You are on page 1of 2

COVID-19: Jepun isytihar darurat hari

ini
KONGSI ARTIKEL

Share
 
Tweet

TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, hari ini akan


mengisytiharkan perintah darurat di beberapa lokasi
termasuk Tokyo berikutan peningkatan penularan wabak
COVID-19.

Abe yang mengumumkan pelan itu semalam, berkata


terdapat kenaikan mendadak bagi kes jangkitan baharu
terutama di bandaraya Tokyo dan Osaka.

Kerajaan mendapat kelulusan untuk mengisytiharkan


darurat daripada pasukan petugas khas yang diwujudkan
bagi melaksanakan pemantauan berhubung situasi
kesihatan semasa.

Perintah darurat itu membabitkan tujuh wilayah iaitu Tokyo,


Chia, Kanagawa, Saitama, Osaka, Hyogo dan Fukuoka.

Ia sekali gus memberi kuasa kepada gabenor di wilayah


yang terbabit untuk meminta penduduk kekal di rumah dan
menggesa operasi perniagaan ditutup dalam tempoh
berkenaan.

Abe dijangka akan mengumumkan perkara itu lewat hari ini


dan perintah itu berkuat kuasa bermula tengah malam ini.

Dijangkakan perintah kuarantin ini akan dilaksanakan


selama sebulan.

Sementara itu, Gabenor Tokyo, Yuriko Koike, yang


menggesa supaya segera diisytiharkan perintah darurat di
wilayah itu berharap penduduk di Tokyo akan memberikan
kerjasama bagi mengehadkan pergerakan masing-masing.

“Ia mungkin menyulitkan pergerakan seharian, tetapi saya


minta semua penduduk memberikan kerjasama kerana ia
membabitkan soal nyawa,” katanya kepada wartawan.

Dalam perkembangan lain, jurucakap kerajaan, Yoshihide


Suga, berkata operasi pengangkutan awam tidak akan
dihentikan, sebaliknya kerajaan akan mengambil langkah
sewajarnya bagi mengurangkan risiko terutama kontak
sesama penumpang.

Setakat ini, Jepun mencatatkan sebanyak 4,000 kes positif


COVID-19 dengan 80 kematian. - AFP

You might also like