You are on page 1of 17

1. Pernyataan di bawah menunjukkan satu kemahiran proses sains.

Kucing itu mati kerana tidak mandapat makanan selama


seminggu

Apakah kemahiran proses sains itu?


A. Meramal
B. Mengelas
C. Membuat inferens
D. Mentafsir data

2. Ali mendapati jari rakannya luka akibat terkena serpihan radas yang pecah ketika
menjalankan datu eksperimen. Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Ali?
A. Merawat rakannya
B. Melaporkan kepada guru
C. Meneruskan eksperimen
D. Membersihkan serpihan radas yang pecah

3. Apakah yang dimaksudkan dengan penyahtinjaan?


A. Proses menyingkirkan bahan buangan daripada bahan
B. Proses membuang tinja melalui dubur
C. Proses mengeluarkan peluh
D. Proses mencernakan makanan

1
FausSK ST Alphonsus Julau 2016
4. Jadual 1 menunjukkan penyiasatan tentang bilangan tikus di kawasan sawah padi.

Minggu Bilangan tikus


1 20
2 11
3 2
Jadual 1

Apakah inferens yang boleh dibuat dibuat tentang bilangan tikus?


A. Pertambahan bilangan ular
B. Pertambahan bilangan belalang
C. Pengurangan bilangan ular
D. Pertambahan bilangan padi

5. Rajah 1 menunjukkan seorang budak lelaki bangun dari tidur selepas mendengar
bunyi jam loceng.

Rajah 1
Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan gerakbalas budak lelaki itu?
A. Manusia boleh mendengar
B. Manusia memerlukan tidur yang cukup
C. Manusia bergerak balas terhadap rangsangan bunyi
D. Manusia terkejut apabila mendegnar bunyi

6. Rajah 2 menunjukkan satu proses yang terlibat dalam pernafasan.

2
FausSK ST Alphonsus Julau 2016
Rajah 2

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang proses di atas?


A. Peparu mengembang dan menyebabkan dada turun semula
B. Peparu mengecut dan menyebabkan dada ternaik ke atas
C. Proses ini disebut sebagai proses menarik nafas
D. Udara yang dihembus mengandungi banyak karbon dioksida

7. Apakah hasil yang diperoleh daripada proses fotosintesis?


A. Klorofil
B. Air
C. Karbon dioksida
D. Oksigen

8. Getah mempunyai agen pencaran tersendiri untuk memastikan kemandirian


spesiesnya. Bagaimanakah pokok getah memastikan kemandirian spesiesnya?
A. Biji benihnya dipencarkan melalui mekanisme letupan
B. Biji benihnya dipencarkan oleh haiwan
C. Biji benihnya dipencarkan oleh angina
D. Biji benihnya dipencarkan oleh air

9. Rajah 3 menunjukkan system perkumuhan manusia.

ginjal
3
FausSK ST Alphonsus Julau 2016
Rajah 3

Apakah fungsi ginjal?


A. Membebaskan karbon dioksida dan wap air
B. Menyingkirkan peluh
C. Menyingkirkan hasil buangan dalam bentuk air kencing
D. Menyingkirkan hasil buangan dalam bentuk tinja

10. Rajah 4 menunjukkan sejenis akar pada sejenis tumbuhan

Rajah 4
Apakah jenis akar pada tumbuhan itu?
A Akar selari
B Akar serabut
C Akar tunjang
D Akar selerak

11. Rajah 5 menunjukkan keadaan pokok yang disentuh daunnya.

4
FausSK ST Alphonsus Julau 2016
Rajah 5
Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada pemerhatian di atas?
A. Tumbuhan bergerak balas terhadap cahaya matahari
B. Tumbuhan bergerak balas terhadap sentuhan.
C. Tumbuhan bergerak balas terhadap air
D. Tumbuhan bergerak balas terhadap gravity.

12. Antara urutan berikut, yang manakah betul bagi laluan udara semasa menarik
nafas?
A. Hidung Peparu Trakea
B. Trakea Peparu Hidung
C. Hidung Trakea Peparu
D. Peparu Trakea Hidung

13. Antara haiwan berikut, yang manakah melindungi diri daripada musuh dengan cara
memutuskan anggota badan?
A. Lebah
B. Lipan
C. Siput
D. Cicak

14. Jadual 2 menunjukkan alat X, Y dan Z yangh digunakan untuk mengukur.

5
FausSK ST Alphonsus Julau 2016
Alat Kegunaan
X Untuk mengukur panajng
Y Untuk mengukur jisim
Z Untuk mengukur isi padu
Jadual 2
Apakah yang diwakili oleh X,Y dan Z?
X Y Z
A Bikar Pembaris Neraca
B Neraca Bikar Pembaris
C Neraca Pembaris Bikar
D Pembaris Neraca Bikar

15. Rajah 6 menunjukkan suatu acara larian yang diadakan pada hari sukan sekolah.

Rajah 6

Antara yang berikut, yang manakah boleh digunakan untuk mengukur masa dalam
acara larian tersebut?
A. Jam dinding
B. Jam tangan
C. Jam randik
D. Jam Tangan

16. Rajah 7 menunjukkan aktiviti memanah.

6
FausSK ST Alphonsus Julau 2016
Rajah 7

Apakah perubahan tenaga bagi anak panah itu selepas anak panah itu dilepaskan?
A. Tenaga kinetik teanga keupayaan
B. Tenaga kimia tenaga keupayaan
C. Tenaga keupayaan tenaga kinetik
D. Tenaga bunyi tenaga kinetik

17. Rajah 8 menunjukkan objek legap Y yang merupakan bahan legap.

Rajah 8

Antara yang berikut, yang manakah menghuraikan objek Y?


A. Bahan itu tidak membenarkan cahaya menembusinya.
B. Bahan itu membenarkan hanya sebahagian cahaya menembusinya.
C. Bahan itu membenarkan cahaya yang sangat terang menembusinya.
D. Bahan itu membenarkan semua cahaya menembusinya.

18. Rajah 9 menunjukkan suatu aktiviti.

7
FausSK ST Alphonsus Julau 2016
Rajah 9

Apakah yang ditunjukkan oleh aktiviti dalam Rajah 9?


A. Cahaya dibiaskan
B. Cahaya bergerak lurus
C. Cahaya dipantulkan
D. Cahaya diserakkan

19. Maklumat dalam Jadual 3 yang berikut menunjukkan beberapa kegunaan cahaya.

K Periskop dalam kapal selam untuk


melihat kapal di permukaan laut
L Lampu kereta dipasang pada waktu
malam
M Lampu suluh digunakan pada waktu
malam
N Cermin pada selekoh tajam jalan raya
Jadual 3
Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan prinsip pantulan cahaya?
A. K dan L
B. L dan M
C. M dan N
D. K dan N
20. Rajah 10 menunjukkan masa yang diambil oleh empat murid dalam acara larian 100
meter.

8
FausSK ST Alphonsus Julau 2016
Masa/s

P Q R S Murid

Rajah 10
Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan susunan murid yang betul daripada
yang paling perlahan kepada yang paling laju?
A. P, Q, R, S
B. R, Q, P, S
C. Q, P, R, S
D. S, R, P, Q

21. Sofea tidak dapat membuka penutup botol jem nanas. Kakaknya memberitahu
Sofea supaya merendam penutup botol jem tersebut dalam besen yang berisi air
panas. Apakah yang akan berlaku apabila penutup jem direndam dalam air panas?
A. Air panas menyebabkan penutup mengecut
B. Air panas menyebabkan penutup botol mengembang
C. Air panas menyebabkan udara dalam botol mengembang.
D. Air panas menyebabkan udara dalam botol mengecut.

22. Antara bahan berikut, yang manakah berbeza sifatnya berbanding dengan bahan-
bahan lain?
A. Larutan garam

9
FausSK ST Alphonsus Julau 2016
B. Kicap
C. Cuka
D. Minyak masak

23. Rajah 11 menunjukkan dua buah bekas, K dan L yang setiap satunya diisi dengan
200 ml air. Kedua-dua bekas itu dibiarkan di bawah cahaya matahari.

K L
Rajah 11

Selepas 2 jam, jumlah air yang tinggal dalam bekas L lebih banyak daripada jumlah air
yang tinggal dala bekas K. Apakah inferens yang dapat dibuat berdasarkan
penyiasatan itu?
A. Luas permukaan bekas K lebih besar daripada luas permukaan bekas L
B. Bekas K dibuat daripada besi manakal bekas L dibuat daripada plastic
C. Bekas L lebih tinggi daripada bekas K
D. Isipadu air dalam bekas L labih banyak daripada isipadu air dalam bekas K.

24. Rajah 12 menunjukkan satu eksperimen.

10
FausSK ST Alphonsus Julau 2016
air

paku

Apakah yang akan berlaku selepas seminggu?


A. Paras air dalam bekas berkurangan
B. Warna air dalam bekas berubah
C. Warna paku menjadi keperangan
D. Saiz paku menjadi lebih kecil

25. Rajah 13 menunjukkan suatu aktiviti.

Rajah 13
Apakah tujuan aktiviti itu?
A. Mencantikkan pagar
B. Mencegah besi pagar daripada terdedah kepada udara dan air
C. Menghalang besi pagar daripada terkena najis haiwan
D. Menguatkan struktur pagar

26. Jadual 4 menunjukkan beberapa jenis bahan makanan.

11
FausSK ST Alphonsus Julau 2016
P Air kopi
Q Buah pisang
R Buah peria
S Gula-gula
Jadual 4
Antara yang berikut, bahan manakah yang akan menukarkan warna kertas litmus
merah menjadi biru?
A. P dan R
B. P dan Q
C. Q dan S
D. R dan S

27. Rajah 14 menunjukkan suatu penyiasatan yang telah dijalankan untuk mengkaji
sifat-sifat jirim.

Rajah 14
Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan penyiasatan ini?
A. Gas mempunyai bjisim.
B. Gas tidak boleh memenuhi ruang.
C. Gas tidak mempunyai bentuk yang tetap.
D. Gas mempunyai isipadu yang tetap.

28. Apakah yang dimaksudkan dengan pantulan cahaya?


A. Cahaya bergerak ke semua arah.

12
FausSK ST Alphonsus Julau 2016
B. Cahaya bergerak dalam satu garis lurus.
C. Cahaya boleh dipantulkan apabila terkena permukaan yang licin dan berkilat.
D. Cahaya dapat dipantulkan apabila terkena permukaan kasar dan tidak rata.

29. Sekumpulan murid telah memasang satu set litar elektrik lengkap untuk mengkaji
kecerahan mentol di dalam bilik sains. Mengapakah sel kering penting dalam satu litar
elektrik?
A. Memancarkan cahaya.
B. Membekalkan tenaga elektrik.
C. Melengkapkan litar elektrik.
D. Mengalirkan arus elektrik.

30. Rajah 15 menunjukkan pengelasan sumber tenaga.

Sumber tenaga

Tenaga yang boleh Tenaga yang tidak


diperbaharui boleh diperbaharui

X Y

Rajah 15
Antara yang berikut, yang manakah mewakili X dan Y?
X Y
A Arang batu Biojisim
B Gas Asli Petroleum
C Tenaga Suria Angin
D Angin Tenaga Nuklear
31. Jadual 5 menunjukkan perubahan suhu air dalam sebuah bikar.

Masa (minit) 0 5 10 15 20
Suhu air (oC) 30 42 55 68 79

13
FausSK ST Alphonsus Julau 2016
Jadual 5
Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan data dalam jadual di atas?
A. Air sedang dipanaskan
B. Air sedang disejukkan
C. Air sedang membeku
D. Air sedang mendidih

32. Rajah 15 menunjukkan sebuah baldi plastik.

Apakah sumber asas yang digunakan untuk membuat baldi itu?


A. Tumbuhan
B. Haiwan
C. Batuan
D. Petroleum

33. Rajah 16 menunjukkan air yang diisi ke dalam beberapa bekas yang tidak sama
bentuk.

14
FausSK ST Alphonsus Julau 2016
Rajah 16
Apakah sifat cecair yang ditunjukkan dalam rajah di atas?
A. Cecair mempunyai bentuk yang tidak tetap
B. Cecair mempunyai bentuk yang tetap.
C. Cecair mempunyai isipadu yang tetap.
D. Cecair tidak boleh dimampatkan.

34. Jadual 6 menunjukkan satu pemerhatian terhadap cecair K, L dan M apabila diuji
dengan kertas litmus.
Cecair Pemerhatian
K Menukarkan warna kertas litmus merah
kepada warna biru
L Menukarkan warna kertas litmus biru kepada
warna merah
M Warna kertas litmus merah dan kertas litmus
biru tidak berubah
Jadual 6
Berdasarkan pemerhatian di atas, yang manakah betul?
K L M
A Neutral Alkali Asid
B Alkali Asid Neutral
C Asid Alkali Neutral
D Alkali Neutral Asid

35. Antara berikut, yang manakah benar tentang bahan lut cahaya?
A. Bahan lut cahaya membenarkan cahaya menembusinya.
B. Bahan lut cahaya tidak membenarkan cahaya menembusinya.
C. Bahan lut cahaya membenarkan sebahagian cahaya menembusinya.
D. Bahan lut cahaya diperbuat daripada kaca.

15
FausSK ST Alphonsus Julau 2016
36. Cuka merupakan salah satu bahan makanan berasid. Apakah rasa bahan
berasid?
A. Pahit
B. Masin
C. Manis
D. Masam

37. Antara berikut, yang manakah benar tentang pengaratan?


A. Bahan berkarat boleh menyebabkan kanser kulit.
B. Pengaratan memerlukan hanya satu faktor sahaja iaitu air.
C. Bahan berkarat adalah berat kerana jismnya bertambah.\
D. Kehadiran air dan udara adalah faktor utama yang menyebabkan pengaratan.

38. Maklumat di bawah menunjukkan sifat-sifat suatu objek.

 Konduktor yang baik


 Berkilat
 Kuat

Antara objek-objek berikut, yang manakah memiliki sifat-sifat itu?


A. Payung
B. Baju hujan
C. Cerek elektrik
D. Pasu bunga seramik

39. Jadual 7 menunjukkan data yang diperoleh daripada suatu penyiasatan.

Bahan Isipadu air yang diperoleh selepas


memerahnya
P 80
Q 100

16
FausSK ST Alphonsus Julau 2016
R 20
Jadual 7
Bahan manakah mewakili Q?
A. Kertas
B. Plastik
C. Tisu
D. Tuala

40. Rajah 17 menunjukkan dua jenis objek yang berbeza tetapi mempunyai sifat yang
sama.

Rajah 17
Antara berikut, objek manakah yang mempunyai sifat yang sama seperti objek-objek di
atas?
A. Pensel
B. Kunci
C. Guli
D. Pengokot

------------------Kertas soalan tamat--------------------

17
FausSK ST Alphonsus Julau 2016

You might also like