You are on page 1of 1

COVID-19: Jumlah jangkitan di Jepun

lepasi 1,000
KONGSI ARTIKEL

Share
 
Tweet

TOKYO: Jepun mencatatkan sejumlah 1,016 kes COVID-19,


sekali gus memberi tekanan kepada negara itu tatkala ia
berusaha mengelak krisis kesihatan ini menjelang Olimpik
2020 Tokyo.

Jumlah jangkitan itu meningkat kepada 1,728 sekiranya


termasuk 712 kes jangkitan daripada sebuah kapal
pelayaran yang berlabuh berdekatan Tokyo pada bulan lalu,
menurut NHK.

Biarpun jumlah itu semakin meningkat, Jepun kini berusaha


memulakan langkah bagi membendung penyebaran wabak
berkenaan.

Semalam, Jepun berkata ia tidak akan melanjutkan


permintaan untuk menutup sekolah, menetapkan kelas
untuk disambung semula pada pada bulan April.

Olimpik Tokyo dijangka bermula pada 24 Julai ini, turut


terkesan akibat pandemik itu berikutan banyak pembatalan
acara sukan dan kelayakan di seluruh dunia.

Begitupun, penganjur Olimpik berulang kali mengatakan


bahawa ia akan berlangsung seperti yang dijadualkan. -
REUTERS

You might also like