You are on page 1of 7

Tugasan 2

Banding beza muamalat islam dan konvensional

Rajah 1: Sumber Majalah Labur

Muamalat dari aspek urus tadbir (management) dan operasi (operation) dalm perbankan islam
dan perbankan konvesional mempunyai lapan perbezaan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah
1. Dalam sistem tadbir urus syariah, badan syariah memainkan peranan yang paling penting
sebagai sebuah organisasi yang berautoriti bagi mengawasi dan menyelia untuk memastikan
pematuhan syariah dalam setiap operasi dan aktiviti industri ini. Hakikatnya, kepekaan terhadap
tatacara urusniaga dan amalan perbankan sepatutnya perlu juga diambil perhatian yang serius
supaya kita tidak kelihatan seolah-olah mendiskriminasikan suruhan Allah SWT.
Perbankan Islam

(1)
Perbezaan dari segi pemantauan mengikut perbankan islam akan dipantau oleh Ahli
Jawatankuasa Penasihat Syariah dan Audit Syariah. Mereka adalah individu yang
bertanggungjawab dalam memantau segala urusan perbankan serta memastikan kepatuhan
(2)
hukum Syariah di sesebuah bank. Perbankan islam yang bagus mematuhi kehendak syariah
kerana matlamat utama perbankan Islam adalah untuk mengecapi keredhaan Allah S.W.T.
semata-mata. Justeru, menyedari akan hakikat tersebut, maka setiap urusniaga yang dijalankan
akan berpayungkan kehendak Islam. Oleh itu, segala hasil yang peroleh daripada urusan
perbankan yang tidak mematuhi Syariah dan garis panduan Syariah akan disalurkan kepada
(3)
badan-badan amal. Selain itu, lebihan keuntungan diperoleh dengan cara yang tidak
bercanggah dengan Islam. Keuntungan adalah terhasil daripada kontrak jual beli dan
perkongsian untung rugi (pelaburan). Dalam konteks perbankan Islam, kita tidak menggunakan
cara memberi pinjaman untuk mendapatkan keuntungan kerana ia jelas mempunyai unsur riba
yang sangat-sangat dilarang keras dalam Islam. Namun, Islam memberikan jalan penyelesaian
melalui kontrak seperti Kontrak Jualbeli, Kontrak Mudharabah dan Musyarakah yang boleh
(4)
memperolehi keuntungan daripada penggunaan kontrak-kontrak tersebut. Seterusnya,
hubungan degan pelanggan dalam perbankan islam antara pihak bank (pembiaya) dan
pelanggan terbentuk daripada transaksi jual beli, pelaburan atau perkongsian untung rugi.

Bagi perbankan konvensional, sudah pastinya tiada pemantauan dari segi Syariah serta tiada
ada peruntukan untuk mematuhi prinsip-prinsip Syariah. Keuntungan dikaut melalui pelbagai
cara tanpa mempedulikan adakah ia mematuhi syarak atau sebaliknya. ’Interest’ atau nilai
bunga terhasil daripada lebihan (pertambahan) daripada jumlah pinjaman/hutang yang
diberikan. Hubungan di antara pihak bank (lender) dengan pelanggan (borrower) terbentuk
daripada transaksi pinjaman/hutang.

Isu Muamalat Masa Kini

Bermuamalat dengan Sumber yang Haram

Menyediakan kemudahan atau perkhidmatan menggunakan sumber yang haram adalah


dilarang dalam islam dan pernyataan ini disokong oleh ulama kotemporari. Terdapat dalil yang
menerangkan keterlibatan dalam urusan yang haram dianggap terbabit dalam perkara
kejahatan dan pelanggaran perkara-perkara yang ditegah oleh syarak. Dalam konteks ini,
bermuamalat yang berkaitan adalah melakukan transaksi halal, tetapi sumber transaksi tersebut
adalah daripada hasil yang haram. Bermuamalat dengan mengunakan harta haram berasaskan
arak dan zina mempunyai hukum yang berbeza dengan bermuamalat dengan sumber mencuri,
merompak atau menyamun. Hal ini kerana, hasil keuntungan yang diperoleh dari berzina
merupakan milik pelaku tersebut tetapi hasil keuntungan yang diperoleh daripada jualan
perbuatan mencuri, merompak atau menyamun harta, tersebut masih lagi milik mangsa. Oleh
itu, sekiranya perompak itu bertaubat dan menyesali perbuatan mereka, harta tersebut mesti
dikembalikan kepada pemilik asal atau waris terdekat. Sekiranya pemilik asal dan waris
keluarga tidak ditemui, si pelaku masih tidak boleh memiliki harta tersebut tetapi perlu
menyalurkan wang tersebut kepada saluran kebajikan seperti sedekah, wakaf dan
seumpamanya.

Individu yang mendapat sumber pendapatan secara haram tetapi melakukan transaksi yang
halal perbuatan tersebut sememangnya haram dalam islam (Zaharudin, 2010). Hal ini kerana
perbuatan tersebut menyumbang kepada wujudnya transaksi atau perbuatan haram. Sekiranya
pekerjaan yang dilakukan pada asalnya adalah halal, namun begitu, hukumnya bertukar
menjadi haram sekiranya perbuatan tersebut menyumbang kepada sesuatu yang haram.
Contoh yang lebih jelas adalah pemandu lori yang menghantar arak ke serata tempat yang
pada asalnya perkhidmatan yang dilakukan adalah halal tetapi perbuatan tersebut
menyumbang kepada sesuatu yang haram kerana menyebarkan arak, maka hukumnya tetap
haram. Apabila hasil usahanya yang haram itu digunakan dalam institusi kewangan islam,
disitulah munculnya isu dimana adakah perbuatan tersebut dibolehkan dalam islam. Dalam hal
sebegini, terdapat dua pendapat yang berbeza yang menjelaskan mengenai hukum
bermuamalat dengan menggunakan sumber yang haram. Pendapat pertama mengatakan
harus bermuamalat dengan sumber yang haram manakala pendapat kedua pula tidak
membenarkan muamalat dengan harta yang terhasil daripada sumber yang haram dan ini
merupakan pandangan majoriti fuqaha’ di dalam kajian M. Ramadhan, 2011.

Terdapat dalil yang menghujahkan pengharusan bermuamalat dengan sumber yang haram.
Antara dalil al-quran yang membenarkan adalah;

﴾ …dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan
dosa usahanya sahaja)… ﴿

Surah Al-An’am (6):164


Dalil ini menjelaskan muamalat dengan sumber yang haram adalah diharuskan sekiranya dosa
si pelaku perbuatan haram adalah ditanggung olehnya sahaja dan tidak ditanggung oleh pihak
lain yang bermuamalat dengannya. Maksudnya, pekerjaan yang haram tidak boleh dikaitkan
dengan pekerjaan halal yang melibatkan pelaburan halal seperti mudharabah dan musharakah.
Mudharabah merupakan pembiayaan untuk memodali usaha. Modal dikeluarkan sepenuhnya
oleh pihak bank dan penerima modal berkewajiban menyelenggarakan usaha. Manakala
mushakarah pula merupakan kerjasama antara dua pihak atau lebih atas usaha tertentu dan
keuntungan serta risiko akan ditanggung bersama. (M. Syafi’I, Antonio, 2010). Dalam hal
sebegini beberapa ulama melarang perkongsian dengan orang bukan islam bagi mengelakkan
berlakunya percampuran harta orang Islam dengan sumber yang haram seperti arak dan zina.
Akan tetapi Imam Malik berpendapat bahawa musyarakah dengan orang bukan islam adalah
dibenarkan sekiranya urusan tersebut dikendalikan oleh orang Islam (bagi menjamin sumber
yang halal).

Bagi pendapat yang kedua iaitu pengharaman bermualamat dengan sumber yang haram
kerana terdapat firman Allah yang mengharamkan segala bentuk pertolongan dalam urusan
dosa.

﴾…dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan


pencerobohan...﴿

Surah al-Maidah (5):2

Berdasarkan dalil diatas, sebarang jenis muamalat dengan harta haram adalah diharamkan
kerana ia adalah termasuk dalam larangan bertolong-tolongan dalam dosa. Perkara ini berlaku
sekiranya pihak pengusaha menerima wang dari sumber haram untuk dikembangkan dan
diniagakan, hal ini seolah-olah pihak pengurusan membantu golongan tersebut
mengembangkan aktiviti kemaksiatan dan dosa. Sekiranya dilihat dalam konteks perbankan
Islam, sekiranya penerimaan harta haram secara deposit dibenarkan ianya seolah-olah
membantu perkembangan harta haram dari segi merancakkan perniagaan mereka.
Sememangnya melakukan perkara yang halal tetapi berkhidmat secara langsung kepada
perkara yang haram, membantu transaksi yang haram dan seumpamanya adalah cukup jelas
pengharamannya. Sebahagian ulama semasa berpendapat bahawa institusi kewangan Islam
tidak dibenarkan sama sekali bermuamalat dengan syarikat-syarikat haram, khususnya bank
konvensional di dalam semua lapangan. Hal ini kerana keterlibatan dengan syarikat yang
haram akan mendapat keuntungannya semula daripada hasil muamalat tersebut disamping
membantu syarikat meneruskan operasinya yang haram (Zaharudin, 2010). Terdapat juga
hadith yang menunjukkan pengharaman bermuamalat dengan harta yang berasal daripada
sumber yang haram apabila Saidina Abu Bakar memuntahkan semula makanan pemberian
orang gajinya hasil dari upah sebagai tukang ramal. Jelaslah disini Islam sangat menitik
beratkan sumber yang halal dalam urusan jual beli.

Cara Penyelesaian

Merujuk kepada perolehan harta secara haram seperti mencuri, merompak dan menyamun,
maka harta tersebut perlulah dipulangkan kepada pemilik asal atau waris atau bersedekah
sekiranya gagal menemui waris. Ini adalah kerana perampas atau pencuri tidak mempunyai hak
pemilikan terhadap harta tersebut dan tidak mempunyai hak untuk menggunakan harta
tersebut. Manakala bagi harta yang dimilik menerusi sumber pekerjaan yang haram seperti
bekerja di kilang arak atau berzina, ia merupakan milik pelaku pekerjaan tersebut. Ini bermakna
hasil pekerjaan seseorang di kilang arak adalah harta yang haram dimiliki kerana wang tersebut
diserahkan kepada pekerja sebagai upah. Maka hasil seperti ini disifatkan sebagai harta haram
yang dimiliki oleh pekerja tersebut. Ulama’ bersepakat bahawa dari segi hukum warak dan
ihtiyat, sesuatu harta haram perlu dilupuskan dengan cara bersedekah dan kaedah-kaedah lain
yang ditetapkan hukum syarak. Jika keuntungan tersebut kembali kepada syarikat yang
operasinya haram, maka dalam bab ini perlu dilihat secara lebih terperinci, sama ada ia
memberikan kesan kepada sosioekonomi atau tidak. Contohnya, sekiranya keuntungan lebih
cenderung kepada perkara yang haram, ia termasuk di dalam larangan ayat kedua surah al-
Maidah, iaitu menolong di dalam perkara dosa dan permusuhan.

Dalam urusan berjual beli, terdapat Hadis yang memperlihatkan bahawa Rasulullah SAW
membenarkan umat Islam berurusan secara musyarakah dengan orang bukan Islam walaupun
sumber mereka diragui, dengan syarat segala urus niaga atau urusan jual beli hendaklah di
bawah penyeliaan orang Islam. Memandangkan sumber dana dalam pasaran kewangan pada
masa kini adalah kompleks dan pelbagai, institusi kewangan Islam adalah terdedah kepada
penglibatan orang-orang yang memiliki harta yang diperoleh daripada sumber yang haram dan
sukar dikenal pasti. Sehubungan dengan itu, walaupun tujuan untuk menyekat dana yang tidak
halal daripada memasuki sistem kewangan Islam adalah murni, institusi kewangan Islam tidak
perlu menyelidiki status sumber dana yang diterima kerana dari segi perlaksanaannya adalah
sukar untuk dikawal. Oleh itu Islam amat menitik beratkan orang ramai memakan harta yang
halal dan baik kerana harta yang bersumberkan haram adalah harta yang tidak baik.

Rujukan

Muhammad Syafi’I, Antonio. (2000). Bank Syariah Suatu Pengalaman Umum, Cet 1. Jakarta:
Tazkia Institute.

Eza. (March 30, 2017). 3 Perbezaan Perbankan Islam dan Perbankan Konvensional. Majalah
Labur. Malaysia. Dirujuk pada 13 March 2020. Dipetik dari https://www.majalahlabur.com/halal-
haram/3-perbezaan-perbankan-islam-dan-perbankan-konvensional/

Muhd Ramadhan Fitri Ellias. (2011). Wasatiyyah Dalam Kewangan Dan Isu-Isu Semasa
Kewangan Islam. Dirujuk pada 13 March 2020. Dipetik dari
https://www.maybank2u.com.my/iwovresources/islamicmy/document/my/en/islamic/scoe/knowle
dgecentre/researchpaper/Wasatiyyah_dalam_Kewangan.pdf

Zaharudin Bin Muhammad. (2010). Hukum Bermuamalat Dengan Sumber Yang Haram. Jurnal
Muamalat Bil. 3.

Sistem muamalat Islam boleh diertikan sebagai suatu sistem perbankan yang
prinsip perjalan dan amalannya berlandaskan hokum Islam atau dalam Bahasa Arab
disebut sebagai syariah. Ini bermakna segala operasi yang terdapat dalam banksama
ada urusan penyimpanan wang mahupun urusan pembiayaan dilakukan berlandaskan
hukam-hakam Syariah atau sekurang-kurangnya tanpa melanggar larangan-larangan
yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T melalui hokum-hukum Syariah.

Sebab utama yang membezakan antara sistem muamalat Islam dan sistem
konvensional lain ialah segala urusannya mestilah dikendalikan tanpa melibatkan
sebarang unsur-unsur faedah (bunga hutang). Ini menyebabkan Islam menghalang
umatnya daripada memberi ataupun mengambil dan memakan riba. Selain itu, objektif-
objektif utama perniagaannya juga berdasarkan ketetapan Al-Quran dan As-Sunnah,
iaitu berdasarkan konsep adil dan saksama demi kepentingan masyarakat.

Pada hakikatnya, sistem muamalat Islam yang bersumberkan wahyu Allah


S.W.T. adalah yang terbaik dan tidak ada tolok bandingnya dengan sistem konvensional
yang merupakan hasil ciptaan manusia. Hal ini selari dengan firman Allah S.W.T yang
bermaksud :

“Sibghah” Allah. Dan siapakah yang lebih baik sibghahnya daripada Allah? Dan hanya
kepada-Nya-lah kami menyembah’. (surah Al Baqarah [2: 138])

“ (sibghah ertinya celupan. Sibghah Allah: celupan Allah yang bererti iman kepada Allah
yang tidak disertai dengan kesyirikan.)

Ingin ditegaskan di sini bahawa, kedua-dua sistem ini sangat berbeza. Ia bukan
sahaja berdasarkan persoalan untung dan rugi semata-mata. Malahan ia sebenarnya
menjadi benteng pemisah antara syurga dan neraka. Allah S.W.T telah menjanjikan
balasan dosa dan neraka kepada pengamal-pengamal sistem berteraskan riba serta
menjanjikan pahala dan surga kepada pengamal-pengamal sistem ekonomi-Nya.
Firman Allah yang bermaksud :

“…..Dan sesiapa yang mengulangi lagi (mengambil riba) maka mereka itulah ahli
neraka, mereka kekal di dalamnya.” (Surah Al-Baqarah [2:275])

Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya:

“Apabila riba dan zina menjadi–jadi di sesebuah kampung (negeri), maka sesungguhnya
mereka telah membenarkan mereka itu diazab oleh Allah. (Riwayat Al-Hakim)

Sabda Rasulullah S.A.W. lagi yang bermaksud: Ertinya:

“Setiap daging yang tumbuh dari harta kotor (haram) maka neraka lebih layak untuknya”
(Riwayat AtTabari)

You might also like