You are on page 1of 3

1.

0 Pengenalan
1.1 Nilai

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) mendefinasikan nilai sebagai taksiran


harga, harga sesuatu dibandingkan dengan harga benda yang lain, darjat, kualiti,
mutu, taraf dan sifat ketinggian. Nilai adalah sesuatu yang abstrak dan bukannya
konkrit. Dengan itu, nilai hanya boleh difikirkan, difahami dan dihayati. Nilai dilihat
dari sudut prinsip ditafsirkan sebagai prinsip seseorang tentang apa yang betul dan
apa yang salah atau idea yang penting dalam kehidupan. Nilai merupakan elemen
utama pembentukan konsep-konsep moral dan sikap dilihat sebagai elemen yang
menyokongnya.

1.2 Konsep Pernyataan Normatif

Pernyataan Normatif boleh dikategorikan kepada dua iaitu normatif moral dan
normatif bukan moral. Pernyataan normatif moral adalah penegasan yang
melahirkan pertimbangan nilai kita. Ia digunakan untuk membuat pertimbangan nilai
baik atau buruk, salah atau betul, diterima atau ditolak. Contohnya, mencuri adalah
salah dan membantu merupakan perbuatan yang baik. Penyataan normatif bukan
moral merupakan nilai selain dari nilai moral. Domain yang meruju kepada normatif
bukan moral adalah agama, politik, sosial, intelek dan sebagainya.

1.3 Konsep Pernyataan Deskriptif

Pernyataan deskriptif merupakan pernyataan bukan normatif. Ia bebas


daripada sebarang nilai dan tidak berkatian dengan nilai moral. Pernyataan deskriptif
menyatakan fakta dengan logik. Contohnya kasut ini berwarna hijau. Ayat ini
merupakan satu pernyataan deskriptif yang neutral dan hanya menjelaskan satu
fakta yang logik sahaja.

2.0 Fungsi Nilai Dalam Pendidikan


Fungsi nilai pertama dalam pendidikan ialah sebagai halangan atau peraturan
yang ditetapkan supaya seseorang individu serta masyarakat mematuhinya. Nilai
dijadikan sebagai Batasan kepada perlakuan atau tingkah laku yang membolehkan
murid mematuhi nilai-nilai murni yang mendorong kepada tingkah laku positif. Murid
akan sentiasa mematuhi nilai positif yang ditetapkan oleh masyarakat. Contohnya
murid perlu hadir ke sekolah untuk medapatkan ilmu. Kejadian ini berlaku kerana
pandangan masyarakat melihat sekolah merupakan tempat yang boleh membantu
murid untuk mendapatkan ilmu. Oleh itu, seorang murid perlu hadir ke sekolah.

1
Fungsi nilai yang seterusnya ialah sebagai kriteria atau piawai (standard)
yang konsisten dan kukuh bagi seseorang individu atau masyarakat untuk bertindak
supaya tindakan mereka adalah baik, betul dan boleh diterima. Fungsi nilai ini
memastikan guru dan murid menjadi agen moral dan pengkritik moral iaitu
mengetahui apa yang boleh dilakukan serta boleh menilai kemoralan diri sendiri dan
juga orang lain. Contohnya, peraturan sekolah menjelaskan murid dan guru dilarang
membawa rokok atau merokok di kawasan sekolah. Masyarakat sekolah faham
bahawa jika melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia akan dikenakan hukuman. Oleh itu, peraturan yang ditetapkan
ini dijadikan batasan supaya murid dan guru mengamalkan nilai yang baik di dalam
hal berkaitan dengan rokok. Dengan peraturan sekolah yang begitu ketat, nilai harga
diri menjadi asas di dalam pendidikan sekolah. Masyarakat sekolah akan beranggap
rokok itu benda yang negatif dengan nilai masyarakat sekolah sudah menjadi piawai
yang kukuh.

Selain itu, nilai berfungsi sebagai paduan, rujukan dan tujuk arah untuk
menyelesaikan konflik moral. Nilai moral mungkin berkonflik antara satu sama lain,
tetapi suatu panduan dari nilai sendiri akan dirujuk untuk menyelesaikan konflik
berkenaan. Contohnya di sekolah, Ali merupakan sekolah murid dan dia sedang
membaca buku. Tiba-tiba, kawan Ali terjatuh dan cedera. Dalam konflik moral ini,
nilai memainkan peranan penting untuk Ali membuat keputusan. Ali perlu membuat
keputusan sama ada terus membaca buku atau membantu kawan yang cedera. Jika
keputusan silap dibuat oleh Ali, maka ia akan memberi impak yang bersar terhadap
kehidupan masa depan. Di sinilah nampak nilai memainkan peranan yang penting
bagi menjadi rujukan dan panduan untuk membuat keputusan.

Bukan itu sahaja, nilai menjadi piawai untuk mengukur elemen pengekalan
ketamadunan sesebuah masyarakat. Nilai baik dan buruk adalah tetap sama
walaupun berlaku perubahan zaman kerana nilai berfungsi untuk mengukur elemen
pengekalan ketamadunan sesebuah masyarakat. Contohnya nilai baik seperti
menghormati guru tetap ditekankan dari dahulu hingga ke kini. Nilai yang buruk
seperti tidak mementingkan ilmu telah dikurangkan. Oleh itu, nilai baik telah dijadikan
pegangan masyarakat dunia secara mutlak terhadap sesuatu perlakuan baik
merentas zaman.

2
3.0 Kesimpulan
Nilai yang baik perlu sentiasa diamaikan oleh setiap orang. Nilai yang buruk
harus diubahkan. Guru perlu sentisa membimbing murid supaya membina nilai yang
baik dan positif untuk melahirkan masyarakat yang aman dan damai.

Rujukan
Eow Boon Hin. (2002). Pendidikan Moral. Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Rahman. (1994). Pendidikan Moral. Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2007). Kamus Dewan Edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Zhidi. (2014). Pengantar Pendidikan Moral. Selangor: Penerbitan Multimedia.

You might also like