You are on page 1of 2

COVID-19: Tokyo jadi pusat penularan

KONGSI ARTIKEL

Share
 
Tweet

TOKYO: Tokyo, ibu negara Jepun kini dilihat menjadi pusat


kepada penyebaran wabak COVID-19 apabila semakin
banyak kes dicatatkan dalam tempoh sehari berbanding
kawasan lain.

Tokyo mencatatkan sejumlah 17 kes semalam, menjadikan


ia meningkat sebanyak 171 kes, mendahului kawasan utara
Pulau Hokkaido yang turut mencatatkan jumlah jangkitan
tertinggi.

COVID-19 sudah menjangkiti sekurang-kurangnya 1,214


orang di Jepun awal pagi ini, dengan 43 kematian, namun ia
tidak termasuk 712 kes daripada kapal persiaran yang
berlabuh berdekatan Tokyo pada bulan lalu, menurut agensi
NHK.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan kerajaan Jepun


semalam turut bersetuju untuk menangguhkan Olimpik
Tokyo 2020 kepada tahun 2021.

Jangkitan baharu di Tokyo berlaku selepas Gabenor Yuriko


Koike memberi amaran bahawa perintah berkurung boleh
berlaku di ibu kota itu jika kes COVID-19 semakin
meningkat.

Dalam pada itu, Koike turut menyeru penduduknya untuk


berusaha mengikuti perintah bagi mengelakkan berlaku
perintah berkurung.

Tempoh tiga minggu akan datang adalah masa kritikal sama


ada Tokyo menyaksikan peningkatan kes virus itu.
Hokaido menyaksikan sebanyak 163 kes COVID-19 berlaku
di kawasannya, manakala secara keseluruhannya ia sudah
menjangkiti 420,000 orang di 196 negara dengan hampir
19,000 kematian. - REUTERS

You might also like