You are on page 1of 17

1.

0 Senarai Kandungan

Bil. Tajuk Halaman

1.0 Senarai Kandungan 1

2.0 Pengenalan 2

3.0 Sejarah Masyarakat Pluraliti Sebelum Zaman Penjajahan 2


British.
3.1 Sebelum Zaman Kesultanan Melayu Melaka
3.2 Zaman Kesultanan Melayu Melaka

4.0 Sejarah Kewujudan Masyarakat Pluralistik di Malaysia. 3


4.1 Politik
4.2 Ekonomi
4.3 Sosio-budaya
5.0 Usaha Kerajaan Dalam Pembinaan Hubungan Etnik di 7
Malaysia
5.1 Politik
5.2 Ekonomi
5.3 Kepelbagaian Agama dan Budaya
6.0 Penutup 9

Rujukan 10

Lampiran 12

1
2.0 Pengenalan

Pembentukan Malaysia adalah salah satu kejayaan kepada penubuhan sebuah


negara yang mempunyai berbilang kaum dan agama. Kepelbagaian masyarakat
telah berjaya membawa kemerdekaan kepada Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
Menurut Mohd. Yaakub (1997), pembinaan bangsa Malaysia bukanlah satu usaha
yang mudah, kerana ia melibatkan penstrukturan pemikiran minda setiap
masyarakat Malaysia yang berorintasikan elemen keterbukaan dan ketulusan yang
telah digariskan. Menurut Shamsul (2012), Dalam sejarah pembentukan masyarakat
pluralisme di Malaysia, wujudnya pembentukan masyarakat pluraliti dan pluralistik.
Pluraliti adalah kewujudan kepelbagaian bangsa dan agama disuatu tempat dan
masa secara semula jadi dan sukarela manakala pluralistik pula kepelbagaian
budaya disebabkan paksa dan dirancang oleh pihak-pihak yang berkepentingan.
Oleh itu, penulisan ini akan menghuraikan sejarah pembinaan masyarakat pluralistik
dan usaha kerajaan dalam pembinaan hubungan etnik di Malaysia.

3.0 Sejarah Masyarakat Pluraliti Sebelum Zaman Penjajah.


3.1 Sebelum Zaman Kesultanan Melayu Melaka

Sebelum zaman kesultanan melayu Melaka iaitu sekitar abad ke-12 hingga 14
masihi, penduduk asli di tanah melayu mengamalkan kepercayaan Hindu-Budhha.
Menurut Zainab (2003), terdapat dua teori tentang kedatangan pengaruh Hindu-
Buddha. Pertama ialah, melalui hubungan sosial dengan pedagang-pedagang India
dan kedua pula ialah peranan yang dimainkan oleh pemerintah dan rahib-rahib India
di tanah melayu. Masyarakat pada masa itu juga sudah mengamalkan aktiviti
perdagangan dan pindah randah untuk mencari rezeki (Zaid et. All ,2010). Dalam
masa yang sama, terjadinya perkahwinan dan perhubungan berlainan kaum dan
budaya.

2
3.2 Zaman Kesultanan Melayu Melaka

Sekitar tahun 1400 Masihi, Parameswara telah tiba di Melaka yang membawa
kepada pembukaan kota melaka. Pada ketika itu, Melaka menjadi pusat
kemasyarakatan dan perdagangan di Alam Melayu. Menurut Zaid et. All (2010),
Setibanya Islam di Tanah Melayu yang berbuktikan penemuan batu bersurat di
Terengganu, ia menjadi agama yang utama dan mendapat tempat dikalangan
pemerintah. Sejak daripada itu Melaka menjadi salah satu pusat penyebaran Islam
di Asia Tenggara. Agama Islam telah membawa pengaruh dan perubahan yang
besar terutama kepada sistem pemerintahan, perdagangan dan sosial. Hal ini dapat
dibuktikan dengan wujudnya Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun
Melaka (Ahmad,2008). Dengan adanya pelabuhan yang sistematik, melaka telah
menarik ramai pedagang dari luar untuk mejalankan kegiatan ekonomi di negeri itu
(Zaid et. all, 2010).

Antaranya ialah, pedagang Arab, Parsi, Cina, India dan Eropah singgah di
melaka untuk mendapatkan bekalan air dan makanan sebelum meneruskan
perjalanan. Selain itu, mereka juga menjual dan membeli hasil-hasil negeri kepada
saudagar-saudagar dari negeri lain. Terdapat juga pedagang asing yang berkhawin
dengan penduduk atau pemimpin tempatan dan terus menetap di Melaka. Dengan
hal yang demikian maka terjadilah proses asimilasi dan akulturasi yang sangat
berkesan diantara pelbagai kaum. Inilah yang dimaksudkan dengan pluraliti, kerana
proses pertemuan dan percampuran budaya serta agama wujud tanpa ada
sebarang paksaan, penindasan dan pergaduhan sesama sendiri. Hubungan yang
dijalinkan adalah secara semula jadi dan sukarela diantara kedua-dua pihak secara
aman.

4.0 Sejarah Pembentukan Masyarakat Pluralistik di Malaysia.

Menurut Auni (2005), Pluralistik ialah kewujudan kepelbagaian bangsa dan


agama disuatu tempat, pada suatu masa secara dirancang atau dipaksa oleh pihak-
pihak tertentu yang berkepentingan. Menurut Zawiah dan Mashitah (2007) pula, Ciri-
ciri masyarakat pluralistik ialah:

3
a) Saling tidak memahami budaya etnik lain,
b) Mempunyai agama sendiri,
c) Mempunyai bahasa sendiri,
d) Mempunyai cara hidup yang berlainan,
e) Penempatan secara berasingan,
f) Ideologi politik dan pemerintahan yang berbeza,
g) Interaksi dengan etnik lain amat terbatas,
h) Wujud budaya etnosentrik.

Menurut Rosliha (2000), pada abad ke-19, Revolusi Perindustrian telah berlaku
dan membawa England sebagai sebuat negara perusahaan yang penting di dunia.
Ledakan revolusi ini telah membawa kepada keperluan bahan mentah yang banyak
serta memaksa British untuk memperluaskan jajahannya untuk mendapatkan bahan
mentah yang sekucupnya. Oleh sebab itulah Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak
menjadi salah satu tanah yang dijajah British untuk kepentingan mereka sendiri.
Setibanya kuasa Eropah di Asia Tenggara maka ia menandakan bermulalah
perkembangan masyarakat pluralistik di Malaysia.

4.1 Politik

Campur tangan British dalam urusan pentadbiran bermula apabila


termetrainya Perjanjian Pangkor yang ditandatangi oleh gabenor Negeri-negeri Selat
dan Raja Abdullah pada 20 Januari 1874. Perundingan ini menggariskan 14 fasal
yang dipersetujui oleh beberapa orang pembesar dan Sultan Perak. Perjanjian
Pangkor ini telah mengubah sistem politik tradisional yang diamalkan selama ini
disebabkan oleh kemasukan unsur-unsur Barat (Rosliha,2000). Sebelum
kedatangan british, kesultanan melayu Melaka mengamalkan sistem pemerintahan
beraja dimana raja berkuasa mutlak dan mempunyai ulama ataupun agamawan
sebagai penasihat raja berkaitan dengan hal ehwal agama Islam (Muhd
Yusuf,1998). Selepas kependudukan British di Tanah Melayu, mereka
memperkenalkan dasar Kolonialisme iaitu satu dasar yang memisahkan politik
dengan agama (Rosliha,2000). Jika diperhatikan, ini adalah satu dasar yang
bertentangan dengan dasar sebuah negara yang mengamalkan sistem politik
berteraskan agama Islam.

4
Menurut Abdul Monir dan Suzalie (2002), sesebuah negara yang ditadbir oleh
orang Islam haruslah berpolitik berlandaskan syariat Islam yang telah ditetapkan.
Jelaslah bahawa sistem politik yang diterapkan oleh british cuba untuk memisahkan
pemerintah daripada landasan agama dan memerintah mengikut logik akal dan
hawa nafsu. Selain itu british juga memperkenalkan sistem sosial yang menjerumus
ke arah budaya barat dalam masyarakat melayu (Muhammad Aslah et.all,2016).
Sebelum penjajahan British, masyarakat di Tanah Melayu mengamalkan syariat
Islam berdasarkan Al-quran dan As-sunnah dalam kehidupan seharian
(Mahayudin,2001). Ajaran Islam tidak sepatutnya dipisahkan dari kehidupan
seseorang yang bergelar muslim. Firman Allah:

‫ني‬ ْ
ِ ‫الس ْل ِم َكافَّةً واَل َتتَّبِعوا خطُو‬
ِ َ‫ات الشَّيط‬
ٌ ِ‫ان ۚ إِنَّهُ لَ ُك ْم َع ُد ٌّو ُمب‬ ُ ُ ِّ ‫يَا أَيُّ َها الَّ ِذين َآمنُوا ْاد ُخلُوا يِف‬
َ َ َ
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan
mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah
Syaitan. Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata (Al-
baqarah:208).

Berdasarkan ayat Al-quran diatas, maka jelaslah bahawa Allah mewajibkan


keatas setiap muslim untuk mengamalkan syariat Islam dalam setiap perbuatan
harian tanpa terikut-ikut kepada budaya yang bertentangan dari hukum agama.
Ringkasnya, pluralistik yang terdapat ketika zaman penjajahan British telah memberi
perubahan kepada politik di Tanah melayu tanpa ada kerelaan dan keterbukaan
pemerintah dan penduduk tempatan.

4.2 Ekonomi

Pada akhir abad ke-19, kawalan politik Inggeris telah memberi kesan ke atas
kedudukan ekonomi Tanah Melayu. Ini adalah disebabkan British memerlukan
bahan mentah yang banyak akibat daripada Revolusi Perindustrian. Perjanjian
Pangkor (1873) memberi kuasa kepada Inggeris dalam pengutipan hasil tanah
semaksima yang mungkin dan penggguna tenaga buruh asing (Rosliha,2000).
Hasilnya wujudlah pembukaan ladang-ladang dan estet pertanian. Mereka
memperkenalkan dasar imperialisme ke dalam ekomoni negara. Dasar Imperialisme
ialah satu dasar penjajahan secara fizikal dengan menguasai dan mengaut segala
bentuk hasil bumi sesebuah negara yang dijajah (Mohd Shazwan, 2018). Sistem ini

5
juga di gelar sistem ekonomi kapitalis kerana mereka eksplotasi hasil untuk mencari
keuntungan.

Selain itu, menurut Mohd Isa (2002), imigran Cina dan India dibawa masuk ke
Tanah Melayu untuk menjadi buruh di lombong dan ladang getah. Di Sarawak
imigran Cina dan India dibawa masuk untuk berkerja di lombong minyak, ladang
getah dan lada hitam. Di Sabah pula mereka dijadikan buruh di kawasan
pembalakan, tembakau dan getah. Terdapat diantara mereka yang membawa isteri
dan anak-anak. Antara sebab mereka akur dengan arahan British ialah untuk
mendapat insentif bagi menampung kelangsungan hidup keluarga. Mereka hidup
dalam kawasan masing-masing tanpa bercampur dengan bangsa lain. Ini
meyebabkan asimilsi dan akomodasi tidak berlaku.

Antara kesan dasar ekonomi penjajah British ialah, wujudnya dwi-ekonomi di


mana kaum bukan bumiputera dibiarkan maju dalam ekonomi moden, iaitu
perniagaan, pembuatan, pengeluaran getah dan perlombongan bijih timah yang
memberi pendapatan yang tinggi, manakala bumiputera dibiarkan bergiat terus
dalam ekonomi pertanian tradisional. Oleh itu, kebanyakan orang Melayu didapati
bekerja dalam sektor pertanian tradisional dan dengan kerajaan, manakala orang
Cina dan India menguasai sektor perdagangan, pembuatan, perlombongan, binaan
dan estet getah. Ini menyebabkan orang Melayu mendapat pendapatan yang lebih
rendah daripada bukan Melayu. (Silcock, 1960). Berdasarkan ciri-ciri ekonomi
diatas, jelaslah telah wujud masyarakat pluralistik ketika zaman pemerintahan
british.

4.3 Sosio-budaya

Di Tanah Melayu, pengaruh Barat lebih kepada bidang material sahaja.


Menurut Rosliha (2000), pengaruh beradaban Barat dapat dilihat melalui sistem
masyarakat majmuk, pendidikan dan kemudahan infrastuktur baharu. Dengan
kemasukkan buruh asing ke Malaysia, telah wujud kehidupan masyarakat majmuk
yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India. Biarpun terdapat tiga bangsa utama,
tetapi mereka tidak bercampur disebabkan faktor agama, budaya, tempat tinggal,
bahasa dan perkerjaan. Orang Melayu tinggal diluar bandar dan menjalankan
kegiatan pertanian, dan mengutip hasil laut. Masyarakt Cina pula menetap di bandar
dan pelabuhan. Terdapat diantara mereka yang berkerja sebagai buruh dan ada

6
juga dikalangan mereka yang menjawat jawatan profesional. Bagi masyarakat India,
mereka tinggal di Kawasan perladangan getah dan pantai. Jika kita lihat, masyarakt
cina adalah golongan yang lebih mengusai bidang ekonomi. Ini kerena galakan yang
diberikan oleh pihak British.

Dalam bidang Pendidikan pula, kolonial British hanya membelanjakan 1.5%


daripada hasil negara. Pada akhir tahun 1880-an, anak-anak Melayu bersekolah di
sekolah melayu dan dijat membaca, menulis dan mengira. Pada tahun 1920, dasar
Pendidikan Inggeris semakin jelas dimana mereka ingin menaik taraf Pendidikan
orang melayu supaya dapat berkerja sebagai pegawai pentabdiran untuk British.
Bagi masyarakat Cina dan India pula, British menganggap bahawa mereka tidak
perlu diberikan Pendidikan. Mereka dibenarkan untuk mendirikan sekolah
menggunakan bahasa dan sukatan pelajaran dari negara masing-masing. Selain itu
British juga menubuhkan sekolah-sekolah elit untuk golongan bangsawan sahaja.
Dengan keadaan yang sedemikian, jelaslah bahawa sistem Pendidikan british
bersifat “dualistik” yang bermaksud dua lapis. Ini kerana mereka tidak memberi
Pendidikan secara adil malah menetukan pendidikan berdasarkan peranan ekomoni
mereka. Maka jelaslah bahwa pentadbiran British telah membawa kepada
kewujudan masyarakat pluralistic di Malaysia.

5.0 Usaha Kerajaan Dalam Pembinaan Hubungan Etnik di Malaysia.


5.1 Politik

Pejajahan British telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap


hubungan etnik dan pembangunan politik di Malaysia. Antara kerajaan usaha dalam
memupuk permuafakatan politik ialah dengan menubuhkan Jawatankuasa
Perhubungan Kaum Communities Liaison Commite (CLC). Menurut Shamsul Amri
Baharuddin (2012), CLC ditubuhkan bertujuan untuk mewujudkan kesefahaman dan
kerjasama yang lebih baik dalam kalangan pelbagai etnik di Tanah Melayu. Terdapat
pelbagai kata sepakat yang telah dicapai atas rundingan yang dilaksanakan oleh
CLC. Antaranya ialah, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
dalam Pendidikan, hapuskan jus soli dan ekomoni yang adil kepada semua kaum.
Selain itu, usaha lain yang dapat lihat ialah dengan penubuhan Independence Of

7
Malaya Party (IMP) oleh Dato’ Onn Jaafar iaitu parti berbilang kaum dengan
matlamat yang lebih berfokuskan perpaduan kaum.

Selain itu, selepas peristiwa 13 Mei 1969, satu ideologi nasional Malaysia
telah diperkenalkan iaitu Rukun Negara (Rohani & Mohamad Idris, 2009). Ini adalah
untuk membina satu bangsa yang Bersatu padu dan membangkitan semangat cinta
akan negara. Lima prinsip Rukun Negara menjadi garis panduan bagi sebarang
dasar yang hendak dibuat oleh kerajaan. Pembentukan Barisan Nasional (BN) juga
adalah salah satu usaha kerajaan dalam perhubungan kaum. Kerajaan perikatan
(UMNO-MIC-MCA) berpendapat bahawa perlu mengadakan kerjasama dengan parti
pembangkan termasuk Sabah dan Sarawak. Kerjasama antara perikatan dan 12 lagi
parti pembangkan lain dikenali sebagai Barisan Nasional (BN). Objektif penubuhan
BN ialah lebih berfokuskan memupuk dan mengekalkan satu bangsa Malaysia yang
harmoni dan adil. Disamping itu, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) juga
bertujuan untuk membina semangat patriotisme dikalangan belia tidak mengira
agama dan bangsa (Zaid, 2010). Tambahan lagi Konsep 1 Malaysia diperkenalkan
dengan matlamat mengekalkan perpaduan dalam kepelbagaian etnik di Malaysia.

5.2 Ekonomi

Setelah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, kerajaan Malaysia telah


menjalankan pelbagai usaha untuk membaiki keadaan ekonomi tidak seimbang.
Kerajaan telah cuba melancarkan revolusi ekonomi dengan memperkenalkan
rancangan pembangunan lima tahun:

i. Rancangan Malaya Pertama (1956-60)


ii. Rancangan Malaya Kedua (1961-65)
iii. Rancangan Malaysia Pertama (1966-70)
iv. Rancangan Malaysia Kedua (1971-75)
v. Rancangan Malaysia Ketiga (1976-80)
vi. Rancangan Malaysia Keempat (1981-85)
vii. Rancangan Malaysia Kelima(1986-90)
viii. Rancangan Malaysia Keenam (1991-95)
ix. Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000)
x. Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005)
xi. Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010).

8
Pelbagai usaha dijalankan sepanjang pelaksanaan rancangan pembangunan
lima tahun dalam aspek ekonomi untuk kepentingan masyarakat tanpa mengira
kaum. Anataranya ialah, penubuhan MARA dan FELDA bagi membantu dan
meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar. Selain itu, kerajaan juga telah
mempelbagaikan kegiatan ekonomi dan mempeluaskan peluang pekerjaan untuk
semua masyarakat Malaysia. Tambahan lagi, menurut Just et. All (2005)
perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) juga turut banyak membantu masyarakat
dalam aspek ekonomi. Matlamat utama Dasar Ekonomi Baru (DEB) ialah untuk
mencapai perpaduan negara melalui dua strateginya yang bercorak serampang dua
mata, iaitu mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan di kalangan rakyat
tanpa mengira kaum, dan menyusun semula struktur masyarakat Malaysia agar
mereka tidak lagi dikenali berasaskan ciri ekonomi dan tempat tinggal.

5.3 Kepelbagaian Agama Dan Budaya.

Sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam menyemai benih


perpaduan terutamanya dalam kalangan generasi kanak-kanak di peringkat sekolah
(Lee Lam Thye 2013). Dalam menjamin pembentukan negara bangsa yang ideal,
nilai-nilai integrasi dan perpaduan haruslah disemai dari peringkat sekolah lagi
(Yusfarina & Abdul Rasid 2011). Selain itu, masyarakat Malaysia bebas
mangamalkan mana-mana agama dan Islam menjadi agama persekutuan. Dalam
kebebasan beragama, masyarakat juga saling menghormati dan merayakan
perayaan agama dan kaum lain. Sebagai contoh setiap kali hari perayaan bagi
mana-mana kaum tiba, kerajaan akan memberikan cuti umum kepada semua sektor
dibawah kerajaan. Dengan bukti-bukti diatas, jelaslah bahawa kerjaan Malaysia
telah berusaha membina perhubungan antara semua etnik di Malaysia.

6.0 Penutup

Perhubungan antara pelbagai kaum di Malaysia bukanlah sesuatau perkara yang


dicapai dalam masa yang singkat dan mudah. Ianya memakan puluhan tahun untuk
menyatukan etnik dan kaum yang terdapat dalam satu negara. Usaha yang kerajaan
lakukan juga telah menelah banyak kos demi untuk mewujudkan satu bangsa
Malaysia yang harmoni dan aman. Oleh itu kita sebagai rakyat Malaysia wajib

9
menjaga dan menguatkan perpaduan yang telah terbina agar semua masyarakat
Malaysia dapat hidup dalam keadaan aman dan sejahtera selamanya.

Rujukan

Abdul Monir Yaacob & Suzalie Mohamad. (2002). Etika dan Budaya Berpolitik dari
Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Ahmad Jelani Halimi. (2013). Undang-undang Laut Melayu: Undang-undang Perahu Dan
Undang-undang Belayar. Kuala lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Auni Abdullah. (2005). Tradisi Pemerintahan Islam dan Kolonialisme dalam Sejarah
Melayu. Kuala Lumpur: Darul Fikir.

Just Faaland, Jack Parkinson & Rais Saniman. (2005). Dasar Ekonomi Baru: Pertumbuhan
Negara dan Pencapaian Ekonomi Orang Melayu. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Lee Lam Thye. 2013. Malaysia's Unity and Its Challenge (Speech). Retrieved from
http://globalpeace.org.my/2013/10/malaysiasunity-its-challenges-tan-sri-lee-lam-
thye-trustee-of-1malaysia-foundation/

Mahayudin Yahaya. (2001). Islam di Alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Mohd Isa Othman. (2002). Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan
Publications.

Mohd Shazwan Mokhtar. (2018). Dasar Ekonomi Imperial British di Tanah Melayu, 1895-
1940. Wacana Utara Siri Pertama, ms 10-12

Mohd Yaakub Johari, Chang Shui Kiong & Mary Sintoh. (1997). Agenda Pembinaan
Negara Bangsa Malaysia dalam Era Kebangkitan Asia. Cheras: Institut Kajian
Pembangunan Sabah.

10
Muhammad Aslah Akmal Bin Azmi, Mohd Shazwan Mokhtar & Mohd Bin Samsudin. (2016).
Kolonialisme British Terhadap Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Ketika Perang
Dunia. Pertama Jurnal Of Social Science and Humanities, Ms 86-89

Rosliha Muhammad. (2000). Kesan Kolonialisme Ke Atas Peradaban Melayu. Kuala


Lumpur: Fakulti Sastera dan Sains Sosial, University Malaya

Muhd Yusuf Ibrahim. (1998). Kesultanan Melayu Melaka (1400-1511): Pensejarahan dan
Kesejarahan. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.

Rohani Hj Abdul Ghani & Mohamad Idris Saleh. (2009). Malaysia Pembinaan Negara
Bangsa. Pulau Pinang: Zammas X’press Niaga.

Shamsul Amri Baharuddin. (2012). Modul Hubungan Etnik (Edisi Kedua). Bangi: Institut
Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Silcock t.h. (1960). The Economy of Malaya: An Essay In Colonial Political Economy.
Singapore: Eastern University Press.

Yusfarina Mohd Yussof & Abdul Rasid Jamian. (2011). Pembinaan Negara Bangsa dan
Identiti Kebangsaan Melalui Pemerkasaan Bahasa dalam Sistem Persekolahan.
Diges Pendidik. Jilid 11, m/s 10-13.

Zaid Ahmad, Ruslan Z., Ho Hui L., Ku Halim K., Lee Yok F., Najeemah M. & Nazri M.
(2010). Hubungan Etnik di Malaysia edisi ke-2. Kuala Lumpur: Oxford Fajar sdn.
Bhd.

Zainab Binti Ishak. (2003). Pengaruh Peradaban Islam Ke Atas Peradaban Melayu Dari
Sudut Adat Resam dan Kepercayaan Masyarakat Melayu Islam di Malaysia Kuala
Lumpur: Universiti Malaya.

Zawiah Mat & Mashitah Sulaiman. (2007). Interaksi budaya India & Cina ke atas
pengukuhan bahasa dalam tamadun Melayu. Jurnal Pengajian Umum Asia
Tenggara, Volume 8, m/s 116-140.

11
Lampiran

12
13
14
15
16
17

You might also like