You are on page 1of 2

Anwar failkan semakan keputusan

majoriti Mahkamah Persekutuan


KONGSI ARTIKEL

Share
 
Tweet

PUTRAJAYA: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim


memfailkan permohonan untuk semakan keputusan majoriti
oleh Mahkamah Persekutuan yang enggan menjawab
persoalan Perlembagaan yang dikemukakannya, berkaitan
kesahan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Dalam permohonan yang difailkan bulan lalu melalui tetuan


Chambers Leela J, Anwar mendakwa wujud ketidakadilan
yang serius berikutan keputusan mahkamah yang enggan
menjawab persoalan Perlembagaannya.

Beliau berkata, kerajaan selaku responden dalam kes itu,


membuat keputusan bahawa prosiding sivilnya di Mahkamah
Tinggi harus dibatalkan tanpa perlu didengar.

Dalam notis usulnya, Anwar berkata, terdapat juga


pelanggaran rukun keadilan semula jadi yang serius kerana
beliau tidak diberi hak untuk didengar berhubung isu itu
sama ada persoalan Perlembagaan yang dibangkitkan
adalah abstrak, akademik atau hipotesis.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, majoriti membuat


keputusan berdasarkan isu yang tidak pernah dibangkitkan
oleh kerajaan.

Anwar memohon Mahkamah Persekutuan mengetepikan


keputusan majoriti itu dan mahu mahkamah mengeluarkan
perintah yang wajar dan adil.
Pada 11 Februari, Mahkamah Persekutuan dalam keputusan
majoriti 5-2 enggan menjawab persoalan Perlembagaan yang
dibangkitkan Anwar mengenai MKN.

Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan


yang menyampaikan keputusan majoriti itu berkata, ia tidak
menunjukkan bahawa kewujudan MKN mengganggu
kehidupan peribadi Anwar.

Beliau memerintahkan kes itu dikembalikan semula ke


Mahkamah Tinggi untuk dibatalkan.

Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat dan
Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri David Wong Dak
Wah (sekarang bersara) yang dalam kumpulan minoriti
memutuskan MKN tidak berperlembagaan kerana ia tidak
digubal mengikut keperluan Perkara 149 Perlembagaan
Persekutuan.

Anwar memfailkan saman pemula pada 2016 untuk


mencabar Perlembagaan MKN, apabila mendakwa
pelaksanaannya tidak berperlembagaan. Beliau menamakan
MKN dan kerajaan selaku defendan.

Pada 14 Mac tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur


membenarkan permohonan Anwar di bawah Seksyen 84
Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk merujuk perkara itu
di Mahkamah Persekutuan bagi menentukan empat
persoalan Perlembagaan.

Selain hakim Nallini, hakim lain yang membuat keputusan


majoriti ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed,
Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abang Iskandar
Abang Hashim (sekarang Hakim Besar Sabah dan Sarawak)
serta Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Mohd Zawawi
Salleh dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Idrus
Harun (sekarang Peguam Negara). – BERNAMA

You might also like