaran S2S2 bersilang dengan keluk
permintaan D0D0 pada tingkat harga P2 dan jumlah kuantiti permintaan adalah
0Q3
e) Pada tingkat harga P2, jumlah kuantiti penawaran dalam negara adalah sebanyak
0Q2 dan jumlah barang diimport adalah sebanyak Q2Q3.

Kesan kuota import

1. Harga barang diimport akan meningkat kerana penawaran barang import dalam
pasaran tempatan telah berkurang.
2. Permintaan barang diimport akan menurun manakala permintaan terhadap barang
keluaran tempatan akan meningkat kerana harga yang secara relatifnya lebih
rendah.
3. Penawaran barang oleh pengeluar tempatan akan meningkat kerana permintaan
terhadap barang keluaran tempatan telah meningkat.
4. Jumlah barang diimport akan berkurang. Perbelanjaan negara atas barang import
juga menurun.
5. Guna tenaga dalam negara akan meningkat kerana aktiviti pengeluaran tempatan
yang meningkat memerlukan lebih banyak tenaga buruh. Kadar pengangguran
dalam negara dapat diturunkan.

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 29
MODUL NOTA EKONOMI T5

2.2.5 Kebaikan dan Keburukan Sekatan Perdagangan


Antarabangsa dan Liberalisasi Perdagangan

Kebaikan Sekatan Perdagangan Antarabangsa

1. Mengurangkan penawaran barang import


 Sekatan perdagangan antarabangsa akan menyebabkan jumlah penawaran barang
import dalarn pasaran tempatan berkurang.
 Harga barang import menjadi lebih mahal berbanding dengan barang keluaran
tempatan dan seterusnya mengurangkan permintaan terhadap barang import.
2. Meningkatkan permintaan terhadap barang tempatan
 Pengurangan permintaan rakyat tempatan terhadap barang import yang lebih mahal
harganya akan membawa kepada peningkatan dalam permintaan terhadap
barangan buatan tempatan yang lebih murah harganya.
3. Mengurangkan pengangguran
 Sekatan perdagangan antarabangsa akan membawa kepada perkembangan industri
tempatan dan meningkatkan permintaan terhadap keluaran tempatan.
 Pihak pengeluar tempatan meningkatkan pengeluaran barangan untuk memenuhi
permintaan dan seterusnya menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada
penduduk tempatan.
 Ini dapat mengurangkan kadar pengangguran negara dan meningkatkan guna
tenaga negara. Pendapatan dan taraf hidup rakyat tempatan akan meningkat.
4. Meningkatkan pendapatan negara
 Sekatan perdagangan antarabangsa dalam bentuk tarif akan menyumbang kepada
sumber hasil cukai kerajaan dan meningkatkan pendapatan negara.
 Pemberian subsidi oleh kerajaan kepada pengeluar tempatan akan menjadikan
harga barang eksport lebih murah di pasaran antarabangsa.
 Permintaan yang semakin bertambah terhadap barang eksport negara akan
meningkatkan jumlah keuntungan pengeluar tempatan.
 Hal ini secara tidak langsung akan meningkatkan hasil kutipan cukai kerajaan dan
pendapatan negara.
5. Memperbaiki imbangan pembayaran
 Sekatan perdagangan dalam bentuk tarif, kuota, dan kawalan pertukaran asing akan
mengurangkan permintaan terhadap barang import, manakala subsidi yang
diberikan kepada pengeksport akan meningkatkan permintaan terhadap eksport
negara.
 Pengurangan dalam jumlah nilai import negsra dan peningkatan yang besar dalam
jumlah nilai eksport negara akan menjadikan imbangan pembayaran negara
semakin bertambah baik.
6. Melindungi industri tempatan
 Kerajaan memberi perlindungan kepada industri muda tempatan yang belum kukuh
melalui sekatan perdagangan antarabangsa seperti tarif dan kuota supaya dapat
bersaing dengan firma asing yang lebih besar dan cekap.
 Contohnya, duti import yang dikenakan atas kereta import membolehkan industri
kereta tempatan menguasai pasaran dan memperoleh keuntungan yang lebih tinggi.
 Malah, industri muda tempatan yang berkembang maju dapat meningkatkan daya
saing dan produktivitinya untuk bersaing di peringkat global.

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 30
MODUL NOTA EKONOMI T5

Keburukan Sekatan Perdagangan Antarabangsa

1. Salah pengagihan sumber


 Dasar perlindungan yang berlebihan menyebabkan banyak sumber ekonomi
diagihkan kepada sektor atau industri yang dilindungi oleh tarif dan bukannya
industri lain yang lebih cekap dan berpotensi.
 Ini akan merugikan negara dalam jangka masa panjang kerana agihan sumber
negara tidak lagi berdasarkan kriteria kecekapan pengeluaran.
2. Merugikan pengguna
 Kenaikan harga barang import hasil daripada sekatan tarif menyebabkan pengguna
terpaksa membayar harga yang lebih tinggi untuk menikmati barang import.
 Merugikan para pengguna dan mengurangkan pilihan serta tingkat kepuasan .
3. Pengagihan pendapatan yang tidak adil
 Tindak balas negara rakan dagang mengurangkan import dari Malaysia akan
menjejaskan pertumbuhan dan tingkat keuntungan industri eksport negara.
 Pengeluar akan mengurangkan pengeluaran dan penggunaan tenaga buruh akibat
daripada penurunan permintaan terhadap barang eksport negara.
 Hal ini akan menjejaskan peluang pekerjaan dan pendapatan tenaga buruh yang
terlibat dalam industri yang berorientasikan eksport.
 Jurang pendapatan antara pekerja yang bekerja dalam sektor eksport dengan
pekerja dalam sektor ekonomi yang lain menjadi semakin besar.
4. Mengurangkan eksport
 Rakan dagang Malaysia yang dikenakan sekatan perdagangan antarabangsa dalam
bentuk tarif cenderung untuk mengambil tindak balas dengan mengurangkan import
dari Malaysia.
 Tindakan yang sedemikian akan mengurangkan jumlah nilai eksport Malaysia dan
seterusnya menjejaskan imbangan pembayaran negara.
5. Mewujudkan monopoli
 Industri tempatan yang dilindungi melalui sekatan perdagangan akan cenderung
untuk menjadi pengeluar monopoli dalam pasaran tempatan.
 Kewujudan kuasa monopoli dalam pasaran akan mendatangkan kesan yang negatif
terhadap ekonomi seperti kenaikan harga barang dan ketidakcekapan dalam agihan
sumber ekonomi negara.
6. Ketidakcekapan dalam industri tempatan
 Industri tempatan yang dilindungi melalui dasar sekatan perdagangan antarabangsa
cenderung untuk bergantung kepada kerajaan dan kurang berusaha untuk
meningkatkan tahap kecekapan pengeluaran dan daya saing di peringkat
antarabangsa.
 Kebergantungan yang berpanjangan ini akan mewujudkan ketidakcekapan dalam
operasi pengeluaran dan agihan sumber negara.

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 31
MODUL NOTA EKONOMI T5

Liberalisasi Perdagangan

1. Liberalisasi perdagangan bermaksud tiada syarat pegangan atau sekatan dalam


hubungan perdagangan antara sesebuah negara dengan negara yang lain.
2. Liberalisasi melibatkan kelonggaran dalam pegangan ekuiti asing, pengurangan
tarif dan sekatan bukan tarif serta kemasukan tenaga buruh dan pelaburan
langsung asing (FDI) dari luar ke dalam sesebuah negara.

Kebaikan liberalisasi perdagangan Keburukan liberalisasi perdagangan

a. Interaksi dan transaksi antara negara- a. Ketidakupayaan industri tempatan untuk


negara yang terlibat akanmenjadi lebih bersaing dengan pelabur asing yang
intensif tanpa dibatasi oleg sebarang memasuki pasaran tempatan tanpa
peraturan dan undang-undang. sekatan.
b. Memudahkan aliran barang, perkhidmatan, b. Sekatan pelaburan yang diwujudkan oleh
dan sumber antara negara. negara maju dalam industri berteknologi
c. Mengurangkan kos pengeluaran, tinggi seperti industri automotif dan
meningkatkan skala pengeluaran, dan industri teknologi maklumat dan
daya saing negara komunikasi (ICT).
d. Membolehkan penempatan sumber negara c. Kewujudan Perjanjian Perdagangan
kepada dalam industri yang berpotensi Bebas (FTA) yang bersifat tidak adil dan
untuk memperoleh keuntungan yang biasanya merugikan negara sedang
maksimum membangun.
e. Meningkatkan jumlah keuntungan firma d. Hasrat perkongsian kepakaran dan
dan kegiatan penyelidikan dan pemindahan teknologi yang moden dari
pembangunan (R&D) yang berterusan negara maju tidak berlaku dengan
untuk tenaga kerja yang pakar dalam sepenuhnya.
jangka panjang. e. Pergantungan ekonomi negara terhadap
f. Kemasukan pelaburan asing membantu pelaburan dan industri asing dari luar
merancakkan kadar pertumbuhan ekonomi negara akan mengetepikan kepentingan
negara terutamanya industri yang dan kebajikan rakyat tempatan.
berorientasikan eksport negara. f. Kemunculan kuasa monopoli akan
g. Mewujudkan persaingan yang sihat, menentukan pelbagai syarat dan
menggalakkan usaha inovasi, dan peraturan yang menguntungkan pemodal
pemindahan teknologi untuk meningkatkan asing, tetapi boleh merugikan negara dan
kecekapan pengeluaran negara rakyat setempat.
h. Menjana lebih banyak peluang pekerjaan
dan meningkatkan pendapatan isi rumah.

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 32
MODUL NOTA EKONOMI T5

2.2.6 Blok Ekonomi dan Perjanjian Perdagangan

Blok Ekonomi

1. Pakatan dalam ekonomi = Blok ekonomi


2. Definisi: Blok ekonomi merupakan satu kumpulan negara yang terdiri daripada
beberapa negara yang berada dalam rantau yang berhampiran untuk menjaga
kepentingan ekonomi bersama-sama.
3. Tujuan: Melindungi negara ahli daripada barang import dari negara bukanahli dan
mengalakkan urus niaga barangan antara negara ahli.
4. Blok ekonomi yeng terbesar di dunia merupakan Kesatuan Eropah (EU).

Kesatuan Eropah (European Union, EU)

1. Kesatuan Eropah (EU) merupakan satu kesatuan antarabangsa yang dianggotai


oleh kebanyakan negara di Eropah.
2. Bertujuan mengimbangi kekuatan ekonomi Amerika Syarikat dan Jepun yang sukar
digugat oleh mana-mana negara pada masa itu.
3. Objektif penubuhan Kesatuan Eropah ialah:

a. Menghapuskan duti kastam dalam kalangan negara anggota


Objektif penubuhan Kesatuan Eropah

b. Menggalakkan urusan perdagangan dijalankan secara


bebas

c. Mewujudkan kebebasan aliran modal dalam kalangan


negara anggota

d. Menyelaraskan dasar kewangan dan fiskal dalam kalangan


negara anggota

e. Menggalakkan perkembangan aktiviti ekonomi antara


negara anggota

Perjanjian Perdagangan

1. Perjanjian perdagangan merupakan perjanjian yang ditandatangani oleh dua atau lebih
negara atas persetujuan bagi syarat sekatan perdagangan antarabangsa semasa
menjalankan urus niaga antara negara.
2. Antara perjanjian perdagangan yang disertai oleh Malaysia :

a) Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (Asean Free Trade Area, AFTA)


b) Perjanjian Am Mengenai Tarif dan Perdagangan
(General Agreement on Tariffs dan Trade, GATT)

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 33
MODUL NOTA EKONOMI T5

a) Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (Asean Free Trade Area, AFTA)


- Perjanjian yang dibuat untuk pengeluaran tempatan semua negara-negara yang
terlibat.
- Pada tahun 2017, AFTA terdiri daripada sepuluh buah negara ASEAN iaitu
Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Laos,
Myanmar, dan Kemboja.
- Objektif utama perjanjian AFTA ialah:

i. Meningkatkan daya saing ASEAN sebagai pangkalan


pengeluaran dalam pasaran antarabangsa melalui penghapusan
halangan tarif dan bukan tarif dalam kalangan ASEAN
Objektif utama perjanjian AFTA

ii. Menarik kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) dan


teknologi baharu ke dalam ASEAN

iii. Mengembangkan jumlah perdagangan intra-ASEAN dan


meluaskan pasaran ke luar negara.

iv. Persaingan menguasai pasaran yang terbuka dalam kalangan


negara ASEAN akan meningkatkan mutu keluaran dan kecekapan
pengeluaran

v. Skala pengeluaran yang besar akan memaksimumkan


penggunaan input pengeluaran dan meningkatkan kecekapan
pengeluaran.

b) Perjanjian Am Mengenai Tarif dan Perdagangan


(General Agreement on Tariffs dan Trade, GATT)

- Malaysia adalah antara ahli WTO yang terawal kerana telah menjadi ahli dalam
GATT sejak tahun 1957.
- Tujuan pembentukan GATT adalah untuk mencipta suatu suasana
perdagangan antarabangsa yang harmoni dan sihat serta mempunyai
liberalisasi perdagangan yang berlanjutan.
- Objektif utama GATT ialah mengurangkan halangan dalam hubungan
perdagangan bebas dan menghapuskan diskriminasi dalam perdagangan
antarabangsa.
- Hal ini bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup umat manusia, peluang
pekerjaan, dan pemanfaatan bersama kekayaan alam dunia.
- GATT telah diwujudkan dengan penyertaan 23 buah negara pada tahun 1947
dan berpusat di Geneva.
- Pengurangan halangan perdagangan dalam pasaran eksport dan peningkatan
peluang pasaran telah meningkatkan eksport negara.
- Salah satu daripada faedah utama yang dinikmati oleh Malaysia adalah layanan
sama rata atas barangan di dalam pasaran negara ahli-ahli WTO yang lain.

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 34
MODUL NOTA EKONOMI T5

2.2.7 Kesan Blok Ekonomi dan Perjanjian Perdagangan

Kesan Positif Blok Ekonomi Dan Perjanjian Perdagangan

1. Menggalakkan pemindahan
teknologi dan kepakaran

Kesan Positif Blok Ekonomi Dan


2. Peluasan pasaran

Perjanjian Perdagangan
3. Mobiliti modal dan tenaga kerja

4. Peningkatan pelaburan langsung


asing (FDI)

5. Pertambahan peluang pekerjaan

6. Peningkatan daya saing negara dan


kualiti barangan
7. Perkongsian sumber tenaga dan
bahan mentah

8. Penjagaan Alam Sekitar

Kesan Positif Blok Ekonomi Dan Perjanjian Perdagangan

(1) Menggalakkan pemindahan teknologi dan kepakaran


i. Menerusi perjanjian perdagangan, teknologi moden dan kepakaran dari negara maju
dapat disalurkan untuk pembangunan ekonomi dan tingkat teknologi di negara sedang
membangun.
ii. Penduduk tempatan dapat mempelajari dan menguasai kaedah pengendalian teknologi
yang baharu melalui latihan kemahiran dan pelbagai kegiatan penyelidikan dan
pembangunan (R&D).
(2) Peluasan pasaran
i. Penghapusan Dasar Perlindungan dan Sekatan Tarif (GATT), penghapusan stok
penimbal, serta provokasi pasaran akan memberikan peluang kepada keluaran dari
negara sedang membangun untuk menembusi pasaran negara maju dengan hak yang
sama rata.
ii. Ini memberikan kuasa mutlak kepada kuasa pasaran dalam urus niaga barang dan
perkhidmatan.
iii. Contohnya, pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) membolehkan
barang dan perkhidmalan dari kalangan negara anggota ASEAN memasuki pasaran
negara anggota yang lain dengan lebih mudah dan menikmati faedah pasaran secara
bersama.
(3) Mobiliti modal dan tenaga kerja
i. Kerjasama blok ekonomi dan persefahaman perjanjian perdagangan telah
menggalakkan pengaliran modal dan tenaga buruh mahir dan separa mahir secara
bebas.
ii. Pertambahan sumber modal dan tenaga buruh yang mahir akan meningkatkan daya
saing dan daya pengeluaran yang menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi
negara.
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 35
MODUL NOTA EKONOMI T5

iii. Contohnya, syarikat multinasional Malaysia seperti Top Glove, Public Bank Berhad,
dan Petronas Berhad telah berpeluang meningkatkan pelaburan mereka ke pasaran
seluruh dunia.
(4) Peningkatan pelaburan langsung asing (FDI)
i. Kerjasama dan permuafakatan dengan negara yang maju akan membawa masuk
pelaburan langsung asing dan teknologi baharu kepada negara sedang membangun
yang kekurangan kepakaran dalam industri berteknologi tinggi (HITEC).
ii. Penubuhan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengendalian kursus
kemahiran yang moden telah membuka lebih banyak peluang kepada tenaga pekerja
tempatan untuk mempelajari dan menguasai teknologi yang terkini dan canggih.
iii. Corak perniagaan yang moden seperti persidangan video, e-dagang dan e-perbankan
membolehkan peniaga dan pengguna menjalankan urns niaga lebih cepat lancar.
iv. Kadar pertumbuhan ekonomi negara yang pesat dan mampan akan menyumbang
kepada peningkatan dalam pendapatan negara.
(5) Pertambahan peluang pekerjaan
i. Kemasukan pelabur asing dan pengaliran masuk modal yang banyak telah mernbawa
pembangunan yang pesat kepada industri di negara membangun dan mewujudkan
peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
ii. Kadar pengangguran yang semakin berkurang telah membantu meningkatkan taraf
hidup rakyat dan memutuskan lingkaran kemiskinan yang berlanjutan di negara sedang
membangun.
iii. Negara sedang membangun di Asia Pasifik seperti Malaysia, Thailand, Vietnam, dan
China yang banyak menghasilkan keluaran industri telah memperoleh keuntungan
melalui pengeluaran berskala besar, pengukuhan rangkaian pasaran, dan persaingan
yang lebih sihat.
(6) Peningkatan daya saing negara dan kualiti barangan
i. Pembukaan pasaran perdagangan antarabangsa yang lebih luas dalam kalangan
negara anggota membolehkan produk industri negara dipasarkan dengan meluas dan
menguntungkan.
ii. Peningkatan kecekapan pengeluaran akan meminimumkan kos pengeluaran,
menawarkan barang pada harga yang lebih murah, dan pilihan barang yang lebih
pelbagai.
(7) Perkongsian sumber tenaga dan bahan mentah
i. Negara yang tidak mempunyai bekalan tenaga yang mencukupi untuk menggerakkan
sektor perindustrian dalam negara.
ii. Negara yang maju dalam sektor perindustrian boleh membeli bahan mentah yang
mencukupi dari negara sedang membangun yang terlibat dengan sektor pertanian dan
perladangan.
iii. Contohnya, Jepun dan negara di Eropah terpaksa bergantung kepada negara-negara
Teluk dan negara-negara Asia yang lain untuk mendapatkan bekalan petroleum dan
bahan mentah untuk pembangunan sektor perindustrian negara.
(8) Penjagaan alam sekitar
i. Negara-negara anggota blok ekonomi seperti ASEAN, APEC, dan EU telah mencapai
persefahaman dalam urusan penjagaan alam sekitar secara kolektif, khususnya dalam
menangani masalah alam sekitar seperti pencemaran laut dan udara, jerebu, kesan
runiah hijau, dan permasalahan marin.
ii. Negara-negara anggota bermuafakat menjalankan usaha sama dalam membuat
pengesanan, rondaan, kawal selia, pengawasan, dan pemuliharaan apabila berlaku
masalah pengurusan dan penjagaan alam sekitar.

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 36
MODUL NOTA EKONOMI T5

Kesan Negatif Blok Ekonomi Dan Perjanjian Perdagangan

1. Kegawatan ekonomi

Kesan Negaif Blok Ekonomi Dan


Perjanjian Perdagangan
2. Tekanan ekonomi dan bebanan hidup
golongan miskin

3. Corak penjajahan baharu ekonomi

4. Masalah lambakan barang

5. Ancaman kepada industri muda tempatan

6. Pencemaran terhadap budaya tempatan

Kesan Negatif Blok Ekonomi Dan Perjanjian Perdagangan

(1) Kegawatan ekonomi


i. Kebebasan aliran masuk keluar modal antarabangsa boleh menggugat kestabilan
sistem kewangan negara anggota tanpa pengawalan yang sistematik.
ii. Tindakan menarik keluar modal asing secara mendadak akan menyebabkan ekonomi
sesebuah negara mengalami kegawatan dan operasi pengeluaran industri boleh
tergugat.
iii. Hal ini akan menyebabkan kadar pengangguran negara meningkat dan fenomena
ketidakstabilan dalam pasaran ekuiti serta pertukaran asing.
(2) Tekanan ekonomi dan bebanan hidup golongan miskin
i. Dengan perjanijian perdagangan yang ditandatangani, ini akan membawa kepada
penghapusan hak-hak keistimewaan dan subsidi kepada golongan miskin dan kurang
bernasib baik.
ii. Tindakan ini akan menyebabkan peningkatan dalam harga barangan dan kos sara
hidup rakyat tempatan yang semakin membebankan.
iii. Isi rumah terpaksa berhadapan dengan masalah inflasi berikutan kejatuhan kadar
upah, kejatuhan dalam kutipan hasil cukai kerajaan dan akhirnya akan menggugat
kedudukan kewangan kerajaan.
(3) Corak penjajahan baharu ekonomi
i. Dasar ekonomi negara yang terbuka mudah membawa kepada kemunculan kuasa
monopoli ekonomi dalam sesebuah negara.
ii. Contohnya, kuasa monopoli syarikat gergasi dalam sektor kewangan tempatan dan
kawalan operasi ekonomi oleh pelabur asing yang menjaga kepentingan diri.
iii. Sumber kekayaan ekonomi terutamanya di negara sedang membangun akan dikuasai
oleh dana asing yang mengutamakan keuntungan maksimum semata-semata tanpa
mengambil kira kebajikan golongan yang kurang kemampuan.
iv. Syarikat multinasional asing cenderung mengeksploitasi tenaga pekerja tempatan
dengan kadar upah yang lebih rendah dengan beban kerja yang banyak.
v. Wujud kuasa monopoli banj perdagangan tempatan oleh syarikat gergasi dan kawalan
ekonomi oleh pelabur asing bagi menjaga kepentingan masing-masing.

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 37
MODUL NOTA EKONOMI T5

(4) Masalah lambakan barang


i. Lambakan merupakan aktiviti menjual sesuatu barang di negara asing dengan harga
yang lebih rendah, bertujuan untuk menghabiskan lebihan penawaran dalam negeri
atau mengusir pesaing dan mewujudkan kuasa monopoli di pasaran dunia.
ii. Wujudnya lambakan barang import yang dijual dengan harga rendah dan kurang
berkualiti.
iii. Tindakan lambakan akan menjejaskan industri muda tempatan, peluang pekerjaan
penduduk, pendapatan isi rumah dan juga pendapatan negara.
iv. Contohnya, produk keluaran China, Indonesia, dan Thailand yang lebih murah
harganya sering menjadi pilihan penduduk Malaysia berbanding dengan barangan
buatan tempatan.
(5) Ancaman kepada industri muda tempatan
i. Penghapusan dasar perlindungan terhadap keluaran tempatan akan menyebabkan
pengeluar tempatan terpaksa bersaing dengan barangan dari luar negara.
ii. Tindakan penggabungan dan pengambilalihan oleh syarikat multinasional akan
menyebabkan syarikat atau industri tempatan yang kecil dan sederhana (IKS)
menghadapi ancaman kerana tidak mampu bersaing dengan syarikat besar dari luar
negara.
iii. Contohnya, dalam industri automotif, teknologi maklumat dan pengeluaran ubat-ubatan
yang dikuasai oleh negara maju melalui tingkat teknologi dan ekonomi
bidangan/berskala besar.
(6) Pencemaran terhadap budaya tempatan
i. Budaya luar yang tidak sesuai dengan budaya setempat dapat disebarkan melalui
internet dan televisyen satelit.
ii. Generasi muda senang terikut-ikut sehingga menyebabkan nilai dan budaya tempatan
yang murni terhakis dan seterusnya membawa kepada keruntuhan akhlak dalam
kalangan anak tempatan.

2.3 Imbangan Pembayaran

2.3.1 Komposisi Dagangan dan Arah Aliran Perdagangan Malaysia

Komposisi
Dagangan Malaysia

Eksport Import

i. Eksport barang i. Import barang


nampak nampak
ii. Eksport barang ii. Import barang tak
tak nampak nampak

Komposisi eksport

 Barang dan perkhidmatan yang dijual oleh Malaysia kepada rakyat di negara asing
dikenal sebagai eksport.

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 38
MODUL NOTA EKONOMI T5

(A) Eksport barang nampak

1. Merujuk kepada barang nyata yang dikeluarkan dalam Malaysia dan dijual ke luar
negara.

a) Pertanian - Hasil pertanian iaitu minyak kelapa sawit, getah,


kayu gergaji dan kayu balak, koko, dan lada hitam.
b) Perlombongan - Hasil keluaran daripada sektor perlombongan iaitu
cati gali sumber semula jadi.
- Contohnya, minyak mentah, gas asli cecair, dan bijih
timah.
c) Pembuatan - Hasil keluaran sektor perkilangan
- Contohnya, barang elektrik dan elekronik, perkakas
litar elektrik,marjerin, kain kapas serta kapur dan
simen, pakaian dan perabot.

(B) Eksport barang tak nampak

1. Merujuk perkhidmatan yang disediakan oleh rakyat tempatan kepada rakyat negara
asing.

 Perbelanjaan pelancong, pelajar, ahli sukan dan


a) Perkhidmatan pesakit asing di Malaysia.
pelancongan  Seperti penginapan, makanan, hiburan,
pengangkutan domestik, hadiah dan cenderamata
yang diperoleh oleh pelawat asing ketika berada di
Malaysia.
 Bayaran tambang (Freight) yang diterima oleh firma
b) Perkhidmatan perkapalan tempatan, tambang penumpang, bayaran
pengangkutan kemudahan lapangan terbang dan bayaran parkir
pesawat serta bayaran perkhidmatan pos dan kurier
daripada firma asing atau rakyat asing.
c) Perkhidmatan  Perkhidmatan telekomunikasi seperti radio dan
telekomunikasi, televisyen, perisian komputer dan perkhidmatan
komputer dan maklumat seperti berita daripada firma tempatan
maklumat yang dilanggan oleh rakyat asing.
 Dilaksanakan oleh rakyat Malaysia atau firma
d) Perkhidmatan Malaysia di luar negara termasuk pembinaan
pembinaan bangunan, pemasangan jentera serta perkhidmatan
penyewaan peralatan pembinaan.
 Perkhidmatan menyediakan insurans hayat, insurans
e) Perkhidmatan bukan hayat, insurans semula, insurans tambang
insurans dan pencen muatan, pencen dan perkhidmatan tambahan
kepada insurans oleh firma insurans Malaysia
kepada rakyat asing dan firma asing.
 Caj dan bayaran perkhidmatan kewangan untuk
f) Perkhidmatan simpanan atau pinjaman, bayaran pengurusan aset,
kewangan bayaran perkhidmatan operasi, dan pengawalseliaan

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 39
MODUL NOTA EKONOMI T5

pasaran kewangan yang diterima oleh rakyat


tempatan dan firma tempatan dari luar negara.
 Bayaran yang diterima oleh firma tempatan yang
g) Perkhidmatan menyediakan perkhidmatan pemprosesan kepada
perkilangan pemilik barangan bagi aktiviti pembuatan seperti
pengumpulan, pembungkusan atau pelabelan
h) Bayaran  Bayaran bagi penggunaan hak intelek seperti paten,
penggunaan harta cap dagang, hak cipta, reka cipta, proses industri,
intelek rahsia perdagangan dan francais.
 Perkhidmatan berkaitan audiovisual, akses, sewaan
i) Perkhidmatan audiovisual, bayaran kepada pelakon, pengarah dan
peribadi, budaya dan pengeluar, perkhidmatan pendidikan, perkhidmatan
rekreasi kesihatan, perkhidmatan sukan, rekreasi dan hiburan
yang disediakan oleh rakyat Malaysia kepada rakyat
asing.

(A) Import Barang Nampak

1. Merujuk kepada barang nyata yang dibeli oleh rakyat Malaysia daripada luar negara.

a) Barang pengantara  Barang ini diimport dan diproses semula menjadi


barang siap.
 Contoh: makanan dan minuman, bahan api dan
pelincir serta alat ganti dan kelengkapan
pengangkutan.
b) Barang modal  Barang yang diimport dari luar negara untuk
(pelaburan) membantu proses pengeluaran serta meningkatkan
keupayaan pengeluaran firma.
 Contoh: mesin, jentera, peralatan dan kelengkapan.
c) Barang pengguna  Barangan ini diimport untuk kegunaan pengguna
akhir.
 Contoh: perabot, kenderaan, makanan dan minuman
serta pakaian.

(B) Import Barang Tak Nampak

1. Bermaksud perkhidmatan yang ditawarkan oleh rakyat asing kepada rakyat


Malaysia.

a. Perkhidmatan pelancongan f. Perkhidmatan kewangan


b. Perkhidmatan pengangkutan g. Perkhidmatan peribadi, budaya dan
c. Perkhidmatan telekomunikasi, rekreasi
komputer dan maklumat h. Perkhidmatan perkilangan
d. Perkhidmatan pembinaan i. Bayaran penggunaan harta intelek
e. Perkhidmatan insurans dan
pencen

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 40
MODUL NOTA EKONOMI T5

2.3.2 Imbangan Pembayaran

1. Satu rekod sistematik tentang jumlah penerimaan dan jumlah pembayaran


kewangan sesebuah negara dengan negara lain dalam tempoh satu tahun.
2. Akaun imbangan pembayaran melibatkan rekod butiran debit dan kredit.

Debit Kredit
Pembayaran kewangan Penerimaan Kewangan
Contoh : Rakyat Malaysia Contoh : Syarikat penerbangan
membelajankan RM4 000 semasa Malaysia menerima bayaran tambang
bercuti di Korea daripada Syarikat China

3. Terdiri daripada tiga komponen utama:

Imbangan Pembayaran

Akaun Modal Akaun Semasa Akaun


Kewangan

Komponen Utama Butiran

Merekod perubahan bersih i. Perolehan / Pelupusan aset


Akaun Modal dalam pemilikan aset. bukan kewangan
ii. Pindahan modal

Merekodkan nilai eksport i. Akaun barangan


dan import barang dan ii. Akaun perkhidmatan
Akaun Semasa perkhidmatan serta iii. Akaun pendapatan primer
pendapatan. iv. Akaun pendapatan sekunder

Akaun Merekod aliran masuk modal i. Pelaburan langsung


Kewangan dan aliran keluar modal bagi ii. Pelaburan portfolio
sesebuah negara. iii. Derivatif kewangan
iv. Pelaburan lain

2.3.3 Akaun Semasa dalam Imbangan Pembayaran

1. Akaun semasa merekodkan nilai eksport dan import barang serta perkhidmatan
dan juga pendapatan.
2. Terdiri daripada empat butiran utama:

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 41
MODUL NOTA EKONOMI T5

Akaun Semasa

2. Akaun 3. Akaun 4. Akaun Pendapatan


1. Akaun Barangan
Perkhidmatan Pendapatan Primer Sekunder

(1) Akaun Barangan

a) Merekodkan jumlah nilai eksport barang nampak dengan jumlah nilai import
barang nampak.
Imbangan dagangan = Jumlah nilai eksport – Jumlah nilai import
barang nampak barang nampak

b) Terdapat tiga jenis imbangan dagangan iaitu:

Imbangan Dagangan

Imbangan Imbangan Dagangan Imbangan Dagangan


Dagangan Lebihan Seimbang Kurangan

nilai eksport nilai eksport nilai eksport


barang nampak > barang nampak = barang nampak <
nilai import barang nilai import barang nilai import barang
nampak nampak nampak

(2) Akaun Perkhidmatan

c) Merekodkan eksport dan import barang tak nampak dalam negara.

Imbangan perkhidmatan = Jumlah nilai eksport – Jumlah nilai import


barang tak nampak barang tak nampak

d) Antara beberapa butiran penting yang direkodkan ialah penerimaan dan


pembayaran daripada aktiviti seperti:

Butiran Akaun
Perkhidmatan

1. Perjalanan 2. 3. Perkhidmatan,
dan Perkhidmatan telekomunikasi, 4. Pembinaan 5. Perkhidmatan,
pengangkutan kewangan komputer dan insurans dan
informasi pencen

(3) Akaun Pendapatan

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 42
MODUL NOTA EKONOMI T5

e) Merekodkan penerimaan dan pembayaran pendapatan oleh sesebuah


negara.
Imbangan akaun = Jumlah penerimaan – Jumlah pembayaran
pendapatan pendapatan pendapatan

f) Pendapatan tersebut terdiri daripada dua sumber :

Sumber pendapatan

Pendapatan Pendapatan
primer sekunder

 Pampasan pekerja (upah, gaji dan  Pendapatan dalam bentuk


faedah lain) yang diperoleh oleh bayaran pindahan iaitu urus
warganegara asing yang bekerja di niaga yang tidak memerlukan
Malaysia dan warganegara Malaysia balasan.
yang bekerja di luar negara.  Antaranya ialah biasiswa,
 Pendapatan pelaburan (untung dan bantuan, kiriman wang dan
dividen) daripada pelaburan yang derma.
dibayar kepada pelabur asing yang
melabur di Malaysia serta pendapatan
yang diterima oleh warganegara
Malaysia yang melabur di luar negara.

2.3.4 Defisit dan Lebihan Akaun Semasa

1. Akaun semasa merekodkan semua nilai penerimaan dan pembayaran negara


dalam akaun barangan, perkhidmatan dan juga pendapatan.
2. Berdasarkan jumlah penerimaan dan pembayaran daripada ketiga-tiga akaun,
akaun semasa boleh dibahagikan kepada dua jenis seperti yang berikut :

i) Lebihan Akaun Jumlah penerimaan kewangan lebih besar daripada jumlah


Semasa pembayaran kewangan dalam akaun semasa.
ii) Defisit Akaun Semasa Jumlah pembayaran kewangan lebih besar daripada jumlah
penerimaan kewangan dalam akaun semasa

2.3.5 Sebab dan Implikasi Lebihan dan Defisit Akaun Semasa

a) Lebihan akaun semasa berlaku apabila jumlah penerimaan kewangan


melebihi jumlah pembayaran kewangan dalam akaun semasa.
 Faktor-faktor yang menyebabkan lebihan akaun semasa ialah :

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 43
MODUL NOTA EKONOMI T5

1. Permintaan yang tinggi untuk eksport

Faktor Lebihan
Akaun Semasa
2. Permintaan yang rendah untuk import

3. Peningkatan produktiviti

4. Peningkatan penerimaan pendapatan


primer dan sekunder

b) Defisit akaun semasa berlaku apabila jumlah pembayaran kewangan


melebihi jumlah penerimaan kewangan dalam akaun semasa.
 Faktor-faktor yang menyebabkan defisit akaun semasa ialah :

1. Permintaan yang rendah untuk eksport

2. Permintaan yang tinggi untuk import


Akaun Semasa
Faktor Defisit

3. Penurunan produktiviti

4. Peningkatan pembayaran pendapatan


primer dan sekunder

5. Kekurangan inovasi dan aktiviti


Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
Sebab Lebihan Akaun Semasa Sebab Defisit Akaun Semasa

1. Permintaan yang tinggi untuk eksport 1. Permintaan yang rendah untuk eksport
- disebabkan oleh - disebabkan oleh
a.peningkatan daya saing sektor perkilangan a.penurunan daya saing dalam sektor
b.kejatuhan nilai mata wang perkilangan
c. peningkatan pendapatan di negara-negara b.kenaikan nilai mata wang Malaysia
yang mengimport barang atau perkhidmatan c. penurunan pendapatan di negara-negara
yang mengimport barang atau perkhidmatan.
2. Permintaan yang rendah untuk import 2. Permintaan yang tinggi untuk import
- disebabkan oleh - disebabkan oleh
a.kecenderungan rakyat tempatan a.Kecenderungan rakyat tempatan
mengutamakan barang dan perkhidmatan mengutamakan barang dan perkhidmatan
tempatan import
b.kejatuhan nilai mata wang di negara rakan b.Peningkatan import barang pengantara dan
dagang barang modal
c. berlaku inflasi di negara rakan dagang c. Kenaikan nilai mata wang Malaysia
3. Peningkatan produktiviti 3. Penurunan produktiviti
- disebabkan oleh: - disebabkan oleh:
a.Peningkatan kemahiran buruh a. Buruh yang kurang mahir
b.Penggunaan kaedah pengeluaran yang lebih b. Penggunaan kaedah pengeluaran yang
efisien yang membawa kepada peningkatan kurang efisien yang membawa kepada
pengeluaran dengan kos purata yang rendah pengurangan pengeluaran

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 44
MODUL NOTA EKONOMI T5

4. Peningkatan penerimaan pendapatan 4. Peningkatan pembayaran pendapatan


primer dan sekunder primer dan sekunder
a.Akan mendorong kepada lebihan akaun a.Akan mendorong kepada defisit akaun
semasa semasa.
b.Misalnya lebih banyak keuntungan diterima b.Misalnya, lebih banyak keuntungan yang
daripada pelaburan di luar negara serta diterima oleh pelabur asing dalam negara
kiriman wang daripada rakyat Malaysia yang serta kiriman wang ke luar negara oleh rakyat
bekerja di luar negara. asing yang bekerja di sesebuah negara.

5. Kekurangan inovasi dan aktiviti


penyelidikan dan pembangunan (R&D)
a.Kekurangan aktiviti Penyelidikan dan
Pembangunan (R&D) menyebabkan
kekurangan penciptaan barang dan
perkhidmatan yang baharu.
b.Tahap inovasi yang rendah akan
mengurangkan daya saing produk sesebuah
negara di pasaran antarabangsa.
c. Keadaan ini menyebabkan permintaan
terhadap eksport barang jatuh dan
mendorong kepada defisit akaun semasa.

c) Lebihan akaun semasa membawa kesan positif terhadap ekonomi


sesebuah negara.
 Implikasi lebihan akaun semasa dapat dilihat dalam aspek yang berikut :

1. Peningkatan dalam pendapatan negara


Implikasi Lebihan

2. Peningkatan guna tenaga


Akaun Semasa

3. Peningkatan taraf hidup

4. Peningkatan kadar pertukaran asing

5. Inflasi

d) Defisit akaun semasa membawa kesan negatif terhadap ekonomi sesebuah


negara.
 Implikasi defisit akaun semasa dapat dilihat dalam aspek-aspek yang
berikut :

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 45
MODUL NOTA EKONOMI T5

1. Penurunan dalam pendapatan negara

Implikasi Defisit
Akaun Semasa
2. Penurunan guna tenaga

3. Penurunan taraf hidup

4. Penurunan kadar pertukaran asing

Implikasi Lebihan Akaun Semasa Implikasi Defisit Akaun Semasa

1. Peningkatan dalam pendapatan negara 1. Penurunan dalam pendapatan negara


 Peningkatan permintaan untuk barang  Disebabkan oleh penurunan permintaan
eksport akan meningkatkan pengeluaran terhadap eksport barang dan perkhidmatan
barang dan perkhidmatan dalam negara. yang mengurangkan pengeluaran barang dan
perkhidmatan dalam negara.
2. Peningkatan guna tenaga 2. Penurunan guna tenaga
 Peningkatan permintaan untuk barang  Penurunan permintaan terhadap eksport
eksport mewujudkan lebih banyak peluang barang dan perkhidmatan mengurangkan
pekerjaan untuk rakyat tempatan dan peluang pekerjaan dalam negara dan
mengurangkan kadar pengangguran dalam meningkatkan kadar pengangguran dalam
negara. negara.
3. Peningkatan taraf hidup 3. Penurunan taraf hidup
 Kewujudan peluang pekerjaan meningkatkan  Peluang pekerjaan yang terhad menyebabkan
pendapatan masyarakat dan meningkatkan pendapatan masyarakat merosot dan
kuasa beli dan taraf hidup penduduk. menurunkan kuasa beli dan taraf hidup
penduduk.
4. Peningkatan kadar pertukaran asing 4. Penurunan kadar pertukaran asing
 Peningkatan permintaan terhadap eksport  Penurunan permintaan terhadap eksport
menambahkan permintaan terhadap mata barang dan perkhidmatan mengurangkan
wang tempatan di pasaran luar negara dan permintaan terhadap mata wang tempatan di
ini dapat meningkatkan kadar pertukaran pasaran luar negara dan seterusnya
asing. menurunkan kadar pertukaran asing.
5. Inflasi
 Permintaan yang tinggi terhadap barang dan
perkhidmatan menaikkan harga barang dan
perkhidmatan dan boleh membawa kepada
peningkatan kadar inflasi.

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 46
MODUL NOTA EKONOMI T5

Cara Mengatasi Defisit Akaun Semasa

 Kerajaan boleh mengatasi masalah ini melalui beberapa tindakan berikut:

1. Meningkatkan peruntukan atau pelaburan atas


Defisit Akaun Semasa sektor pendidikan dan kesihatan
Cara Mengatasi

2. Meningkatkan pelaburan dalam kemudahan dan


infrastruktur

3. Meningkatkan insentif kerajaan

4. Mengurangkan import

• supaya meningkatkan kualiti sumber manusia dari


1. Meningkatkan peruntukan segi kemahiran, inovasi dan produktiviti
atau pelaburan atas sektor • untuk meningkatkan daya saing negara di
pendidikan dan kesihatan peringkat antarabangsa

• seperti lapangan terbang, pelabuhan dan stesen


2. Meningkatkan pelaburan telekomunikasi
dalam kemudahan dan • untuk meningkatkan aktiviti ekonomi khususnya
infrastruktur industri berorientasikan eksport

• seperti insentif pelaburan, pelepasan cukai,


subsidi eksport dan kelonggaran keperluan visa
3. Meningkatkan insentif untuk pelancong
kerajaan • untuk meningkatkan pelaburan asing serta
permintaan terhadap eksport barang dan
perkhidmatan

• dengan mengenakan sekatan seperti tarif dan


kuota yang dapat membantu meningkatkan
4. Mengurangkan import permintaan barang tempatan

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 47
MODUL NOTA EKONOMI T5

2.4 Kadar Pertukaran Asing

2.4.1 Pertukaran Asing

 Maksud : Pertukaran asing merujuk kepada mata wang negara lain yang dimiliki oleh
sesebuah negara.
 Kepentingan pertukaran asing :

1. Membiayai import
Pertukaran Asing
Kepentingan

2. Membayar balik pinjaman luar negara

3. Membuat pelaburan di luar negara

4. Mempertahankan nilai mata wang negara

Kepentingan Huraian
pertukaran asing
1. Membiayai import  Malaysia mengimport barangan Jepun dan
membayar menggunakan mata wang Yen.
2. Membayar balik  Mata wang asing diperlukan untuk membayar
pinjaman luar negara hutang negara yang dibuat dari negara lain.
3. Membuat pelaburan  Negara yang mempunyai banyak pertukaran
di luar negara asing akan menggalakkan rakyatnya melabur di
luar negara untuk memperoleh pulangan yang
lebih tinggi.
4. Mempertahankan  Nilai mata wang tempatan berbanding mata wang
nilai mata wang negara asing tertentu boleh dikawal oleh bank negara
dengan membeli atau menjual mata wang negara
di pasaran mata wang asing.
 Bank pusat sesebuah negara akan menggunakan
rizab asing negara untuk membeli mata wang
negara apabila nilainya jatuh dan sebaliknya.

2.4.2 Pengiraan Kadar Pertukaran Asing

1. Kadar pertukaran asing merujuk kepada harga mata wang sesebuah negara yang
dinyatakan dalam nilai mata wang asing.
 Contohnya, kadar pertukaran asing antara Ringgit Malaysia dengan Dolar Amerika
ialah RM4.4250 = USD 1.
2. Harga kadar pertukaran asing ditentukan apabila berlaku keseimbangan permintaan dan
penawaran mata wang asing di pasaran.

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 48
MODUL NOTA EKONOMI T5

 Nilai sesuatu mata wang akan meningkat (menurun) apabila berlaku lebihan
permintaan (penawaran).
3.
Harga Jualan Mata Wang Harga Belian Mata Wang
Harga jualan mata wang bermaksud Harga belian mata wang merujuk
harga bank atau money trader menjual kepada harga bank atau money trader
mata wang asing untuk mendapatkan membeli mata wang asing dengan
mata wang tempatan sesebuah negara menukarkan mata wang tempatan
sesebuah negara.

Jadual di bawah menunjukkan kadar pertukaran asing antara Ringgit Malaysia


dengan Dolar Amerika:

Situasi:
Unit Mata Wang Harga Belian (RM) Harga Jualan (RM)
1 Dolar Amerika USD 4.4250 4.4290

(a) Menukarkan Ringgit Malaysia (b) Menukarkan mata wang asing


kepada mata wang asing kepada Ringgit Malaysia

Andaikan seorang pengimport di Andaikan seorang pengimport di


Malaysia telah mengimport barang Amerika Syarikat telah mengimport
elektronik yang bernilai RM796 500 dari barang yang bernilai USD36 000 dari
Amerika Syarikat. Berapakah jumlah Malaysia. Berapakah jumlah mata
mata wang Dolar Amerika yang wang Ringgit Malaysia yang diperlukan
diperlukan oleh pengimport tersebut oleh pengimport tersebut untuk
untuk membuat bayaran kepada membuat bayaran kepada
pengeksport di Amerika Syarikat? pengeksport di Malaysia?

Cara penyelesaian: Cara penyelesaian:


Bank atau money trader akan menjual Bank atau money trader akan membeli
Dolar Amerika kepada pengimport dan Dolar Amerika daripada peniaga dan
menerima bayaran dalam Ringgit membayar dalam Ringgit Malaysia. Oleh
Malaysia. Oleh itu, harga jualan akan itu, harga belian akan digunakan dalam
digunakan dalam pengiraan ini. pengiraan ini. Berdasarkan maklumat
Berdasarkan maklumat pertukaran asing pertukaran asing yang diberikan, harga
yang diberikan, harga jualan bagi satu belian bagi satu unit Dolar Amerika ialah
unit Dolar Amerika ialah RM4.4290. RM4.4250.

USD1 = RM4.4290 USD1 = RM4.4250

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 49
MODUL NOTA EKONOMI T5

Hubungan antara mata wang tepatan dengan mata wang asing adalah seperti
yang berikut :

Jumlah mata wang tempatan x Unit mata wang asing


Harga jualan

Mata wang tempatan


(Ringgit Malaysia) Mata wang asing
(Mata wang negara
lain)

Jumlah mata wang asing x Harga belian


Unit mata wang asing

2.4.3 Faktor yang Mempengaruhi Permintaan dan Penawaran Mata


Wang Asing

 Harga belian dan jualan mata wang asing adalah dipengaruhi oleh permintaan dan
penawaran mata wang tersebut dalam pasaran pertukaran asing.
 Antara faktor yang mempengaruhi permintaan dan penawaran mata wang asing
adalah seperti yang berikut:

Faktor Kesan
Permintaan DD / Perminaraan DD /
Penawaran SS Penawaran SS
RM Wang Asing (USD)
Eksport negara DD RM  SS USD untuk membeli RM
(Malaysia) 
Eksport negara DD RM  SS USD untuk membeli RM
(Malaysia) 
Import negara SS RM untuk membeli DD USD untuk membeli RM
(Malaysia)  USD
Import negara SS RM untul membeli USD DD USD untuk membeli RM
(Malaysia) 
Kadar faedah DD RM  SS USD untuk melabur di
(Malaysia)  Malaysia
Kadar faedah DD RM  SS USD untuk melabur di
(Malaysia)  Malaysia
Kadar faedah SS RM untuk melabur di DD USD 
(Amerika Syarikat)  Amerika Syarikat

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 50
MODUL NOTA EKONOMI T5

Kadar faedah SS RM untuk melabur di DD USD 


(Amerika Amerika Syarikat
Syarikat) 
Cita rasa pengguna SS RM  DD USD 
terhadap barangan
import berkurang
Cita rasa pengguna SS RM  DD USD 
terhadap barangan
import bertambah
Spekulasi Mata DD RM sekarang  SS USD untuk membeli RM
Wang
Diramalkan RM
akan naik masa
depan
Spekulasi Mata DD RM  SS USD untuk membeli RM
Wang
Diramalkan RM
akan turun masa
depan

2.4.4 Analisis Penentuan dan Perubahan Kadar Pertukaran Asing

 Penentuan kadar pertukaran asing antara Ringgit Malaysia (RM) dengan Dolar
Amerika (USD) dapat diterangkan melalui rajah berikut:

5.00

4.50

4.00

a. Keseimbangan, titik E0 , keluk permintaan Dolar Amerika (DD) bersilang


dengan keluk penawaran Dolar Amerika (SS) pada kadar pertukaran USD1.00 =
RM4.50.
b. Andaikan kadar pertukaran meningkat menjadi USD1.00 = RM5.00, ini bermakna
nilai RM telah mengalami kejatuhan nilai.
c. Keadaan ini akan menyebabkan wujudnya lebihan penawaran Dolar Amerika
sebanyak Q1 Q2 dalam pasaran.

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 51
MODUL NOTA EKONOMI T5

d. Lebihan penawaran Dolar Amerika menyebabkan kadar pertukaran cenderung


untuk menurun sehingga mencapai keseimbangan semula pada titik E0 iaitu keluk
DD bersilang dengan keluk SS pada kadar pertukaran USD1.00 = RM4.50.
e. Sebaliknya. andaikan kadar perlukaran menurun menjadi USD1.00 - RM4.00, ini
bermakna nilai RM mengalami kenaikan nilai.
f. Keadaan ini menyebabkan wujudnya lebihan permintaan Dolar Amerika sebanyak
Q1 Q2 dalam pasaran.
g. Lebihan permintaan Dolar Amerika menyebabkan kadar perlukaran cenderung
untuk naik sehingga mencapai keseimbangan semula pada titik E0 iaitu keluk DD
bersilang dengan keluk SS pada kadar pertukaran USD1.00 = RM4.50.

2.4.5 Kesan Perubahan Kadar Pertukaran Asing terhadap Eksport dan


Import
1. Kesan perubahan kadar pertukaran RM ke atas eksport dan import Malaysia.

Kenaikan Kadar Pertukaran RM Penurunan Kadar Pertukaran RM


S$1.00 = RM 2.90 S$1.00 = RM 2.90
↓ ↓
S$1.00 = RM 2.50 S$1.00 = RM 3.50
Kesan perubahan: Kesan perubahan:
a. nilai RM naik a. nilai RM jatuh
b. jumlah eksport menurun b. jumlah eksport meningkat
c. jumlah import bertambah c. jumlah import berkurang
d. harga eksport barang nampah lebih d. harga eksport barang nampak lebih
mahal murah
e. harga import barang nampak lebih e. harga import barang nampak lebih mahal
murah f. imbangan dagangan positif / lebihan
f. imbangan dagangan negatif /
kurangan.

2. Kesan perubahan import dan eksport terhadap kadar pertukaran RM

Bentuk sekatan PAB seperti tarif / kuota / kawalan pertukaran asing / subsidi /
sekatan bukan ekonomi akan menyebabkan perubahan import dan eksport.

Kenaikan barang nampak eksport Penurunan barang nampak import

Kesan perubahan: Kesan perubahan:


a. Permintaan RM meningkat a. Penawaran RM menurun
b. Permintaan > penawaran b. Permintaan > penawaran
c. Kadar pertukaran RM meningkat c. Kadar pertukaran RM meningkat
Kenaikan barang nampak import Penurunan barang nampak eksport

Kesan perubahan: Kesan perubahan:


a. Penawaran RM meningkat a. Permintaan RM menurun
b. Penawaran > permintaan b. Penawaran > permintaan
c. Kadar pertukaran RM menurun c. Kadar pertukaran RM menurun

©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING (2018) 52

You might also like