You are on page 1of 10

1.

0 Pengenalan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), pendekatan ditakrifkan sebagai cara atau
langkah yang diambil untuk melakukan sesuatu tugas. Modular pula mendukung makna
suatu piawai yang mendukung kepada sasaran yang digunakan untuk mencipta sesuatu
rancangan atau tindakan yang bakal dilakukan. Dari segi istilah pendekatan modular adalah
suatu cara atau langkah yang mempunyai piawai untuk mencipta sesuatu rancangan atau
tindakan yang bakal dilakukan (Haliza Hamzah & Samuel, Joy Nesamalar, 2016).
Transformasi dalam kurikulum pendidikan di Malaysia yang mana Kurikulum Bersepadau
Sekolah Rendah ditukar dan digantikan dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
merupakan suatu titik permulaan wujudnya penstrukturan semula standard kandungan bagi
memastikan kecekapan berbahasa dengan baik di samping dapat memberi kelancaran dan
objektif pembelajaran dan pengajaran dapat dicapai dengan berkesan.

Dalam konteks kurikulum Malaysia, pendekatan modular didefinisikan sebagai


pemecahan kemahiran kepada unit-unit kecil yang dikenali sebagai modul. Terdapat lima
modul yang distrukturkan dalam pembelajaran bahasa Melayu iaitu modul mendengar dan
bertutur, modul membaca, modul menulis, modul seni bahasa dan modul tatabahasa.
Penambahan modul seni bahasa dan modul tatabahasa dalam standard kurikulum yang
baru adalah bagi menyokong modul-modul tersebut bagi mengukuhkan kemahiran
berbahasa. Modul-modul ini dikumpulkan dan disatukan di dalam suatu dokumen iaitu
Dokumen Standard Kurikulum Prestasi (DSKP).

Oleh hal yang demikian, menjadi suatu kepentingan kepada guru-guru untuk
mendalami dan menghayati setiap pendekatan modular yang telah distrukturkan. Dalam
pada masa yang sama penekanan diberikan kepada aspek seni bahasa dan aspek
tatabahasa yang merupakan pengukuh kepada kecekapan berbahasa.

2.0 Pendekatan Modular

Seperti yang telah dijelaskan dalam pendahuluan, pendekatan modular mempunyai lima
bahagian yang mana tiga bahagian utamanya merupakan kemahiran asas berbahasa iaitu
kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca serta kemahiran menulis.
Pemecahan kemahiran berbahasa kepada beberapa modul ini didasari oleh falsafah dan
matlamat pendididkan negara. Kemahiran-kemahiran ini dikelaskan mengikut kelompok
ataupun modul. Dua lagi kemahiran iaitu kemahiran seni bahasa dan kemahiran tatabahasa
ialah pendukung dan pengukuh bagi kemahiran asas bahasa. Modul seni bahasa dan
modul tatabahasa dulunya hanya digabungkan dalam modul lisan, membaca dan menulis
namun kini mempunyai bahagian modul yang tersendiri iaitu pada 4.1 hingga 5.3.

1
Pemecahan modul-modul kemahiran bahasa ini adalah bagi memudahkan pembelajaran
murid-murid sekolah rendah yang baru ingin menguasai kemahiran berbahasa.

Terdapat tiga komponen penting dalam setiap modul iaitu Standard Kandungan,
Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi. Komponen ini dinilai melalui dua jenis
pentaksiran iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif. Menurut Boon Pong Ying,
Lee Leh Hong dan Lawrence Aloysius Aeria (2017), pentakrisan formatif ialah satu jenis
ujian formal atau tak formal untuk mengesan tahap penguasaan dan kemajuan murid di
dalam kelas. Dalam erti kata lain, pentaksiran formatif dilakukan semasa aktiviti
pembelajaran ataupun setelah aktiviti pembelajaran dijalankan. Pentaksiran sumatif pula
adalah pentaksiran penilaian yang dilakukan secara formal setelah satu bab ataupun satu
silibus telah dipelajari oleh murid-murid. Contoh pentaksiran sumatif lebih berbentuk formal
iaitu ujian pertengahan penggal dan ujian akhir tahun ataupun peperiksaan umum yang
memerlukan jadual spesifikasi ujian.

Menurut Yuslaini Yusuf (2012), dalam pendekatan modular terdapat enam tahap
pencapaian standard prestasi yang ditetapkan bagi memudahkan guru membuat
pentaksiran terhadap objektif pengajaran. Ketiga-tiga kompenan ini dijadikan panduan
kepada guru untuk merancang objektif pembelajaran dengan lebih sistematik dan berkesan.

Namun begitu, DSKP bagi kelima-lima modul untuk tahap satu tidak disertakan
dengan standard prestasi kerana fokus pembelajaran murid adalah penguasaan kemahiran
asas berbahasa sahaja. Berpaksi tiga komponen ini, kemahiran-kemahiran di dalam bahasa
Melayu digabungkan dengan pendekatan modular bertema. Terdapat 11 tema yang telah
ditetapkan di dalam dokumen standard bagi mengukukuhkan lagi standard pembelajaran
dan standard kandungan yang dipilih sekaligus dapat menilai pencapaian murid melalui
standard prestasi.

2.1 Modul Kemahiran Lisan (mendengar dan bertutur)

Kemahiran mendengar dan bertutur atau lebih dikenali sebagai kemahiran lisan
merupakan bahagian yang pertama di dalam pendekatan modular. Modul ini kelompokkan
daripada standard kandungan 1.2 hingga 1.7. Kemahiran mendengar didefinisikan sebagai
keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati perkara yang
didengar dalam pelbagai sumber situasi pengucapan, serta dapat memberikan respons
manakala kemahiran bertutur pula adalah kemampuan murid berinteraksi untuk menjalinkan
hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan
kritis dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan dan bertatasusila. Dalam
pendekatan modular tahap dua, modul ini dibahagikan kepada tiga kelompok. Kelompok
tersebut mengelaskan dua kemahiran yang terdapat di dalam kemahiran lisan ini.

2
Contoh aktiviti yang dapat dijalankan adalah berdasarkan Standard Kandungan 1.2
mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa, iaitu abjad, suku kata, perkataan,
frasa dan ayat dengan betul. Melalui Standard Kandungan tersebut objektif yang dapat
dicapai adalah di akhir pembelajaran murid dapat mendengar dan menyebut kata ganti
nama berdasarkan video. Fokus PdPC pada sesi tersebut adalah aspek morfologi iaitu kata
ganti nama diri yang bertemakan kemasyarakatan.

Aktiviti yang pertama ialah guru menayangkan rakaman video bergotong-royong.


Seterusnya, murid diarahkan untuk menyenaraikan kata ganti nama yang didengar
berdasarkan video. Beberapa orang murid akan diarahkan menyebut kata ganti nama yang
telah didengari dengan jelas sebelum melakukan aktiviti yang seterusnya. Setelah itu,
secara berpasangan murid berbincang bagi menghasilkan dialog berdasarkan kata ganti
nama yang telah disenaraikan.

Teknik pengajaran ini dikenali sebagai teknik think-pair-share yang mana


menggalakkan pembinaan pengetahuan dan idea dalam kalangan murid. Penilaian formatif
dapat dilaksanakan dengan adanya aktiviti dan teknik yang dinyatakan. Standard prestasi
tahap 6 dapat dicapai oleh murid sekiranya murid dapat memberi respon terhadap kata
ganti nama yang diujarkan di dalam video dengan menyenaraikan kesemua kata ganti
nama yang diujarkan di dalam video seterusnya dapat menerangkan beserta dengan contoh
lain kepada rakan. Dalam erti kata lain, standard prestasi tahap yang tinggi dapat diberikan
sekiranya murid menggunakan kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik dan dapat
menjadi suri teladan kepada rakan yang lain.

2.2 Modul kemahiran membaca

Modul yang seterusnya dalam pendekatan modular adalah modul kemahiran


membaca. Membaca ditakrifkan sebagai kebolehan murid membaca dengan sebutan,
intonasi, jeda dan kelancaran yang betul. Konteks modul ini juga memberi penekanan
kepada keupayaan murid menghayati teks yang dibaca. Membaca merupakan lanjutan
daripada kemahiran bertutur dan mendengar yang mana lambang-lambang bertulis
diterjemahkan dalam bentuk lambang-lambang bunyi (Azizi Yahaya, Asmah Suboh,
Zurihanmi Zakariya & Fawziah Yahya, 2005). Membaca adalah kemahiran yang memberi
fokus kepada aktiviti verbal dan literasi secara serentak. Oleh itu, objektif utama kemahiran
ini adalah bagi membolehkan pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis
dengan menggunakan teknik-teknik membaca dapat dilaksanakan.

Kemahiran ini dikelompokkan mengikut standard kandungan 2.1 hingga 2.6. Di


samping itu, kemahiran ini dibahagikan kepada tiga lagi kelompok kecil dalam pendekatan
modular tahap 2. Berdasarkan standard pembelajaran 2.2.3 iaitu membaca dan memahami

3
ayat tunggal daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul teknik
pembelajaran koperatif dapat dilaksanakan. Pada aktiviti yang pertama murid dibahagikan
kepada kumpulan kecil yang mana setiap kumpulan mempunyai tahap kecerdasan murid
tahap sederhana, rendah dan tinggi.

Seterusnya, guru mengagihkan lembaran kertas yang mempunyai teks tentang


kebaikan menjaga kesihatan. Dalam kumpulan, murid diarahkan untuk membaca dan
memahami teks yang diberikan. Guru kemudiannya akan memberikan kad manila yang
mempunyai peta i-think. Kumpulan kecil tersebut diarahkan menyenaraikan ayat tunggal
yang telah dibaca dan difahami berdasarkan teks. Kemudiannyaa setiap ahli kumpulan akan
membaca ayat tunggal yang telah disenaraikan di dalam peta i-think di hadapan kelas.

Jenis pentaksiran yang paling sesuai digunakan dalam kemahiran membaca adalah
pentaksiran formatif. Hal ini adalah kerana, modul ini memberi penekanan dalam aspek
kemahiran membaca berbanding pengetahuan. Guru tidak dapat mengukur sama ada murid
telah menguasai sepenuhnya kemahiran membaca sekiranya pentaksiran sumatif
dijalankan kerana pentaksiran sumatif dilaksanakan di dalam peperiksaan dan mempunyai
skema jawapan dan pemarkahan yang tersendiri seterusnya mengehadkan kemampuan
murid untuk menonjolkan kemahiran membaca.

2.3 Modul Kemahiran Menulis

Berkesinambungan daripada kemahiran membaca, kemahiran menulis merupakan salah


satu kemahiran asas bahasa Melayu setelah kemahiran lisan dan kemahiran membaca
dikuasai oleh murid. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat menulis didefinisikan sebagai
mecatat kata-kata dengan huruf dan memakai pena. Menurut Roselan Baki (2011), menulis
ialah keupayaan memindahkan lambang bunyi bahasa dalm bentuk grafik bagi melahirkan
perasaan, fikiran dan idea. Dalam DSKP, modul kemahiran menulis ialah keupayaan murid
menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan
dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui.

Modul ini dikelompokkan bermula daripada 3.1 hingga 3.9 pada tahap satu
manakala tahap dua pula dimulakan dengan standard prestasi 3.2 hingga 3.9. Penekanan
diberikan kepada aspek tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan
kemas. Aktiviti membuat penulisan karangan tentang pengalaman menyambut perayaan
dapat dilaksanakan melalui SP 3.6.1 iaitu menulis untuk menyampaikan maklumat yang
betul berdasarkan bahan yang diberi dengan menggunakan bahasa yang santun.

Aktiviti dimulakan dengan guru menayangkan video suasana sambutan perayaan


bagi tiga kaum terbesar di Malaysia. Seterusnya guru mengagihkan lembaran kertas

4
beserta kosa kata seperti bersalaman, kunjung-mengunjungi, mengeratkan silaturahim.
Setelah menerangkan tentang kosa kata yang diberikan murid secara individu akan
membuat penulisan tentang pengalaman menyambut perayaan masing-masing. Aktiviti
dikenali sebagai pembelajaran kontekstual kerana menggalakkan murid belajar melalui
pengalaman sedia ada. Dalam pada masa yang sama, hasil penulisan yang autentik akan
dapat dihasilkan oleh murid kerana tajuk pengalaman menyambut perayaan merupakan
tajuk yang kompleks dan dialami oleh sebahagian besar murid.

Dalam aspek pentaksiran, modul kemahiran menulis lebih tertumpu kepada


petaksiran sumatif. Hal ini adalah kerana, guru akan dapat menilai tahap penguasaan murid
secara menyeluruh melalui peperiksaan umum. Tindakan susulan akan dapat diambil bagi
meningkatkan penguasaan menulis murid. Pada masa yang sama juga, pentaksiran ini
sesuai dilaksanakan kerana modul kemahiran menulis ini lebih memberi tumpuan kepada
aspek pengetahuan dan kemahiran secara individu.

Dalam pedekatan modular standard prestasi adalah titik permulaan bagi penentuan
pencapaian objektif pembelajaran pada satu sesi PdPc. Standard prestasi dapat ditentukan
melalui pentaksiran formatif iaitu pentaksiran berterusan dari semasa ke semasa. Sekiranya
penaksiran formatif tidak dilaksanakan standard prestasi pada satu sesi PdPc tidak dapat
diukur kerana tiada alat ukur untuk menentukan standard prestasi seseorang murid.

3.0 Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa

3.1 Modul Seni bahasa

Modul seni bahasa merupakan modul yang baru di dalam kurikulum bahasa Melayu.
Dulunya, aspek seni bahasa digabung di dalam tiga lagi modul kemahiran dan berfungsi
sebagai pendukung kepada asas kemahiran bahasa Melayu . Perrubahan kurikulum di
Malaysia membolehkan aspek seni bahasa mempunyai bahagian khas di dalam Dokumen
Standard (Noriati A. Rashid, Lee Kok Cee, Zulkifli Mahayudin & Zakiah Noordin, 2016).
Modul seni bahasa masih mendukung tiga kemahiran asas berbahasa namun telah
dikelompokkan kepada bahagian khas untuk aspek seni bahasa sahaja. Seni bahasa
ditakrifkan sebagai aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan dalam bahasa Melayu
yang perlu difahami dan dikuasai oleh murid. Penguasaan aspek seni bahasa merangkumi
kemampuan memahami, mengungkap dan menghayati bahasa yang indah. Aspek penting
dalam pembelajaran seni bahasa adalah didik hibur ataupun pembelajaran yang
menyeronokkan (Azhar Ahmad, 2016).

Kepentingan aspek seni bahasa adalah dapat membantu murid memantapkan


kemahiran seni bahasa. Di samping itu juga, murid dapat mencernakan idea-idea kreatif

5
melalui lisan dan penulisan. Murid juga akan berasa seronok semasa aktiviti PdPc
dijalankan. Menurut Musa Dais (2011), pengajaran secara didik hibur merupakan salah satu
teknik untuk menarik minat murid serta dapat mengelakkan rasa bosan terhadap PdPc yang
dilaksanakan di dalam kelas. Perkara ini sekaligus dapat menggalakkan penaakulan
pembelajaran secara langsung dan tidak langsung.

Objektif aspek seni bahasa ialah menyebut dan memahami seni kata lagu melalui
nyanyian dengan gerak laku secara didik hibur. Objektif seterusnya ialah mengujarkan ayat
menggunakan bahasa yang indah dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta
menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui penceritaan secara didik hibur. Selain
itu, modul ini juga memberi penekanan kepada objektif mengujarkan dialog dengan sebutan
yang jelas dan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara menggunakan bahasa badan
secara kreatif melalui lakonan secara didik hibur. Akhir sekali, objektif modul ini adala
melafazkan pantun dua kerat menggunakan bahasa yang indah dengan intonasi yang betul
dan memahami maksud pantun secara didik hibu.

Objektif yang telah disenaraikan merupakan kesinambungan kepada pembentukan


SP dan SK bagi modul seni bahasa. Dalam aspek seni bahasa, tiada penetapan standard
prestasi. Rasionalnya adalah modul seni bahasa merupakan pendukung bagi kemahiran
asas bahasa Melayu. Pentaksiran kemahiran lisan, membaca dan menulis dilaksanakan di
dalam modul seni bahasa. Walau bagaimana pun, proses pembelajaran aspek ini masih
dilaksanakan dalam bentuk pendekatan modular. Standard prestasi diukur berdasarkan
jenis kemahiran bahasa yang difokuskan dalam modul seni bahasa (Abdul Rasid Jamian &
Hasmah Ismail, 2013).

3.1.1 Contoh aktiviti modul Seni bahasa dan standard prestasi

Berdasarkan objektif menyebut, memahami dan menghasilkan lirik lagu yang mengandungi
mesej secara terkawal dan menyampaikannya secara didik hibur standard pembelajaran
4.1.2 dapat dibentuk iaitu menyebut dengan jelas dan memahami lirik lagu melalui nyanyian
dan gerak laku secara didik hibur. Aktiviti yang boleh dirancangan bagi SP ini pada
permulaan sesi aktiviti, guru menayangkan video lagu didi dan kawan-kawan yang bertajuk
‘Rasa sayang’. Murid pada mulanya akan menyanyikan lagu tersebut dengan gerak laku
yang sesuai dengan rentak muzik. Seterusnya, guru akan memberikan beberapa soalan
daripada lagu tersebut bagi menguji pemahaman murid tentang lagu yang ditayangkan.
Objektif pembelajaran pada sesi tersebut ialah di akhir pembelajaran murid dan menyebut
dan memahami lirik lagu yang mengandungi mesej berdasarkan video Didi dan kawan-
kawan.

6
Kemahiran bahasa yang ditekankan di dalam aktiviti ini ialah bertutur dan
mendengar. Hal ini adalah kerana, murid diperdengarkan terlebih dahulu degan video lagu
‘Rasa Sayang’. Seterusnya, murid menyanyi lagu tersebut sambil melakukan gerak kreatif
secara terkawal. Seterusnya, guru membahagikan murid di dalam kumpulan bagi
membincangkan nama-nama haiwan di dalam lirik lagu tersebut. Murid akan
mengemukakan nama haiwan yang didengar di dalam lirik lagu setelah berbincang di dalam
kumpulan kecil. Dengan adanya aktiviti ini murid dapat menyebut lirik lagu dan dengan
soalan ransangan ataupun aktiviti ransangan di dalam kumpulan murid akan dapat
memahami lirik lagu yang disebut.

Teknologi komunikasi dan maklumat juga digunakan di dalam aktiviti dengan adanya
video lagu tersebut. Pendekatan tematik juga dapat diterapkan di dalam aktiviti
pembelajaran yang telah dinyatakan. Tema pertanian dan penternakan merupakan tema
yang sesuai kerana lagu ‘Rasa Sayang’ berkait rapat dengan haiwan. Aktiviti ini sekaligus
membolehkan murid meningkatkan kemahiran bahasa Melayu mereka. Seterusnya,
pembelajaran koperatif dengan aliran didik hibur dapat dilaksanakan melalui perbincangan
di dalam kumpulan (Alimuddin Mohd Dom, 2012).

Standard prestasi bagi sesi pembelajaran ini diberikan bergantung kepada tahap
kemahiran mendengar dan bertutur murid itu sendiri. Sebagai contoh, standard prestasi
tahap 6 diberikan sekiranya murid dapat memberi respon dengan betul terhadap video lagu
‘Rasa Sayang’ dengan menyenaraikan secara terperinci kesemua nama-nama haiwan yang
terdapat di dalam lirik lagu seterusnya dapat menerangkan kepada rakan tentang
pemahaman tentang lirik lagu yang telah didengari dan dihayati. Standard prestasi tahap
satu diberikan kepada murid sekiranya murid dapat memberikan satu ataupun dua sahaja
nama haiwan yang terdapat di dalam lirik lagu. Dalam erti kata lain, respon yang diberikan
oleh murid adalah pada kadar yang terhad.

Standard prestasi dapat ditentukan melalui penilaian formatif iaitu penilaian semasa
aktiviti PdPc dijalankan. Sekiranya murid tidak mencapai standard prestasi tahap yang
sederhana iaitu sekurang-kurangnya tahap 3, guru perlu mengambil tindakan susulan
seperti memberikan pemulihan kepada murid-murid. Muri-murid yang mencapai standard
prestasi yang memuaskan akan diberikan pengayaan. Selain itu, standard prestasi
diberikan kepada murid dengan melihat keterlibatan murid di dalam sesi PdPC.

3.2 Modul Tatabahasa

Modul tatabahasa merujuk keupayaan murid menguasa perkara asa dalam pembentukan
kata dan ayat serta menggunakan tatabahasa mengikut cara dan sistem yang betul semasa
membina ayat. Selain itu, aspek sebutan, intonasi dan semantik serta penggunaan

7
peribahasa dan perbendaharaan kata yang betul juga diberikan penekanan. Dalam erti kata
lain, modul tatabahas memberi penekanan kepada aspek morfologi dan sintaksis bahasa
Melayu. Stanadard Kandungan bagi modul ini adalah daripada 5.1 hingga 5.3 (Faridah
Nazir & Tuan Jah Yusof, 2013). Perancangan pengajaran bagi aspek tatabahasa
mempunyai aspek khas dan tidak digabungkan dengan modul kemahiran berbahasa yang
lain. Seperti kemahiran seni bahasa kemahiran tatabahasa menggabungjalinkan kemahiran
bahasa iaitu lisan, membaca dan menulis dalam PdPC.

Objektif utama aspek seni bahasa ialah bagi memastikan murid berupaya
memahami dan menggunakan kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama diri
pertama dan kedua serta kata kerja dengan betul (Ahmad Razali, 2013). Seterusnya,
berupaya memahami dan menggunakan kata adjektif warna dan kata hubung dengan betul.
Selain itu, murid juga berupaya memahami dan menggunakan kata tanya merujuk manusa
dan benda dengan betul. Objektif yang keempat ialah murid berupaya menggunakan
imbuhan awalan dan akhiran dengan betul. Akhir sekali, murid dapat memahami ayat
dasark dengan pola ayat yang betul. Prinsip utama aspek tatabahasa ialah tidak
menggalakkan murid menghafal rumus atau hukum bahasa.

3.2.1 Contoh aktiviti modul Tatabahasa dan standard prestasi

Aktiviti yang menarik dapat dilakukan dengan menggunakan standard kandungan


5.3 iatu memahami dan membina ayat yang betul dalam pelbagai situasi. Standard
Pembelajaran iailah 5.3.2 iaitu memahami dan membina ayat aktif dan pasif dengan betul
dalam pelbagai situasi. Objektif bagi SP dan SK ini ialah murid dapat membina ayat aktif
dan pasif berdasarkan situasi bergotong-royong. Tema bagi PdPC ini ialah kemasyarakatan
iaitu kepentingan aktiviti gotong royong. Dalam pada masa yang sama, penyerapan kata
kerja menjadi fokus utama dan kemahiran yang digunakan adalah kemahiran menulis.

Pada permulaan aktiviti, guru akan membahagikan murid secara berpasangan.


Seterusnya, guru akan mengagihkan lembaran kertas yang mengandungi gambar
bergotong-royong. Secara berpasangan, murid melakukan aktiviti rally-table iaitu secara
berpasangan pelajar bergilir-gilir memberi respon atau menyelesaikan masalah dengan
menulis di atas kertas yang sama dan menggunakan pen/pensil yang sama (Ahmad Zainal,
2016). Dalam sesi pengajaran ini, murid akan bergilir-gilir menulis ayat yang mempunyai
kata kerja berdasarkan situasi di dalam gambar dan secara bergilir-gilir juga murid akan
mengemukakan idea secara bergilir-gilir tentang faedah bergotong royong. Seterusnya,
secara berpasangan murid akan berkongsi kepada rakan yang lain ayat-ayat yang telah
dibina berdasarkan gambar yang diberikan.

8
Sesi PdPC ini mencapai objektif sekiranya murid dapat memahami perlakuan yang
terdapat di dalam gambar seterusnya membina ayat yang betul daripada situasi di dalam
gambar. Memandangkan kemahiran yang diterapkan adalah kemahiran menulis. Maka,
standard prestasi kemahiran menulis digunakan untuk menentukan tahap penguasaan
murid di dalam aktiviti PdPC ini. Standard prestasi tahap 6 diberikan kepada murid
sekiranya murid dapat menulis pelbagai jenis ayat sama ada pasif ataupun aktif dalam pada
tahap yang sangat konsisten, terperinci yang mana mempunyai tanda baca yang betul,
tulisan yang kemas dan struktur penulisan ayat yang betul serta dapat menjadi model
kepada rakan dengan menerangkan kepada rakan yang lain tentang ayat yang telah dibina.
Namun begitu, sekiranya penulisan murid hanyalah terhadap kepada pengkhususan ayat
pasif ataupun ayat aktif sahaja dengan tulisan yang kurang kemas maka standard prestasi
tahap 1 diberikan kepada murid.

4.0 Jenis pentaksiran modul seni bahasa dan modul tatabahasa

Jenis pentaksiran bagi modul seni bahasa dan modul tatabahasa bergantung kepada
kemahiran yang diterapkan di dalam modul tersebut. Pentaksiran formatif dijalankan
sekiranya guru ingin memberi penekanan kepada satu kemahiran contohnya kemahiran
lisan. Kemahiran bertutur dan mendengar tidak sesuai menggunakan pentaksiran sumatif
kerana lebih tertumpu kepada kemampuan murid bukannya pengetahuan. Elemen didik
hibur lebih tertumpu kepada aspek afektif murid dan perlu diukur melalui pentaksiran
formatif.

Dalam aspek tatabahasa pula, kedua-dua jenis pentaksiran dapat digunakann.


Namun begitu perkara tersebut juga bergantung kepada kemahiran yang ingin ditaksir oleh
guru. Sekiranya guru ingin melihat keberkesanan sesi pengajaran dari semasa ke semasa
pentaksiran formatif boleh dilakukan dan tindakan susulan diambil dalam kadar yang
segera. Namun begitu, sekiranya guru ingin menilai keseluruhan sesi pengajaran maka
pentaksiran sumatif dijalankan mengikut jadual spesifikasi ujian yang telah disediakan (Tuan
Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir, 2014)..

5.0 Kesimpulan

Tuntasnya, perubahan pendekatan linear kepada pendekatan modular merupakan satu titik
permulaan kepada pengukuhan objektif dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mana
menginginkan rakyat yang seimbang dan harmonis daripada pelbagai aspek. Dengan
adanya pendekatan modular ini juga, sesi pengajaran dapat disusun mengikut peringkat
kemahiran di samping membolehkan pelbagai teknik dan kaedah dilaksanakan mengikut
keupayaan murid dan situasi semasa (Azmira Amran, 2016). Penambahan aspek seni
bahasa dan aspek tatabahasa merupakan suatu cerminan usaha pendidikan

9
memartabatkan bahasa Melayu. Dalam erti kata lain, pendekatan modular merupakan suatu
pemudah cara guru merancang strategi pengajaran yang berkesan. Oleh itu, perancangan
yang strategik perlu dilakukan oleh guru sebelum sesi PdPC bermula dengan memberi
penekanan kepada aspek yang terdapat di dalam pendekatan modular sekaligus dapat
menentukan jenis pentaksiran yang bakal dilaksanakan supaya kemahiran bahasa murid
dapat diperkukuhkan dari semasa ke semasa. Hal ini adalah bagi melahirkan masyarakat
Malaysia mempunyai kemahiran berbahasa kerana bahasa Melayu merupakan bahasa
ibunda dan bahasa kebangsaan di Malaysia. Pendekatan modular ini merupakan satu
cerminan pendidikan negara kearah penggunaan aliran pendidikan yang tersendiri
disamping membuka mata dunia bahawa Malaysia juga mempunyai corak pendidikan yang
tersendiri.

10

You might also like