You are on page 1of 3

COVID-19: 'Ampun tuan, saya dah

serik masuk lokap'


Oleh Zuliaty Zulkiffli
cnews@nstp.com.my

KONGSI ARTIKEL

Share
 
Tweet

ALOR SETAR: “Minta ampun tuan, saya dah serik, tak mau
masuk lokap,” rayu seorang lelaki yang ditahan kerana
ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di persimpangan
lampu isyarat Taman Nuri, Jalan Datuk Kumbar di sini,
malam tadi.

Dalam pemeriksaan pada jam 12 tengah malam itu, lelaki


berusia 27 tahun itu dikatakan baru dua hari dibebaskan
dengan jaminan mahkamah kerana melakukan kesalahan
berkaitan dadah.

Ketika ditahan tengah malam tadi, lelaki itu memberi alasan


baru pulang bekerja mengambil upah menjual buah, selain
mahu pulang ke rumahnya di Kuala Nerang untuk melihat
adik yang baru bersalin.

Lelaki yang mempunyai isteri dan seorang anak itu


dikatakan turut meronta-ronta, merayu anggota polis
melepaskannya ketika majikan datang ke lokasi melihat
keadaannya.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd


Rozi Jidin, berkata secara keseluruhan 11 individu,
kesemuanya lelaki berusia 20 hingga 49 tahun ditahan
kerana ingkar PKP malam tadi.
Beliau berkata, semalam adalah hari keempat anggotanya
melakukan sekatan di lokasi sama, namun masih ada yang
ingkar dan memberi pelbagai alasan untuk dilepaskan.

“Selain itu kita turut menahan dua lelaki berusia 32 dan 34


tahun kerana memiliki dadah.

“Selain itu, seorang individu yang ditahan juga memiliki


empat rekod lampau iaitu dua kes jenayah dan dua kes
dadah,” katanya di sini malam tadi.

Mohd Rozi berkata, operasi yang berakhir jam 2 pagi tadi


turut disertai dua pegawai 11 anggota.

Beliau berkata, dua dari yang ditahan diserahkan kepada


Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis
Daerah (IPD) Kota Setar untuk tindakan lanjut.

“Kes mereka akan disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta


Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah.

“Bagaimanapun 11 yang ditahan kerana ingkar PKP akan


disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan Peraturan
11 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit
Berjangkit 2020,” katanya.

Mohd Rozi berkata, sejak 18 Mac sehingga semalam,


sebanyak 189 kes direkodkan membabitkan tangkapan
mereka yang ingkar dengan PKP.
Lelaki ditahan polis kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di persimpangan
lampu isyarat Taman Nuri, Jalan Datuk Kumbar. - NSTP/Zuliaty Zulkiffli

You might also like