You are on page 1of 4

POLITIK DAN PENTADBIRAN (PAPER APRIL 2016/17)

1- JELASKAN SECARA RINGKAS DEFINISI ATAU KEFAHAMAN ANDA TERHADAP


PERKARA2 BERIKUT:
a. POLITIK FALSAFAH (M.S 4)
Politik Falsafah secara teknikalnya berhubung kait dengan pemerintahan politik. Ia melibatkan
pihak berkuasa kerajaan tentang hak asasi manusia, kebebasan dan undang-undang, hak
harta dan pengagihan harta. Ahli Sains Politik akan mengkaji bagaimana sesebuah kerajaan
itu terbentuk, mengapa dan bagaimana ia terbentuk.

b. SISTEM/JENIS PENGUNDIAN FIRST-PAST-THE-POST (m.s 95)


Dalam sistem FPTP ini calon yang akan dikira sebagai pemenang adalah calon yang
memperolehi undi majoriti walaupun hanya dengan kelebihan satu undi mengatasi lawannya di
sesuatu bahagian atau kawasan pilihan raya.

c. SISTEM POLITIK SOSIALIS (M.S 61)


berbentuk pemerintahan diktator atau sistem parti yang mengokong hak-hak asasi.
mementingkan atau mengutamakan kebajikan umum berbanding kebajikan individu. Ia juga
menyentuh mengenai bagaimana kedua-dua kebajikan ini dapat diseimbangkan dalam negara.
Dalam sistem sosialis, pemerintah berperanan dalam mengagihkan sumber yang terdapat
dalam negara dengan menekankan soal kebajikan, di mana keutamaan diberikan kepada
kebajikan umum yakni masyarakat berbanding individu. penekanan bukan sahaja terhadap
soal kebajikan umum, tetapi juga usaha untuk mewujudkan kerjasama, keharmonian, keadilan,
kebebasan dan sebagainya. Selain itu, dalam sosialisme juga menganjurkan agar pemilikan
persendirian dikawal dan dihadkan.

d. BUDAYA PENYERTAAN POLITIK PAROKIAL (M.S 73)


Parokial merupakan budaya politik yang lebih rendah berbanding budaya politik subjek.
Mereka yang mengamalkan budaya parokial tidak merasakan bahawa mereka merupakan
rakyat sesebuah negara tersebut. Mereka tidak berasa bangga dengan politik negara mereka,
tidak mengambil peduli berkenaan perkara politik yang berlaku di dalam negara dan tidak
mempunyai pengetahuan berkenaan politik. Mereka juga jarang dan mengelak untuk
membicarakan berkenaan politik. Justeru itu, budaya politik parokial boleh dikatakan
merupakan budaya politik yang terendah di antara budaya politik penyertaan dan subjek.
Masyarakat yang mengamalkan budaya ini tidak mengambil peduli berkenaan politik yang
berlaku di sekeliling mereka dan mereka merasakan tidak mempunyai kuasa untuk berdepan
dengan isu-isu politik.

e. SISTEM PARTI DOMINAN (MS 88)


ia juga mirip kepada sistem satu parti kerana parti yang dominan itu memerintah secara
berterusan. Dalam tiap-tiap pilihan raya, parti itu sahaja mendominasi kuasa dan telah
mencapai kemenangan berturut-turut. Parti-parti lain tidak mampu menyaingi parti pemerintah
dalam pilihan raya. Sebab itu sebelum diadakan pilihan raya, keputusan seperti sudah
memihak kepada parti politik pemerintah. Jika berlaku kekalahan parti dominan dalam pilihan
raya, ia sesuatu keputusan yang sangat mengejutkan walaupun tidak mustahil ia boleh berlaku.
Berbeza dengan sistem negara satu parti, sistem parti dominan boleh wujud dalam negara-
negara demokrasi

2- BADAN BERKANUN
a. 2 PERANAN DAN MATLAMAT BADAN BERKANUN (MS 142)
i. Membolehkan kerajaan terlibat secara terus dengan bidang-bidang tertentu yang
enggan atau tidak mampu diceburi oleh pihak swasta sebab masalah modal.
Penglibatan langsung kerajaan ini dapat menolong meningkatkan pembangunan
sosio-ekonomi negara; dan
ii. Membolehkan jentera pentadbiran bertindak secara lebih bebas daripada ikatan
peraturan-peraturan pentadbiran negara. Hal ini membolehkan perbadanan
tersebut bergerak lebih pantas seiringan dengan syarikat-syarikat swasta yang
lain.

b. 2 PERANAN ATAU MATLAMAT PERBADANAN AWAM (MS 142)


i. Memberi peluang kepada pihak kerajaan untuk terlibat secara langsung dengan
kegiatan ekonomi secara aktif;
ii. Memainkan kedua-dua peranan dalam sektor ekonomi dan sosial. Di samping
bertujuan memperolehi keuntungan, perbadanan awam juga dikehendaki
menyediakan berbagai-bagai kemudahan dan perkhidmatan kepada rakyat.

c. PILIH 1 CONTOH BADAN BERKANUN DI MALAYSIA. JELASKAN SECARA RINGKAS


FUNGSI ATAU PERANAN YG TELAH DIPILIH

3- 4 PERANAN PARTI2 POLITIK TERMASUK PEMBANKANG (MS 84)


a. Fungsi Sebagai Penghubung Antara Rakyat dan Kerajaan
Parti politik boleh berfungsi sebagai perantara bagi menyampaikan tuntutan dan desakan
rakyat kepada kerajaa Fungsi Sebagai Penghubung Antara Rakyat dan Kerajaan Parti politik
boleh berfungsi sebagai perantara bagi menyampaikan tuntutan dan desakan rakyat kepada
kerajaan. Dalam masa yang sama akan mengemukakan pelbagai masalah yang dihadapi
oleh rakyat kepada kerajaan untuk diselesaikan. Atas sebab itu, peranan parti politik semakin
berkesan terutama jika ia menerajui pemerintahan negara. Ini memudahkan kerajaan untuk
membuat sebarang keputusan dan dasar awam untuk kepentingan rakyat dan ahli-ahlinya.
Parti politik juga cenderung membuat peraturan dan melaksanakan dasar yang popular demi
sokongan rakyat dalam pilihan raya akan datang. Di sini parti politik berperanan dalam
mendidik,menasihati dan menyedarkan rakyat tentang kepentingan perpaduan, keharmonian,
kedamaian dan sebagainya supaya menjadi warganegara yang berguna.

b. Fungsi Menyatukan, Memudahkan dan Menstabilkan Proses Politik

Parti politik boleh berfungsi untuk mengintegrasikan rakyat dengan sistem politik yang sedia
ada. Ini bermakna parti politik berfungsi menyatukan ahli-ahli parti dan rakyat agar tidak
berlaku perpecahan dalam negara. Dengan itu, kestabilan politik dapat dihasilkan. Tetapi,
fungsi ini tidak semudah seperti yang diduga. Ini kerana ada parti politik lain juga mempunyai
peranan dan matlamat yang sama. Akhirnya akan berlaku persaingan sekurang-kurangnya
antara dua buah parti untuk menarik sokongan rakyat dan menjadi ahli parti masingmasing
bagi menghadapi parti lawan. Hakikatnya, parti politik boleh menyatukan ahli-ahli dalam
masyarakat untuk bergerak atas landasan parti politik terutama untuk menyuarakan
kepentingan dan memperjuangkan hak mereka. Walaupun parti politik boleh menyatukan
rakyat, tetapi ia juga boleh membawa perpecahan dalam masyarakat. Ini disebabkan konflik
kepentingan dan perbezaan matlamat dalam kalangan ahli-ahli dan para pemimpin parti
politik untuk berkuasa

c. Fungsi Dalam Aktiviti Bukan Bersifat Politik


Parti politik juga berfungsi untuk menjaga kebajikan rakyat. Ahli-ahli parti secara sukarela
memberikan bantuan dan pertolongan kepada rakyat semasa berlaku banjir, peperangan,
kebuluran, pelarian dan sebagainya. Dalam sesetengah keadaan, ada parti politik yang
mempunyai biro atau jawatankuasa khas bagi menangani masalah-masalah dihadapi rakyat.
Misalnya, parti politik berfungsi seperti mendidik rakyat tentang kepentingan kesihatan dan
kebersihan kepada rakyat serta menghulur bantuan dalam bentuk makanan, pakaian, ubat-
ubatan, rawatan, pemulihan dan sebagainya. Ada juga kes parti berperanan memberi
bantuan kepada rakyat yang memerlukan persekolahan dan penajaan untuk melanjutkan
pengajian di peringkat tinggi

d. Fungsi Merekrut Pemimpin Baru


Parti politik juga boleh berfungsi merekrut pemimpin (leader recruitment) politik yang baru
untuk menggantikan pemimpin sedia ada yang akan bersara. Parti bertanggungjawab dalam
mengenal pasti bakat dan karisma generasi muda untuk diketengahkan sebagai pemimpin.
Oleh itu, parti politik berfungsi untuk menarik minat golongan muda untuk menyertai parti dan
mendidik mereka sebagai pemimpin pelapis

4- 5 CIRI BIROKRASI MAX WEBER


a. Suatu Susunan Fungsi Pejabat Yang Tetap Dan Terikat Dengan Peraturan.
Sistem peraturan adalah merupakan prinsip utama dalam sebuah sistem birokrasi. Fungsi utama
peraturan yang ditetapkan dalam sesebuah organisasi ialah untuk mempermudahkan
standardisasi, dengan adanya proses ini banyak perkara dan kes boleh diselesaikan secara
seragam. Sebagai contohnya jika seseorang pekerja dikenakan potongan gaji sebagai hukuman
kerana bercuti tanpa makluman pihak atasan, maka hukuman tersebut mestilah sama dengan
pekerja lain yang melakukan kesalahan yang sama. Sistem peraturan yang distandardkan ini juga
dirancang untuk menjamin adanya keseragaman dalam menjalankan setiap tugas, di mana
peraturan tersebut menentukan tanggungjawab, peranan dan bidang tugas bagi setiap anggota
dan hubungan diantara mereka.

b. Adanya Bidang Kecekapan Khusus


berkaitan dengan bidang kewajipan tugas yang ada pada seorang pekerja mahupun satu
bahagian, tujuannya adalah untuk menjalankan pelbagai fungsi yang merupakan satu bahagian
daripada proses pembahagian atau pengkhususan kerja yang sistematik. Dalam menjalankan
tugas yang pelbagai, organisasi birokrasi membahagikan kegiatan-kegiatan pentadbiran menjadi
bahagian-bahagian yang masing-masing mempunyai fungsi khusus dan berbeza dengan fungsi
bahagian lain. Sebagai contohnya dalam sesebuah organisasi, bahagian kewangan secara
khususnya berfungsi untuk membuat ramalan keperluan dana, mendapatkan dana untuk
organisasi, menguruskan dana tersebut dan memastikan dana digunakan dengan cara terbaik,
manakala bagi bahagian sumber manusia pula fungsi khususnya ialah untuk melakukan
pengambilan tenaga kerja, melaksanakan latihan dan pembangunan, membuat penilaian prestasi
dan sebagainya lagi yang berkaitan dengan sumber manusia.

c. Susunan Jabatan Adalah Berdasarkan Prinsip Hierarki


Setiap jabatan yang tingkatnya lebih rendah dalam hierarki adalah di bawah pengendalian dan
pengawasan jabatan yang lebih tinggi. Tujuan diwujudkan hierarki ini adalah untuk memastikan
setiap jabatan dikendalikan secara sistematik oleh jabatan tertentu yang lain. Dalam hierarki itu
setiap jabatan harus bertanggungjawab kepada atasannya berkenaan keputusan dan tindakannya
sendiri ataupun apa yang dilakukan oleh anak buahnya. setiap tingkat hierarki, setiap jabatan
memiliki hak memberi perintah dan arahan pada orang bawahannya, dan orang bawahan pula
berkewajipan untuk mematuhinya. Setiap keputusan dan tindakan yang dibuat oleh jabatan
bawahan perlu meminta persetujuaan daripada pihak atasan.

d. organisasi perlulah bebas daripada setiap pengendalian luaran.


Apa yang dimaksudkan dengan pengendalian luaran ini ialah organisasi tidak dimonopoli oleh
mana-mana jabatan yang ada dalam organisasi tersebut. Tujuan utamanya adalah untuk
meningkatkan kebebasan organisasi tersebut. sumber-sumber yang ada harus bebas untuk
ditempatkan dan ditempatkan semula ke dalam jabatan-jabatan sesuai dengan keperluan
organisasi. Dalam hal ini dapatlah disimpulkan bahawa jabatan tidak boleh memiliki organisasi
secara rasmi.

You might also like