You are on page 1of 2

11 lelaki ditahan dalam semak

Oleh Hamzah Osman


bhnews@bh.com.my

KONGSI ARTIKEL

Share
 
Tweet

LANGKAWI: Seramai 11 lelaki ditahan selepas gagal


memberi alasan munasabah ketika berhimpun di dalam
kawasan semak di Kampung Bakau, di sini, petang
semalam.

Dalam operasi pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan


(PKP) pada jam 6 petang, semua lelaki berusia antara 16 dan
48 tahun dikesan berada dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal


Ibrahim, berkata terdahulu pihaknya dimaklumkan orang
awam yang melihat gelagat kumpulan lelaki berkenaan.

“Berdasarkan aduan awam, sepasukan anggota polis yang


membuat rondaan pemantauan PKP menyerbu kawasan
semak berdekatan kampung itu.

“Ketika pemeriksaan, kesemua suspek gagal memberikan


alasan munasabah untuk berada di luar rumah ketika
tempoh PKP,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Iqbal berkata, siasatan awal mendapati 10 suspek


memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Semua individu terbabit ditahan reman dan disiasat bawah


Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan
Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam
Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.
“Mereka turut disiasat bawah Seksyen 186 Kanun
Keseksaan kerana turut menghalang tugas pegawai polis
dan Seksyen 270 KK kerana berkumpul menyebabkan
merebaknya penyakit berjangkit,” katanya.

You might also like