You are on page 1of 5

PIHAK PENTADBIRAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

KERTAS CADANGAN

PROGRAM KHIDMAT BAKTI KE RUMAH


JAGAAN MAHMUDAH

Disediakan oleh :

BIRO KEBAJIKAN DAN SOSIAL


JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR 2018/19
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS
1.0 TUJUAN

Kertas cadangan ini bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan Pihak
Pentadbiran Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ilmu Khas terhadap cadangan untuk
melaksanakan Program Khidmat Bakti ke Rumah Jagaan Mahmudah di Selangor.

2.0 LATAR BELAKANG

Rumah Jagaan Mahmudah di Semenyih, Selangor adalah merupakan antara salah satu
tempat jagaan warga emas di Malaysia. Sebagai salah satu cara untuk meningkatkan tanda
hormat kepada warga emas, maka pihak Exco Kebajikan dan Sosial berhasrat untuk
melaksanakan khidmat bakti kepada warga emas di Rumah Jagaan Mahmudah. Tempat tersebut
dipilih sebagai tempat khidmat bakti adalah kerana jaraknya yang sederhana daripada IPGKIK
dan penghuninya juga tidak terlalu ramai iaitu seramai 35 orang lelaki dan 21 orang perempuan.
Sehubungan dengan itu, kami memilih tempat tersebut sebagai khidmat bakti kami kepada
masyarakat.

3.0 ASAS PERTIMBANGAN

3.1 Untuk menerapkan rasa simpati, kasih sayang dan keprihatinan kita serta memberi
khidmat sokongan moral kepada warga emas.

3.2 Meningkatkan motivasi warga tua dalam menghadapi kehidupan seharian.

3.3 Meningkatkan semangat sukarelawan di dalam kalangan siswa guru

3.4 Meningkatkan semangat keprihatinan warga IPGKIK (Exco Kebajikan dan Sosial)
terhadap warga emas.
4.0 CADANGAN PROGRAM
Tarikh/Hari : Oktober 2019 (1 Hari) Sabtu
Masa : 7.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Pusat Jagaan Mahmudah, Lot 459/5, Jalan 1 Off Jalan Bangi Lama,
Kampung Sungai Purun, 43500, Semenyih, Selangor.

5.0 IMPLIKASI AKTIVITI

5.1 Implikasi Kewangan


Sumber kewangan perbelanjaan ini adalah melalui kutipan/sumbangan daripada
warga IPGKIK. Hal ini kerana, dana yang dikutip itu menunjukkan keprihatinan warga
IPGKIK terhadap warga emas. Oleh itu, program ini tidak memerlukan perbelanjaan
daripada pihak pentadbiran kecuali kenderaan kerana segala perbelanjaan dan kutipan
dana diuruskan oleh Exco Kebajikan dan Sosial.

5.2 Implikasi kenderaan


Bas IPGKIK (Mohon Kelulusan pihak pentadbiran IPGKIK)

5.3 Implikasi Kuliah (PdP)


Tidak menganggu kuliah kerana program ini diadakan pada waktu cuti hujung
minggu.

6.0 SYOR
Pihak Pentadbiran Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas dimohon memberi pertimbangan
dan seterusnya meluluskan Program Khidmat Bakti ke Rumah Jagaan Mahmudah.

………………………………………..

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

Nor Atirah binti Arifin, KJ HEP


Exco Kebajikan dan Sosial,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2018/2019
Tarikh: 2 Julai 2018
.
LAMPIRAN

TENTATIF PROGRAM

28/07/2018 (Sabtu)

MASA ACARA

7.00 pagi Bertolak di IPGKIK

8.00 pagi Tiba di Rumah Jagaan Nur Hasanah

Aktiviti menyuapkan makanan kepada warga emas yang terlantar dan


8.30 pagi
membantu menyajikan sarapan pagi

8.45 pagi Persembahan dan majlis harijadi

9.45 pagi Gotong-royong bersihkan kawasan

12.00 tengahari Aktiviti menyuap makanan tengahari

1.00 petang Bersurai

You might also like