You are on page 1of 24

PERANAN JURULATIH DAN KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN

DI SATU AGENSI KERAJAAN DI SARAWAK

KEVIN ANAK NIRU

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk


Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian
(Pembangunan Sumber Manusia)

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia


UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2005

1
Projek bertajuk "Peranan Jurulatih dan Keberkesanan Program Latihan di Satu Agensi
Kerajaan di Sarawak" telah disediakan oleh Kevin Anak Niru dan telah diserahkan
kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai memenuhi
syarat
untuk mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Pembangunan Sumber
Manusia).

Diterima untuk ditwriksa oleh:

(En. Roslan Bin Ali)

Tarikh:

ý.ý ý- oý

ii
PENGHARGAAN

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih
kepada En. Roslan Bin Ali selaku penyelia saya yang telah banyak memberi
bimbingan, nasihat, tunjuk ajar dan cadangan-cadangan yang bermanfaat serta
membina dalam menyempurnakan projek atau kajian ini dengan jayanya. Bimbingan
dan sumbangan yang diberikan oleh beliau, amat saya hargai.

Ucapan penghargaan turut diberikan kepada Pusat Latihan Polis (PULAPOL)


Kuching Sarawak, yang telah memberi kebenaran kepada saya bagi menjalankan
kajian ini. Penghargaan ini khas diberikan kepada ASP Ernest John (Pegawai Penjaga
Latihan Luar), P/SM Kamaruddin Alias (A/CDI), Encik Naremaslan Bin Remli
(Persiden atau Ketua Skuad Siri 1/2004) dan semua pelatih-pelatih Program Latihan
Asas Konstabel, Skuad 1/2004 di PULAPOL Kuching. Tanpa kerjasama dan bentuan
mereka, kajian ini tidak dapat dijalankan dengan lancar dan disiapkan pada masa yang
telah ditetapkan.

Tidak terkecuali, ucapan terima kasih ini ditujukan kepada semua pensyarah
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM), terutama Dr. Rusli
Ahmad, Timbalan Dekan FSKPM, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Segala
bantuan, sokongan dan bimbingan yang mereka berikan bagi menjayakan kajian ini,
amat saya hargai.

Jutaan terima kasih dan penghargaan istimewa turut ditujukan kepada keluarga
saya, terutama ibu bapa saya, yang telah banyak memberi semangat, dorongan dan
galakan kepada saya sepanjang pengajian saya di UNIMAS. Tanpa dorongan dan
sokongan mereka selama ini, segala kesukaran dan cabaran yang dihadapi sepanjang
menjalankan dan menyiapkan kajian ini tidak dapat diatasi dengan mudah.

Akhir sekali, jutaan terima kasih ditujukan kepada Avun, Jimmy, Lingkai,
Robert serta rakan-rakan seperjuangan Program Pembangunan Sumber Manusia
(HRD) Sesi 2002/2003 dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung dalam menjayakan kajian ini. Terima kasih atas segala-galanya.

Kevin Anak Niru


8416
Program Pembangunan Sumber Manusia
Fakulti Sains Kognitif clan Pembangunan Manusia
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
94300, Kota Samarahan
Sarawak

111
JADUAL KANDUNGAN

PENGHARGAAN 111
JADUAL KANDUNGAN iv
SENARAI JADUAL viii
SENARAI RAJAH x
ABSTRAK xi
ABSTRACT xii

BAB 1 PENGENALAN

1.0 Pengenalan I
1.1 Latar Belakang Kajian 1
1.2 Kenyataan Masalah 2
1.3 Objektif Kajian 3
1.3.1 Umum 3
1.3.2 Khusus 3
1.4 Hipotesis Kajian 4
1.5 Rangka Konsepsual Kajian 5
1.6 Definisi Istilah 6
1.6.1 Jurulatih 6
1.6.2 Pelatih 7
1.6.3 Latihan 7
1.6.4 Jurulatih sebagai Jurulatih 8
1.6.5 Jurulatih sebagai Penyedia 9
1.6.6 Jurulatih sebagai Jururunding 10
1.6.7 Jurulatih sebagai Pembaharu 10
1.6.8 Jurulatih sebagai Pengurus 11
1.6.9 Keberkesanan Program latihan 12
1.7 Kepentingan Kajian 13
1.7.1 Pengkaji 13
1.7.2 Jurulatih 14
1.7.3 Organisasi 14
1.8 Limitasi Kajian 15
1.9 Kesimpulan 18

BAB 2 SOROTAN KAJIAN LEPAS

2.0 Pengenalan 19
2.1 Konsep Latihan 19
2.2 Teori Yang Berkeitan Bengan Keberkesanan Program
Latihan 25
2.2.1 Teori Pembelajaran (Andargogi) 26
2.2.2 Teori Identical "Elementary" 27
2.2.3 Teori "Discovery" 29
2.3 Kajian Lepas Berkenaan Demografi Terpilih (Umur dan
Tahap Pendidikan) 30

iv
2.4 Kajian Lepas Berkenaan Peranan Jurulatih 31
2.4.1 Gaya Penyampaian Jurulatih 32
2.4.2 Jurulatih Sebagai Pengurus 34
2.4.3 Sokongan Jurulatih (Kejurulatihan) 35
2.4.4 Pengendalian Latihan Oleh Jurulatih 37
2.5 Kajian Lepas Berkenaan Keberkesanan Program Latihan 41
2.5.1 Keberkesanan Program Latihan 41
2.5.2 Menilai Program Latihan 45
2.5.3 Pengertian Model 47
2.5.3.1 Model Kirkpatrick 47
2.8 Kesimpulan 51

BAB 3 METODOLOGI

3.0 Pengenalan 52
3.1 Rekabentuk kajian 52
3.2 Lokasi Kajian 53
3.3 Populasi 54
3.4 Sampel 54
3.5 Instrumentasi Kajian 56
3.5.1 Bahagian A 57
3.5.2 Bahagian B 57
3.5.2.1 Bahagian B (I) - Jurulatih 58
3.5.2.2 Bahagian B (II)) - Penyedia 59
3.5.2.3 Bahagian B (III) - Jururunding 60
3.5.2.4 Bahagian B (IV) - Pembaharu 60
3.5.2.5 Bahagian B (V) - Pengurus 61
3.5.3 Bahagian C 61
3.6 Pengumpulan Data 62
3.6.1 Data Primer 63
3.6.2 Data Sekunder 63
3.7 Penganalisaan Data 63
3.7.1 Statistik Deskriptif 64
3.7.2 Statistik ANOVA 64
3.7.3 Statistik Infrensi 65
3.7.4 Tahap Keberkesanan Program Latihan 67
3.8 Ujian Kebolehpercayaan 70
3.9 Kesimpulan 71

BAB 4 DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN

4.0 Pengenalan 72
4.1 Dapatan Kajian 73
4.1.1 Demografi / Latarbelakang responden 73
4.1.1.1 Umur Responden 73
4.1.1.2 Bangsa Responden 74
4.1.1.3 Tahap Pendidikan Responden 75
4.1.1.4 Jumlah Tahun Perkhidmatan responden 76
4.1.1.5 Jawatan Responden 77

V
4.2 Hubungan Di Antara Faktor Demografi dan Peranan-
Peranan Jurulatih Dengan Keberkesanan Program Latihan
Asas Konstabel, Skuad 1/2004 PULAPOL Kuching. 78
4.2.1 Hubungan Faktor Demografi Iaitu Kepelbagaian
Umur Pelatih Dengan Keberkesanan Program
Latihan Asas Konstabel, Skuad 1/2004 PULAPOL 79
Kuching.
4.2.2 Hubungan Faktor Demografi laitu Kepelbagaian
Tahap Pendidikan Pelatih Dengan Keberkesanan
Program Latihan Asas Konstabel, Skuad 1/2004 81
PULAPOL Kuching.
4.2.3 Perhubungan Di Antara Keberkesanan Program
Latihan Asas Konstabel, Skuad 1/2004 Dengan 83
Peranan Jurulatih Sebagai Jurulatih
4.2.4 Perhubungan Di Antara Keberkesanan Program
Latihan Asas Konstabel, Skuad 1/2004 Dengan 84
Peranan Jurulatih Sebagai Penyedia
4.2.5 Perhubungan Di Antara Keberkesanan Program
Latihan Asas Konstabel, Skuad 1/2004 Dengan 86
Peranan Jurulatih Sebagai Jururunding
4.2.6 Perhubungan Di Antara Keberkesanan Program
Latihan Asas Konstabel, Skuad 1/2004 Dengan 87
Peranan Jurulatih Sebagai Pembaharu
4.2.7 Perhubungan Di antara Keberkesanan Program
Latihan Asas Konstabel, Skuad 1/2004 Dengan 88
Peranan Jurulatih Sebagai Pengurus
4.3 Perbincangan Dapatan Kajian Berkenaan Peranan
Jurulatih 89
4.4 Dapatan kajian berkenaan Tahap Keberkesanan Program
Latihan 92
4.5 Rumusan / Ringkasan Hasil Dapatan 93

BAB 5 RINGKASAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 96
5.1 Ringkasan Bab 96
5.2 Rumusan Teperinci Dapatan Kajian Berdasarkan
Hipotesis 98
5.3 Cadangan 100
5.3.1 Organisasi 100
5.3.2 Pengamal Sumber Manusia 101
5.3.3 Pengkaji akan dating 102
5.4 Kesimpulan 103

vi
6 RUJUKAN 104

7 LAMPIRAN 107

Lampiran A: Surat permohonan kebenaran menjalankan kajian di


Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching.
Lampiran B: Borang Soal Selidik

vii
SENARAI JADUAL

Jadual 3.1
Skala Likert 57

Jadua13.2
Bahagian B di borang soal selidik. 58

Jadual 3.3
Skor negatif dan skor positif 59

Jadual 3.4
Hasil keseluruhan pengumpulan data. 62

Jadua13.5
Julat nilai pekali "r" 67

Jadual 3.6
Skala Likert 68

Jadual 3.7
Tahap Keberkesanan Program Latihan 70

Jadual 3.8
Jadual Ujian Kebolehpercayaan 71

Jadual 4.1
Taburan Umur Responden 73

Jadual 4.2
Taburan Bangsa Responden 75

Jadua14.3
Tahap Pendidikan Responden 76

Jadua14.4
Jumlah Tahun Perkhidmatan 77

Jadual 4.5
Taburan Jawatan Responden 78

Jadua14.6
Hasil ujian ANOVA untuk melihat sama ada ketidakadaan perbezaan
faktor demografi responden iaitu kepelbagaian umur responden dengan 79
keberkesanan Program Latihan Asas Konstabel, Skuad 1/2004 PULAPOL
Kuching.

viii
Jadua14.7
Hasil ujian ANOVA untuk melihat sama ada ketidakadaan perbezaan
faktor demografi responden iaitu kepelbagaian tahap pendidikan 81
responden dengan keberkesanan Program Latihan Asas Konstabel, Skuad
1/2004PULAPOL Kuching.

Jadua14.8
Ujian korelasi di antara keberkesanan Program Latihan Asas Konstabel, 83
Skuad 1/2004 dengan peranan jurulatih sebagai jurulatih

Jadua14.8.1
Julat nilai pekali "r" 84

Jadua14.9
Ujian korelasi di antara keberkesanan Program Latihan Asas Konstabel, 85
Skuad 1/2004 dengan peranan jurulatih sebagai penyedia

Jadua14.10
Ujian korelasi di antara keberkesanan Program Latihan Asas Konstabel, 86
Skuad 1/2004 dengan peranan jurulatih sebagai jururunding

Jadua14.11
Ujian korelasi di antara keberkesanan Program Latihan Asas Konstabel, 87
Skuad 1/2004 dengan peranan jurulatih sebagai pembaharu

Jadua14.12
Ujian korelasi di antara keberkesanan Program Latihan Asas Konstabel, 88
Skuad 1/2004 dengan perananjurulatih sebagai pengurus

Jadual 4.13
Tahap Keberkesanan Program Latihan 92

Jadual 4.13.1
Statistik diskriptif untuk tahap keberkesanan program Latihan Asas 93
Konstabel, Skuad 1/2004 di PULAPOL Kuching.

Jadua14.14
Ringkasan berkenaan hasil semua pengujian hipotesis yang dijalankan di 93
dalam kajian ini.

ix
SENARAI RAJAH

Rajah 1.1
Rangka konsepsual kajian 6

Rajah 2.1
Graf perbandingan Secara Relatif di antara Konsep Latihan, Pendidikan, 21
& Pembangunan dengan Jangka Masa

Rajah 2.2
Model Kitaran Latihan 23

Rajah 2.3
Model Perekabentukan Program latihan 38

Rajah 2.4
Penilaian keberkesanan latihan 43

Rajah 4.1
Taburan Umur Responden 74

Rajah 4.2
Taburan Bangsa Responden 75

Rajah 4.3
Taburan Tahap Pandidikan Responden 76

Rajah 4.4
Taburan Jumlah Tahun Perkhidmatan Responden 77

Rajah 4.5
Taburan Jawatan Responden 78

X
ABSTRAK

PERANAN JURULATIH DAN KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN DI


SATU AGENSI KERAJAAN DI SARAWAK

Kevin Anak Niru

Tujuan utama kajian ialah untuk mengenalpasti persepsi para pelatih terhadap
peranan-peranan jurulatih dalam pelbagai aspek iaitu jurulatih sebagai jurulatih,
penyedia, jururunding, pembaharu dan pengurus terhadap keberkesanan Program
Latihan Asas Konstabel, Skuad 1/2004 di PULAPOL Kuching. Di samping itu, tujuan
kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti tiada perbezaan faktor demografi iaitu
kepelbagaian kumpulan umur dan tahap pendidikan responden terhadap keberkesanan
program latihan tersebut. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti
persepsi para pelatih terhadap tahap keberkesanan program latihan hasil daripada
perlaksanaan program latihan. Borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen
kajian ini. Saiz sampel dianggarkan dengan menggunakan stratified random sampling.
Sampel kajian terdiri daripada 73 orang responden atau pelatih daripada populasi yang
berjumlah 300 orang. Data yang dikumpul telah dianalisa dengan menggunakan
perisian Statistical Package for Social Science Version 11.5 (SPSS 11.5). Dapatan
kajian yang diuji dengan Korelasi Pearson menunjukkan perkaitan yang signifikan di
antara persepsi para pelatih terhadap keberkesanan program latihan dengan peranan-
peranan jurulatih dalam pelbagai aspek iaitu jurulatih sebagai jurulatih (r = 0.236),
penyedia (r = 0.313), jururunding (r = 0.333), pembaharu (r = 0.500) dan pengurus (r
= 0.247). Seterusnya, hasil dapatan kajian turut menunjukkan tidak ada perhubungan
yang signifikan wujud di antara keberkesanan program latihan dengan kepelbagaian
umur pelatih (f = 0.873) dan kepelbagaian tahap pendidikan pelatih (f = 1.473) setelah
data diuji dengan analisa ANOVA Satu Hala. Di samping itu, dapatan kajian
menunjukkan tahap keberkesanan program latihan adalah tinggi. Kesimpulannya,
objektif program latihan perlu jelas, spesifik, dan difahami oleh para pelatih dan pihak
organisasi itu sendiri. Jurulatih perlu memainkan peranan yang penting dalam
mempengaruhi keberkesanan program latihan di samping memiliki ciri-ciri antara
perorangan yang baik dalam meyampaikan program latihan. Penting untuk organisasi
dan pihak pengurusan menilai program latihan sebelum, semasa dan selepas program
latihan supaya keberkesanannya dapat ditentukan dengan lebih tepat. Oleh itu, hasil
dapatan kajian ini diharap dapat memberi satu garis panduan kepada pihak organisasi
dalam mempertingkatkan tahap keberkesanan Program Latihan Asas Konstabel di
PULAPOL Kuching.

X1
ABSTRACT

ROLE OF TRANER AND THE EFFECTIVENESS OF TRAINING PROGRAM IN


ONE GONERNMENT AGENCY IN SARA WAK

Kevin Anak Niru

The main aim of this study is to identify the trainees' perception towards diversities
aspect of trainer's roles as trainer, provider, consultant, innovator and manager
towards the effectiveness of the Squad 1/2004 Basic Constable Training Program in
Police Training Center (PULAPOL) Kuching. Besides that, the aim also to identify
the no differentiation demographic factors such diversities of group of ages and
trainee's education level towards the training program. On the other hand, this study
also to identify the trainees' perception towards level of the effectiveness of training
program after the implementation of training program. Questionnaires were used as
instrument of the study. Sample size was estimated using stratified random sampling.
A total of 73 trainees were chosen as sample from a total population of 300. Data
collected was analyzed using Statistical Package for Social Science Version 11.5
(SPSS 11.5). Pearson correlation test was shows that there is a significant correlation
between perception towards the effectiveness-training program with diversities aspect
trainer (r 0.236), provider (r = 0.313), consultant (0.333),
of trainer's roles as =
innovator (r = 0.500) and manager (r = 0.247). Next, the study was show that there is
between the effectiveness of training program with diversities group of
no significant
(f 0.873) diversities of trainees' education level (f= 1.473) after the data
ages = and
tested using One-Way ANOVA analysis. Besides that, the study shows that the
was
level of the effectiveness of training program was high. In conclusion, the objectives
be and well defined. They also need to be understood by the
of must clear, specific,
trainees and the organization itself. Trainer also needs to play their important roles in
the effectiveness of training program besides to possess good interpersonal
affecting
in delivering the training. It is essential for organization and the management
skills
training before, during and after its implementation in
people to evaluate the program
to its effectiveness. In conjunction, the findings from this study may
order ensure
for organization in improving the effectiveness of Basic
provide useful guidelines
Constable Training Program in Police Training Center (PULAPOL) Kuching.

X11
BAB 1
PENGENALAN

1.0 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan berkenaan latar belakang kajian, penyataan

masalah, objektif kajian (umum dan khusus), definisi istilah, rangka konsepsual

kajian, kepentingan kajian dan limitasi kajian.

1.1 Latar Belakang Kajian

Dalam hubungan pembangunan manusia di negara ini, perkataan `jurulatih"

tidak melahirkan gambaran yang tepat tentang tugas dan tanggungjawab seseorang

jurulatih yang sebenar. Gambaran jurulatih yang selalu ditonjolkan adalah gambaran

seseorang jurulatih sukan dalam melatih pemain bola sepak atau hoki, tetapi,

sebaliknya. Kajian ini membicarakan peranan serta beberapa aspek lain seperti ciri-

ciri kelayakan yang perlu ada di dalam diri seseorang jurulatih untuk mengendalikan

program latihan dan menjayakan kegiatan organisasi. Hal ini demikian, jurulatih

merupakan individu yang berperanan penting di dalam memastikan pengendalian

berdasarkan program latihan yang dianjurkan oleh organisasi untuk mencapai

matlamat yang ditetapkan di samping memastikan pemindahan latihan berjaya

dilaksanakan. Sesuatu program latihan akan menjadi yang efektif sekiranya sesuatu

program latihan dilaksanakan oleh kakitangan dalaman organisasi yang berkelayakan

seperti jurulatih yang berkhidmat di organisasi itu sendiri (Lawrence S. Munson

I
(1992). Disamping itu, faktor-faktor demografi terpilih juga mempunyai peranan

tersendiri di dalam mempengaruhi keberkesanan program latihan.

Keberkesanan program latihan hanya dapat dicapai sekiranya pelatih

mempraktikkan apa yang dipelajari semasa latihan di persekitaran kerja yang sebenar.

Oleh itu, keberkesanan program latihan perlu dinilai bagi mendapatkan maklum balas

tentang program latihan berkenaan. Segala maklumat yang diperolehi melalui

tindakbalas ini akan dapat digunakan untuk mengetahui tahap pencapaian objektif

kajian, untuk memperbaiki program latihan di masa hadapan, dan untuk memperbaiki

gaya perlaksanaan program latihan. Di samping itu, penilaian ini juga akan membantu

organisasi dalam membuat keputusan tentang program latihan dan pembangunan

sumber manusia (Ibrahim mamat, (1996). Oleh yang demikian, Kajian ini dijalankan

di satu Agensi Kerajaan di Sarawak iaitu di Pusat Latihan Polis (PULAPOL)

Kuching, bertempat di Batu 15, Jalan Puncak Borneo, Kuching. Di harap, kajian ini

bakal merungkaikan permasalahan yang wujud iaitu, keberkesanan program latihan di

PULAPOL telah dipengaruhi oleh perlaksanaan dan pengaruh peranan jurlatih

disamping kepelbagaian demografi yang wujud di kalangan pelatih itu sendiri.

1.2 Kenyataan Masalah

Terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi keberkesanan program

latihan di dalam organisasi. Namun, di dalam kajian ini hanya memfokuskan faktor-

faktor yang spesifik di dalam mempengaruhi keberkesanan program latihan. Maka

kajian ini bakal merungkaikan permasalahan berkenaan sejauh manakah jurulatih

penting di samping pemilihan faktor demografi terpilih iaitu


memainkan peranan

kepelbagaian umur dan tahap pendidikan pelatih di dalam mempengaruhi

2
keberkesanan program latihan yang dikendalikan di organisasi berkenaan iaitu

Program Latihan Asas Konstabel, Skuad 1/2004.

1.3 Objektif Kajian

1.3.1 Umum

Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi pelatih terhadap peranan jurulatih

mereka dalam mempengaruhi keberkesanan program Latihan Asas Konstabel, Skuad

1/2004 di PULAPOL Kuching yang dilalui oleh setiap pelatih di bawah kendalian

jurulatih-jurulatih yang telah dipilih oleh organisasi tersebut.

1.3.2 Khusus

Dalam objektif khusus untuk kajian ini, kepelbagaian umur dan tahap

pendidikan pelatih serta setiap peranan yang dimainkan oleh jurulatih iaitu, jurulatih,

dan ditentukan
penyedia, jururunding, pembaharu sebagai pengurus akan untuk

kaitannya dengan keberkesanan program Latihan Asas Konstabel, Skuad


melihat

1/2004 di PULAPOL Kuching Sarawak. Oleh itu, objektif khusus untuk kajian

iniseperti yang berikut:

" Mengenalpasti ketiadaan perbezaan yang signifikan di antara kepelbagaian

umur pelatih dengan keberkesanan program Latihan Asas Konstabel,

Skuad 1/2004 di PULAPOL Kuching

Mengenalpasti ketiadaan perbezaan yang signifikan di antara tahap


"
pendidikan pelatih dengan keberkesanan program Latihan Asas Konstabel,

Skuad 1/2004 di PULAPOL Kuching.

" Mengenalpasti hubungan di antara peranan jurulatih sebagai jurulatih (The

Trainer) dalam mempengaruhi keberkesanan program Latihan Asas

Konstabel, Skuad 1/2004 di PULAPOL Kuching, Sarawak.

3
" Mengenalpasti hubungan di antara peranan jurulatih sebagai penyedia (The
Provider) dalam mempengaruhi keberkesanan program Latihan Asas

Konstabel, Skuad 1/2004 di PULAPOL Kuching, Sarawak.

" Mengenalpasti hubungan di antara peranan jurulatih sebagai jururunding


(The Consultant) dalam mempengaruhi keberkesanan program Latihan
Asas Konstabel, Skuad 1/2004 di PULAPOL Kuching, Sarawak.

" Mengenalpasti hubungan di antara peranan jurulatih sebagai pembaharu


(The Innovator) dalam mempengaruhi keberkesanan program Latihan Asas
Konstabel, Skuad 1/2004 di PULAPOL Kuching, Sarawak.

" Mengenalpasti hubungan di antara peranan jurulatih sebagai pengurus


(The Manager) dalam mempengaruhi keberkesanan program Latihan Asas
Konstabel, Skuad 1/2004 di PULAPOL Kuching, Sarawak

" Mengenalpasti tahap keberkesanan program Latihan Asas Konstabel,

Skuad 1/2004 di PULAPOL Kuching, Sarawak.

1.4 Hipotesis Kajian

Berdasarkan kepada beberapa dapatan kajian lepas tentang keberkesanan

latihan dalam sesebuah organisasi, hipotesis berikut telah dibentuk:


sesuatu program

Ho 1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kepelbagaian umur pelatih


dengan keberkesanan program Latihan Asas Konstabel, Skuad 1/2004 di
PULAPOL Kuching, Sarawak.

Ho 2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap pendidikan pelatih

dengan keberkesanan program Latihan Asas Konstabel, Skuad 1/2004 di


PULAPOL Kuching, Sarawak.

4
Ho 3 Tidak terdapat kaitan yang signifikan di antara peranan jurulatih sebagai
jurulatih (The Trainer) dengan keberkesanan program Latihan Asas Konstabel,

Skuad 1/2004 di PULAPOL Kuching, Sarawak.

Ho 4 Tidak terdapat kaitan yang signifikan di antara peranan jurulatih sebagai


penyedia (The Provider) dengan keberkesanan program Latihan Asas

Konstabel, Skuad 1/2004 di PULAPOL Kuching, Sarawak.

Ho 5 Tidak terdapat kaitan yang signifikan di antara peranan jurulatih sebagai


jururunding (The Consultant) dengan keberkesanan program Latihan Asas

Konstabel, Skuad 1/2004 di PULAPOL Kuching, Sarawak.

Ho 6 Tidak terdapat kaitan yang signifikan di antara peranan jurulatih sebagai


pembaharu (The Innovator) dengan keberkesanan program Latihan Asas

Konstabel, Skuad 1/2004 di PULAPOL Kuching, Sarawak.

Ho 7 Tidak terdapat kaitan yang signifikan di antara peranan jurulatih sebagai

pengurus (The Manager) dengan keberkesanan program Latihan Asas

Konstabel, Skuad 1/2004 di PULAPOL Kuching, Sarawak.

1.5 Rangka Konsepsual Kajian

Pembolehubah bersandar dalam kajian ini ialah keberkesanan program Latihan

Asas Konstabel, Skuad 1/2004 di PULAPOL Kuching, Sarawak, manakala

pembolehubah bebas pula ialah kumpulan demografi pelatih iaitu umur dan tahap

pendidikan dan peranan jurulatih dalam mempengaruhi keberkesanan program

Latihan Asas Konstabel, Skuad 1/2004 di PULAPOL Kuching iaitu, jurulatih sebagai

jurulatih, penyedia, jururunding, pembaharu dan pengurus.

" Pembolehubah Bersandar Keberkesanan Program Latihan Asas


-
Konstabel, Skuad 1/2004 di PULAPOL Kuching, Sarawak.

" Pembolehubah Bebas - Demografi Terpilih dan Peranan jurulatih

5
Pembolehubah Bebas Pembolehubah Bersandar

(Demografi terpilih & Peranan Jurulatih)

Demogfari Terpilih
lpý
.....................................
(Umur & Tahap Pendidikan)

Jurulatih (The Trainer)

Penyedia (The Provider) Keberkesanan Program


Latihan Asas Konstabel,
Skuad 1/2004 PULAPOL
Jururunding (The Consultant)
Kuching

Pembaharu (The Innovator)

Pengurus (The Manager)

Rajah 1.1: Rangka konsepsual kajian. Sumber: Dr. Roger Bennett dan Tad
Leduchowicz (1990).

1.6 Definisi Istilah

1.6.1 Jurulatih

Definisi konsepsual: Jurulatih adalah peranan yang dimainkan oleh seseorang

fasilitator dalam membantu pelatih untuk mempelajari dan memahami sesuatu,

tindakbalas susulan dari pembalajaran dan menjadikan isi kandungan


menerangkan

kursus sebagai perantaraan bagi memenuhi kehendak pelatih. Jurulatih akan

dalam bilik darjah, makmal, kumpulan kerja kecil, menyelia


menjalankan peranannya

individu dan semua aktiviti yang terlibat secara langsung dengan


projek-projek

Secara ringkasnya, jurulatih ialah seorang pakar dalam memberi latihan


pembelajaran.

dan pembelajaran (Banneth, 1990). Selain itu, jurulatih juga merujuk kepada

seseorang yang bertanggungjawab dalam menolong individu yang lain untuk

6
meningkatkan prestasi terkini seseorang pelatih dengan membekalkan pembelajaran,

dan pengalaman jurulatih yang tersusun (Reynolds, Sambrook, dan Stewart, 1993).

Definisi Operasional: Jurulatih di dalam kajian merujuk kepada jurulatih

anggota polis yang diberi tanggungjawab sebagai jurulatih untuk Platun Skuad

1/2004. Jurulatih di PULAPOL Kuching di anggap sebagai Pegawai Penjaga atau

Sekolah, terdiri daripada pelbagai pangkat, dan jurulatih tersebut telah berkhidmat

selama dua hingga 35 tahun sebagai jurulatih di PULAPOL Kuching.

1.6.2 Pelatih

Deiinisi Kosepsual: Pihak yang mengikuti sesuatu latihan berdasarkan

keperluan dan kehendak pelatih dan pihak organisasi akan Analisis Keperluan Latihan

(TNA) untuk mengurangkan jurang keperluan di antara apa yang diharapkan (what is

dengan apa yang ada (what is existing) pada diri seorang pelatih atau
expected)

pekerj a.

Definisi Operasional: Pelatih di dalam kajian merujuk kepada rekrut baru

Latihan Asas Konstabel, Skuad 1/2004 di PULAPOL Kuching selama


yang menjalani

6 bulan iaitu dari 01/09/2004 hingga 28/02/2005.

1.6.3 Latihan

Definisi Konsepsual: Latihan merujuk kepada segala usaha yang terancang

untuk mempermudahkan aspek pembelajaran sesuatu tingkah laku kerja yang tertentu.

Tujuan latihan ialah memperbaiki prestasi semasa dan masa hadapan pelatih dengan

meningkatkan kebolehan pelatih dalam melakukan tugas mereka untuk mencapai

7
objektif organisasi yang telah dibentuk. Latihan juga bermaksud satu proses

pembelajaran yang disusun untuk mengubah sikap, mempertingkatkan pengetahuan

dan kemahiran kakitangan serta prestasi kerja dapat dipertingkatkan (Ibrahim Mamat,

1996).

Definisi Operasional: Latihan dalam kajian ini merujuk kepada program

latihan "Latihan Asas Kepolisan" atau "Latihan Asas Konstabel, Skuad 1/2004".

Latihan ini berlangsung selama enam bulan iaitu dari 09/09/2004 hingga 28/02/2005.

Antara latihan yang dilalui oleh para pelatih ialah, latihan kelas akedemik (undang-

undang), latihan kawad, latihan seni mempertahankan diri (SMD), latihan pertolongan

cemas dan latihan renang, latihan tembak atau lapang sasar, latihan jasmani atau

sukan dan Fatique.

1.6.4 Jurulatih sebagai Jurulatih

Definisi Konsepsual: Peranan jurulatih sebagai jurulatih serta menekankan

aspek latihan langsung yang sebenar dan melibatkan aktiviti yang membantu

individu-individu belajar, menyediakan maklum balas berkenaan pembelajaran yang

dilakukan oleh jurulatih, dan mengadaptasi rekabentuk krusus atau program latihan

bagi memenuhi keperluan latihan pelatih. Peranan jurulatih sebagai jurulatih juga

kaedah pengajaran di dalam kelas, kerja-kerja di makmal, kerja


melibatkan

berkumpulan berskala kecil, menyelia kerja projek pelatih secara individu, dan

aktiviti-aktiviti yang mempengaruhi secara langsung dengan pengalaman mengajar.

Jurulatih ini juga boleh dikenali sebagai pakar dalam pengajaran (Banneth, 1990).

8
Definisi Operasional: Jurulatih merujuk kepada jurulatih di PULAPOL

Kuching yang terdiri daripada pelbagai pangkat dan dengan itu, mereka akan layak

menjadi jurulatih / fasilitator untuk program yang dianjurkan oleh sesebuah

organisasi. Selain itu, jurulatih pelatih di dalam kajian ini merujuk kepada seseorang

yang berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam bidang pengendalian latihan.

Beliau berperanan sebagai agen yang terpentingpenting dalam memindahkan

pengetahuan, kemahiran dan sikap yang terkandung dalam latihan kepada pelatihnya.

1.6.5 Jurulatih sebagai Penyedia

Definisi Konsepsual: Peranan jurulatih sebagai penyedia menekankan aspek

rekabentuk, penyelenggaraan dan mengendali program-program latihan. Peranan ini

jurulatih di dalam membuat analisis keperluan latihan (Training Needs


melibatkan

Analysis), menetapkan objektif mereka bentuk krusus latihan, menilai krusus atau

latihan dan membantu jurulatih lain dalam mengendalikan program


aktiviti-aktiviti

latihan (Banneth, 1990).

Definisi Operasional: Jurulatih sebagai penyedia di dalam kajian ini merujuk

kepada jurulatih PULAPOL Kuching yang melakukan persediaan awal seperti

keperluan latihan sebelum sesebuah program latihan berkenaan


penyediaan analisis

dijalankan. Selain itu, jurulatih ini juga berperanan menjalankan penyediaan latihan

yang berdasarkan objektif dan rekabentuk program latihan yang disediakan oleh

jurulatih dan organisasi sebelum latihan dijalankan.

9
1.6.6 Jurulatih Sebagai Jururunding

Definisi Konsepsual: Peranan jurulatih sebagai jururunding menekankan

aspek menganalisis masalah pengoperasian organisasi, dan menilai atau

mencadangkan jalan penyelesaian, yang mana sesetengahnya memerlukan latihan. la

mungkin melibatkan beberapa elemen-elemen peranan jurulatih sebagai penyedia,

tetapi ia lebih menumpukan secara spesifik terhadap perhubungan jurulatih dengan

pengurus pertengahan, mengenalpasti masalah pengurusan prestasi pengurus

pertengahan, menjadi penasihat penyelesaian di dalam program latihan sekiranya

perlu (sekiranya bersesuaian), bekerja dengan penyedia dan / atau jurulatih lain untuk

membentuk dan memperkukuhkan program-program latihan, menjadi penasihat

kepada pihak pengurusan latihan berkenaan objektif dan polisi latihan serta

menjalankan tanggungjawab untuk menilai program latihan kendaliannya (Banneth,

1990).

Definisi Operasional: Jurulatih sebagai jururunding di dalam kajian ini

bermaksud jurulatih PULAPOL Kuching yang memberi nasihat, serta pandangan dan

idea yang diperlukan yang dilihat sesuai untuk organisasi atau pihak pengurus

berkenaan program latihan yang hendak dilakukan dan dikendalikan oleh jurulatih

berkenaan. Jurulatih ini juga berperanan di dalam membantu pihak organisasi dalam

melakukan aktiviti penyelesaian masalah berkaitan program latihan yang dilakukan.

1.6.7 Jurulatih sebagai Pembaharu

Definisi Konsepsual: Peranan jurulatih sebagai pembaharu lebih menekankan

aspek membantu organisasi secara berkesan dalam mengurus perubahan dan

menyelesaikan permasalahan prestasi. la secara langsung melibatkan jurulatih

10
bersama-sama bekerja dengan pihak pengurus senior atau pertengahan, menyedia

bantuan atau sokongan dan membantu pihak pengurusan menghadapi perubahan, dan

mengenalpasti seminar atau bengkel-bengkel latihan yang berguna untuk mendidik

pihak pengurusan supaya berubah dan mempermudahkan perubahan. Selain itu,

jurulatih ini juga mengenalpasti sumber sebenar di dalam organisasi dan

menghubungkaitkannya di dalam membantu membawa perubahan, dan menasihati

fungsi latihan dalam bagaimana ia boleh membantu di dalam perubahan organisasi.

(Didalam terma Pembangunan Organisasi, jurulatih sebagai pembaharu dikenali

sebagai agen perubahan "change agent") (Banneth, 1990).

Definisi Operasional: Jurulatih sebagai pembaharu di dalam kajian ini

merujuk kepada peranan jurulatih sebagai agen pengubah di dalam mengendalikan

program latihan yang dijalankan di PULAPOL Kuching. Jurulatih juga berperanan

dalam membantu pihak organisasi terutama pihak pengurus untuk menghadapi

sebarang perubahan sekiranya program latihan yang dikendalikan memerlukan

pendekatan yang baru atau berlainan dengan pendekatan latihan yang sering

dilakukan sebelum ini.

1.6.8 Jurulatih sebagai Pengurus

Definisi Konsepsual: Peranan jurulatih sebagai pengurus lebih menekankan

tanggungjawab jurulatih dalam membuat perancangan (plan), mengorganisasi

(organizing), mengawal (controlling), dan membangun (developing) aktiviti atau

fungsi latihan dan pembangunan (training and development). la melibatkan penetapan

objektif latihan, polisi dan perancangan; membuat perhubungan yang baik dengan

bahagian-bahagian (department) lain dan pihak pengurus yang senior bekerjasarna

II
dalam latihan yang boleh meningkatkan prestasi. Selain itu, jurulatih juga berperanan

dalam memastikan aktiviti latihan bersesuaian dengan keperluan latihan telah

direkabentuk, dibangun dan dinilai dengan terperinci sebelum dan selepas latihan.

Jurulatih juga berperanan membangun staf-staf latihan, mewujudkan komunikasi yang

berkesan dengan unit-unit latihan di dalam organisasi, memantau kualiti dan standard

latihan, dan mengawal aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan perancangan

program latihan secara keseluruhan. Sebahagian peranan jurulatih sebagai "penyedia"

juga terdapat di dalam peranan jurulatih sebagai "pengurus" di dalam organisasi yang

bersaiz kecil dan sederhana (Banneth, 1990).

Definisi Operasional: Jurulatih sebagai pengurus di dalam kajian ini merujuk

kepada jurulatih di PULAPOL yang melakukan perancangan awal sebelum

menjalankan sebarang program latihan seperti penyediaan objektif program latihan. la

kemudiannya mengorganisasi serta mengawal setiap aktiviti di dalam program latihan

yang berada di bawah kendaliaannya dan kemudiannya melakukan aktiviti

pembangunan dan penilaian terhadap aktiviti program latihan yang dikendalinya

sebelum ini berpandukan kepada keperluan dan kehendak latihan para pelatihnya.

1.6.9 Keberkesanan Program Latihan

Definisi Konsepsual: Pelbagai tokoh telah mengutarakan definisi

keberkesanan latihan yang berbeza-beza mengikut pengalaman dan pandangan

masing-masing. Aamodt (1991) contohnya, menjelaskan bahawa program latihan

dikatakan berkesan sekiranya program tersebut berupaya mengubah tingkah laku

semasa menjadi pelatih atau pelatih yang berada di tempat kerja. Cascio (1991),

menyatakan bahawa keberkesanan latihan dapat dilihat dari aspek pemindahan

12

You might also like