You are on page 1of 2

1.

0 PENGENALAN

Pengajaran mikro dan makro merupakan satu aspek yang signifikan dalam latihan
perguruan. Hal ini dikatakan demikian kerana pengajaran mikro dan makro adalah suatu
pengetahuan dan kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru pelatih sebelum menjalani
proses pengajaran yang sebenar di dalam bilik darjah. Secara umumnya, pengajaran mikro
dapat ditakrifkan sebagai satu pengajaran yang dijalankan oleh sekumpulan guru pelatih
dalam tempoh masa lima hingga lima belas minit dengan tujuan untuk mengajar sesuatu isi
pelajaran (Mok Soon Sang, 2009).Manakala pengajaran makro pula dapat ditakrifkan
sebagai satu teknik pengajaran lengkap yang dilaksanakan oleh guru pelatih iaitu bermula
dengan set induksi dan berakhir dengan penutup (Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub &
Mohd. Zohir Ahmad, 2007).

Tujuan utama pengajaran mikro dan makro diperkenalkan adalah untuk memberi
pendedahan dan latihan yang sistematik dari aspek teori dan praktikal kepada guru pelatih
dalam merancang serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut situasi kelas
sebenar. Menerusi pengajaran tersebut, keyakinan guru dalam melaksanakan pengajaran di
dalam bilik darjah dapat dipertingkatkan sekaligus membantu guru dalam mencapai objektif
pengajaran pada hari berkenaan. Bagi menentukan kebolehan guru mengajar dan mencapai
objektif pengajaran dengan berkesan, guru perlu mempertingkatkan setiap kemahiran yang
terlibat. Antara kaedah yang paling efektif yang boleh digunakan untuk mencapai objektif
pengajaran adalah menerusi pengajaran mikro. Keberkesanan sesuatu pengajaran boleh
dilihat menerusi penilaian yang dibuat ke atas pengajaran guru pelatih. Oleh itu, penulisan
kali ini akan memberi tumpuan kepada penilaian pengajaran mikro yang telah dilaksanakan
oleh guru pelatih iaitu cikgu Sumithra Devi a/p Gunasegaren.

2.0 LATAR BELAKANG

Kami telah menjalankan penilaian terhadap pengajaran mikro bagi mata pelajaran
Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran. Sesi penilaian pengajaran mikro yang telah
dilaksanakan adalah untuk memenuhi tugasan kursus pendidikan PRKA3021. Secara
amnya, tugasan kursus ini memerlukan kami untuk membuat satu laporan berkaitan hasil
simulasi pengajaran yang telah dijalankan oleh rakan. Kaedah penilaian yang dijalankan
adalah secara berkumpulan yakni terdiri daripada tiga orang ahli kumpulan bagi menilai
pengajaran mikro seorang rakan daripada kumpulan lain. Maka, penilaian dijalankan
terhadap pengajaran Sumithra Devi a/p Gunasegaren iaitu wakil daripada kumpulan lima.
Penilaian yang dibuat adalah berpandukan kepada dua bahagian iaitu perancangan
pengajaran dan proses pelaksanaan pengajaran. Bagi penilaian perancangan pengajaran,
aspek yang dinilai seperti pencapaian objektif pengajaran, tekniik pengajaran, kaedah
pengajaran dan bahan bantu mengajar yang digunakan. Manakala penilaian bagi proses
pelaksanaan pengajaran aspek yang dinilai adalah pada langkah 2. Oleh yang demikian,
tujuan akhir tugasan ini adalah untuk membuat satu laporan penilaian ke atas persediaan
dan proses pelaksanaan pengajaran mikro oleh Sumithra Devi.

3.0 OBJEKTIF

Objektif laporan ini ialah:-

1. Melaporkan pelaksanaan aktiviti pengajaran mikro yang dijalankan oleh Sumithra


Devi daripada kumpulan 5.
2. Melaporkan pencapaian aktiviti dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
menerusi pengajaran mikro.
3. Membuat penilaian dari aspek kekuatan dan kelemahan berdasarkan kepada
pengajaran yang dijalankan oleh Sumithra Devi.
4. Mengemukakan cadangan penambahbaikan terhadap perancangan dan
pelaksanaan pengajaran Sumithra Devi.

RUJUKAN

Mok Soon Sang. (2009). Pedagogi untuk pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad. (2007). Pedagogi: strategi
dan teknik mengajar dengan berkesan. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn.
Bhd.

You might also like