You are on page 1of 12

Penghargaan

Di sini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan


Pendidikan Islam Dan Moral di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman kerana
telah memberikan peluang kepada saya untuk menyiapkan tugasan projek bagi
Perkembangan Kanak-kanak. Saya amat bersyukur kerana Jabatan Pendidikan
Islam Dan Moral telah menyediakan panduan yang jelas tentang pelaksanaan
tugasan ini, terutamanya kriteria tugasan yang baik. Ini telah memberikan gambaran
yang lebih jelas bagi saya menyiapkan tugasan ini dengan baik.

Seterusnya, saya juga ingin berterima kasih terhadap pensyarah saya bagi
mata Teori Etika Moral, Puan Faizah Binti Ali. Beliau telah banyak membantu saya
dalam menyiapkan tugasan projek ini. Sebagai contoh, beliau telah menyediakan
panduan yang jelas tentang pelaksanaan tugasan ini, terutamanya kriteria tugasan
yang baik. Selain itu, beliau juga telah membantu saya dengan memberi keyakinan
kepada saya semasa saya menjalankan tugasan projek ini. Beliau juga telah
memberikan kami masa yang cukup untuk menyiapkan tugasan projek ini.

Selain itu, saya ingin berterima kasih terhadap ibu bapa saya. Mereka telah
banyak memberi sokongan kepada saya dengan memberi keyakinan kepada saya.
Mereka juga telah memberi sumbangan dengan menenangkan hati saya daripada
menjadi gementar semasa saya menyiapkan tugasan projek ini.

Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
rakan-rakan saya yang telah membantu saya semasa saya menyiapkan tugasan
projek ini. Jika tanpa bantuan mereka, saya tidak akan mampu menyempurnakan
tugasan projek ini secara sempurna dalam masa ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

1
Isi Kandungan

Muka surat
Esei 1.1 3
Esei 1.2 7
Refleksi 10
Rujukan 11
Lampiran 12

2
Tugasan 1.1
MEMBANDING BEZAKAN ANTARA
TEORI-TEORI ETIKA DARI SEGI
KELEBIHAN DAN KELEMAHANNYA

3
1.0 Pengenalan
Teori-teori ekita merupakan panduan kepada manusia untuk membuat
keputusan atas perbuatan yang bermoral dan tidak bermoral dalam situasi tertentu.
Tugasan ini berbincangkan empat teori etika yang utama iaitu Teori Kemoralan
Sosial, Teori Keperibadian Mulia, Teori Teleologi dan Teori Deontologi. Keempat-
empat teori memberi fokus kepada manusia yang bermoral adalah berbeza.

2.0 Kelebihan Dan Kelemahan Teori-teori Etika


2.1Teori Kemoralan Social

Teori kemoralan sosial mementingkan kemasyarakatan. Kelebihan teori


tersebut ialah masyarakat menolak sifat mementingkan diri-sendiri dan moral
berfungsi sebagai resolusi atau penyelesaian bagi konflik sosial dengan memberikan
justifikasi yang boleh diterima oleh orang ramai. Ia mementingkan peraturan
masyarakat, norma dan undang-udang.

Kelemahan teori tersebut ialah ia bersifat authoritarian kepada kuasa dan


kebebasan individu disekat. Peraturan yang tidak betul, kurang adil dan boleh
membawa kesan buruk kepada masyarakat mungkin berlaku. Hal ini kerana banyak
peraturan diwarisi dan tidak sesuai dengan kehendak zaman kini seperti peraturan
kedudukan perempuan dahulu adalah rendah. Jadi sesetengah peraturan dan
undang-undang harus diubah supaya sesuai dengan zaman kini. Contohnya
kedudukan perempuan kini sudah berubah berbanding dengan zaman dahulu.

2.2 Teori Keperibadian Mulia

Teori peribadian mulia mementingkan kemuliaan peribadi. Kelebihan teori


tersebut ialah peribadian mulia mendorong tingkah laku baik. Ia menekankan ‘jalan
tengah’ sebagai cara mencapai kemuliaan hidup dan mencapai kebahagiaan. Teori
ini utamakan manusia dan bukanya perbuatan atau prinsip untuk melahiran insan
yang bermoral.

Kelemahan teori ini ialah konsep ‘jalan tengah’ didapati sangat kabur dan
tidak jelas. Teori tersebut menyatakan keperibadian mulia bukan perasaan dan
kebolehan semula jadi. Pendapat ini bertentangan dengan ajaran agama seperti
agama Islam. Ukuran kebahagiaan untuk setiap manusia adalah tidak sama dan
tidak semestinya jalan tengah akan mendapat kebahagiaan.

2.3Teori Teleologi

4
Teori teleologi mementingkan kesan tindakan sebelum membuat pengadilan
moral. Teori tersebut menekankan individu memikirkan terlebih dahulu kesan baik
atau buruk sebelum melakukan sesuatu. Padangan teori ini menilai tingkah laku
dengan melihat kesan atau akibat kepada orang lain dan diri sendiri. Tingkah laku
yang membawa kesan baik adalah dianggup baik. Aliran Utitarianisme dan Teori
Egoisme adalah cabang dari teori teleologi.

Aliran Utilitarianisme menekankan bahawa moral ialah tingkah laku itu


dianggap baik apabili terdapat kebaikan berbanding dengan keburukan.
Kelebihannya adalah kebahagian dan keseronokan untuk kumpulan masyarakat
terbanyak dijaminkan. Kelemahan Utilitarianisme ialah ia tidak adil kepada golongan
yang kecil. Utilitarianisme mendorong manusia menolak kesakitan dan memburu
keseronokan sehingga tidak mencapai cita-cita.

Teori Egoisme menekankan individu bertanggungjawab memajukan diri


dengan banyak kebaikan. Kelebihan teori ini ialah kepentingan diri terjamin dengan
individu memajukan diri sendiri. Kelemahan teori ini ialah ia menolak nilai-nilai murni
seperti kerjasama, bertimbang rasa, kasih sayang dan sebagainya.

2.4 Teori Deontologi

Teori Deontologi menekankan sifat perlakuan manusia yang menjadi ukuran


kemoralan. Teori ini mementingkan niat yang betul apabila melakukan sesuatu.
Terdapat dua aliran daripada teori deontolgi iaitu teori eksistensialisme dan prinsip
kewajipan.

Teori eksistensialisme menekankan tingkah laku baik yang mengikut


keadaan, kehendak dan kebebasan individu. Kelebihan teori ini ialah manusia bebas
menentukan pilihan-pilihan dalam kehidupan mereka dan bertanggungjawab dengan
pilihannya. Ia tidak bersifat tekanan, paksaan, kewajipan dan larangan terhadap
manusia. Kelemahan teori ini ia menolak agama dan Tuhan. Sifat manusia yang
terlalu individualistik boleh merosakkan sistem kekeluargaan, masyarakat dan
negara.

Prisip kewajipan pula menekankan tingkah laku baik kerana niat yang betul
dalam melaksanakan kewajipan. Kelebihannya ialah ia mementingkan motif individu
dalam melakukan sesuatu dan tidak berdasarkan kesan atau akibat kerana kita tidak
dapat memastikan keadaan sentiasa berada di bawah kawalan kita. Kelemahannya
ialah prisip kewajipan boleh menimbulkan konflik bagi kewajipan kerana prinsip
moral yang terikat secara mutlak dan sejagat.

5
3.0 Kesimpulan
Teori etika amat penting memainkan peranan penting dalam keluarga,
organisasi dan negara. Ia merupakan panduan bagi tingkah laku manusia.

6
Tugasan 1.2
MENGHUBUNGKAIT TEORI
PERKEMBANGAN MORAL DENGAN
MODEL INSAN MENYELURUH

7
Teori-teori perkembangan moral perlu dikuasai oleh guru moral untuk melahirkan
Model Insan Menyeluruh. Pengetahuan terhadap teori membantukan guru
memahami peringkat-peringakat perkembangan manusia. Guru dapat menggunakan
mendidik murid berasaskan teori untuk memastikan perkembangan murid sentiasa
dalam keadaan sihat. Model Insan Menyeluruh merangkumi tiga dimensi moral iaitu
penaakulan moral yang berkaitan dengan pemikiran dan pertimbangan , perasaan
moral yang berkaitan dengan emosi dan perasaan, dan perlakuan moral yang
berkaitan dengan tingkah laku. Teori perkembangan moral yang ingin dibincangkan
ialah Teori Pelaziman Operan Skinner yang berkaitan dengan perlakuan moral.

Teori Pelaziman Operan Skinner merupakan satu cabang daripada teori


perkembangan moral behaviourime (tingkah laku). Teori ini melihat perubahan
tingkah laku hasil daripada pengalaman yang lalu. Teori tersebut menekankan
perkaitan antara rangsangan dan gerak balas. Menurut teori ini, gelak balas boleh
ditingkatkan atau dihapuskan jika diberikan peneguhan sebaik-baik sahaja untuk
menggalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi atau tidak. Dalam proses melahirkan
model insan menyeluruh, guru boleh memberi galakan kepada murid supaya mereka
melakukan tingkah laku yang baik dan positif. Contohnya, apabila murid datang awal
ke kelas, guru memuji murid dan kesannya ialah murid hadir awal ke kelas setiap
hari. Pujian daripada guru adalah sebagai rangsangan dan murid hadir awal ke kelas
setiap hari adalah sebagai gerak balas.

Padangan teori ini membahagikan peneguhan kepada dua jenis iaitu


peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif diberi dalam bentuk
seperti pujian, motivasi, hadiah, isyarat tangan, tepuk tangan dan senyuman.
Contohnya seorang anak telah melakukan perlakuan bermoral dengan
membersihkan kelas. Guru yang melihat telah memberi isyarat tangan bagus atau
baik. Kesannya anak tersebut mengulangi perbuatan bermoral tersebut. Dengan itu,
kita nampak peneguhan itu seumpama ganjaran yang diberikan oleh guru.
Peneguhan perlu dilakukan semerta dan tidak boleh ditangguhkan kerana ia akan
memberi kesan kepada perkembangan manusia menjadi model insan menyeluruh.

Selain itu, peneguhan negatif ialah rangsangan yang tidak selesa atau
menyakitkan yang diberi selepas tingkah laku ditunjukkan seperti dimarahi, tidak
dihargai, diabaikan, palingkan muka atau dileterkan. Dengan peneguhan negatif
individu akan faham tingkah laku yang tidak patut dilakukan dan seterusnya
melahirkan model insan menyeluruh. Asuhan dan didikan perlu dilakukan berulang
kali untuk membolehkan kanak-kanak menguasai nilai moral. Contohnya, kanak-

8
kanak yang sering masuk lewat ke kelas telah disoal berkali-kali oleh guru. Selepas
itu kanak-kanak tersebut mengubah kebiasaanya dan masuk kelas awal untuk
mengelakkan daripada disoal lagi oleh guru. Dari sini, nampaklah model insan
menyeluruh bermula daripada didikan dari peringkat yang rendah.

Hukuman juga merupakan merupakan peneguhan negetif yang lebih tegas.


Hukuman perlu diberikan apabila manusia melakukan kesalahan yang serius.
Hukuman yang boleh diberi ialah denda, berdiri di hadapan kelas, membersihankan
tandas, lari di padang, kerja tambahan dan balik lewat. Hukuman yang diberi dengan
berhati-hati untuk memastikan hukuman tersebut tidak membawa kecederaan dan
memberikan kepada kesihatan fizikal dan mental. Hukuman yang sesui perlu
ditekankan untuk membina model insan menyeruh.

Tingkah laku orang yang rapat seperti ibu bapa dan guru juga merupakan
rangsangan kepada kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa dan guru perlu menjadi model
terbaik kepada mereka. Teori ini menekankan banyak tindakan, perbuatan dan
kurangkan lisan. Padangan tersebut selaras dengan Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM), KPM menekankan komunikasi antara pendidik dengan murid dan
aktiviti dalam kelas. Hal ini dapat meningkatkan minit murid dan kanak-kanak untuk
belajar.

Kesimpulannya, penyataan di atas membuktikan Teori perkembangan moral


ini sesuai untuk melahirkan model insan menyeluruh. Oleh itu implikasi teori skinner
dalam pendidikan moral perlu ditekankan demi negara yang kita cintai.

9
Refleksi

Semasa saya melaksanakan tugasan penulisan, beberapa kekangan telah


dihadapi oleh saya. Pertama, kekangan yang saya hadapi ialah kekurangan sumber
sebagai rujukan untuk membantu saya melaksanakan tugasan. Namun begitu, rakan
saya dan pensyarah saya iaitu Puan Faizah Binti Ali telah memberi banyak bantuan
dan maklumat kepada saya untuk membantu saya menyiapkan tugasan tersebut.

Selain itu, kekangan yang dihadapi ialah kesuntuhan masa. Bulan September
merupakan satu bulan yang penuh dengan kerja kursus. Saya menghadapi masalah
kekurangan masa untuk melaksanakan tugasan. Kekurangan masa menyebabkan
saya berasa tekanan. Dengan itu, saya mula belajar kemahiran menggurus masa.
Saya amat bersukur kerana dapat menerima cabaran tersebut kerana telah
membawa kesan positif kepada saya.

Akhirnya, apabila saya melaksanakan tugsan tersebut, saya telah dapat


belajar ilmu-ilmu tentang peranan agen sosialisasi dalam pembentukan individu dan
kesan akibat isu moral di peringkat sekolah.

teori-teori etika, teori perkembangan moral dan model insan menyeluruh.Ilmu yang
saya didapati akan membantu saya pada masa yang akan datang.

10
Rujukan
Burrhus Frederic Skinner. (1982). Skinner for the Classroom: Selected Papers.
United States: Research Press.

Eow Boon Hin. (2002). Pendidikan Moral. Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Rahman. (1994). Pendidikan Moral. Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Zhidi. (2014). Pengantar Pendidikan Moral. Selangor: Penerbitan Multimedia.

11
Lampiran

12

You might also like