You are on page 1of 2

Jepun pertimbangkan perintah darurat

enam bulan
KONGSI ARTIKEL

Share
 
Tweet

TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, berkata


kerajaan bercadang mengisytiharkan darurat dan
mengesyorkan pakej stimulus bernilai AS$1 trilion (RM4.4
trilion) berikutan pandemik COVID-19 yang semakin
memuncak.

"Kami bercadang mengisytiharkan darurat esok selepas


mendengar pendapat panel penasihat kerajaan

"Kadar jangkitan coronavirus baharu ini semakin cepat


terutama di kawasan bandar seperti Tokyo dan Osaka.

"Selepas mempertimbangkan faktor bahawa institusi


perubatan kini menghadapi tahap kritikal, saya menerima
pandangan yang kerajaan wajar bersedia mengisytiharkan
darurat,” katanya kepada pemberita.

Difahamkan, kerajaan Jepun sedang mempertimbangkan


pelaksanaan perintah darurat selama enam bulan susulan
pandemik COVID-19 yang semakin memuncak.

Langkah itu diambil berikutan kadar jangkitan yang semakin


meningkat, walaupun jumlahnya lebih kecil berbanding di
Eropah atau Amerika Syarikat (AS).

Menurut stesen penyiar TBS, perintah itu akan membabitkan


Tokyo dan bandar metropolitan lain termasuk Osaka,
katanya memetik sumber yang tidak didedahkan.
“Bagaimanapun setiap bandar tidak ditetapkan selama mana
tempoh darurat itu akan dilaksanakan, ia bergantung pada
bandar masing-masing,” katanya.

Tokyo merekodkan 148 kes baharu COVID-19 kelmarin,


menjadikan jumlah terkumpul jangkitan wabak itu melebihi
1,000 kes di Tokyo.

Setakat ini, Jepun bernasib baik kerana tidak dilanda krisis


COVID-19 seburuk sesetengah kawasan di Eropah atau AS,
dengan hanya sekitar 3,650 kes berbanding kira-kira 330,000
kes di AS dan 130,000 kes di Itali serta Sepanyol.

Setakat ini, lebih 3,500 penduduk di Jepun disahkan positif


wabak COVID-19 dengan 85 kes kematian dicatatkan,
mengikut laporan stesen penyiar awamnya, NHK.

Jepun merekodkan kes pertama pada pertengahan Januari


dan Abe mengejutkan negara itu apabila meminta semua
sekolah ditutup pada Februari, jauh lebih awal berbanding
kebanyakan negara. - AGENSI

You might also like