You are on page 1of 2

COVID-19: Perkembangan terkini

seluruh dunia
KONGSI ARTIKEL

Share
 
Tweet

LONDON: Britain melaporkan 786 kematian akibat COVID-19


dalam tempoh 24 jam.

“Sehingga 5 petang 6 April, seramai 6,159 pesakit


coronavirus di hospital United Kingdom meninggal dunia,”
menurut Tweeter Kementerian Kesihatan.

Jumlah itu meningkat berbanding 5,373 kematian sehingga


Isnin lalu.

Sementara itu, laporan AFP dari Paris menunjukkan


Sepanyol menyaksikan angka kematian harian akibat
COVID-19 meningkat kepada 743 orang, selepas menurun
untuk tempoh empat hari berturut-turut.

China pula tidak melaporkan sebarang kematian akibat


jangkitan coronavirus baru ini untuk kali pertama sejak
wabak merebak Januari lalu.

Pada Rabu, kerajaannya akan membatalkan larangan


perjalanan masuk ke Wuhan, sebuah bandar raya dengan
kepadatan 11 juta orang yang diletakkan di bawah kuarantin
ketat pada 23 Januari lalu.

Jepun pula mengisytiharkan darurat kesihatan selama


sebulan tetapi tidak mengadakan sekatan pergerakan.

Langkah ini membolehkan gabenor di tujuh kawasan terjejas


termasuk Tokyo menggesa orang ramai untuk tinggal di
rumah dan meminta perniagaan ditutup, namun tiada
mekanisme penguatkuasaan atau denda bagi mereka yang
ingkar.

Sekurang-kurangnya 75,542 kematian direkod di seluruh


dunia, hampir tiga perempat daripadanya di Eropah, sejak
virus itu muncul di China pada Disember.

Wabak itu membunuh lebih 53,928 orang di Eropah,


termasuk 16,523 di Itali, 13,798 di Sepanyol, 8,911 di
Perancis dan 5,373 di Britain.

Kematian di Amerika Syarikat menyaksikan angkat tertinggi,


iaitu 10,993 dengan sekurang-kurangnya 368,449 jangkitan
baru.

Lebih daripada 1.35 juta kes direkod secara rasmi di seluruh


dunia, jumlah yang mewakili sebahagian kecil daripada
bilangan jangkitan sebenar.

Kerajaan Perancis memberi amaran perintah berkurung yang


berkuat kuasa pada 17 Mac akan tetap berjalan selagi
negara itu belum mencapai puncak wabak berkenaan.

Ia melaporkan 833 kematian dalam tempoh 24 jam, jumlah


kematian harian tertinggi setakat ini.

Sejak Rabu, Paris melarang sebarang kegiatan riadah di luar


bermula jam 10 pagi hingga 7 petang. - AFP

You might also like