You are on page 1of 3

Bilangan Jurnal : 1/12

Minggu Praktikum :Pertama

Tarikh Peristiwa/ Kejadian :10-14 Februari 2020

Tajuk Jurnal :Pengawalan masa yang lemah ketika menjalankan aktiviti pdpc.

1. Masalah / Peristiwa

Minggu pertama saya menjalankan praktikum di Sekolah Menengah Kebangsaan Subis. Penulisan
masalah saya ialah tentang pengawalan masa ketika menjalankan aktiviti pdpc. Saya dapati bahawa
pengawalan masa saya masih lemah dan sering terlebih atau tidak mengikut peruntukan masa yang telah
dirancang. Biarpun aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut perancangan, impak yang saya
inginkan untuk setiap aktviti itu tidak dapat saya sampaikan dengan maksimum kerana fokus perhatian
saya terhadap satu-satu aktiviti yang telah saya rancang itu tidak seimbang mengikut perancangan dalam
rancangan pengajaran harian saya.

2. Analisis Masalah

Andaian awal saya bagi permasalahan yang saya hadapi adalah kerana saya tidak sentiasa merujuk
kepada jam untuk mengawal tempo pengajaran saya. Andaian awal saya cuma salah satu faktor yang
menyebabkan pengurusan masa saya yang lemah. Setelah diselidik saya mendapati bahawa berikut
merupakan antara penyebab kepada mengapa pengurusan masa saya lemah:

a. Penjelasan arahan kepada kelas yang tidak jelas.


b. Pengulangan arahan yang telah diberikan kepada kelas.
c. Penguatkuasaan kawalan masa yang telah ditetapkan untuk aktiviti berkumpulan tidak dipatuhi.

3. Cadangan Tindakan Susulan


Langkah-langkah yang perlu saya usahakan adalah:
a. Menjelaskan arahan kepada kelas dengan suara yang lantang dan jelas sehingga suara boleh
didengari ke belakang kelas.
b. Memastikan ayat yang digunakan untuk memberi arahan sesuai untuk semua aras murid bagi
memudahkan pemahaman murid untuk mengelakkan saya daripada mengulang arahan yang
sama berulang kali.
c. Membimbing murid dan sentiasa mendorong murid semasa aktiviti berkumpulan sedang
berjalan. Bimbingan dan dorongan dari guru boleh membantu mempercepatkan aktiviti yang
dilakukan oleh murid.

1
4. Tempoh Masa dan Tindakan Susulan
Tempoh masa : 10 Februari 2020 hingga 14 Februari 2020

Setiap arahan yang akan saya berikan kepada murid akan dipastikan dengan menggunakan
suara yang lantang dan jelas supaya keseluruhan kelas boleh mendengar arahan yang diberikan.
Tindakan ini memastikan keseluruhan kelas kekal bersedia dan fokus untuk mendengar arahan.
Penggunaan ayat juga perlulah bersesuaian untuk memudahkan pemahaman murid terhadap arahan
yang diberikan.

Namun begitu, terdapat juga segelintir murid yang memang tidak memberi perhatian langsung
terhadap pelajaran dan arahan yang telah diberikan. Murid yang tidak memberi perhatian telah saya tegur
dan memberi nasihat “ bayangkan jika cikgu dan kamu berada dalam satu gua, waktu itu cikgu sedang
bercakap dan kamu juga bercakap pada masa yang sama, kalau kedua-dua pihak berebut ingin
bercerita, siapa yang nak dengar cerita kita berdua? “. Saya menasihati murid yang tidak memberi
perhatian itu untuk cuba fokus dan mendengar apa yang cuba saya sampai kepada kelas dan sepertinya
ia berjaya mengurangkan murid yang tidak fokus. Dengan memfokuskan kepada satu-satu masalah,
penyelesaian bagi masalah yang awal-awal dinyatakan tadi iaitu pengurusan masa ketika pdpc dapat
diselesaikan dengan baik. Jika setiap murid boleh memberi kerjasama maka apa-apa sahaja aktiviti yang
dirancang pasti boleh dilaksanakan denga baik.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Tandatangan :

Nama : Nama :

Tarikh : Tarikh :

2
3

You might also like