You are on page 1of 10

Negeri-Negeri Melayu Bersukutu 

&
Tidak Bersekutu
 
Pengenalan

Negeri-negeri Melayu Bersekutu merupakan gabungan 4 buah negeri di


Tanah Melayu iaitu Perak, Negeri sembilan, Selangor dan Pahang yang telah
disatukan dalam satu pentadbiran berpusat. Pentadbiran ini juga dikenali
sebagai Persekutuan 1896.

Idea awal penubuhan persekutuan ini telah dikemukakan oleh Sir Frederick
Weld. Walaupun idea ini ditolak namun terus diusulkan sehinggalah Frank
Swettenham berjaya mendapat persetujuan daripada keempat-empat sultan
untuk menerima pembentukan persekutuan ini.

Idea penubuhan persekutuan dikemukakan oleh Frank Swettenham pada


tahun 1892 kepada Gabenor Negeri-negeri Selat, Cecil Smith. Pada tahun 1893,
Cecil Smith menghantar laporan kepada Pejabat Tanah Jajahan mencadangkan
penubuhan persekutuan yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan
dan Pahang. Dalam laporan itu, beliau menegaskan penubuhan persekutuan
akan menguntungkan British dan negeri tersebut dari segi politik, ekonomi dan
sosial. 

Frank Swettenham mengambil inisiatif dengan mendapatkan persetujuan


Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
terhadap penubuhan persekutuan. Pada 1 Julai 1895, Sultan tersebut
menandatangani perjanjian persekutuan. Pada 1 Julai 1896, Negeri-negeri
Melayu Bersekutu ditubuhkan semasa Sir Charles Mitchell menjadi Gabenor
Negeri-negeri Selat.

Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai benderanya yang tersendiri


sehinggalah tahun 1946. Bendera itu mempunyai empat jalur yang terdiri
daripada empat warna berbeza; mengikut turutan daripada atas ke bawah iaitu
putih, merah, kuning, dan hitam. Gabungan mana-mana warna terbabit dapat
membentuk warna untuk negeri-negeri terlibat; merah, hitam dan kuning untuk
Negeri Sembilan; putih dan hitam untuk Pahang; hitam, putih dan kuning untuk
Perak; dan merah dan kuning untuk Selangor.
Faktor-faktor Penubuhan NNMB

1. Kedudukan Negeri Pahang

 Pada mulanya Inggeris berkeyakinan  bahawa Pahang mempunyai potensi


yang baik dari segi ekonomi. Setelah memperkenalkan sistem residen
pada tahun 1888 di Pahang , Inggeris mengalami krisis kewangan sejak
tahun 1890-an.

 Pada tahun 1892 Pahang terpaksa membuat pinjaman kepada negeri-


negeri Selat. Keadaan bertambah buruk apabila berlaku pemberontakan
Pahang oleh Dato Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau untuk menentang
Inggeris yang mernambahkan lagi beban kewangan Pahang.

 Dalam keadaan terdesak, Kerajaan Inggeris perlu membuat keputusan


sama ada hendak mengundurkan diri dari pahang atau sebaliknya. Demi
memelihara maruah dan maartabat Inggeris , Pahang perlu dipertahankan
melalui cadangan pembentukan persekutuan untuk mengatasi masalah
kewangan negeri ini.

2. Kawalan Kuasa residen

 Di bawah Sistem residen, Residen menjadi terlalu berkuasa di negeri-


negeri masing-masing. Sultan hanya simbol semata-mata dan bertindak
sebagai pemerintah boneka. Kesukaran sistem perhubungan menjadikan
Residen semakin berani menguatkan kuasa mereka. Kuasa Residen yang
keterlaluan boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan
pembesar-pembesar Melayu.

 Justeru, Frank swettenham mengesyorkan supaya jawatan Residen Jeneral


diwujudkan bagi menyelaraskan tugas keempat-empat buah negeri
Melayu di bawah Sistem Residen

3. Kecekapan dan keseragaman pentadbiran

          Di bawah pemerintahan Sistem Residen, pentadbiran kempat-empat


buah negeri diasingkan dan ditadbirkan oleh empat orang residen yang
berlainan.Hasilnya wujud ketidakseragaman pentadbiran di Negeri-negeri
di Tanah Melayu. Residen menumpukan perhatian di negeri-negeri
masing-masing.

          Frank Swettenham mencadangkan penyatuan Negeri-negeri Melayu


bagi mengatasi ketidakseragaman pentadbiran. Melalui pembentukan
persekutuan, Inggeris dapat menambahkan kecekapan pentadbiran serta
dapat memajukan pembangunan sosioekonomi secara menyeluruh dan
bersepadu di keempat-empat buah negeri
          Pembentukan persekutuan ini juga diharapkan mewujudkan
keseragaman pentadbiran, kerjasama antara negeri untuk memajukan
sistem pengangkutan yang pastinya menguntungkan Inggeris kerana
memudahkan usaha membawa hasil ekonomi ke pelabuhan untuk
dieksport.

4. Faktor keselamatan

          Pihak Inggeris menyedari bahawa Persekutuan adalah perlu bagi


membentuk satu pasukan tentera bersama melindungi Negeri-negeri
Melayu dan Negeri-negeri Selat. Sebelum ini kekacauan yang berlaku di
Tanah Melayu ditangani dengan terpaksa mendapatkan bantuan dari
Singapura, Hong Kong dan India.

          Melalui pembentukan persekutuan, kekuatan angkatan tentera


dapat diwujudkan dengan adanya gabungan keempat-empat buah negeri.
Dengan memiliki angkatan tentera yang besar dan kuat, Inggeris
bertambah yakin untuk mengatasi sebarang kemungkinan berkaitan
kekacauan di Negeri-negeri Melayu tanpa bantuan dari negara luar.

5. Faktor ekonomi

          Kegagalam Sistem Residen memajukan dan mempelbagaikan


sumber ekonomi di sesebuah negeri telah memberi peluang yang lebih
luas kepada orang-orang Cina untuk mengeksploitasi kekayaan ekonomi
di Negeri-negeri Melayu. Justeru, perlaksanaan Sistem Residen lebih
menguntungkan orang Cina berbanding orang Inggeris.

          Bertitik tolak daripada pengalaman tersebut, maka pembentukan


sebuah persekutuan amat penting bagi mewujudkan keseimbangan
kemajuan ekonomi dan menarik kehadiran pelabur-pelabur Eropah ke
Negeri-Negeri Melayu. Kemasukan pelabur Eropah secara beramai-ramai
dijangka akan mempercepatkan pertumbuhan dan kemajuan ekonomi
secara berskala besar.

6. Memperluaskan Sistem perhubungan

          Di setiap negeri, Residen, membina jalan raya dan keretapi untuk
negerinya sahaja. Tiada usaha untuk menghubungkan jalan raya dan jalan
keretapi di antara keempat-empat buah negeri itu. Lantaran itu adalah
sukar bagi residen membincangkan perkara-perkara penting antara satu
sama lain.

          Oleh itu dengan penubuhan persekutuan, sistem perhubungan dapat


dimajukan antara Negeri-negeri Melayu bagi memudahkan usaha-usaha
menyelaras sistem pengurusan di negeri-negeri tersebut.
7. Dasar Kerajaan Inggeris

          Pada akhir abad ke-19, Inggeris mula menggalakkan penyatuan


terhadap negeri-negeri yang terletak di bawah perlindungannya.
Pembentukan sebuah persekutuan didiorong oleh hasrat dan dasar
Inggeris yang ingin menyatukan negeri-negeri kecil di tanah jajahan
mereka. Matlamatnya ialah untuk memudahkan usaha mengeksploitasi
sumber kekayaan negeri agar ianya dapat dikumpulkan dan diagihkan
secara sama rata bagi faedah semua.

          Selain itu, usaha penyatuan memperlihatkan dasar Inggeris  yang


cuba mengurangkan kos pentadbiran, mewujudkan kestabilan ekonomi
dan menambahkan kecekapan dalam pemerintahannya. Ini menjadi dasar
Inggeris untuk memperlihatkan kejayaan perlaksanaan dasar ini di tanah
jajahannya di Australia, Afrika selatan, Amerika Utara dan Kanada

 Syarat-syarat perjanjian persekutuan

1.        Perak, Pahang Selangor dan Negeri Sembilan digabungkan sebagai persekutuan
yang dikenali sebagai “Ngeri-negeri Melayu Bersekutu”. Persekutuan menjadi
negeri lindungan British di mana hal ehwalnya dikuasai oleh British.
2.        Perjanjian ini mengesahkan semua perjanjian yang ditandatangani di antara
keempat-empat negeri itu.
3.        Kuasa Sultan hanya terhad ke atas negeri tersebut. Sultan tidak boleh
mengadakan hubungan dengan kuasa lain tanpa kebenaran British.
4.        Persekutuan diketuai oleh Residen Jeneral.
5.        Gabenor Negeri-negeri Selat dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan.
6.        Residen akan menjalankan pentadbiran mengikut arahan kerajaan pusat.
7.        Beberapa jabatan persekutuan akan ditubuhkan.
8.        Kuala Lumpur menjadi ibu negeri.
9.        Negeri-negeri Melayu Bersekutu akan menubuhkan pasukan tentera untuk
menjaga keamanan persekutuan dan Negeri-negeri Selat jika diperlukan.
10.    Kerjasama antara negeri akan dijalankan dalam politik, ekonomi dan sosial.
11.    Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang tetapi digubal
oleh pegawai persekutuan yang dikenali sebagai Penasihat Undang-undang.
12.    Majlis Mesyuarat Raja-raja akan ditubuhkan.
13.    Majlis Mesyuarat Persekutuan yang menjadi badan pentadbiran Negeri-negeri
Melayu Bersekutu akan ditubuhkan.
14.    Tiada syarat dalam perjanjian ini yang bertujuan mengurangkan kekuasaan dan
kewibawaan Sultan.
 

Kesan-kesan
1.      Politik

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu berjaya mewujudkan


keseragaman dan kecekapan pentadbiran di seluruh persekutuan. Keamanan
dan peraturan yang stabil dan menyeluruh berjaya diwujudkan di seluruh
persekutuan. Perkara yang berkaitan dengan persekutuan seperti sistem
pentadbiran, cukai, keadilan, Undang-undang Tanah dapat disatu dan
diselaraskan kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan kerajaan
pusat, khususnya arahan Residen Jeneral yang mengenai persekutan. Bagi
memudahkan pentadbiran, beberapa jabatan seperti kewangan, polism kastam,
perhutanan, hal-ehwal orang Cina, kerja raya, keretapi ditubuhkan. Penubuhan
Negeri-negeri Melayu Bersekutu menyebabkan Residen Jeneral muncul sebagai
orang paling berkuasa dalam persekutuan kerana semua urusan pentadbiran
dijalankan atas arahannya. Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri tidak
dapat mengawal kuasanya. Mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral
dalam menjalankan pentadbiran negeri. Gabenor Negeri-negeri Selat yang
dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan juga tidak dapat mengawal
kuasa Residen Jeneral kerana beliau berada di Singapura untuk mentadbir
Negeri-negeri Selat. Selain itu, sudah menjadi kecenderungan Residen Jeneral
menjalankan pentadbiran tanpa merujuk kepada Pesuruhjaya Tinggi. Majlis
Mesyuarat Persekutuan yang diharap mengawal kuasa Residen Jeneral tidak
ditubuhkan sehingga tahun 1909.
Penubuhan persekutuan juga menyebabkan Sultan, Residen dan Majlis
Mesyuarat Negeri kehilangan kuasa. Mereka tertakluk di bawah arahan Residen
Jeneral dalam menjalankan pentadbiran. Kuasa Sultan hanya dalam hal-ehwal
agama Islam dan adat resam Melayu. Residen tidak lagi bebas menjalankan
pentadbiran negeri kerana mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral.
Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan fungsi sebagai institusi pentadbiran. Majlis
Mesyuarat Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang tetapi undang-
undang digubal oleh Pegawai Persekutuan yang dikenali sebagai Penasihat
Undang-undang. Majlis Mesyuarat Negeri tiada kuasa pembatal dan terpaksa
meluluskan undang-undang yang dipersetujui.
Penubuhan Jabatan Persekutuan telah menyebabkan lebih ramai Pegawai
British yang diambil tugas. Keadaan ini menunjukkan seolah-olah Negeri-negeri
Melayu Bersekutu ditadbir secara langsung oleh British. Pemusatan kuasa yang
keterlaluan telah menimbulkan bantahan Sultan, contohnya, dalam Majlis
Mesyuarat Raja-raja Kedua di Kuala Lumpur pada tahun 1903, Sultan Idris
(Perak) telah mengecam hebat pemusatan kuasa dan mendesak diambil langkah
melaksanakan desentralisasi (pengagihan kuasa) bagi mengembalikan kuasa
Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri. Sultan Idris juga mendesak lebih
ramai orang Melayu dilantik dalam jabatan persekutuan. Penubuhan
persekutuan membolehkan Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan
Besar Negeri Sembilan bertemu dan berbincang bersama-sama kepentingan
bersama dalam Majlis Mesyuarat Raja-raja sejak tahun 1897 dan Majlis
Mesyuarat Persekutuan sejak 1909.

2.      Ekonomi
Perkembangan ekonomi yang pesat di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan
kestabilan politik telah membawa kepada kestabilan ekonomi. Keseragaman dan
kecekapan, keamanan dan keaturan serta pentadbiran yang berkesan telah
menyebabkan lebihan hasil dan hasil persekutuan dapat digunakan oleh semua
negeri dalam semua gabungannya. Keadaan politik dan peluang-peluang
ekonomi telah menggalakkan pelabur-pelabur dari Negeri-negeri Melayu atau
Seberang Laut untuk melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi, khususnya bijih
timah dan getah. Kedatangan mereka telah menyebabkan berlakunya
pertambahan hasil di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, contohnya hasil Negeri-
negeri Melayu Bersekutu pada 1896 berjumlah $8.5 juta telah meningkat kepada
$24 juta pada tahun 1909. Pembinaan sistem jalan raya dan jalan keretapi
terutamanya yang menghubungkan negeri telah memajukan lagi kegiatan
ekonomi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1904, sudah terdapat jalan
raya sepanjang 2400 km dan jalan keratapi sepanjang 340 batu. Pada tahun
1903, terdapat jalan keretapi dari Perai ke Seremban dan disambungkan ke
Johor Bahru pada tahun 1909.
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah memajukan perusahaan
bijih timah dan getah. Buktinya pada tahun 1889 eksport bijih timah Perak,
Pahang Selangor dan Negeri Sembilan berjumlah 20000 tan. Pada tahun 1904,
eksport bijih timah persekutuan ialah 70000 tan. Selepas penubuhan
persekutuan, orang-orang Eropah mula mengambil alih penguasaan ke atas
perlombongan-perlombongan bijih timah yang dikuasai oleh orang-orang Cina.
Begitu juga dengan perusahaan getah yang semakin berkembang selepas
penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1897, hanya terdapat
345 ekar, 1905 – 50 ribu ekar dan 1909 meningkat kepada 200 ribu ekar yang
ditanami getah.

3.      Sosial

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah berjaya mewujudkan


keamanan dan peraturan. Jaminan keselamatan dan persamaan hak di sisi
undang-undang telah menggalakkan imigran Cina dan India, lebih-lebih lagi
terdapat peluang dalam perkhidmatan persekutuan dan perkembangan bijih
timah. Kedatangan imigran telah menyebabkan pertambahan penduduk di
Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Selain itu, kedatangan imigran juga
mewujudkan masyarakat majmuk. Orang-orang Cina dan India adalah
masyarakat yang berasingan dan tidak dapat mengasimilasikan diri dalam
masyarakat Melayu. Penubuhan pesekutuan menyebabkan perutmbuhan dan
perkembangan bandar-bandar seperti Taiping, Kuala Lumpur, Kelang dan lain-
lain lagi.
Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan sosial seperti perhubungan,
kesihatan, pelajaran dan lain-lain. Walau bagaimanapun, kemudahan sosial itu
mempunyai kepentingan ekonomi kerana ia disediakan di kawasan yang
mempunyai kegiatan ekonomi. Pada tahun 1909, terdapat 52 buah klinik di
persekutuan dan 1904 kemudahan perhubungan diadakan (2400 km jalan raya
dan 340 batu jalan keretapi). Dalam bidang pelajaran, banyak sekolah-sekolah
didirikan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1907, terdapat 266
buah sekolah Melayu, 1903 terdapat 15 buah sekolah Tamil dan 1911, 50 buah
sekolah Cina. Selain itu, terdapat sekolah Inggeris yang didirikan oleh kerajaan
dan mubaligh. Pada tahun 1905, Maktab Melayu Kuala Kangsar dibina khas
untuk anak-anak golongan bangsawan. Pada tahun itu, kerajaan membina
maktab teknik di Kuala Lumpur untuk menyediakan tenaga mahir bagi Jabatan
Kerja Raya dan keretapi.

DURBAR

1.        Pada tahun 1897, DURBAR (Persidangan Rajaja Melayu) yang pertama diadakan
di Kuala Kangsar kerana British menghormati Sultan Idris Syah.
2.        DURBAR ialah persidangan di antara Pesurahjaya Tinggi, Residen Jeneral,
Residen dan Raja-raja Melayu.
3.        Persidangan ini diadakan untuk membincangkan kepentingan bersama.
4.        DURBAR ialah permulaan kepada institusi yang kini dikenali sebagai Majlis Raja-
raja Melayu.
5.        Fungsi utama DURBAR:
a)       Mewujudkan kerjasama dan perpaduan di antara keempat-empat negeri Melayu.
b)       b.Membolehkan Raja-raja Melayu menasihati kerajaan persekutuan.
6.        DURBAR tidak ada kuasa untuk menggubal undang-undang.
7.        DURBAR yang kedua diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1903.
8.        DURBAR dimansuhkan apabila Majlis Mesyuarat Persekutuan ditubuhkan tetapi
wujud semula pada tahun 1927.
9.        1930, DURBAR diadakan di Singapura dan dihadiri oleh 9 orang Raja.

Majlis Mesyuarat Persekutuan

Keanggotaan dan Sistem Majlis Mesyuarat Persekutuan adalah seperti yang


berikut:
1.        Pesurujaya Tinggi British merangkap Gabenor NNS sebagai presiden yang
beribu pejabat di Singapura.
2.        Residen Jeneral bertanggungjawab terus kepada Pesuruhjaya Tinggi.
3.        Empat orang raja Melayu negeri terbabit
4.        Empat orang Residen British.
5.        Empat orang ahli tidak rasmi yang mewakili golongan peniaga.

Majlis Mesyuarat Persekutuan yang pertama diadakan pada 11 Desember


1909.Penubuhan majlis ini sebenarnya telah menimbulkan lebik banyak kesan
buruk seperti yang berikut:
i.              Tidak ada langsung wakil dalam kalangan masyarakat tempatan (iaitu orang
Melayu) di majlis ini dan situasi tersebut menghilangkan sama sekali hak orang
Melayu dalam pentadbiran negara. Raja-raja yang menjadi wakil orang Melayu
pula tidak berperanan langsung dalam pentadbiran.
ii.              Kuasa sultan dalam majlis ini menjadi lebih merosot lagi.Hal ini kerana,taraf
raja dalam majlis ini hanyalah sebagai ahli biasa. Mereka tidak ada hak untuk
membuat sebarang keputusan. Mesyuarat majlis pula boleh diadakan tanpa
kehadiran mereka.
iii.              Pesuruhjaya Tinggi kini mempunyai kuasa yang tertinggi dalam hal ehwal
pentadbiran dan bukan lagi sulatan.Pesuruhjaya Tinggi berhak melantik dan
memberhentikan ahli tidak rasmi mengikut budi bicarany

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu


Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu ialah sekumpulan lima buah Negeri-
Negeri Melayu. Negeri-negeri itu ialah Perlis, Kedah, Kelantan,Terengganu dan
Johor.
Gabungan ini terbentuk pada tahun 1909 apabila British dan Siam
menandatangani Perjanjian Bangkok.Mengikut perjanjian ini, empat buah negeri
yang sebelum ini terletak di bawah naungan kuasa Siam, iaitu Perlis, Kedah,
Kelantan dan Terengganu akan diserahkan kepada British. Dengan penyerahan
ini, Penasihat British telah diletakkan di setiap negeri tersebut.
Pada Tahun 1914, Johor telah menandatangani satu perjanjian dengan pihak
British bagi menerima khidmat Penasihat British dan menjadi sebuah Negeri
Melayu Tidak Bersekutu.
Bahasa rasmi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu ialah Bahasa Melayu
dengan Tulisan Jawi sebagai tulisan rasmi.
Berbanding NNMB, raja Melayu di NNMTB mempunyai kuasa yang lebih besar
kerana kuasa Penasihat British tidaklah seluas kuasa Residen di NNMB.
Pentadbiran NNMTB yang berasingan dengan NNMB berterusan sehingga Perang
Dunia Kedua meletus. British didapati gagal untuk menggabungkan NNMTB
dengan NNMB kerana mendapat tentangan hebat daripada raja-raja Melayu di
NNMTB.
Kesemua negeri ini kemudiannya menyertai Malayan Union dan sekarang
merupakan sebahagian daripada Malaysia.

Kesimpulan
Campur tangan British secara langsung di negeri-negeri Melayu telah
mengakibatkan sistem politik  dan ekonomi tempatan mengalami perubahan
yang ketara.Tujuan utama British campur tangan di Tanah Melayu ialah untuk
menguasai sumber ekonomi .
Walau bagaimanapun campur tangan Barat menimbulkan rasa tidak puas
hati penduduk tempatan terutama golongan pemerintah yang kehilangan hak
dan kepentingan di Tanah Melayu
Sepanjang perlaksanaannya,persekutuan ini telah meninggalkan pelbagai
kesan dalam politik, ekonomi dan sosial. Penubuhan Persekutuan 1896
merupakan langkah awal ke arah penyatuan negeri-negeri Melayu

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu 1896


Pendahuluan -Negeri-negeri Melayu Bersekutu merupakan gabungan 4 buah negeri di Tanah
Melayu iaitu Perak, Negeri sembilan, Selangor dan Pahang yang telah disatukan dalam satu
pentadbiran berpusat. Pentadbiran ini juga dikenali sebagai Persekutuan 1896.
-Idea awal penubuhan persekutuan ini telah dikemukakan oleh Sir Fredrick Weld. walaupun idea ini
ditolak namun terus diusulkan sehinggalah Frank Swettenham berjaya mendapat persetujuan daripada
keempat-empat sultan untuk menerima pembentukan persekutuan ini
-Hasil kerjasama erat dan hubungan baik Frank Swettenham dan sultan-sultan Melayu, akhirnya pada
1 Julai 1896, persekutuan dilaksanakan secara rasmi

Faktor-faktor Penubuhan

1. Kedudukan Negeri Pahang


         Pada mulanya Inggeris berkeyakinan bahawa Pahang mempunyai potensi yang baik dari segi
ekonomi. Setelah memperkenalkan sistem residen pada tahun 1888 di Pahang , Inggeris mengalami
krisis kewangan sejak tahun 1890-an.
         Pada tahun 1892 Pahang terpaksa membuat pinjaman kepada negeri-negeri Selat. Keadaan
bertambah buruk apabila berlaku pemberontakan Pahang oleh Dato Bahaman, Tok Gajah dan Mat
Kilau untuk menentang Inggeris yang mernambahkan lagi beban kewangan Pahang.
         Dalam keadaan terdesak, Kerajaan Inggeris perlu membuat keputusan sama ada hendak
mengundurkan diri dari pahang atau sebaliknya. Demi memelihara maruah dan maartabat Inggeris ,
Pahang perlu dipertahankan melalui cadangan pembentukan persekutuan untuk mengatasi masalah
kewangan negeri ini.

2. Kawalan Kuasa residen


         Di bawah Sistem residen, Residen menjadi terlalu berkuasa di negeri-negeri masing-masing.
Sultan hanya simbol semata-mata dan bertindak sebagai pemerintah boneka. Kesukaran sistem
perhubungan menjadikan Residen semakin berani menguatkan kuasa mereka. Kuasa Residen yang
keterlaluan boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pembesar-pembesar Melayu.
         Justeru, Frank swettenham mengesyorkan supaya jawatan Residen Jeneral diwujudkan bagi
menyelaraskan tugas keempat-empat buah negeri Melayu di bawah Sistem Residen

3. Kecekapan dan keseragaman pentadbiran


         Di bawah pemerintahan Sistem Residen, pentadbiran kempat-empat buah negeri diasingkan dan
ditadbirkan oleh empat orang resdien yang berlainan.Hasilnya wujud ketidakseragaman pentadbiran
di Negeri-negeri di Tanah Melayu. Resdien menumpukan perhatian di negeri-negeri masing-masing.
         Frank Swettenham mencadangkan penyatuan Negeri-negeri Melayu bagi mengatasi
ketidakseragaman pentadbiran. Melalui pembentukan persekutuan, Inggeris dapat menambahkan
kecekapan pentadbiran serta dapat memajukan pembangunan sosioekonomi secara menyeluruh dan
bersepadu di keempat-empat buah negeri
         Pembentukan persekutuan ini juga diharapkan mewujudkan keseragaman pentadbiran, kerjasama
antara negeri untuk memajukan sistem pengangkutan yang pastinya menguntungkan Inggeris kerana
memudahkan usaha membawa hasil ekonomi ke pelabuhan untuk dieksport.

4. Faktor keselamatan
         Pihak Inggeris menyedari bahawa Persekutuan adalah perlu bagi membentuk satu pasukan
tentera bersama melindungi Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat. Sebelum ini kekacauan
yang berlaku di Tanah Melayu ditangani dengan terpaksa mendapatkan bantuan dari Singapura, Hong
Kong dan India.
         Melalui pembentukan persekutuan, kekuatan angkatan tentera dapat diwujudkan dengan adanya
gabungan keempat-empat buah negeri. Dengan memiliki angkatan tentera yang besar dan kuat,
Inggeris bertambah yakin untuk mengatasi sebarang kemungkinan berkaitan kekacauan di Negeri-
negeri Melayu tanpa bantuan dari negara luar.
5. Faktor ekonomi
         Kegagalam Sistem Residen memajukan dan mempelbagaikan sumber ekonomi di sesebuah
negeri telah memberi peluang yang lebih luas kepada orang-orang Cina untuk mengeksploitasi
kekayaan ekonomi di Negeri-negeri Melayu. Justeru, perlaksanaan Sistem Residen lebih
menguntungkan orang Cina berbanding orang Inggeris.
         Bertitik tolak daripada pengalaman tersebut, maka pembentukan sebuah persekutuan amat
penting bagi mewujudkan keseimbangan kemajuan ekonomi dan menarik kehadiran pelabur-pelabur
Eropah ke Negeri-Negeri Melayu. Kemasukan pelabur Eropah secara beramai-ramai dijangka akan
mempercepatkan pertumbuhan dan kemajuan ekonomi secara berskala besar.

6. Memperluaskan Sistem perhubungan


         Di setiap negeri, Residen, membina jalan raya dan keretapi untuk negerinya sahaja. Tiada usaha
untuk menghubungkan jalan raya dan jalan keretapi di antara keempat-empat buah negeri itu.
Lantaran itu adalah sukar bagi resdien membincangkan perkara-perkara penting antara satu sama lain.
         Oleh itu dengan penubuhan persekutuan, sistem perhubungan dapat dimajukan antara Negeri-
negeri Melayu bagi memudahkan usaha-usaha menyelaras sistem pengurusan di negeri-negeri
tersebut.

7. Dasar Kerajaan Inggeris


         Pada akhir abad ke-19, Inggeris mula menggalakkan penyatuan terhadap negeri-negeri yang
terletak di bawah perlindungannya. Pembentukan sebuah persekutuan didiorong oleh hasrat dan dasar
Inggeris yang ingin menyatukan negeri-negeri kecil di tanah jajahan mereka. Matlamatnya ialah untuk
memudahkan usaha mengeksploitasi sumber kekayaan negeri agar ianya dapat dikumpulkan dan
diagihkan secara sama rata bagi faedah semua.
         Selain itu, usaha penyatuan memperlihatkan dasar Inggeris yang cuba mengurangkan kos
pentadbiran, mewujudkan kestabilan ekonomi dan menambahkan kecekapan dalam pemerintahannya.
Ini menjadi dasar Inggeris untuk memperlihatkan kejayaan perlaksanaan dasar ini di tanah jajahannya
di Australia, Afrika selatan, Amerika Utara dan Kanada.

Kesimpulan
         Akhirnya Inggeris telah menrima cadangan Frank swettenham, C.P Lucas dan Sir Cecil
Celementi Smith untuk penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
         Sepanjang perlaksanaannya , persekutuan ini telah meninggalkan pelbagai kesan dalam politik,
ekonomi dan sosial. Penubuhan Persekutuan 1896 merupakan langkah awal ke arah penyatuan negeri-
negeri Melayu

You might also like