You are on page 1of 8

KERTAS KERJA

PERMOHONAN SUMBANGAN

PEMBELIAN NXT ROBOTIK


UNTUK KELAB ROBOTIK
KGV
RC

PENGENALAN

Pasukan Robotik (KGV RC), ditubuhkan sejak 2007 dan telah menyertai 4
pertandingan anjuran SASBADI dan 1 pertandingan anjuran PINTAR FOUNDATION.
Beberapa kejayaan telah dicapai antaranya menjadi johan negeri 2011. Set robotik ini
dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran kepada sekolah terpilih di Negeri Sembilan
pada tahun 2006. Memandangkan set robotik ini digunakan sejak tahun 2007 sehingga
kini, terdapat masalah kerosakan yang terdapat pada set utama (NXT). KGV RC
bercadang untuk mencari dana untuk menambah jumlah unit Lego NXT dan
mengantikan peralatan yang telah rosak.

OBJEKTIF

i. Untuk membantu murid membina asas yang kukuh dalam Matematik, Sains,
teknologi rekabentuk dan ICT melalui kemahiran hands on atau penyelidikan
ii. Untuk melatih murid mengamalkan semangat kerjasama dalam
menyelesaikan masalah yang mencabar.

iii. Untuk membolehkan murid membina daya berfikir secara sistematik dan
memperkenalkan pertandingan robotik di kalangan murid

RASIONAL

Melalui Projek Kelab Robotik ini, KGV RC berharap murid-murid sekolah ini akan
mempunyai peluang untuk bekerja di dalam kumpulan, meningkatkan kemahiran untuk
menyelesaikan masalah, berinteraksi dengan kanak-kanak di sekolah lain dan
mengembangkan minat dalam bidang robotik dan automasi. Melalui gerak kerja yang
dianjurka diharap dapat memainkan peranan dalam pembentukan jurutera-jurutera
masa depan dengan memperkenalkan bidang robotik kepada anak-anak muda. Dalam
mendidik murid-murid bermula daripada usia muda terhadap konsep-konsep
kejuruteraan dan juga melengkapkan mereka dengan pengetahuan untuk
menginovasikan dan membangunkan teknologi-teknologi berguna yang akan memberi
faedah kepada masyarakat.

 KUMPULAN SASARAN

Semua murid (1390 orang)


Pra sekolah
Tahun 1 hingga Tahun 6

KGV RC
KGV
RC

Kategori Biasa Terbuka Jumlah

Tahun 4 5 6 6

2007 - 6 3 - 9

2008 - 3 3 3 9

2009 1 4 4 3 12

2010 - 3 9 3 15

2011 0 6 9 3 18

Jumlah 1 22 28 12 63

Tahun Kategori Terbuka

2007 Penyertaan pertandingan peringkat negeri

2008 Tempat ke 3, Best Decoration Award, Best Mentor Award, National


Robotic Competition

2009 Tempat ke 3, Best Presentation Award, National Robotic Competition

2010 Tempat ke 2, Best Teamwork Award, National Robotic Competition, Wakil


Zon selatan ke Pertandingan BattleBot Challenge National Lavel.

2011 (zon f) Johan, Best Presentation Award, National Robotic Competition

2011 Mengadakan pameran robotik di Kompleks Belia dan Sukan.

2011 National Tempat ke 10, Best Mentor Award,. National Robotic Competition

Berikut ialah pencapaian pasukan KGV sehingga kini.

KGV RC
KGV
RC

Penyertaan pelajar amat menggalakkan dan guru pembimbing perlu memilih


pelajar yang benar-benar berpotensi memandangkan peralatan yang tidak mencukupi.
Pasukan KGV RC menggunakan peralatan robotik LEGO MINDSTORM seperti yang
disyaratkan untuk menyertai pertandingan National Robotic Competition. KGV RC tidak
menyediakan latihan kepada pelajar pelapis memandangkan set yang ada hanya cukup
untuk pasukan KGV RC berlatih untuk ke pertandingan ke peringkat negeri.

KGV RC bercadang untuk menjadikan robotik sebagai salah satu kebitaraan


dalam pencalonan sekolah kluster. Ini tidak mungkin tercapai sekiranya set robotik KGV
RC sendiri tidak berfungsi dengan baik dan jumlah set yang kurang. Jumlah set NXT
dan motor yang rosak bertambah setiap tahun dan dikhuatiri, pasukan KGV RC
mungkin akan dibubarkan sekiranya peralatan tidak mencukupi untuk menyertai
pertandingan dimasa akan datang. Pada masa ini, set NXT yang boleh digunakan ialah
hanya 8 unit dan nisbah pelajar tahun 3 hingga 6 adalah, 8 unit: 126 orang murid.

Setiap tahun, KGV RC menghantar 5 pasukan biasa dan 1 pasukan terbuka.


Sebanyak 1 set peralatan diperlukan bagi setiap pasukan biasa dan 3 atau 4 set bagi
pasukan terbuka. Sepanjang latihan dijalankan, pasukan pelapis tidak boleh belajar
mengunakan set yang sama sebaliknya perlu menunggu sehingga pertandingan
selesai untuk mengelakkan masalah kerosakan dan memberikan masa yang cukup
untuk pasukan wakil sekolah berlatih.

KGV RC
KGV
RC

Berikut disenaraikan jumlah peralatan yang boleh digunakan dan jumlah yang
diperlukan untuk Pasukan KGV RC.

Bil Komponen Jumlah Boleh Jumlah Harga Jumlah


digunakan diperlukan setiap unit
(RM) (RM)

1 NXT 8 unit 7 unit 6 unit 1050.00 6 300.00

2 Servo motor 24 unit 22 unit 12 unit 160.00 1 920.00

3 Touch sensor 8 unit 8 unit 6 unit 110.00 660.00

4 Ultrasonic sensor 8 unit 8 unit 8 unit 230.00 1 840.00

5 Light sensor 8 unit 8 unit 6 unit 110.00 660.00

6 Colour Sensor 5 unit 5 unit 6 unit 160.00 960.00

7 Rechargeable 8 Unit 8 Unit 6 unit 450.00 4 500.00


battery

Jumlah Yang diperlukan 16 840.00

PENUTUP

Diharapkan pihak Dato’/Datin/tuan/puan dapat membantu sedikit sebanyak


dalam proses menaiktaraf alatan robotik sekolah untuk memastikan pelajar KGV RC
dapat menyertai pertandingan robotik ini pada masa akan datang . Kerjasama dari
pihak Dato’/tuan diucapkan ribuan terima kasih. Bersama-sama ini dilampirkan harga
barangan dan juga keterangan berkaitan peralatan yang diperlukan tersebut.
Disediakan oleh Disahkan oleh

LAMPIRAN

KGV RC
KGV
RC

NXT Brick dan Rechargeable Battery

NXT Brick merupakan komponen utama system robotik LEGO. NXT ini menyimpan
memori dan modul ini dihubungkan dengan komputer melalui USB atau Bluetooth.
Berfungsi seperti Hard disk yang menyimpan program yang telah diatur dalam
komputer untuk menggerakkan robot. Set ini berharga RM1050.00 setiap unit.

Unit ini menggunakan bateri caj semula yang tidak disertakan sekali dalam set NXT ini.
Bateri ini berharga RM 450.00 setiap unit .

Light sensor

Sensor peka cahaya yang membolehkan robot bertindak balas terhadap kecerahan
cahaya yang telah diprogramkan di komputer. Berharga RM 110. Setiap unit.

KGV RC
KGV
RC

Ultrasonic sensor

Berfungsi sebagai mata kepada robot, sensor ini dapat mengesan objek dan mengukur
jarak bagi membolehkan robot bertindakbalas sekiranya berdepan dengan objek atau
dinding. Beharga RM 230.00 setiap unit

Touch Sensor

Peka kepada sentuhan, sensor ini akan menyebabkan robot bertindakbalas sekiranya
disentuh. Juga berfungsi sebagai suis untuk menggerakkan robot atau menghentikan
fungsi robot. Berharga RM 110 setiap unit.

Sound Sensor
Berfungsi sebagai pengesan bunyi, Sound Sensor dapat mengesan decibel (dB) dan
adjusted decibel (dbA). Decibel adalah ukuran dari kekuatan bunyi. dBA untuk
mengesan suara dalam skala pendengaran manusia, sementara dB untuk skala semua
bunyi. Sound Sensor dapat mengukur kekuatan suara sehingga 90 dB. Berharga RM
170 setiap unit

KGV RC
KGV
RC

Colour Sensor
Colour Sensor digunakan untuk mengesan warna. Boleh mengesan pelbagai warna,
robot akan bertindakbalas setelah mengesan warna yang telah diprogramkan. Berharga
RM 160 setiap unit

Servo Motor
Servo Motor yang membolehkan robot bergerak. Setiap motor memiliki Rotational
Sensor yang terdapat di dalamnya. Rotation Sensor mengukur pusingan motor dalam
degree atau putaran (akurasi +/- 1 darjah). Satu putaran sama dgn 360 darjah, apabila
diprogramkan motor untuk berputar 180 darjah, maka motor akan berputar setengah
putaran. Berharga RM 180 setiap unit

KGV RC

You might also like