You are on page 1of 10

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/305305341

PENGENDALIAN PENYIASATAN TEMPAT KEJADIAN JENAYAH

Conference Paper · July 2016

CITATION READS
1 18,625

5 authors, including:

Ramalinggam Rajamanickam Raja Muhammad Zuha


Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia
46 PUBLICATIONS   18 CITATIONS    46 PUBLICATIONS   216 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Azim rabbani Syed


Universiti Sains Malaysia
1 PUBLICATION   1 CITATION   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Modul Literasi Undang-undang untuk Muallaf View project

GGPM-2014-018: Digital stereomicroscopic image system: A novel protocol to safeguard the value of forensic entomological evidence using scuttle fly (Diptera: Phoridae) as
a model View project

All content following this page was uploaded by Raja Muhammad Zuha on 14 July 2016.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


PERSISWA Law Conference 2016
23-24 Julai 2016, Fakulti Undang-undang, UKM

PENGENDALIAN PENYIASATAN TEMPAT KEJADIAN JENAYAH

Ramalinggam Rajamanickam1
Pensyarah Kanan, Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
rama@ukm.edu.my

Raja Muhammad Zuha Raja Kamal Bashah2


Pensyarah Kanan, Program Sains Forensik, Pusat Pengajian Sains Diagnostik & Kesihatan
Gunaan, Fakulti Sains Kesihatan,Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
rmzuha@ukm.edu.my

Muzaiyana Safie3
Pelajar Prasiswazah, Program Sains Forensik, Pusat Pengajian Sains Diagnostik & Kesihatan
Gunaan, Fakulti Sains Kesihatan,Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
muzaiyana90@gmail.com

Goh Jun Kai4


Pelajar Prasiswazah, Program Sains Forensik, Pusat Pengajian Sains Diagnostik & Kesihatan
Gunaan, Fakulti Sains Kesihatan,Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
kaijungoh@yahoo.com

Azim Rabbani Syed Sultan5


Pelajar Prasiswazah, Program Sains Forensik, Pusat Pengajian Sains Diagnostik & Kesihatan
Gunaan, Fakulti Sains Kesihatan,Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
azimrabbani@rocketmail.com

Abstrak

Dalam sesuatu kes jenayah, tempat kejadian adalah penting kerana ia berfungsi sebagai lokasi
asas yang menjadi permulaan siasatan. Banyak bahan bukti yang dapat dikumpul, dianalisis dan
dikemukakan sebagai keterangan di mahkamah. Oleh itu, penyiasatan tempat kejadian jenayah
memainkan peranan yang signifikan dalam sesuatu kes. Kegagalan menyiasat tempat kejadian
jenayah dengan baik boleh menyebabkan pelaku kesalahan dihukum secara salah atau dilepaskan
dengan mudah. Penulisan ini membincangkan prosedur sebelum ,semasa dan selepas penyiasatan
tempat kejadian. Selain itu, penulisan menerangkan jenis-jenis dan teknik pengumpulan bahan
bukti di tempat kejadian. Penulisan ini menggunakan pendekatan secara kualitatif. Penyiasatan
tempat kejadian mempunyai prosedur operasi piawai yang perlu dipatuhi oleh pegawai penyiasat
di tempat kejadian untuk memastikan integriti bahan bukti yang diambil terjamin. Kesilapan
dalam mengikuti prosedur tersebut mungkin menyebabkan tempat kejadian tercemar.
PERSISWA Law Conference 2016
23-24 Julai 2016, Fakulti Undang-undang, UKM

Kesimpulannya, penyiasatan tempat kejadian dan pengumpulan bahan bukti merupakan proses
yang paling kritikal dan signifikan kerana ia menentukan kejayaan sesuatu kes.

Kata kunci: bahan bukti; penyiasatan; prosedur operasi piawai; tempat kejadian jenayah

1. PENGENALAN

Penyiasatan tempat kejadian jenayah (crime scene investigation, CSI) ialah titik pertemuan
antara sains, logik dan undang-undang (Layton, 2015).Penyiasatan tempat kejadian jenayah juga
dikenali sebagai sains forensik kerana ia melibatkan satu kumpulan profesional yang akan
mengkaji tempat kejadian jenayah (Taylor, 2015). Objektif utama pasukan penyiasatan adalah
untuk mengumpul, menjaga, membungkus, menghantar dan mendokumentasikan bukti fizikal
yang tinggal di tempat kejadian (Byrd, 2000).

Tempat kejadian jenayah ialah kawasan yang disyaki jenayah berlaku dan tempat di mana
bukti fizikal diperoleh. Ini temasuklah struktur, bilik, ruang terbuka, kenderaan. Tempat kejadian
jenayah boleh dikelaskan kepada dua iaitu primer dan sekunder. Tempat kejadian primer ialah
tempat berlakunya jenayah sebenar dan tempat kejadian sekunder adalah tempat yang berkaitan
dengan jenayah tetapi bukan tempat berlakunya jenayah sebenar(Morison, 2011).

Bahan bukti merupakan barang atau benda yang boleh digunakan untuk menentukan
fakta yang berkaitan dengan sesuatu perkara atau membuktikan atau menyangkal fakta di dalam
mahkamah. Bahan bukti fizikal biasanya boleh dilihat dengan mata kasar seperti baju, tapak
kaki, mayat, senjata dan lain-lain (Morison, 2011).

Pasukan penyiasat adalah terdiri daripada ketua, pencatit, jurugambar, pengumpul bahan
bukti dan pakar seperti ahli patologi (Amidon, 2015).

2. PROSEDUR SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS PENYIASATAN TEMPAT


KEJADIAN

Penyiasatan tempat kejadian merupakan proses penyiasatan yang paling awal dalam sesebuah
kes yang memerlukan prosedur yang rapi, teliti, berdokumen serta mematuhi syarat-syarat yang
diiktiraf oleh mahkamah. Menurut Tuan Amidon Anan , Mantan Ketua Bahagian Penyiasatan
Tempat Kejadian, Makmal Forensik , Polis Diraja Malaysia (PDRM) , penyiasatan tempat
kejadian mempunyai prosedur operasi piawai yang perlu dipatuhi oleh pegawai penyiasat di
tempat kejadian untuk memastikan segala proses dapat berjalan dengan lancar. Prosedur operasi
piawai di tempat kejadian dapat dibahagikan kepada tiga iaitu sebelum memulakan analisis di
tempat kejadian, semasa menjalankan analisis di tempat kejadian dan selepas analisis tempat
kejadian.

2.1 Prosedur sebelum dan semasa melakukan penyiasatan di tempat kejadian

Menurut Tuan Amidon Anan, di bawah kategori ini terdapat tujuh(7) bahagian yang mempunyai
prosedur operasi dan polisinya yang tersendiri.
PERSISWA Law Conference 2016
23-24 Julai 2016, Fakulti Undang-undang, UKM

2.1.1 Memperkenalkan dan melakukan pengenalpastian diri dan peranan

Langkah memperkenalkan diri di tempat kejadian ini mewujudkan kontrak secara formal
bersama wakil-wakil agensi-agensi yang lain. Selain itu, pegawai penyiasat harus
mengenal pasti empat elemen sebelum memulakan penyiasatan iaitu mengenal pasti
responden pertama yang tiba di tempat kejadian, pegawai yang mengetuai siasatan , pihak
lain terlibat (penguatkuasa/polis , bomba dan lain-lain) dan mencatat identiti pegawai
pertama yang sampai di lokasi tempat kejadian.

2.1.2 Langkah-langkah mempraktikan keselamatan di tempat kejadian

Langkah ini merupakan elemen yang penting bagi proses penyiasatan. Semua risiko harus
dialihkan sebelum memulakan sebarang penyiasatan ke atas tempat kejadian. Pegawai
penyiasat boleh menghubungi agensi yang berkaitan untuk mendapatkan bantuan
mengenai isu keselamatan di lokasi tempat kejadian. Beberapa perkara yang perlu dibuat
sebelum memulakan penyiasatan di tempat kejadian iaitu membuat sempadan fizikal di
tempat kejadian dan menggunakan alat pelindung (fizikal dan keselamatan biokimia). Di
samping itu, pegawai perlu mengaturkan pengeluaran sebarang haiwan atau untuk
menyelamatkan serta mendapatkan kebenaran untuk memasuki tempat kejadian daripada
individu yang bertanggungjawab untuk keselamatan di tempat kejadian dan melindungi
integriti tempat kejadian dan bahan bukti dengan cara yang sebaik mungkin semasa
mempraktikkan langkah-langkah keselamatan tersebut.

2.1.3 Mengesahkan atau mengisytiharkan kematian

Pegawai penyiasat hendaklah memastikan pegawai yang bertanggungjawab iaitu


Pemeriksa Perubatan telah memeriksa mangsa berkenaan dan mengesahkan kematian
(jika ada). Pegawai penyiasat harus mengenalpasti dan mendokumenkan individu yang
mengesahkan kematian secara rasmi, termasuk tarikh dan masa kematian.

2.1.4 Mengambil bahagian dalam taklimat ringkas tentang tempat kejadian

Pegawai penyiasat perlu memahami peranan spesifik setiap agensi di tempat kejadian .
Hal ini penting dalam merancang skop dan perincian setiap penyiasatan dan penyebaran
sebarang informasi kepada umum. Selain itu , mereka harus merekodkan lokasi tempat
kejadian (alamat, petanda kilometer dan nama bangunan) secara konsisten dengan agensi-
agensi yang lain serta memastikan maklumat awal tentang insiden diterima daripada saksi
pertama.

2.1.5 Menjalankan penilaian kawasan tempat kejadian

Penilaian tempat kejadian oleh pegawai penyiasat adalah untuk menentukan jenis insiden
untuk disiasat dan tahap penyiasatan yang harus dijalankan. Pegawai penyiasat perlu
mendapatkan maklumat tentang lokasi tempat kejadian daripada responden terawal.
PERSISWA Law Conference 2016
23-24 Julai 2016, Fakulti Undang-undang, UKM

2.1.6 Menjalankan “scene walkthrough” dan dokumentasi awal

Kegunaan prosedur ini adalah untuk memberikan gambaran keseluruhan tempat kejadian
kepada pegawai penyiasat. Mereka boleh menyemak semula sempadan tempat kejadian
dan boleh mengubahnya jika perlu. Pada tahap ini, mereka harus mengenalpasti bahan
bukti fizikal yang boleh dilihat dan merekodkannya serta mengambil gambar bahan bukti
yang mudah rosak dengan kadar yang segera dan mengumpulkannya jika perlu.

2.1.7 Menubuhkan rantaian penjagaan atau “chain of custody”

Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (U.S. Department of Justice) mentakrifkan rantaian


jagaan sebagai “proses yang digunakan untuk mengekalkan dan merekodkan kronologi
sejarah bahan bukti yang diperolehi daripada tempat kejadian”. Ini bermaksud kawalan ke
atas nama individu-individu yang mengumpul bukti dan setiap orang atau badan yang
menerima dan menyimpannya. Tarikh barang-barang itu dikumpul atau
dipindahkan,agensi dan nombor kes, mangsa atau nama suspek,dan penerangan ringkas
bagi setiap item. Pegawai penyiasat perlu memastikan integriti bahan bukti dengan
menubuhkan dan mengekalkan rantaian penjagaan adalah sangat penting dalam suatu
penyiasatan.

2.2 Prosedur selepas menamatkan penyiasatan dan sebelum meninggalkan tempat


kejadian.

Menurut Tuan Amidon Anan, pegawai penyiasat juga mepunyai beberapa prosedur operasi
piawai selepas menamatkan penyiasatan di tempat kejadian untuk menganalisis setiap penemuan
bahan bukti yang dapat membantu menyelesaikan sesuatu kes. Terdapat lapan prosedur operasi
yang perlu dipatuhi oleh pegawai penyiasat sewaktu menamatkan penyiasatan di tempat
kejadian.

2.2.1 Menubuhkan kumpulan perbincangan tentang hal berkaitan tempat kejadian

Perbincangan tentang perihal tempat kejadian membolehkan pegawai penguatkuasa


undang-undang dan responden yang lain berkongsi maklumat tentang penemuan tertentu
sebelum meninggalkan tempat kejadian. Langkah ini dapat memberikan input berguna
untuk siasatan susulan. Pegawai penyiasat perlu menentukan bahan bukti yang telah
dikumpulkan. Selain itu, pegawai penyiasat perlu berbincang bersama ahli patologi
berkaitan respon tentang tempat kejadian atau respon berkaitan jadual bedah siasat
(sekiranya diperlukan).

2.2.2 Menjalankan pemeriksaan terakhir di kawasan tempat kejadian

Langkah ini adalah sangat mustahak kerana ia bertujuan memastikan semua bahan bukti
telah dikumpulkan dan tempat kejadian telah disiasat sebelum meninggalkan tempat
kejadian. Pegawai yang bertanggungjawab juga perlu membuat “walkthrough” pada
penutupan proses penyiasatan tempat kejadian dan memastikan bahawa siasatan telah
lengkap. Selain itu, pegawai penyiasat juga perlu mengeluarkan kesemua peralatan dan
PERSISWA Law Conference 2016
23-24 Julai 2016, Fakulti Undang-undang, UKM

bahan yang digunakan semasa proses penyiasatan semasa di tempat kejadian.Setelah


memastikan kesemua langkah-langkah ini dilakukan, pegawai penyiasat boleh
meninggalkan tempat kejadian tersebut.

2.2.3 Dokumentasi tentang tempat kejadian

Semua laporan dan dokumentasi yang lain berhubung penyiasatan tempat kejadian wajib
dikumpulkan ke dalam satu fail kes oleh pegawai penyiasat yang bertanggungjawab. Fail
ini akan bertindak sebagai rekod terhadap semua tindakan dan prosedur yang dilakukan
serta semua bahan bukti yang telah dikumpulkan di lokas tempat kejadian.

2.2.4 Langkah membuat pemakluman

Pegawai penguatkuasa perlu membuat tindakan yang secepat mungkin untuk


memaklumkan saudara terdekat ataupun keluarga mangsa. Hal ini berkemungkinan
membantu dalam mendapatkan maklumat tambahan berhubung kejadian. Semasa
makluman, pegawai penyiasat perlu mengenalpasti keluarga mangsa dan menentukan
lokasi mereka. Masa makluman juga perlu direkod sebagai bukti bahawa makluman
tersebut telah dibuat.

3. JENIS BAHAN BUKTI

Hart et al. (2004) menyatakan bahawaterdapat banyak jenis bahan bukti yang mungkin dijumpai
di tempat kejadian. Setiap jenis bukti mempunyai sifat yang berbeza antara satu sama yang lain.
Sesetengah bukti mudah tersejat, susah dikutip manakala sesetengah yang pula bahaya
dikendalikan. Oleh itu, setiap jenis bahan bukti mempunyai prosedur pengumpulan yang
tersendiri. Prosedur ini amat penting supaya bukti-bukti yang dikutip tidak mengalami
pencemaran dan kerosakan supaya berupaya untuk dianalisis danditerima di dalam mahkamah.

3.1 Bukti Gambaran (Impression Evidence)

Bukti gambaran terhasil apabila beberapa objek ditekan atau dicap antara satu sama lain yang
menyebabkan objek tersebut memindahkan dan mengekalkan ciri-ciri daripada objek lain. Tapak
kasut, kesan tayar dan tanda alat merupakan bukti yang kerap ditinggalkan oleh penjenayah di
tempat kejadian. Bukti gambaran boleh dibahagikan kepada dua katergori iaitu gambaran dua
dimensi (2D) dan gambaran tiga dimensi (3D).

3.2 Bukti Terpendam (Latent Print Evidence)

Bukti terpendam merupakan bukti gambaran yang dihasilkan oleh rabung kulit (rabung geseran)
pada jari, tapak tangan dan tapak kaki manusia. Pakar forensik menganalisis dan
membandingkan bukti terpendam dengan gambaran individu yang diketahui untuk membuat
identifikasi. Keunikan, ketahanan dan susunan rabung kulit membantu pemeriksa untuk
menentukan sama ada dua bukti gambaran berasal daripada sumber yang sama atau tidak.

3.3 Bukti Biologi (Biological Evidence)


PERSISWA Law Conference 2016
23-24 Julai 2016, Fakulti Undang-undang, UKM

Bukti biologi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu buktiketerangan cecair badan dan bukti
fizikal. Bukti cecair badan bermaksud cecair yang berasal daripada badan manusia. Contohnya,
darah, peluh dan air mani. Buktifizikal merujuk bahan bukti biologi yang bersifat pepejal seperti
gigi dan tulang.Secara pendeknya, bukti biologi merupakan bahan yang mengandungi bahan
“deoxyribonucleic acid”(DNA). DNA ialah molekul yang mengandungi bahan genetik yang
terdapat dalam haiwan, tumbuh-tumbuhan dan manusia. DNA merupakan bahan yang unik
kepada setiap individu dan berfungsi sebagai identifikasi seseorang. Oleh itu, keterangan biologi
memainkan peranan penting dan berupaya untuk mempengaruhi keputusan mahkamah.

3.4 Bukti Pembakaran dengan Sengaja/Letupan/Bom (Arson/Explosive/Bomb Evidence)

Pembakaran dengan sengaja ialah jenayah yang berniat jahat membakar bangunan, kenderaan
atau harta yang lain dengan niat untuk menyebabkan kerosakan. Ia boleh dibezakan daripada
sebab-sebab lain seperti pembakaran spontan dan kebakaran hutan semula jadi. Pembakaran ini
sering melibatkan pembakaran dengan sengaja untuk mendapatkan pampasan insurans.Bahan
letupan merupakan bahan reaktif yang mengandungi tenaga potensi tinggi yang boleh
menghasilkan letupan. Manakala bom ialah senjata yang boleh mengakibatkan letupan berlaku.
Bahan tersebut amat berbahaya dan perlu dipastikan keselamatan sebelum mengutipnya sebagai
bukti.

3.5 Bukti Surih (Trace Evidence)

Bukti surih boleh dihasilkan apabila dua objek bersentuhan antara satu sama lain. Bahan itu
selalunya dipindahkan dengan haba atau geseran. Contohnya, kayu, tanah dan serat.
Keterangansurih boleh digunakan untuk membina semula sesuatu kes atau tempat kejadian serta
mengetahui apa yang berlaku di situ.Beberapa teknik boleh digunakan apabila mengutip bukti
surih. Antaranya ialah teknik biasa seperti mengepit, teknik melekat, teknik mengikis, teknik
vakum dan mengambil seluruh benda yang berkaitan dengannya. Sampel kawalan juga perlu
dikutip. Semua bahan buktisurih perlu dibungkus dengan plastik atau sampul sebelum dibawa ke
makmal.

3.6 Bukti Elektronik/Dokumen yang dipersoalkan (Questioned Document/Electronic


Evidence)

Dokumen berperanan penting dalam kes seperti nota tebusan, nota bunuh diri dan dokumen
palsu. Dakwat, tulisan tangan dan kertas merupakan antara bahan bukti fizikal yang boleh
dijumpai dalam sesuatu dokumen. Sampel rujukan harus dikutip untuk tujuan perbandingan
dengan sampel suspek. Bukti elektronik pula termasuk komputer, pita video, telefon bimbit dan
sebagainya. Alat elektronik sentiasa mengandungi maklumat yang penting dan perlu dibaca
dengan bantuan pakar.

3.7 Bukti Pembinaan Semula (Reconstruction Evidence)

Keterangan pembinaan semula bermaksud bukti yang menunjukkan apa yang berlaku kepada
seseorang penyiasat. Antaranya ialah tafsiran corak renjisan darah, halatuju peluru, tapak
PERSISWA Law Conference 2016
23-24 Julai 2016, Fakulti Undang-undang, UKM

kemalangan, tapak perkuburan mayat, mayat yang digali dan sebagainya.Kebiasaannya,


buktitersebut susah dikutip dan hanya boleh didokumenkan sahaja. Gambar dan catatan
persekitaran tempat kejadian boleh digunakan kemudian untuk dianalisis dan ditafsir.

3.8 Bukti Kimia/Bahan Terkawal (Controlled Substance/Chemical Evidence)

Bahan kimia yang bahaya seperti bukti makmal haram, racun, sisa dan asid industriperlu dikutip
dengan berhati-hati atau dengan bantuan pakar yang khusus. Bahan kimia amat tidak stabil dan
sentiasa mengakibatkan letupan atau kebakaran. Oleh itu, cara pembungkusan amat penting, iaitu
mengasingkan bahan kimia yang berbeza dalam bungkusan yang berbeza dan disimpan dalam
tempat yang selamat. Di samping itu, buktin makmal haram sentiasa mempunyai bahan yang
tidak berbahaya dalam keadaan biasa tetapi membawa kesan negatif apabila bercampur dengan
bahan lain. Contohnya, asid sitrik dalam buah-buahan dan serbuk penaik yang digunakan untuk
membuat roti boleh menghasilkan tekanan dan letupan apabila dicampur dalam bungkusan yang
tutup.

4. CONTOH KESALAHAN DALAM PROTOKOL PENYIASATAN TEMPAT


KEJADIAN DALAM KES SEBENAR

4.1 Kes kematian Aminulrasyid Amzah

Seorang saksi berpendapat bahawa pasukan forensik tidak mendapatkan hasil keputusan yang
tepat dalam siasatan kes kematian Aminulrasyid Amzah kerana tidak mengamalkan prosedur
operasi standard (SOP) dalam siasatan. Bekas Ketua Unit Forensik Polis Diraja Malaysia
(PDRM), Amidon Anan berkata siasatan keseluruhan pasukan itu gagal mengamalkan beberapa
prosedur seperti pemprosesan kesan sisa tembakan (Gunshot Residue) yang dilepaskan pada hari
kejadian.Katanya amalan mengutip kelongsong peluru dua atau tiga hari selepas kejadian seperti
yang dilakukan oleh pasukan forensik dalam kes tersebut jelas tidak mengikut amalan biasa sains
forensik (Malaysiakini, 18 Jun 2011).

4.2 Kes O.J. Simpson yang dituduh membunuh

Kematian dua orang mangsa direkodkan pada jam kira-kira 12 tengah malam. Antara jam 4.00
pagi hingga 4.30 pagi, rekod menyatakan bahawa ketua pegawai penyiasat masih belum sampai
ke tempat kejadian tetapi seramai 18 orang pegawai dan penguatkuasa telah keluar masuk ke
lokasi tempat kejadian dimana dalam 18 orang yang direkodkan itu tidak ada seorang pun yang
merupakan ahli kriminologi, pemeriksa perubatan ataupun ahli patologi. Oleh itu, kemasukan 18
orang ini dikira sebagai pencemaran kepada tempat kejadian dan menjejaskan bahan
keterangan(Sumber : Aizman Law Firm).
PERSISWA Law Conference 2016
23-24 Julai 2016, Fakulti Undang-undang, UKM

4.3 Kes Roy Whiting

Roy Whiting dituduh menculik dan membunuh Sarah yang berusia 8 tahun. Dalam kes ini telah
berlaku pencemaranpada bahan bukti. Dalam kes ini, Raymond Chapman, saintis forensik telah
menerima 55 bahan bukti yang dihantar kepadanya. Antara bahan bukti yang hantar adalah baju
panas Roy dan sikat rambut yang mengandungi rambut ahli keluarga Sarah. Juri bagi kes ini
diberitahu bahawa pada bahagian bucu pelekat beg forensik dijumpai beberapa helai rambut
termasuk sehelai rambut panjang yang sama dengan rambut yang dijumpai pada baju panas
tersebut. Rambut tersebut tellah dianalisis dan keputusan analisis menunjukkan rambut tersebut
ialah kepunyaan Charlotte, iaitu adik kandung kepada mangsa. Hal ini, berkemungkinan rambut
tersebut melekat pada baju panas selepas ia diambil oleh pihak polis. Kes ini menunjukkan,
bahawa proses penyimpanan dan pembungkusan bahan bukti yang tidak betul menyebabkan
berlakunyapencemaranantara bahan bukti.

5.0 KESIMPULAN

Berdasarkan perbincangan ini, bolehlah disimpulkan bahawa terdapat pelbagai prosedur dan
teknik yang perlu dipatuhi dan dituruti dalam mengendalikan siasatan di tempat kejadian untuk
mengelakkan pencemaran terhadap bahan bukti di tempat kejadian tersebut. Namun, prosedur
dan teknik tersebut bukanlah terhad kepada perbincangan di atas sahaja.

Oleh hal yang demikian, pihak berkuasa perlu mengambil inisiatif dan langkah drastik
untuk menitikberatkan elemen-elemen tersebut dalam latihan pegawai penyiasat untuk lebih
sensitif dengan isu ini. Kecuaian dan kesilapan pihak penyiasat di tempat kejadian mungkin
boleh menyebabkan pesalah yang sebenar terlepas.Kesimpulannya, penyiasatan tempat kejadian
dan pengumpulan bahan bukti merupakan proses yang paling kritikal dan signifikan kerana ia
menentukan kejayaan sesuatu kes.

RUJUKAN

Davis J. D. 2015. Standard operating procedure crime investigations – Criminal justice


compendium for Somiland. United Nations Office on Drugs and Crime.
Evidence Collection and Laboratory Analysis. (http://www.interfire.org/res_file/lab.asp#gla)
Forensic Science Division, State of Montana Department of Justice. Evidence Handling Manual.
Hart, S. V., Ashcroft, J. & Daniels, D. J. 2004. Crime scene investigation: A reference for law
enforcement training. Washington. National Institute of Justice.
Howell, J. M. 1999. Homicide investigation - standard operating procedure.
http://www.dailymail.co.uk/news/article-86920/Sarah-evidence-contaminated.html
John Ashcroft, Deborah J. Daniels & Sarah V. Hart. Crime Scene Investigation: A Reference for
Law Enforcement Training, 2004.
Julia Layton, 2015.How Crime Scene Investigation Works.
(http://science.howstuffworks.com/csi.htm)
Kes Aminul: Siasatan tak ikot prosedur(https://www.malaysiakini.com/news/167287)
Lessons learned from Evidence Gathering Mistakes in Simpson Case
(http://www.lacriminaldefensepartners.com/lessons-learned-evidence-gathering-
mistakes-simpson-case/)
PERSISWA Law Conference 2016
23-24 Julai 2016, Fakulti Undang-undang, UKM

Lothridge, K. & Firtzpatrick F. 2013. Crime scene investigation – A guide for law enforcement.
Largo. National Forensic Science Technology Center.
Marlene morison, 2011. Custodial Operations Standard Operating Procedure - Preservation of a
Crime Scene and Evidence
(http://www.correctiveservices.qld.gov.au/Resources/Procedures/Safety_and_Security/d
ocuments/sasprocrimescn.shtml)
Mike Byrd, 2011. Duty Description for the Crime Scene Investigator.(http://www.crime-scene-
investigator.net/dutydescription.html)
National Institute of Justice. U. S. National Institute of Justice. Crime Scene Guides, 2011
Stacy taylor, 2015. History of crime scene investigation.
(http://www.ehow.com/about_5371617_history-crime-scene-investigation.html)
Tuan Amidon Anan, Mantan Ketua Bahagian Penyiasatan Tempat Kejadian, Makmal Forensik,
Polis Diraja Malaysia.

View publication stats

You might also like