You are on page 1of 3

COVID-19: Jumlah kes positif di dua

flat Masjid India serius


Oleh Safeek Affendy Razali
bhnews@bh.com.my

KONGSI ARTIKEL

Share
 
Tweet

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan


Diperketatkan (PKPD) perlu dikuatkuasakan di Selangor
Mansion dan Malayan Mansion, Jalan Masjid India, di sini,
berikutan jumlah positif COVID-19 yang dikesan semakin
serius, selain faktor kesesakan di lokasi berkenaan.

Ini kerana, dua blok kediaman itu dihuni antara 20 hingga 30


pekerja warga Bangladesh, India dan Pakistan bagi setiap
unit, sekali gus menyaksikan kepadatan penduduk yang
tinggi di kawasan berkenaan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, berkata


pihaknya akan menyelaraskan pelaksanaan PKPD di dua flat
berkenaan selaras dengan prosedur operasi standard (SOP)
ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

"Berdasarkan arahan KKM, sesebuah lokasi harus


dikategorikan sebagai zon merah, apabila mencatatkan
jumlah 40 kes positif COVID-19 dan pada masa ini jumlah di
dua flat ini sudah merekodkan 15 kes positif, tidak termasuk
di Plaza One City yang tidak jauh dari sini. Jika dicampur
keseluruhannya hampir 40 kes.

"Kami perlu mengatur gerak menerusi Jawatankuasa


Keselamatan Kementerian Wilayah untuk menyelaraskan
segala perkara berkaitan PKPD di sini," katanya selepas
meninjau flat Selangor Mansion, hari ini.
Beliau berkata menerusi mesyuarat sama juga, Kementerian
Wilayah Persekutuan akan memutuskan sama ada untuk
melakukan proses memindahkan penghuni ke pusat
kuarantin, berikutan kepadatannya membabitkan lebih 6,000
orang.

“Kita akan meneliti segala maklumat dan sebarang


cadangan daripada KKM sama ada proses saringan boleh
dilakukan di sini atau perlu dilakukan di satu lokasi lain
yang lebih teratur.

"Faktor lain turut diambil kira adalah sekiranya jumlah


positif COVID-19 mencatat peningkatan ketara," katanya.

Annuar berkata, isu penting di kawasan Masjid India ialah


bagi mengekang penyebaran dan penularan wabak COVID-19
terhadap orang ramai, petugas KKM, polis dan tentera yang
mengawasi kawasan sekitar.

 Lagi berita mengenai COVID-19

Katanya, kementerian itu bekerjasama dengan Kedutaan


India, Pakistan dan Bangladesh bagi menyelaraskan rakyat
mereka yang tinggal di flat Selangor Mansion dan Malayan
Mansion, Jalan Masjid India

"Sudah tentu isu utama apabila kita melaksanakan PKPD


adalah keperluan harian semua penduduk terbabit dan KWP
akan meminta bantuan tiga kedutaan asing berkenaan
membantu rakyat mereka.

"Ini termasuklah bantuan dari segi logistik dan keperluan


harian seperti makanan dan minuman penduduk di sini
kerana membabitkan rakyat mereka," katanya.

Annuar berkata penyelarasan ini termasuklah penyampaian


mesej dalam bahasa asing dan arahan dari Kementerian
Kesihatan.

You might also like